Assalamualaikum.
Sebelas hari sudah berlalu dalam bulan Januari 2013. Syukur alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kesempatan daku menumpang di bumiMu dan menghirup udara yang Kau pinjamkan.
Pagi ini tergerak hati nak membaca blog Kak Jun Roslan (blog diarikasih).
Terkedu sekejap bila membaca entry "Di Bawah Langit Madihah".
Kalau tak silap dari pandangan saya, itu senior saya masa di UiTM Arau dulu.
Suriati Shuib! Ya memang tak salah lagi. Kami pernah kerja bersama di Pelangi Beach Resort Langkawi
dan kemudian sejabatan lagi dengan suaminya, Azhar Mohammad di Pens Travelodge, Kangar
(sekarang dikenali sebagai Putra Palace).
Ya Allah, dunia ini kecil betul. Pi mai pi mai jumpa balik. Tak sangka Kak Jun pun mengenali Suriati.
Gembira campur terharu bila Puan Suriati ini berhijrah dengan suami ke tanah Madinah kerana suami mendapat tawaran Pengurus Besar di sebuah hotel terkenal di sana. Moga urusan mereka sekeluarga di sana dipermudahkan dan sentiasa dirahmati Allah.
Ahad, 6 Januari 2013
Setelah dua tahun migrate di negara orang putih, rakan saya ini, Nida Hassan pulang bercuti hampir dua bulan di Malaysia. Berkesempatan bertemu kembali, lokasi yang dipilih Chili's di KLCC. Tempat paling senang untuk saya pergi tanpa perlu minta bantuan suami untuk hantar saya ke sana. Saya ni fobia sikit nak drive sendiri...ada kisah di sebalik cerita fobia ini. Mudah saja bagi saya dengan menaiki Putra LRT, terus sampai ke destinasi.
Memang terlerai rindu selama ini. Tak sangka kami dapat berjumpa semula, cerita panjang berjela sampai tak ingat orang keliling kami.
Nida Hassan, kini telah menjadi sebahagian Aussie. Menetap di Melbourne, mengikut suami migrate di tanah Kangaroo. Moga kamu bahagia di sana, Nida. Aku doakan kebahagiaan kamu. |
Cerita panjang.....dulu kami bertiga pernah bergelar Miss J...tapi sekarang hidup bahagia di samping suami dan keluarga tersayang. Kisah silam, kita lupakan, mulakan hidup baru dengan semangat baru. |
Sahabat saya, Zanariah. Sekarang bekerja di Pullman Putrajaya. Kami bertiga dulu pernah sebumbong di Parkroyal Kuala Lumpur. |
Anak bujang Nida Hassan sudah besar panjang...tinggi pulak tu..Ammar Syami. Di sana sudah Grade 11 (Form 5 kalau di Malaysia) |
Ini yang saya order...Club Sandwiches...berkongsi empat..tak habih. Full sangat. |
Beef steak yang enak dan menyelerakan. Habih Ammar sorang makan...no sharing okay! |
Caesar salad (big portion) bagi orang diet hihihihi |
Yang ni (lupa lak menu ni apa)...Zana pun tak habih makan... |
Dark choc cake topping with vanilla ice cream. Licin...sharing untuk semua...sikit2 lama2 tinggal plate saja |
Misi seterusnya
Dua buku ni dalam TUNGGU GILIRAN untuk dibaca |
Aku Bercerita...sudah pasti dari penulis kegemaran saya |
1 comment:
salam akak..
lama x singgah sini.. :)
Post a Comment