Nuffnang Ads

Friday, September 21, 2012

Kongsi itu Juga Sedekah Kan!!

Assalamualaikum!
Kali ni nak update lain dari yang lain pulak.  Sementara masih segar dari ladang nih, elok war2kan kepada teman2 blogger yang sudi bertandang di blog saya ini.



Tiba2! Haaaaa.....comelkan ada kambing2 sedang sedap makan hitea.
Ni lah yang nak saya ceritakan nih.

Jangan salah faham.  Ni bukan ladang kambing saya, sepupu saya @ boss saya.  Memang rajin dia ni, dari perniagaan rekabentuk hiasan dalaman, kemudian menceburi pulak penternakan.  Bermakna dua jenis perniagaan yang berbeza.  Serupa ler macam saya, dari bidang perhotelan selama berbelas2 tahun, kemudian bekerja dalam bidang rekabentuk hiasan dalaman dan sekarang penternakan kambing pulak.   Banyak juga ilmu yang dapat, walaupun ada juga subjek2 yang masih saya blur lagi.  Tetris Agro Farm, syarikat yang ditubuhkan pada 2008 dan lokasi di Ulu Langat Selangor, menjual kambing jenis biri2, Damara dan Boer samada untuk ternakan bagi mereka yang ingin menceburi bidang ternakan ataupun mendapatkan daging qurban dan akikah.  Memang segar dari ladang.

Raya Haji pun dah nak dekat kan.  Bagi sesiapa yang berminat nak mengadakan aqiqah qurban, bolehlah hubungi boss saya ini 012-2871835 (Haji Hayazi) untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.  

Rumah kambing di atas bukit
Rumput Napier, makanan rutin si kambing yang ditanam sendiri di ladang tersebut
Kambing DAMARA

Akhir kata, selamat beramal!

3 comments:

Mak Wardah said...

Wow, nanti saya war3 pd kwn2.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

mbekkkkk!

senyum kambing saya baca entry Kak Zu. Bukan apa seronok tengok rumah kambing atas bukit tu, makan pulak rumput mahal.

Oh, kiranya Kak Zu dah jadi saudagar jugaklah sekarang ya, tahniah Kak Zu

zuwaidah said...

Mak Wardah - terima kasih tolong war2kan. Dapat pahala tu, amin.

Sari - heheheheehe kak zu bukan saudagar kambing, tapi gembala kambing hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...