Nuffnang Ads

Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts
Showing posts with label Kisah Aku. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Assamualaikum.

1/3/2013 - Sibuk dengan urusan anak bujang yang akan berangkat ke UiTM Dungun melanjutkan pelajaran di sana nanti.  Saya mengambil cuti hari tu untuk bershopping sedikit barang2 yang perlu dibawa ke sana nanti.  Keperluan anak bujang ni tak ler sebanyak mana pun, serba ringkas, kain baju satu beg, kasut formal sepasang, selipar sepasang, kasut sports, toiletries! Dah cukup, katanya.  Haishhhh...saya paksa bawa seterika dan dua biji bantal.  Tilam Faizal kata tak payah...biasanya tilam yang tidur atas dia.  Pelik punya budak nih.

2/3/2013 - Bertolaklah kami ke negeri Penyu.  Penoh jugak laaaa satu kereta.  Letih perjalanan jauh ni, tapi pabila melihat ombak memukul pantai dari jauh...wahhhhhh hati berbunga2 riang.  Sukanyaa!!!!  Dah sampai di homestay, satu kejutan!!!  Kita sebagai penyewa lak yang kena mengemas homestay, bukannya tuan rumah.  Adoi!!! Tak ikhlas lah tuan rumah nih.  Mungkin salah kita jugak ler sebab tak check dulu keadaan homestay tu.  Patutnya duduk dulu baru bayar, boleh gitu.

Petang sikit, baru bersiar2 sekitar di UiTM Dungun.  Dekat saja dengan penginapan homestay.  Cantiknya!
Ralit jugak la duduk santai di tepi pantai ni.  Lepas tu terus ke rumah sewa Faizal.  Betul2 rumah kampung, lupa lak nak ambil gambar.  Dah capai kata sepakat, budak2 ni semua setuju je nak sewa di rumah kampung tu, cuma untuk tidur saja.  Mostly banyak dihabihkan di kampus nanti.  Nasib baik lah semuanya dari kolej yang sama dulu, jadi satu kepala lah semuanya.  Mak ayah dah tak perlu risau lagi dah.

Hari2 seterusnya kami sekeluarga banyak bersiar2 di sekitar pekan Dungun.  Biasalaaaa kita ni jarang jumpa laut, asyik ambik gambar laut, ombak, pantai saja hehehehe.

Mendung namun cantik berkaca air laut

Dari jauh nampak air hijau kebiruan.  Cantik sungguh.

Yang wajib mesti ada model dua orang ni.

Disuruh makan, masih lagi tersengih2 bersms...hmmmm dengan sapa tuuu

Ini lah buah hati dan pengarang jantung saya...anak bujang, Faizal dan  si kecik ni ...dah tahu kannnn

Monday, February 4, 2013

Memang Tak ada Kerja


Apa cerita lak nih....Hmmmmm inilah keja budak amoi sorang ni kalau berjalan jer mesti buat perangai.
Entah ayah sedar ke tak ni sama amoi pelok kaki ayah.  Nasib baik emak dia tak join sekali....huhuhu pengsan terus!!!

Gambar diambil ketika cuti2 Hari Wilayah dan berhujung minggu di Melaka.  Muzium Gabenor bersebelahan dengan A Famosa...nyamannya berada di atas bukit tu.  Terasa singkat pula percutian kali ni, masih tak jemu2 nak berkunjung ke Melaka lagi.  Sampai satu ketika saya pernah syorkan pada en suami, kita settle down di Melaka saja lah...terasa seronok pula di sini.  

Ini pula mood tengah happy....

P/S:  Kadang2 terfikir juga nak bersara awal...bekerja pun sekarang sudah separuh jiwa, dah rasa tak seronok lagi macam muda2 dulu.  Kena cari alternatif nak buat apa semasa bersara nanti...any idea


Friday, January 18, 2013

Dulu Dulu Kan....(Part 2)

Assalamualaikum!

Dulu Dulu Kan....
Teringat ketika mengaji quran di rumah Ustaz Idris.  Kami budak2 perempuan kalau boleh nak mengelak sangat kalau ustaz ni mengajar.  Selalunya kalau turn ustaz ni mengajar budak2 perempuan, dia selalu suruh baca muqadam atau quran di meja tulis.  Yang tak bestnya, ustaz ni gatal sikit, kaki dia menguis kaki kita orang!  Selalu kalau giliran saya, saya selalu duduk mengiring atau senget sikit, takut ustaz kuis kaki di bawah meja.   Serik sangat, sorang pun tak mengadu pada mak bapak.  Bila ustazah mengajar, rasa lega sangat walaupun ustazah tu garang.  Lepas habih khatam quran, saya tukar kelas agama ke surau Kem pula.  Memang lain dari yang lain lah.  Di situ saya juga belajar nasyid, first time masuk pertandingan nasyid di Sg Petani.  Dapat lah sorang RM20.  Hihihi kira banyak la waktu tu.  Tambah2 masa tu budak lagi...wowwwww RM20 kira banyak tuu!!!

Di Kem Polis Hutan, tiap2 hujung minggu mesti ada wayang.  Wayang ni selalu diadakan di Dewan Besar, tepi padang kawad.   Kalau nak tahu, wayang apa waktu tu, tengok je di notis board di jalan utama.  Hahahaha...masa tu lepas waktu solat isyak, masing2 dah bawa tikar nak "book" tempat duduk paling selesa sekali.  Ada jugak yang dah "book" awal2 hampar tikar di tempat yang kira First Class.  Sambil tu bawa bekal air minum dan jajan sekali, best sangat waktu.  Wayang free la katakan.  Yang bawa anak kecil, siap bawa bantal lagi.  
Itu nostalgia yang tak dapat dilupakan.

Thursday, January 17, 2013

Dulu Dulu Kan.......(Part 1)

Dulu dulu kan 
masa usia lima tahun, saya sekeluarga tinggal di Kem Polis Hutan, Ulu Kinta Perak.  Ayah masa tu kerja Polis Hutan, selalu keluar masuk hutan buru komunis di sempadan.  Jaranggggg sangat ayah boleh tinggal lama dengan kita orang.  Paling lama sebulan je, lepas tu masuk balik hutan beroperasi.  Saya masa tu tak tahu sangat, ingat-ingat lupa.

Paling seronok, bila ayah balik, ayah mesti bawa kita orang pergi jalan2 di bandar Ipoh.  Belikan saya anak patung teddy bear...sukaaaa sangat.  Almaklumlah, saya kan bongsu.  Lepas tu bawa kita orang pegi makan2.  Tapi....bila ayah dipanggil semula untuk masuk beroperasi di hutan, sedihhhhh sangat.  Walaupun waktu itu masih kecil, tapi perasaan rindu, sedih itu ada.

Dulu dulu kan
masa usia enam tahun, saya sekeluarga berpindah ke Kem Polis Hutan, Sungai Petani.  Lama jugak tinggal di sana lebih kurang 12 tahun.  Di situ lah tempat saya mulakan alam persekolahan saya dari tadika sampailah ke peringkat sekolah menengah.  Memang sayanggggg sangat dengan tempat tu.  Di situ lah saya mula belajar A, B, C, belajar mengaji, masuk sekolah rendah pun senang, tak macam kanak2 riang sekarang.  Saya  pergi sendiri je, tak ada mak ayah menghantar cuma ditemani kakak saya yang sama2 sekolah.  Relax je, masuk kelas, duduk di depan sekali.  Tak ada rasa nak menangis bila ke sekolah, tapi menangis kalau lambat bangun nak ke sekolah! Hahaha....gitu jugak dengan sekolah menengah....selambe je gi daftar sendiri.   Masa sekolah menengah laaaa...mula start nak kawan dengan budak lelaki walaupun pada masa sekolah rendah, sekolah campuran lelaki dan perempuan.   Tapi tak adala pulak nak serious cinta2..sebab memang tak ada rasa feel pun.  Ada sorang mamat ni (memang satu kelas pengajian agama dan sama pulak tinggal di Kem Polis Hutan) asyik "teropong" saya yang memang tak cantik langsung.  Kawan2 saya masing2 ada steady boyfriend, tapi saya tak ada rasa nak pasang pun.  Bila mamat ni kirim surat (hahahaha nostalgia orang dulu2 nak ngorat kirim surat tak macam sekarang ada email, sms, fb yang canggih), saya naik mengelabah satu badan.  Bukan apa takut mak marah, takut mak tahu...mahu dirotannya saya. Huhuhu...memang mengigil habih.  Konon2 nak jumpa saya sembang2, tapi biasalah saya...bawa geng sekali...selamat sikit kan.

Ok...kita sambung next episode.

Friday, January 11, 2013

Aku Ingin Bercerita

Assalamualaikum.

Sebelas hari sudah berlalu dalam bulan Januari 2013.  Syukur alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kesempatan daku menumpang di bumiMu dan menghirup udara yang Kau pinjamkan.

Pagi ini tergerak hati nak membaca blog Kak Jun Roslan (blog diarikasih).
Terkedu sekejap bila membaca entry "Di Bawah Langit Madihah".
Kalau tak silap dari pandangan saya, itu senior saya masa di UiTM Arau dulu.
Suriati Shuib!  Ya memang tak salah lagi.  Kami pernah kerja bersama di Pelangi Beach Resort Langkawi
dan kemudian sejabatan lagi dengan suaminya, Azhar Mohammad di Pens Travelodge, Kangar 
(sekarang dikenali sebagai Putra Palace).

Ya Allah, dunia ini kecil betul. Pi mai pi mai jumpa balik.  Tak sangka Kak Jun pun mengenali Suriati.
Gembira campur terharu bila Puan Suriati ini berhijrah dengan suami ke tanah Madinah kerana suami mendapat tawaran Pengurus Besar di sebuah hotel terkenal di sana.   Moga urusan mereka sekeluarga di sana dipermudahkan dan sentiasa dirahmati Allah.

Ahad, 6 Januari 2013

Setelah dua tahun migrate di negara orang putih, rakan saya ini, Nida Hassan pulang bercuti hampir dua bulan di Malaysia.  Berkesempatan bertemu kembali, lokasi yang dipilih Chili's di KLCC.  Tempat paling senang untuk saya pergi tanpa perlu minta bantuan suami untuk hantar saya ke sana.  Saya ni fobia sikit nak drive sendiri...ada kisah di sebalik cerita fobia ini.  Mudah saja bagi saya dengan menaiki Putra LRT, terus sampai ke destinasi.

Memang terlerai rindu selama ini.   Tak sangka kami dapat berjumpa semula, cerita panjang berjela sampai tak ingat orang keliling kami.  

Nida Hassan, kini telah menjadi sebahagian Aussie.  Menetap di Melbourne, mengikut suami migrate di tanah Kangaroo. Moga kamu bahagia di sana, Nida.  Aku doakan kebahagiaan kamu.
Cerita panjang.....dulu kami bertiga pernah bergelar Miss J...tapi sekarang  hidup bahagia di samping suami dan keluarga tersayang.  Kisah silam, kita lupakan, mulakan hidup baru dengan semangat baru.

Sahabat saya, Zanariah. Sekarang bekerja di Pullman Putrajaya.  Kami bertiga dulu pernah sebumbong
di Parkroyal Kuala Lumpur.
Anak bujang Nida Hassan sudah besar panjang...tinggi pulak tu..Ammar Syami.
Di sana sudah Grade 11 (Form 5 kalau di Malaysia)

Ini yang saya order...Club Sandwiches...berkongsi empat..tak habih.  Full sangat.
Beef steak yang enak dan menyelerakan.  Habih Ammar sorang makan...no sharing okay!
Caesar salad (big portion) bagi orang diet hihihihi
Yang ni (lupa lak menu ni apa)...Zana pun tak habih makan...
Dark choc cake topping with vanilla ice cream.  Licin...sharing untuk semua...sikit2 lama2 tinggal plate saja 

Misi seterusnya

Dua buku ni dalam TUNGGU GILIRAN untuk dibaca

Aku Bercerita...sudah pasti dari penulis kegemaran saya





Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal Sayang

Tik Tok Tik Tok!!
Tinggal beberapa jam saja lagi kita akan bersama, tepat 12 malam, bagaikan Cindralela yang bergegas berlari pulang ke sarangnya...ohhhhh tidak...saya bukan Cindralela (berangan!)

365 hari bagi  tahun 2012 akan berlalu pergi dan tidak akan berulang lagi.
Yang menunggu di hadapan dengan penuh harapan adalah 2013.



Untuk anak2 yang akan kembali ke sekolah,
mulakan dengan semangat baru ya!!   Syiqin pun dah tak
sabar2 nak kembali ke sekolah.


Semoga 2013 membawa rahmat dan keberkatan dalam hidup kita.  Insyaallah!

Wednesday, December 26, 2012

Kosong...Kosong...Kosong

Kosong...kosong...kosong....
Sunyi...sepi....sangat dingin.

Tuan tanah masih lagi tidak tentu arah, terapung-apung mencari tapak semula.
Sudah lama ditinggalkan rumah ini, sudah lama juga tiada apa-apa coretan.
Idea juga sudah semakin tipis...nipis!!!!

Bangun pagi, celik mata, kepala terus teringat apa yang perlu buat pada hari ini...
Kerja....kerja...kerja...projek baru semakin masuk, company semakin masyuk!!!!! 
Aku juga yang serabut serabai....
Rasa mahu ambil cuti yang tidak berbaki lagi huhuhuhuhu.

Wednesday, October 31, 2012

Demam yang tak kebah

Assalamualaikum!
Entry penutup bulan Oktober 2012.  Begitu lama tuan tanah tak berkunjung di tanah yang usang ini.   Dek kerana tuntutan kerja yang tak pernah henti dan lebih2 lagi tuan tanah ini sendiri agak kurang sihat sejak kebelakangan ini.  Musim raya qurban, bagaikan berjanji kami sekeluarga ditimpa demam selsema dan batuk.  Cukup lengkap bukan.  Bermula dengan syiqin.  Beli Kool Fever tak juga kebah demam syiqin.  Mengelabah cari klinik serata pekan Jitra, semuanya tutup dek kerana cuti hari raya Qurban.  Mana nak cari lagi ni, terus sms kakak di taman seberang, tanya kalau2 ada klinik lain yang "baik hati" buka di hari raya.  Kakak kata cuba ke hospital unit kecemasan, kat situ memang boleh.  Eh biar betul, boleh ke.  Memang betul laaaa....ramainya orang yang sakit demam.  Tak tahu pulak, kalau sakit demam macam ni boleh ke unit kecemasan.   Lega sangat dapat jumpa doktor.  Tapi agak terkejut panas syiqin hingga cecah 40 darjah.  Tak pernah lagi demam sekuat itu.  Dapat lima jenis ubat dengan percuma.  Alhamdulillah. (Buat masa sekarang ni pun, syiqin, ayah dan tuan tanah masih lagi belum betul2 sembuh dari demam)  

Keesokan harinya pula, ayah syiqin pula demam, memang teruk kali ni.  Tidur terbaring seharian, makan pun tak lalu.  Ku paksa juga dia makan walau sesuap bubur nasi, lepas tu minum ubat dan dibungkus badan dengan selimut agar berpeloh badan dan kebah.  Ingatkan tuan tanah tak terkena jangkitan, rupa2nya tempoh mahu pulang ke hutan konkrit, mula rasa tidak sedap badan.  Sudah dua hari MC, tapi masih tak berapa sihat lagi.  Gagahi diri kerja hari ini, kalau tak tahan, half day ler nampak gayanya.  Risaukan syiqin, badan masih lagi terasa panas.

Maaf ye kawan2 tak dapat nak menziarah blog buat sementara waktu ni.  Insyaallah, sihat nanti dan bila kelapangan, akan singgah blog2 kesayangan saya ini ya.

Tuesday, October 9, 2012

Hai hai Bye Bye

Assalamualaikum! Entry pertama dalam bulan Oktober. Nak singgah lama2 kat blog pun tak boleh sangat dah, tuntutan kerja seharian sangat2 memerlukan perhatian untuk diselesaikan sebaik mungkin. Saya cuba update entry blog melalui handset tapi dua kali cuba dan dua kali juga gagal untuk disave dan dipublish. Penat je menaip satu2 atas skrin kecil, tengah syok menaip tiba2 gagal untuk diselamatkan. Hmmmmmm....memang tak ada rezeki. Nak publish cerita dah basi pun tak best. Nanti bau masam!! Hihihihi Apa yang menarik bulan Oktober nih. Hmmmm tak ada apa yang special pun. Sama jer setiap hari. Kerja di ofis macam biasa, bila ada projek baru, mula laaaa kelam kabut secretary ni nak buka file baru, cari quotation untuk insuran, bond, senarai pekerja bla bla bla bla!!!! Bila dah settle, baru lega sikit. Kalau tidak, jenoh nak menjawab dengan bos dan juga pihak ketiga samada consultant atau pihak bank. Oh ya, bula ni bulan Zulhijjah. Bagi mereka yang mengerjakan Haji moga selamat menjalani ibadah Haji dan semoga mendapat Haji Mabrur, insyaallah. Moga para jemaah sekelian sihat sejahtera menjalani ibadah Haji dengan selamat dan sempurna. Disebabkan Raya Haji jatuh pada Jumaat, kalau tak silap 26/10/2012, insyaallah saya juga akan pulang bercuti ke Utara, apa lagi tempat tumpah kelahiranku. Mungkin lajak sehari kot cuti walaupun dah sedia maklum, baki cuti sekarang adalah ZERO!!! Tak kira, nak cuti jugak jugak!!!! Dalam tengah update ni pun, bos dah panggil masuk. Memang secretary ni curi tulang sekejap disebabkan tension dengan timbunan kerja. Tensionnnnn......asyik tunduk pandang kertas yang berselerak nih...lengoh bahu dah nih. Ok, nak sambung kerja ni. Entah bila lak boleh update entry dan saya rindu sangat2 ank blogwalking macam dulu. Singgah blog kawan2, say hai hai bye bye....hihihiihi.

Thursday, September 27, 2012

Gores dan Menang..Tak Tergamak La Pulak

Assalamualaikum.
Dah tiga bulan menetap di tanah ini, lantai 15 pintu 7.
Jiran yang kenal cuma sebelah rumah, ramah mesra sepasang suami isteri.  Yang lain tak pernah nampak langsung, agaknya keluar seawal pagi, pulang sesudah terbenam matahari.   Jiran bertentang dapur selalu saja diintai, tapi senyum ramah mesra tak pernah disambut.  Hmmmm apa boleh buat, kadang kala terserempak di pintu lif, senyum menguntum tanpa balasan.  Tak apalah...janji kita murah senyuman.  Kadang2 mulut ringan saja bersembang, tapi sepatah tanya sepatah dijawab.  Mati akal juga lah.

Yang tak tahan dan masih lagi dalam tahap kesabaran bab parkir kereta.  Kami jadi mangsa.  Kereta terhimpit dan terpaksa memberi ruang pada mereka yang memangkir kereta tanpa memikirkan kepentingan jiran yang lain.  Buktinya seperti ini:

Cube perhatikan kereta yang diparking ni...sebelah kanan nampak lapang dan luas.  Manakala bahagian pemandu pula betul2 di atas line kuning seperti gambar di bawah.
Kan...atas line kuning...Habih tu kereta sebelah lagi terpaksa  adjust parking dan himpit pula kotak parking kereta saya.....Sakit jiwa betul
Rasa macam nak gores2 je kereta tu...tapi itu bukan sifat kami suami isteri.  Saya jadi penyejuk hati en suami.  Tak apa lah, bila kita terserempak nanti, kita cakap elok2, jangan sampai jiran terguris hati.

Sementara masih panas dari oven nih, ini saja nak tayang pagi2 tadi hantar syiqin outing ke Shah Alam.  Gambar2 ni di Tadika tadi.  Seronok tengok kanak2 riang ni menunggu giliran naik bas.

Comelnya budak2 ni
Ok berbaris semua.  Masa untuk berangkat!
Besok dah Jumaat.   Cepatnya masa berlalu.  Farewell September, Welcome October!!

Tuesday, September 25, 2012

Intai-intai, Jeling-Jeling

Assalamualaikum!
Sibuk mula terasa.   Apa tidaknya, projek tiba2 datang bertalu2.  Syukur, alhamdulillah.  Bulan ni punyalah free tak ada projek apa2.  Dalam free tu pun, boss suruh itu ini, sampai nak intai blog teman lain tak sempat dah.  Cuma boleh jejak beberapa blog saja, yang lain tu jeling2 manja gitu.  Memang tak sempat langsung dah nih.   

Bulan depan mula la sibuk, dapat projek di sebelah nun utara dan di selatan darul takzim.  Dalam kawasan bandar pun masih lagi rancak berjalan, mudah2an tak ada apa2 halangan besar dan moga projek dapat dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan.  Kalau tidak....denda lerrrrr jawabnya.  Alhamdulillah, syukur rezeki ALLAH limpahkan kepada hamba2Mu ini.  

P/S: Agak2 hujung tahun ni dapat lagi ke bonus....adohaiiii...berangan la pulak makcik sorang nih!!!

Tuesday, September 18, 2012

Kemaafan Yang Terindah

Assalamualaikum!
Syawal dah menutup tirai.  Sekarang kita melangkah ke bulan Zulkaedah.   Bulan ini, para jemaah haji Malaysia sudah mula berangkat ke tanah suci bagi menunaikan Haji, mudah2an dipermudahkan urusan dan mendapat Haji Mabrur, insyaallah.  Saya dan en suami juga tidak putus2 berdoa agar suatu hari nanti kami juga akan menjadi tetamu Allah.  Bila melihat rakan2 sebaya ada yang sudah mendapat gelaran Haji dan Hajah, terdetik rasa hati bila agaknya giliran kami pula.  Rasa sayu sentiasa ada, sebak pun iya juga.  Entahlah, setiap kali bila melihat mereka yang bertuah dapat menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah, hati saya meronta2 nak ke sana juga.  Insyaallah, saya sentiasa berdoa agar termakbul jua hajat nak ke sana.

Berbalik pada tajuk di atas, saya ni jenis seorang yang cepat mudah memberi maaf kepada orang yang berbuat salah pada saya.   Memang mula2 terasa amat benci, kesal, sedih kenapa saya yang menjadi sasaran.   Tapi sejak hari itu, setelah dia datang berkunjung ke rumah tanpa diduga sama sekali, perasaan marah dan benci itu seakan terus cair atau hilang terus dari diri saya.  (biar saya rahsiakan siapa).  Dulu perasaan benci dan marah serta dendam tak pernah luput dari ingatan saya, tetapi apabila dia datang memohon maaf atas segala kekhilafan dan hasutan yang ditabur pada saya, saya terus pelok dia dan menerima kemaafan dari dia.  Seperti terlepas satu bebanan yang saya tanggung selama ini.

Syukur padaMu, Ya Allah, menyedarkan aku semula.  Aku redha dan syukur kerana terpilih di atas segala ujian yang Engkau berikan.  Aku sedar selagi aku tidak memaafkan dia, selagi itulah perasan dendam tidak akan padam.

Suka layan lagu ni, demam Adam & Hawa


Friday, September 7, 2012

Hutan Melintang! Kami dah Hilang Arah!

Ini sambung lagi cerita...huhuhuhu 2 September 2012 Sebaik saja breakfast di coffee house di Level 4, terus salin pakaian (syiqin saja) dan aktiviti berenang pulak. Hmmmmm tak jemu2 nak mandi kolam budak nih. Badan dah makin hitam legam, adehhhhh nanti makin gelap gulita la anak dara kenit sorang nih. Tengahari, check out dan terus ke rumah anak sedara di Simpang Pulai (lokasinya kurang pasti). Makan2 lagi. Hari tu saya rasa tak berapa nak makan, asyik sendawa tak berhenti2. Entah silap makan apa, sampai sendawa rasa macam nak termuntah saja. Untuk menghilangkan rasa sendawa tu, tertidur la kejap. Lebih kurang jam 5 petang, bersiap2 pula nak ke Hutan Melintang rumah anak sedara seorang nih. Tak sampai hati lak nak menolak ajakan Umi, kita redah je ke Hutan Melintang. Itupun kita follow kereta dia orang dari belakang, kalau tidak memang tak sampai lah kan. Perjalanan mengambil masa sejam lebih jugaklah. Elok sampai, azan maghrib dah. Terus sembahyang jamak. Tepat jam 9, keluar dinner dan kami terus pulang ke KL. Pengembaraan pun bermula. Dari Hutan Melintang, sepatutnya apabila nampak signage arah ke Pekan Sabak Bernam, patutnya dah belok ke jalan tersebut. Disebabkan malam, dan ditambah dengan keletihan dan mengantuk pun iye jugak, en suami dah terus saja ke jalan lain. Dia kata nampak signage Rawang. Ingat dah dekat sangat dah la kan. Rupa2nya kami dah sesat masuk ke kawasan hutan kelapa sawit. Mula2nya ingat ok je. Dah lepas dari UNISEL, kereta pun tak banyak, lama2nya makin kurang. Selisih sebuah dua je kereta, bila toleh ke belakang, memang gelap gelita. Kiri kanan ladang kelapa sawit. En suami kata kita dah sesat. Nak patah balik dah jauh sangat. Saya kata mesti ada jalan keluar. Kita tawakal saja, ikut saja signage. Jam dah menunjukkan 12.30tengahmalam. Nampak bulan samar2 dilindungi awan hitam. Huhuhu betul2 macam citer seram pulak kan. Saya tak henti2 baca ayatul Kursi minta dijauhi dari segala yang tidak diingini. Nak google map pun tak dapat, sebab coverage memang betul2 hilang. Nak Tanya orang, mana ada orang. Kalau Nampak orang pun, betul ke orang tuu di tengah malam cam ni dan di tengah hutan gini? Huhuhuhu….peloh wei!! Dari jauh, nampak signage PLUS, timbul rasa lega sangat, tapi ada laaa dalam 30km lagi nak sampai ke Tol. Aduhhhh….gerunnya sebab signal minyak dah merah. Saya masa tu membayangkan kalau laaaa ada sapa2 yang tahan kereta atau ikut belakang kereta, tak boleh nak bayangkan di tengah2 hutan kelapa sawit kalau ada apa2 yang terjadi. Bila saja hampir dengan tol Bukit Tagar, saya baru perasan ada satu landrover menunggu di tepi jalan dalam keadaan gelap, bila nampak kereta kami lepas je, landrover tersebut terus ikut dari belakang. Saya suruh en suami pecut laju sikit bagi memastikan tidak ada apa2 yang berlaku. Nasib baik lepas dari toll, landrover tu seakan2 berpatah balik. Pelik kan. Tapi syukur Alhamdulillah, tak terjadi apa2 sepanjang perjalanan gelap malam tersebut. Kalau tayar pancit, atau minyak habih, memang kami tawakal tidur saja dalam kereta di tengah hutan kelapa sawit tu. Esoknya saya terus ambik emergency, letih sangat. Bayangkan sampai di KL jam 2.30 pagi!!

Sambungan Sungkai - Ipoh....Ada lagi Sambungan

Assalamualaikum! Last entry hari tu, menceritakan keseronokan bercuti di Hot Spring Felda Residence di Sungkai Ipoh. Kali ni, kesinambungan cerita minggu lalu (macam nak buat novel lak kan heheheehe…asah bakat!!) 1 September 2012 Sebaik check out dari chalet Hot Spring, perut terasa lapar walaupun pagi2 dah makan heavy breakfast. Okay juga buffet breakfast, ada varieties. Saya selalunya kalau stay di hotel, breakfast Cuma toasted bread plus butter, baked bean (kat rumah boleh buat tapi tak buat pun!!), segelas air oren dan teh. Itu je, lagipun kenyang jugak kan. Malas nak makan nasi lemak, roti canai segalanya. Opsss lupa, selalunya ambil congee dengan condiments. Itu dah cukup mengenyangkan. Berbalik pada tujuan nak lunch di Sungkai, saya cadangkan pada en suami, “kita cari je along the way, mesti ada warong masakan kampong”. En suami meniyakan. Memang betul, lepas sikit keluar menuju jalan besar ke Sungkai, Nampak satu warong di tepi jalan. Bersih, kemas dan teratur. Intai dulu lauk2 yang dihidangkan. Panas2 lagi bermakna baru masak lah ni. Okay, saya setuju saja nak makan di situ. Ambil nasi, ikan goring tilapia seketui, sambal ikan bilis petai dan ulam2an. Ringkas gitu. Syiqin nasi dan ayam goring. En suami standardlah, kalau tak ada kari ikan tak sah. Murah jugak dalam RM13 gitu termasuk air minuman. Alhamdulillah. Perjalanan diteruskan. Syiqin ni biasalah masuk kereta je dan kena aircond…terus lelap di ribaan saya. Senang betul. Sampai di Ipoh, mencari2 pulak hotel mana nak booking. Bukannya expert sangat pun Bandar Ipoh ni. Pusing punya pusing, Nampak satu hotel. Kinta WaterFront Hotel, hmmmm tengok dari luar, not bad jugak kan. Rupa2nya hotel baru. Apa lagi, just check in and keep our luggage dalam bilik. Terus je keluar nak ke rumah Kak Long di Tambun. Lepak2 di situ sebelum ke Chemor, berjumpa kawan lama masa kerja di hotel dulu. Sembang sampai ke maghrib, baru tahu nak balik heheheheh. Sebelum balik, dapat buah tangan dari kawan lama saya ni, buah Kuinin. Hmmmmmm harum sungguh. Tak sabar nak makan nih, tapi belum masak secukupnya. Tunggu balik KL baru boleh kupas dan makan. Malam memang lepak terus di bilik, letihnyaaaaa!!! Esok ada lagi agenda yang perlu dipenuhi.

Tuesday, September 4, 2012

KUL - Sungkai - Ipoh - Hutan Melintang - Hilanggggg Arah

Assalamualaikum. Semoga teman2 blogger sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Cuti hujung minggu sambutan Kemerdekaan dipenuhi dengan berjalan2 jauh nun di Felda Residensi Sg Klah, Sungkai. Memang tak dirancang langsung nak ke situ, tapi tu la last minit tiba2 tergoda dengan cerita teman ofis nih, terus tanya en suami. Bila dapat green lite, bilik terus dibooking untuk semalam sahaja. Orang kata, saja nak try macamana bestnya stay di Hot Spring Felda. Kebetulan hari tu kan Jumaat, so lepas saja selesai tonton perarakan Kemerdekaan di TV, terus bertolak ke Sungkai. En suami kata kali ni biar adventure sikit, ikut jalan lama. Sebelum tu, singgah dulu di rumah adik ipar di Bukit Beruntong. Dah lama tak bersua muka walaupun tinggal dekat saja. Perjalanan ke Hot Spring Felda memang mengasyikkan dengan pandangan kiri kanan kampung2 dan pekan kecil. Seronok juga sekali sekala ikut jalan lama kan, kalau highway memang jalan terus saja dah sampai. Sampai di Hot Spring lebih kurang jam 4 petang, terus check in dan tukar pakaian. Agenda pertama ke Hot Pool, pertama kali merasai kehangatan di kolam ini. Memang mulanya tak tahan sangat, tapi bila dah lama terasa sedap je kaki berendam lama2. Saya tak berani nak berendam terus, malu pulak kalau basah seluruh badan walaupun berseluar panjang dan t-shirt longgar. Yang seronoknya bila di Mountain Spring Cool (kata pekerja resort air mengalir terus dari gunung...entah iye entah tidak). Yang pastinya, mestila kanak2 riang yang menjerit2 suka ketika di pool ini.
Ini lokasi map untuk keseluruhan resort. Senang bagi yang pertama kali ke sini
Tak larat jalan, boleh sewa basikal dengan kadar berpatutan. Tapi elok ler berjalan, exercise badan kan. Jauh perjalanan, sihat badan!
Bilik deluxe yang luas, selesa!
Redup mata memandang, cantik di hadapan lobby dan chalet.
Yang ini sapa yang berminat nak rendam air panas, boleh berendam sepuas2 hati. Sedap jeee...mula2 cecah kaki terasa panas, tapi bila lama2 ok jer. Dibuka sampai 11 malam. Ada berani ke.... di tengah hutan macam ni nak rendam sorang2!!
Yang ini kolam air terus dari gunung (itu kata petugas di kolam tersebut...kalau bohong dia, bohong la saya kan!!!) Memang seronok untuk kanak2 riang, bukan dia orang je, orang2 tua pun apa kurangnya. Di situ juga ada air panas berperingkat mencecah 40 - 45 darjah C. Kawasan untuk merebus telur juga ada disediakan, tapi sangat panas kalau nak berendam kaki. Sapa yang tahan boleh saja, cuma takut bila diangkat kaki tu tinggal tulang pulak (terlebih masak sudah hihihi). Lupa lak nak ambik gambar kawasan rebus telor ni.
Ini apa hal pulak nih. Kes merajuk sebab si ayah nak berendam di kolam panas, si anak nak bermain di mountain pool...so macamana tuuu...last2 si ibu mengalah temankan si anak comel ni bermain di mountain pool, tinggalkan si suami yang nak bermanja gak sekali sekala si isteri menemani. Huhuhuu Cerita dari Sungkai - Ipoh - Hutan Melintang tu akan disambung nanti. Cewahhh...macam drama bersiri lak hihihi.

Friday, August 31, 2012

Happy Birthday Malaysia!

Assalamualaikum dan salam kemerdekaan. First time update blog via handset. Kekok dan merangkak2. Kalau dari PC laju je menaip. Tak kisah lah kan. Nanti pandailah. Dah sejam setengah after midnite. Mata segar lagi ni. TV buat peneman kala update blog. Dari tingkat 15, kebanyakan penghuni Villa Wangsamas sudah lama diulit mimpi. Tapi ada juga pak arab di sini yg suka2 berendam di kolam mandi. Hmmmm macam tak tahu sejuk langsung arab nih. Esok cuti panjang. Baju pun belum packing lagi. Esok saja lah. Bukan susah pun nak packiolng. En suami kata bertolak lepas perbarisan. Cuti2 ke Perak pulak. Selalu ke Melaka tapi kali ni ubah angin. Lama tak ronda Perak. Nanti saya update lagi. Dah tahu update thru handset ni lega sikit lah. Tak payah gaduh2 nak curi masa di ofis. Ops!!!! Kantoi! Selamat ulangtahun ke 55 Malaysia semoga terus aman makmor.

Wednesday, August 29, 2012

Raya, Merdeka dan Long Weekend

Assalamualaiikum!!
Masih lagi dalam mood raya yee!! Sama ler kita kan, tapi saya tak ler beria sangat nak beraya tahun ini.  Tak tau pasai apa tah!  Tapi kan seronok tengok gelagat kanak2 riang beraya dari satu rumah ke satu rumah.  Kutip tol lah katakan hihihi....

Hujung minggu ni mesti ramai yang buat rumah terbuka.  Mesti ramai yang dapat jemputan sana sini, dan pastinya sessi "lebarkan pinggang" hihhi.   Hujung minggu ini juga lah, sambutan Kemerdekaan Malaysia  yang ke 55 tahun.  Alhamdulillah, masih lagi aman makmur walaupun peperangan politik semakin hebat di Malaysia.  Tak paaaa....biaq pi kat depa nak berpolitik, yang tak reti pasal politik dok diam2.  Jangan jadi pak turut dah la kan.  Kita ambik yang baik2 jadikan iktibar dan teladan.

Teruja betul lah saya tengok blog kawan2 cerita pasal raya, kuih raya, ketupat rendang dan ziarah menziarahi nih.   Suka sangat blogwalking dari satu rumah ke satu rumah.  Saya tak ada apa sangat yang menarik nak diceritakan, biasa2 saja.  

Yeah hujung minggu ni nak bermalam di Felda Residence Sungkai atau lebih dikenali dengan Hot spring Sungkai.   Booked bilik satu malam dulu, kalau seronok boleh extend lagi.  Deposit pun dah dibayar.  Tunggu apa lagi.   Esok malam nak packing barang.   Nak beli jajan sama lah, senang boleh kunyah2 dalam bilik nanti.

Selamat Hari Merdeka,
Selamat Ziarah Menziarahi rumah terbuka, 
dan
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta.

Wassalam

Monday, August 27, 2012

Isnin Yang Suram

Assalamualaikum!
Salam Aidil Fitri kepada semua teman2 blogger sekelian.  Masih lagi dalam mood raya walaupun raya tahun ini disambut dengan cukup sederhana sekali.

Tahun ini pertama kalinya saya bertolak balik kampung pada pagi hari raya.  Tidak seperti tahun sebelumnya, pagi raya memang dinantikan untuk mengucup tangan suami dan ayah bonda dan keluarga.  Tapi tahun ini, pagi raya terasa lain sekali walaupun suami dan anak berada di sisi.  Lepas sembahyang raya, bersiap2 terus membelah lebuhraya DUKE yang tidak sibuk seperti selalu.  Lancar saja perjalanan pulang ke Kedah.  Seronok sangat!  Sempat lagi singgah di Ipoh rumah kakak ipar.  Hidangan bihun sup, lemang dan rendang pedas cukup buat kami mengalas perut dalam perjalanan pulang ke kampung.

Kami selamat tiba di kampung lewat jam 5 petang.  Kebetulan ayah dan bonda ada di rumah, begitu jugak kakak ke tiga dan anak2nya.  Faizal dan sepupu rapatnya entah ke mana merayau.  Biasalah anak bujang, mana mahu nak beraya bersama.   Mesti berkonvoi sakan dengan teman2 sebaya.

Raya ni, tak ke mana sangat pun.  Lebih kepada singgah beraya di rumah kakak yang keempat dan abang sulong.  Abang kedua pun ada balik beraya di kampung.  Seronok berkumpul beramai2.  Hajat hati nak beraya di Perlis pun tak jadi.  Selebihnya kami cuma beraya di kawasan berdekatan saja.

Hari Khamis, kami dah bersiap untuk pulang ke hutan kota.  Terasa cepat sangat masa berlalu.  Sedih nak meninggalkan ayah dan bonda, lebih2 lagi bila bonda menangis apabila ku pelok cium mohon maaf.

Isnin - sunyinya ofis hari ini.  Masing2 masih lagi dalam mood hari raya.


Friday, August 17, 2012

Ramadan Akan Dirindui, Syawal Dinanti

Assalamualaikum.

Masuk hari yang ke 28 berpuasa dan mudah2an dapat melengkapkan genap sebulan.  Setakat ini belum lagi "bercuti" alhamdulillah!  Sepanjang Ramadan, urusan berpuasa dipermudahkan oleh ALLAH SWT.  Syukur pada Ya Rabb!

Hari ini memang tak boleh nak update banyak pun, ni pun pinjam computer di meja lain.  Google chrome di computer sendiri entah hilang ke mana.  Internet explorer pulak buat hal...berjam2 menunggu untuk keluar satu2 perkataan.  Membosankan, lebih baik saya lunasi segala kerja2 sebelum bercuti raya seminggu.

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tidak berapa hari saja lagi, saya dengan rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin.  Mana tahu sepanjang berblogging dan blogwalking, ada komen2 atau tulisan saya menguris hati teman2 sekelian.  Yang buruk, kelemahan dan kelalaian itu hanyalah dari diri saya sendiri, dan yang baik mulia itu adalah dari ALLAH SWT.

Salam Aidil Fitri, semoga perjalanan balik ke destinasi dipermudahkan dan selamat kembali bertugas nanti ya, Insyaallah.

Tak sabar nak makan ketupat palas Bonda Aishah.  Terbaekkk....anak ini pandai makan saja hihihi

Sapa nak duit raya, angkat tangan tinggi2

Raya untuk kanak2 riang rupanya walaupun ada yang tak cukup sebulan berpuasa.  Kita orang tua ni  dah lama merasai kemeriahan , bagi peluang pula pada mereka kan.


Monday, August 13, 2012

Kau Pasti Datang Lagi tapi apakah Aku Masih lagi Di Sini

Assalamualaikum.
Masuk hari yang ke 24, puasa masih lagi bertahan sampai ke hari ini.  Belum ada cuti lagi, alhamdulillah.
Ramadan hampir ke penghujung, maka Syawal juga akan menjelang tiba.  Mudah2an ibadah bulan Ramadan tahun ni diberkati.

Sabtu lepas, saja berjalan di AEON AU2.  Bukan nak bershopping sangat pun, saja nak menengok suasana orang2 kita bershopping untuk kaum keluarga.  Yang paling seronok tengok gelagat kanak2 riang.  Ada yang berposing dengan baju baju depan cermin, ada yang lari ke sana sini. Sampai si ibu pening dok asyik kepong sana sini.  Yang paling best, tengok kaum bapa, dok relax di satu sudut sofa yang disediakan.  Ada terlentok lena, ada yang asyik dengan ipad, ada yang layan baby kecil, baca akbar.  Memang tu lah yang selalu kita lihat di mana2 shopping complex kan bila time raya macam ni.

Raya tahun ni, saya tak beria sangat nak bertukar baju baru.  Sampai kuih raya pun malas nak beli (opsssss pecah rahsia bukan buat sendiri kannnnn hehehehehe).  Bila en suami tanya, baru la terhegeh2 cari kuih raya.  Beli pun ala kadar je, takut beli tak makan sampai ke tahun depan lak menyimpan buat perhiasan.

Minggu ni, nak kemas sikit2.  Sapu sampah tu berhari2, tapi mesti ada juga habuk.  Tak pe lah, daripada tak bersapu langsung kan.    Tahun ni juga, pertama kali akan pulang pada pagi raya,  kalau selalunya balik sebelum raya.  Disebabkan en suami pun tak larat nak bawa kereta jauh2, so saya pun ok saja lah.  Tak ada nak tengkar2 atau masam muka macam muda2 dulu.  Sekarang kita give and take saja.  Ikut cakap en suami kan.  Mak ayah pun dah faham.

Ofis pun dah keluar memo cuti raya, seminggu jugalah tutup kedai.  Senang hati nak balik kampung nanti, tak ada orang nak calling2 kan.  Cuma kuih raya untuk client ofis saja belum diagihkan, tunggu kedai siap sticker raya. Last minit selalunya.  Tak apa, ada 3 hari lagi nak pulun tampal stiker kat bekas kuih raya dan deliver terus kat client.   Harap2 sempat kan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...