Nuffnang Ads

Wednesday, March 14, 2012

Peluang Kedua, Umurnya Masih Panjang

Assalamualaikum!
Tanggal 11 March 2012, genap satu tahun peristiwa yang mengemparkan seluruh dunia.  Tsunami melanda negara Jepun setelah gempa bumi yang mencecah 8.9 skala ritcher berlaku di negara matahari terbit itu.

Pelbagai video klip yang memaparkan saat2 cemas ketika ombak Tsunami melanda beberapa daerah di negara tersebut.  Berikut adalah salah satu kisah yang diceritakan semula oleh seorang ibu yang sangat2 bernasib baik ketika kejadian tersebut berlaku.

 Saya yang menonton video ni pun rasa sangat terharu dan sedih.

Tuesday, March 13, 2012

Apa Dosa Dia

Assalamualaikum.

Musim cuti sekolah, tapi Syiqin tetap ke tadika.  Minggu lepas "Mama Siti" (principal Tadika Twinkle Tots) memberi setiap anak2 surat pemberitahuan yang tadika akan ditutup selama seminggu sempena cuti sekolah cuma day care centre saja dibuka mulai Isnin hingga Jumaat.   Bagi saya yang bekerja terasa lega sikit lah, sebab ada daya care centre nih.  Kalau tidak terpaksa cuti tanpa gaji lah jawabnya.

Minggu ni terasa lapang sikit.  Hari ni pun macam tak ada apa nak buat di ofis ni.  Tu la, bila dah banyak sangat kerja, sampai nak menjengah blog sendiri pun tak sempat, apatah lagi Blog walking rumah teman2 di sini. Disebabkan kelapangan, saya update sikit saja la yeee...citer yang patut2 je walaupun banyak nak diluahkan tapi patut padan la kan. 

Pagi ni, sambil bersarapan Laksa Johor dan secawan teh o panas di Restoran Kak Esah ni, saya membaca berita pembunohan ngeri seorang lagi mangsa kanak2 yang hilang tempoh hari.  Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali dengan nama gelaran Dirang.  Sedihnya mendapat tahu adik Dirang mati dibunuh dan dibakar.  Kenapa manusia binatang ni tergamak melakukan ini ke atas kanak2 yang tidak berdaya.  Sebaya Syiqin adik Dirang nih.  Kasihan tengok ibu Dirang meraung2 meratapi kematian anak kesayangan.

Moga pembunuh "binatang" ni mendapat balasan yang setimpal, kalaupun terlepas dari mahkamah dunia, ingat mahkamah akhirat pasti menerima hukuman Allah.

Al fatihah untuk adik Nurul Nadirah Abdullah, moga tenang dan aman di sisi Allah.
Syurga pasti tempat mu.

Masih lagi bersedih atas kehilangan nenek tersayang, Tok Fatimah.  Namun reda kerana dia kembali kepada Penciptanya.  Amin.

Wednesday, March 7, 2012

Perjalanan Terakhir

Tanggal 6 March 2012 bersamaan dengan 13 Rabiul Akhir 1433,
usai Maghrib berlabuh, Tok Fatimah telah kembali ke rahmatullah, bertemu Penciptanya yang abadi.

Waktu itu saya sedang menunggu waktu azan Maghrib dan bersantai2 di rumah, tiba2 handphone berbunyi.  Ketika terpapar wajah Kakak Zakiah di skrin handphone, hati saya berdebar2 lantas terus saja memberi salam.

"Dik, Tok dah tak ada" Saya terkedu tanpa berkata apa.  Sebaknya tak terkata, namun saya tahan airmata.  Entah kenapa.  Lantas terus saja menyempurnakan solat maghrib dengan kyusuk dan menghadiahkan AlFatihah dan Yasin pada arwah yang baru saja meninggalkan kami semua.
(Pada ketika menulis ini, baru terasa ingin menangis melepaskan segala yang terbuku di hati)

Malam ini, kenduri tahlil akan diadakan selama 3 hari berturut.  
Moga arwah Tok Fatimah bersemadi bersama mereka yang beriman dan bertakwa.
Kami anak menantu, cucu, cicit, piut dan sanak saudara, sahabat handai semua akan merinduimu.

Al Fatihah.  Amin



Tok Fatimah, kami akan tetap merinduimu

Friday, March 2, 2012

Santai

Terlebih banyak masa lak hari ni.  Psssttttt bos tak ada, officemate pun tak ada.  Maknanya sorang saja di ofis ni.  Layan semua hari ni,

Facebook
Akhbar online
Blogwalking

sambil
mengunyah kudapan.

Bestnyaaaaa!!!!!

Tok Fatimah

Assalamualaikum.

Sudah lama tak ketemu ya.  Terlalu banyak bebanan kerja dan urusan peribadi yang perlu diuruskan dengan teratur.  Kerja2 di pejabat biasa saja, tak pernah surut2, tapi tepat jam 6 petang wajib punch out dan balik!!!  Wooooo...tanda seruan tu...macam tegas je.

Sabtu, 25 Februari 2012

Sabtu lepas, ketika santai di rumah sambil menghabihkan kerja mewarna di kanvas tiba2 sms masuk.  Sms dari Kak Kiah "Salam, tok dah tak berapa ok, harap dapat pulang".  Terkejut saya, memang dah sedia maklum, tok (panggilan nenek bagi org kedah) memang tak sihat.  Penglihatan dah semakin kabur dan pendengaran pun semakin kurang.   Ketika saya berjumpa dengan tok dulu, tok masih lagi boleh duduk2 santai di ruang tamu rumah maksu saya.  Boleh lagi ketawa, bersembang2 dan makan2 dengan anak cucu.  Lepas tu lama jugak lah saya tak pulang ke Kedah.  Cepat2 saya kemas pakaian dalam bagasi besar, mana tahu berkunjung lama sedikit.  Petang tu, kami tiga beranak pulang menyusur lebuhraya Utara Selatan menuju ke Utara.  Sampai di sana kampung pun dah hampir jam 11.30malam.  Saya bertanyakan khabar tok, kakak kata tok dah tidor.  Saya maklumkan yang kami akan menziarah pada keesokkan hari sahaja memandangkan hari pun dah jauh malam.

Ahad, 26 Februari 2012

Sebelah pagi, saya dan keluarga berkunjung ke rumah ibu saudara (panggilan Cu Tunjang atau Cu Nab).  Sedih saya tengok tok, dah kurus benar, cuma terbaring lesu di atas katil.  Makan minum kencing berak semuanya diuruskan oleh mak adik beradik.  Cucu2 juga tidak ketinggalan memainkan peranan menguruskan tok yang semakin uzur.  Saya memang tak boleh melihat wajah tok, sedihhhhh sangat. (lari ke bilik sebelah dan menangis, tak sanggup nak menangis depan saudara yang lain).  Tok pun dah tak berapa kenal dah anak cucunya.  Bila ditanya sekarang tok di mana, dia kata tunggu anak datang ambil.  Sedih saya mendengarnya. Masing2 duduk berhampiran dan membaca Yassin, moga2 dipermudahkan segala urusan dengan keizinan ALLAH SWT.

Selasa, 28 Februari 2012

Berkemas2 untuk pulang ke Kota Lumpur.  Semua beg pakaian dan keperluan lain telah siap dimasukkan ke kereta.  En suami pula terus ke Pekan Jitra untuk membeli bateri charger handphone.  Adoiiiii masa ni lah dia pi beli, semalam free dia tak teringat pulak.  Dalam masa tu juga, Cu Tunjang telephone mengatakan tok tenat.  Apa lagi, kelam kabut saya.  Mana semua pakaian dah dimasukkan ke dalam kereta.  Saya sambar je pakaian kurung lama kakak saya di almari.  Sarung je, jangan fikir nak cantik kan.  Mak dah mengelabah takut tak sempat berjumpa dengan tok.  Saya berkali2 telephone en suami, namun gagal sebab handphone batteri off.  Bila dah dapat contact, terus suruh en suami pulang dengan segera.  Ya Allah, macam2 terjadi pagi tu, mak tak senang duduk, saya suruh mak bertenang.  Ayah masih cool lagi.

Tiba di Tunjang, Cu Tunjang memaklumkan keadaan tok dah kembali stabil.  Kami menarik nafas lega, Cu kata pagi tadi pernafasan tok terhenti seketika, itu yang membuatkan dia panik seketika.

Saya dan en suami extend sehari lagi di Jitra, keesokan pagi baru bertolak ke Kota Lumpur.  Sebelum pulang pun, kami singgah lagi menziarah nenek, cucu memohon ampun dan maaf andai kata cucu banyak melakukan kesalahan pada tok dulu.

Moga dipermudahkan segala urusan dengan keizinan Allah SWT

Tuesday, February 21, 2012

Daku Saja Yang Belum Lagi

Assalamualaikum.  Salam keriangan untuk semua sahabat!

Pagi tadi dapat message dari sahabat di seberang kampung (Ampang je).  Pengumuman akan berlangsungnya majlis perkahwinan anak dara jelita sahabatku ini di bulan Jun 2012.
Gembiranya saya untuk sahabat saya ini kerana di usia yang muda dari saya akan menerima menantu sulong.  Message dari FB semakin rancak berbincang untuk majlis akan datang.  Masing2 sudi membantu untuk memeriahkan majlis dengan memberi buah pendapat kepada tuan rumah yang pertama kali akan mengendalikan majlis perkahwinan itu nanti.  Alhamdulillah, semangat setia kawan masih ada walaupun sudah lama tidak berjumpa.  Masing2 semacam excited macam lah kami semua yang akan menerima menantu.  Teruja kan!

Hmmmm....saya ni bila laaaaaa nak terima menantu.  Anak bujang pun belum habih lagi pembelajaran di kolej, anak dara sorang ni lagi laaaa lama nak membesar.   Dalam kiraan saya, sekiranya anak dara saya ni dah mencapai usia 20 tahun, saya dah berusia 63 tahun insyallah kalau dipanjangkan umur.

P/S:  Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Latif Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah.
Moga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan berserta dengan orang2 yang beriman.  Amin.




Friday, February 17, 2012

Tuan Tanah Oh Tuan Rumah

Assalamualaikum!

Pagi ini terasa ringan saja tangan membuka blog yang semakin dilupakan.  Hmmmm....10 hari ditinggalkan tanpa sebarang jejak dari tuan tanah.  Tuan tanah ini semakin hari semakin kalut dengan rutin2 kerja baik di rumah juga di pejabat.

Bukannya tak ada cerita yang dikhabarkan, cuma masa saja yang tidak mengizinkan.  Di pejabat, kalut dengan tugasan yang lepas satu, satu perlu dibereskan mengikut dateline. (masa ini pun curi2 juga upate blog bukan kerana malas tapi tuan tanah terasa amat2 mengantuk dek kerana kurang tidur semalam).

Kalau di rumah, sebaik saja selesai tugasan suri rumah, ralit pula saya menyiapkan mewarna lukisan.  Dah lama saya tak mewarna.  Tangan pun dah kaku.  Kalau zaman persekolahan dulu, memang selalu sangat melukis dan mewarna.  Entah mimpi apa kali ni, bila terpandang saja "Paint It Yourself" di KL Festival City tempoh hari, hati melonjak nak mencuba.  Bukan kena melukis pun, cuma warnakan saja mengikut kod2 yang disediakan.  Amat mudah, tapi perlu banyak kesabaran dan yang penting RAJIN.   Satu lukisan dah selesai, kini menyusul pula satu lagi, masih lagi dalam pewarnaan.

Nanti bila dah siap, saya akan upload photo di sini ya.

Ok, akhir kata, semoga bergembira di hujung minggu bersama keluarga.
Minggu ni saya cuma berdua dengan Syiqin.  En suami outstation ke kota Singa.

Tuesday, February 7, 2012

Selamat Tinggal Kuantan. Jumpa Lagi

Assalamualaikum.

Semalam tak update, sebab sibuk mengemas segala bagasi yang ada, masa untuk check out.  Ini yang paling lama percutian dalam Malaysia, 4 hari 3 malam bercuti di Kuantan.   Terasa lamanya duduk di Kuantan ni, lain lagi boleh datang lagi sebab en suami pun selalu berurusan di sini sementelah headoffice syarikat berpusat di Industrial Gebeng.  Insyaallah, hajat tu memang nak datang lagi.  Rasa seronok jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk Kuala Lumpur.

Perjalanan balik semalam singgah di Taman Indera Sempurna, bertemu semula teman sekerja dulu.   Senang juga mencari kalau dah diberi direction yang tepat.  Agak lama jugalah kami bersantai di rumah teman, Azharyati atau lebih mesra dipanggil Azza.  (Nanti gambar akan saya uploadkan).  Sebelum ni pun, kami dah berjumpa di East Coast Mall, makan2 dan sembang2 di situ.  Macam tak puas bersembang hehehehe.  Puas menjamu selera hidangan tengahari ala kampung.  Memang Azza ni rajin memasak, sejak dia anak dara lagi pun rajin masak, mulut pun ramah.

Balik dari Kuantan ke KL, en suami mengambil keputusan mengikut jalan lama.  Lepas keluar dari Tol Lancang baru kami terus saja ikut highway.  Hari pun dah gelap, syiqin yang duduk di belakang dah mula terasa mual dan muntah2.  Kasihan kat dia, agaknya jalan yang berliku2.  Saya sendiri pun terasa perut berangin saja.  Berhenti seketika di tepi jalan dah berhampiran sangat area Janda Baik tu.  Bersihkan badan dan salin pakaian bersih Syiqin.  Baru dia rasa lega sikit.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di KL hampir jam 9malam.
Esok acara mendobi dan iron baju pulak.  Nak kemas rumah tu biar berdikit2 dulu lah.  Saya sorang pun yang buat semua tu.  Dah terasa lengoh di bahu semula, itu tanda rasa macam nak demam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...