Nuffnang Ads

Thursday, September 27, 2012

Gores dan Menang..Tak Tergamak La Pulak

Assalamualaikum.
Dah tiga bulan menetap di tanah ini, lantai 15 pintu 7.
Jiran yang kenal cuma sebelah rumah, ramah mesra sepasang suami isteri.  Yang lain tak pernah nampak langsung, agaknya keluar seawal pagi, pulang sesudah terbenam matahari.   Jiran bertentang dapur selalu saja diintai, tapi senyum ramah mesra tak pernah disambut.  Hmmmm apa boleh buat, kadang kala terserempak di pintu lif, senyum menguntum tanpa balasan.  Tak apalah...janji kita murah senyuman.  Kadang2 mulut ringan saja bersembang, tapi sepatah tanya sepatah dijawab.  Mati akal juga lah.

Yang tak tahan dan masih lagi dalam tahap kesabaran bab parkir kereta.  Kami jadi mangsa.  Kereta terhimpit dan terpaksa memberi ruang pada mereka yang memangkir kereta tanpa memikirkan kepentingan jiran yang lain.  Buktinya seperti ini:

Cube perhatikan kereta yang diparking ni...sebelah kanan nampak lapang dan luas.  Manakala bahagian pemandu pula betul2 di atas line kuning seperti gambar di bawah.
Kan...atas line kuning...Habih tu kereta sebelah lagi terpaksa  adjust parking dan himpit pula kotak parking kereta saya.....Sakit jiwa betul
Rasa macam nak gores2 je kereta tu...tapi itu bukan sifat kami suami isteri.  Saya jadi penyejuk hati en suami.  Tak apa lah, bila kita terserempak nanti, kita cakap elok2, jangan sampai jiran terguris hati.

Sementara masih panas dari oven nih, ini saja nak tayang pagi2 tadi hantar syiqin outing ke Shah Alam.  Gambar2 ni di Tadika tadi.  Seronok tengok kanak2 riang ni menunggu giliran naik bas.

Comelnya budak2 ni
Ok berbaris semua.  Masa untuk berangkat!
Besok dah Jumaat.   Cepatnya masa berlalu.  Farewell September, Welcome October!!

2 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

calar di kereta nampak, calar di hati tak nampak, kannnnnnn

Jun Cupcakekasih said...

Salam Zuwaidah

Memang jiran ni satu dugaan...40 di depan, 40 di belakang, 40 di kiri dan 40 di kanan....semua jiran...semua perlu dijaga hati dan hati kita siapa nak jaga? Memang kita kena banyakkk bersabar. Tak tahu macam mana nak dapat jiran yang mesra ramah tamah macam dulu. Kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...