Nuffnang Ads

Tuesday, September 18, 2012

Kemaafan Yang Terindah

Assalamualaikum!
Syawal dah menutup tirai.  Sekarang kita melangkah ke bulan Zulkaedah.   Bulan ini, para jemaah haji Malaysia sudah mula berangkat ke tanah suci bagi menunaikan Haji, mudah2an dipermudahkan urusan dan mendapat Haji Mabrur, insyaallah.  Saya dan en suami juga tidak putus2 berdoa agar suatu hari nanti kami juga akan menjadi tetamu Allah.  Bila melihat rakan2 sebaya ada yang sudah mendapat gelaran Haji dan Hajah, terdetik rasa hati bila agaknya giliran kami pula.  Rasa sayu sentiasa ada, sebak pun iya juga.  Entahlah, setiap kali bila melihat mereka yang bertuah dapat menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah, hati saya meronta2 nak ke sana juga.  Insyaallah, saya sentiasa berdoa agar termakbul jua hajat nak ke sana.

Berbalik pada tajuk di atas, saya ni jenis seorang yang cepat mudah memberi maaf kepada orang yang berbuat salah pada saya.   Memang mula2 terasa amat benci, kesal, sedih kenapa saya yang menjadi sasaran.   Tapi sejak hari itu, setelah dia datang berkunjung ke rumah tanpa diduga sama sekali, perasaan marah dan benci itu seakan terus cair atau hilang terus dari diri saya.  (biar saya rahsiakan siapa).  Dulu perasaan benci dan marah serta dendam tak pernah luput dari ingatan saya, tetapi apabila dia datang memohon maaf atas segala kekhilafan dan hasutan yang ditabur pada saya, saya terus pelok dia dan menerima kemaafan dari dia.  Seperti terlepas satu bebanan yang saya tanggung selama ini.

Syukur padaMu, Ya Allah, menyedarkan aku semula.  Aku redha dan syukur kerana terpilih di atas segala ujian yang Engkau berikan.  Aku sedar selagi aku tidak memaafkan dia, selagi itulah perasan dendam tidak akan padam.

Suka layan lagu ni, demam Adam & Hawa


1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Zu.

Kita serupa, mudah memaafkan tapi tak mudah melupakan. Walaupun bunyinya macam tidak ikglas memberi maaf tetapi biarlah ia menjadi sempadan agar kesilapan lalu tidak berulang, betul tak?

Caaaaaayanggggg Kak Zu, muahhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...