Dulu dulu kan
masa usia lima tahun, saya sekeluarga tinggal di Kem Polis Hutan, Ulu Kinta Perak. Ayah masa tu kerja Polis Hutan, selalu keluar masuk hutan buru komunis di sempadan. Jaranggggg sangat ayah boleh tinggal lama dengan kita orang. Paling lama sebulan je, lepas tu masuk balik hutan beroperasi. Saya masa tu tak tahu sangat, ingat-ingat lupa.
Paling seronok, bila ayah balik, ayah mesti bawa kita orang pergi jalan2 di bandar Ipoh. Belikan saya anak patung teddy bear...sukaaaa sangat. Almaklumlah, saya kan bongsu. Lepas tu bawa kita orang pegi makan2. Tapi....bila ayah dipanggil semula untuk masuk beroperasi di hutan, sedihhhhh sangat. Walaupun waktu itu masih kecil, tapi perasaan rindu, sedih itu ada.
Dulu dulu kan
masa usia enam tahun, saya sekeluarga berpindah ke Kem Polis Hutan, Sungai Petani. Lama jugak tinggal di sana lebih kurang 12 tahun. Di situ lah tempat saya mulakan alam persekolahan saya dari tadika sampailah ke peringkat sekolah menengah. Memang sayanggggg sangat dengan tempat tu. Di situ lah saya mula belajar A, B, C, belajar mengaji, masuk sekolah rendah pun senang, tak macam kanak2 riang sekarang. Saya pergi sendiri je, tak ada mak ayah menghantar cuma ditemani kakak saya yang sama2 sekolah. Relax je, masuk kelas, duduk di depan sekali. Tak ada rasa nak menangis bila ke sekolah, tapi menangis kalau lambat bangun nak ke sekolah! Hahaha....gitu jugak dengan sekolah menengah....selambe je gi daftar sendiri. Masa sekolah menengah laaaa...mula start nak kawan dengan budak lelaki walaupun pada masa sekolah rendah, sekolah campuran lelaki dan perempuan. Tapi tak adala pulak nak serious cinta2..sebab memang tak ada rasa feel pun. Ada sorang mamat ni (memang satu kelas pengajian agama dan sama pulak tinggal di Kem Polis Hutan) asyik "teropong" saya yang memang tak cantik langsung. Kawan2 saya masing2 ada steady boyfriend, tapi saya tak ada rasa nak pasang pun. Bila mamat ni kirim surat (hahahaha nostalgia orang dulu2 nak ngorat kirim surat tak macam sekarang ada email, sms, fb yang canggih), saya naik mengelabah satu badan. Bukan apa takut mak marah, takut mak tahu...mahu dirotannya saya. Huhuhu...memang mengigil habih. Konon2 nak jumpa saya sembang2, tapi biasalah saya...bawa geng sekali...selamat sikit kan.
Ok...kita sambung next episode.
No comments:
Post a Comment