Assalamualaikum
Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Salam Ramadan buat teman semua. Blog sendiri yang telah lama tak berpenghuni, walaupun sekali sekala ada juga yang sudi datang bertandang. Terima kasih pada yang sudi walaupun tuan rumah hilang buat sementara waktu.
Baru saja balik dari AEON Wangsa Maju mengambil jubah2 yang di"alter" labuhnya. Seronok raya tahun ni berjubah pulak. Baju kurung dah lama tak ditempah, nak ke kedai kain pun dah malas. Senang beli terus dari kawan yang rajin berniaga. Tudung tu pakai saja apa yang ada dalam almari (iye ke, boleh percaya ke).
Di pejabat pun sudah berkira2 siapa nak cuti dulu. Tahun ni saya pecah tradisi, beraya di sebelah keluarga en suami pula. Selalunya tiap2 tahun mesti pulang ke kampung saya dulu, seminggu kemudian baru ke belah sana. Mentang2 la en suami tak ada kampung, (mak dan ayah mertua saya pun dah kembali ke rahmatullah, moga dicucuri rahmat ke atas rohnya). Saya ni jenis mengikut je, apa salahnya beraya di Seremban dulu tahun ni. Mesti best kan.
Nak update panjang2 pun tak boleh. Nanti bos panggil, ini pun update waktu rehat yang singkat.
Sampai jumpa lagi. Selamat Berpuasa semua.
Nuffnang Ads
Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Wednesday, July 17, 2013
Friday, August 17, 2012
Ramadan Akan Dirindui, Syawal Dinanti
Assalamualaikum.
Masuk hari yang ke 28 berpuasa dan mudah2an dapat melengkapkan genap sebulan. Setakat ini belum lagi "bercuti" alhamdulillah! Sepanjang Ramadan, urusan berpuasa dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Syukur pada Ya Rabb!
Hari ini memang tak boleh nak update banyak pun, ni pun pinjam computer di meja lain. Google chrome di computer sendiri entah hilang ke mana. Internet explorer pulak buat hal...berjam2 menunggu untuk keluar satu2 perkataan. Membosankan, lebih baik saya lunasi segala kerja2 sebelum bercuti raya seminggu.
Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tidak berapa hari saja lagi, saya dengan rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin. Mana tahu sepanjang berblogging dan blogwalking, ada komen2 atau tulisan saya menguris hati teman2 sekelian. Yang buruk, kelemahan dan kelalaian itu hanyalah dari diri saya sendiri, dan yang baik mulia itu adalah dari ALLAH SWT.
Salam Aidil Fitri, semoga perjalanan balik ke destinasi dipermudahkan dan selamat kembali bertugas nanti ya, Insyaallah.
![]() |
| Tak sabar nak makan ketupat palas Bonda Aishah. Terbaekkk....anak ini pandai makan saja hihihi |
![]() |
| Sapa nak duit raya, angkat tangan tinggi2 |
![]() |
| Raya untuk kanak2 riang rupanya walaupun ada yang tak cukup sebulan berpuasa. Kita orang tua ni dah lama merasai kemeriahan , bagi peluang pula pada mereka kan. |
Monday, August 13, 2012
Kau Pasti Datang Lagi tapi apakah Aku Masih lagi Di Sini
Assalamualaikum.
Masuk hari yang ke 24, puasa masih lagi bertahan sampai ke hari ini. Belum ada cuti lagi, alhamdulillah.
Ramadan hampir ke penghujung, maka Syawal juga akan menjelang tiba. Mudah2an ibadah bulan Ramadan tahun ni diberkati.
Sabtu lepas, saja berjalan di AEON AU2. Bukan nak bershopping sangat pun, saja nak menengok suasana orang2 kita bershopping untuk kaum keluarga. Yang paling seronok tengok gelagat kanak2 riang. Ada yang berposing dengan baju baju depan cermin, ada yang lari ke sana sini. Sampai si ibu pening dok asyik kepong sana sini. Yang paling best, tengok kaum bapa, dok relax di satu sudut sofa yang disediakan. Ada terlentok lena, ada yang asyik dengan ipad, ada yang layan baby kecil, baca akbar. Memang tu lah yang selalu kita lihat di mana2 shopping complex kan bila time raya macam ni.
Raya tahun ni, saya tak beria sangat nak bertukar baju baru. Sampai kuih raya pun malas nak beli (opsssss pecah rahsia bukan buat sendiri kannnnn hehehehehe). Bila en suami tanya, baru la terhegeh2 cari kuih raya. Beli pun ala kadar je, takut beli tak makan sampai ke tahun depan lak menyimpan buat perhiasan.
Minggu ni, nak kemas sikit2. Sapu sampah tu berhari2, tapi mesti ada juga habuk. Tak pe lah, daripada tak bersapu langsung kan. Tahun ni juga, pertama kali akan pulang pada pagi raya, kalau selalunya balik sebelum raya. Disebabkan en suami pun tak larat nak bawa kereta jauh2, so saya pun ok saja lah. Tak ada nak tengkar2 atau masam muka macam muda2 dulu. Sekarang kita give and take saja. Ikut cakap en suami kan. Mak ayah pun dah faham.
Ofis pun dah keluar memo cuti raya, seminggu jugalah tutup kedai. Senang hati nak balik kampung nanti, tak ada orang nak calling2 kan. Cuma kuih raya untuk client ofis saja belum diagihkan, tunggu kedai siap sticker raya. Last minit selalunya. Tak apa, ada 3 hari lagi nak pulun tampal stiker kat bekas kuih raya dan deliver terus kat client. Harap2 sempat kan.
Friday, August 10, 2012
Hari Ke Dua Puloh Satu
Assalamualaikum!
Setiap sepuloh hari update blog yeah! Rupanya di bulan puasa ini, ku sangkakan boleh relax sikit, rupanya kerja beratur cantik sajaaa untuk diselesaikan dengan jayanya. Patut pun tak sempat nak update blog, tapi blogwalking wajib hehehehehehe.
Raya pun semakin mampir...hmmmm kedengaran sana sini lagu2 raya berkumandang baik di shopping complex, corong radio dan juga pejabat sendiri muahahaha. Tapi idak lah beria sangat pun nak beraya. Dah usia senja begini, tak berapa nak bershopping raya lagi rasanya. Cuma untuk budak syiqin dan abang faizal saja yang diuruskan segala keperluan raya. Untuk diri sendiri, jangan tak percaya. Pakai baju kurung yang selalu pakai ke tempat kerja. Okay la tu kan daripada tak ada langsung. Bukan selalu pun pakai baju kurung ke pejabat. Biasa pakai blouse dengan seluar panjang, hari Jumaat atau kadang2 teringin baru pakai baju kurung heheheheh.
Kuih raya pun jenis tunjuk saja, tak ada nak buat2 sendiri. Tapi seronok kan kalau dapat buat sendiri, teruja sangat tengok blog2 masakan tunjuk bermacam2 jenis biskut dan kek. Ini pun saya beli jugaklah dua tiga jenis, nanti kot2 sapa2 datang rumah tak lah meja makan kosong saja kan. Buat masa ni, tak ada plan apa2 nak buat rumah terbuka. Memang tahun ini paling sederhana persiapan. Takut nanti terlalu boros, saya gigit jari lak lepas raya huhuhuhu. Duit simpan untuk keperluan lain.
Oh ya...saya sekeluarga akan pulang pada pagi raya pertama. Kebiasaannya saya akan pulang sehari atau dua hari lebih awal, tapi kali ini tidak. En suami pun tak larat nak berebut2 di tengah jalanraya, saya ikut saja lah. Tak perlu nak bertengkar2 kan. Mak ayah kat kampung dah sedia maklum perkara ini. Jadi tak ada masalah sangat kan. Biasa saya sekeluarga bersantai2 saja balik kampung. Insyallah, akan jumpa sekelian ahli keluarga nanti.
Ohhhhh..orang lelaki dah balik sembahyang jumaat ni. Sambung kerja. Nak pi solat dulu. Jam 4.30petang dah berebut nak balik! Jumpa lagi. Wassalam
Monday, July 30, 2012
Hari Ke Sepuloh
Assalamualaikum!
Sekejap ye...sudah pun 10 Ramadan. Memang tak terasa sangat kali ini berpuasa, maksudnya dari segi penat dan lapar dahaga. Agaknya cuaca yang sedang2 elok sekarang ni, dan juga masa yang pantas berlalu. Memang rasa macam tak cukup jam pulak bila dipendekkan waktu bekerja. Kerja lagi bertimbun daripada hari biasa hehehehe. Sebab itu laaaaa blog ni, mengambil masa gak nak update satu2 cerita. Hmmmm...lagipun bila waktu lapang sikit, suka sangat berblogwalking daripada update blog sendiri hehehehhe.
10 hari berlalu, 10 hari jugalah asyik Lauk Param. Jemu memang jemu, tapi kalau nak masak bagi saya yang tak terror masak ni, memang ambil masa jugaklah nak bersiap itu ini. Lagipun en suami kata, beli jeeee senang. Tak payah kelam kabut di dapur. Tugas saya cuma tanak nasi dan sediakan minuman. Yang lain, dah siap belaka. Hmmmmm memang tak ada kelas langsung kan. Hujung minggu pun serupa juga, asal teringin nak masak je, en suami kata tak payah lah (errrrr atau masakan saya yang tak sedap kot). Lagipun kat rumah cuma kami berdua je, kecuali lah hujung minggu ada saudara datang bertandang untuk berbuka, harus ada satu hidangan air tangan sendiri. Bila buka buku resepi, adehhhhhh teringin nak masak. Hishhhhh...hujung minggu ni tak kira gak. Nak jugak jugak jugak..masak sendiri.
Setiap entry kali ni malas lak nak sertakan sekali gambar...ateyyyyy dah memang tak ada gambar kan hehehehe.
Nantilah ku jengok2 blog kawan2 yang memang pakar memasak ni. Hishhhh segan lak aihhhh..dah tua2 macam ni, masih terkial2 lagi di dapur. Apo nak dikato kan.
Wednesday, July 25, 2012
Sudah 5 Hari
Assalamualaikum!
Masuk Ramadan, waktu pejabat pun bermula awal. Jam 8.30pagi dah start bekerja. Awal2 pagi memang terasa mengantuk jugak, maklumlah bangun awal untuk bersahur dan terus tak tidur2. Bila kena aircond saja...haiiiii mata ni bagai digam2 saja nak tidur. Siap berjaket lagi, nak tahan sejuk. Menguap entah kali yang ke berapa. Bersahur pun bukannya makan yang berat2, cuma kurma dua tiga biji dan roti gardenia 2 keping serta air panas. (Pagi ni tak dan, sebab terjaga jam 5.20 pagi, terus minum air twister je dan kurma juga roti).
Musim ramadan nih, saya seronok tengok blog masakan (tapi tak juga saya beriya2 nak masak...punya laaa ringkas). Nak tayang di blog sendiri masakan saya..hishhhh malu lah...tak setanding langsung dengan deme2 yang semestinya "Masterchef di hati ku". Hari berkerja main lauk tunjuk jeeeeee...tu pun ada sampai 3 hari baru nak habih. Tak mo membazir kan, jadi panaskan lauk saja, goreng ikan atau ayam, nasi! Dah! sangat ringkas. En suami pun kata apa yang ada kita makan. Kalau penoh satu meja pun dan cuma dua orang saja yang makan...hmmmmm membazir pulak kan. Cik mek syiqin ni...konon nak puasa, tapi pagi2 jam tujuh, wajib SUSU. Petang balik, mesti cepat2 goreng ayam kegemaran dia, makan nasi dulu sebelum 7. Mana ada puasanya kan. Tahun depan wajib cuba berpuasa ye cik syiqin.
Ok, tak ada apa sangat nak bercerita. Takut bersawang je blog nih. Sambung kerja!!!
Friday, July 20, 2012
Ramadan...Kau Datang Lagi.
Assalamualaikum!
Pejam celik pejam celik, sudah tiba 1 Ramadan. Malam ni pakat2 pi sembahyang Terawih ye, insyaallah!
Sempena Ramadan ini, saya dan keluarga ingin memohon maaf andaikata ada tersilap tuturkata dan perbuatan dan semoga kalian semua dirahmati Allah.
Thursday, August 25, 2011
Ramadan Hampir Ke Penghujung
The blessed Ramadan is coming to an end. Insyaallah, dapat melunaskan puasa dengan sempurna dan bacaan Al-Quran pun dah hampir nak khatam. Alhamdulillah, moga tertunai hajat yang satu ini.
Di pejabat ini pun, dah semakin sunyi. Memang sunyi pun, staff pun cuma ada 6 orang, 3 perempuan memang "penghuni" tetap di ofis ni, yang lelaki wajib keluar ofis untuk ke tapak projek. Masing2 dengan mood nak balik kampung dan berhari raya dengan keluarga dan sanak saudara.
Tahun ini, kawan2 (yang berkahwin) giliran balik kampung sendiri atau sebelah suami/isteri? Saya tiap2 tahun mesti balik ke kampung saya, sebab en suami pun tak ada kampung (dia mengaku orang KL la konon hehehe). Sebenarnya kedua orang tua (yakni mertua saya) telahpun kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lepas. Adik beradik pun masing2 balik berhari raya di keluarga mertua masing2.
Saya pun tak nak membebel panjang, nanti jadi kes merapu pula kan hehehehhehe
Dengan ini saya ingin mengucapkan
kepada semua kawan2 yang sudi berkenalan dengan saya di blog picisan ini
dan
BERHATI2 DI JALAN RAYA....dalam kemeriahan menyambut hari raya dan balik ke kampung, pandu dengan cermat, jiwa sekeluarga terselamat. Ingat pada orang yang tersayang yaaaa!!!
dan yang paling syukur sangat, saya sepejabat dapat
v
v
v
v
v
v
v
v
Bonus Hari Raya!!
Setiap tahun Boss yang baik hati mesti bagi bonus untuk setiap pekerja (jangan tak percaya, bonus dua kali dan juga kenaikan gaji). Opssssss...sori yek, kerja kosong tak ada kat sini heheheheehehe
Ok, saya berundur diri dulu yaaaaa....selamat berblogging dan jika ada kesempatan akan blogwalking di ruman teman2 yaaaa!!!
Tuesday, August 23, 2011
Di Waktu Kita Bergembira Menyambut Hari Lebaran, Jangan Pula Lupa........
Jangan pula kita lupa pada
| Fakir Miskin jangan kita abaikan, sudahkah membayar zakat fitrah. Ingat tanggungjawab kita! |
Dan juga hari raya tahun ni, kita juga akan menyambut
| Photo dari Mr Google |
Tahun ni en suami bercadang nak pasang bendera seperti tahun2 sudah. Semangat en suami dalam menyambut hari kemerdekaan almaklumlah bekas tentera yang biasa menentang komunis zaman 70an dulu. Ayah saya pula bekas pasukan polis hutan pun dah biasa menentang komunis zaman 60an, ketika itu memang hebat tentangan komunis terhadap pemerintahan kerajaan baru Malaysia.
Syukur alhamdulillah, kerana Malaysia kini lebih aman, tiada peperangan seperti negara2 lain. Yang tak bestnya, sekarang ni perang politik...haaaaaaaaaaa yang itu saya malas nak komen kat blog ini. Karang tak pasal2 pulak kan.
Monday, August 22, 2011
Apa Nak Jadi Ni, Dengar Azan sekejap pun tak boleh ke????
Saya terbaca di Yahoo tadi berkenaan seorang berbangsa Cina, tak pasti samada Cina rakyat Malaysia atau Singapura yang menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila Restoran McDonald membuka siaran azan untuk umat muslim berbuka puasa (restoran juga tidak dinyatakan di mana). Ok kita tengok keratan cerita di bawah ini:
A man has generated heated debate online after he posted comments questioning why McDonald's allowed the Muslim prayers to be played at one of its restaurants.
The debate first started after a man known as Alex Chang posted his comments on the McDonald's Facebook wall on Thursday.
He had asked why the fast food giant's outlets are playing the Muslim prayers during dinner time at its restaurants. "Can I request to play Buddhism chant on Vesak Day? Please advice," he asked sarcastically.
While he was identified as a SingTel employee, it was uncertain how this came to light. Chang also did not state the McDonald's outlet which he was referring to.
SingTel could not be reached when contacted by Yahoo! Singapore.
His remarks on the issue drew a few comments explaining that the reason could be Muslims are breaking their fast. In response, Chang said, "Not trying to be disrespectful. But a bit irritating during dinner time. Not respecting other religion(s) at all."
"By the way, can you tolerate if they play Buddhist chime in the restaurant?" he added.
This was the exchange which took place when Alex Chang first posted his comments on the McDonald's Facebook wa …
Posting a statement on its Facebook page on Friday, the fast food chain stressed that it respects all races and religions equally, adding that it had to remove some posts from its wall.
"We hope everyone understands that we've had to remove a number of wall posts on our page. We encourage all our Facebook fans to be respectful to one another," it said.
Two hours after McDonald's posted the statement, Chang issued an apology for his comments, saying that it was not meant to be "racist".
"I would like to apologise for the comment that was posted on the McDonald's website.
It was not meant to be a racist remark which has offended so many people including our Malay friends. Sorry for my ignorance," he said.
It was not meant to be a racist remark which has offended so many people including our Malay friends. Sorry for my ignorance," he said.
Meanwhile in a separate statement on its Facebook page, SingTel emphasised that it is an "equal opportunity employer" and has a diverse and multicultural workforce.
"We have clear company values and guidelines and do not tolerate discrimination. We expect our employees to be personally responsible for the content of their personal posts online.
"We are disappointed that an employee recently posted comments that were seen to be inappropriate and we are counselling him," it said.
Habis tu, kalau tak suka itu ini, nak sangat jadi anti perkauman, sila tinggalkan Malaysia, duduk ler kat negeri omputih sana nun. Orang yang complain tu boleh buat apa saja, tengok ler duduk negara orang hebat ke tak. Jangan2 jadi hamba kat negara orang iye dak!!!!!
Jenis tak mengenang budi!!!
Hishhhhhhhhh,,teremo lak saya pagi2 ni.
Friday, August 19, 2011
Terlepas Waktu Sahur
Aduhhhhhhhh......terlepas sahur pagi tadi. Boleh saya tak terjaga langsung, padahal jam di tepi saya saja. Agaknya ngantok benor sampai tak terjaga langsung. Kalau tidak, jam 4.15 pagi harus saya dah terjaga. Semalam saya tidur hampir jam 1 pagi, bukan apa pun. Mata tidak mengantuk lalu saya mengmbil wuduk, sembahyang dan terus saja membaca Quran hingga tidak sedar hari semakin mengunjuk dinihari.
Alhamdulilah, diberi kesegaran semalam untuk terus membaca Quran, moga2 saya dapat mengkhatam sebelum Ramadan berakhir. Walaupun tidak bersahur, niat sudah dibaca seawal lagi, jadi tak ralat sangatlah. Rasanya hari ini boleh bertahan untuk bekerja. Tengok jam pun sudah menunjukkan 11.50pagi. Masih terasa segar lagi.
Mungkin agaknya saya berbuka puasa terus dengan nasi dan minuman panas. Kalau muda2 dulu, ya, saya terlalu rakus mengambil minuman sejuk, terus terasa kenyang. Makan pun tidak, kenyang dengan air saja. Sekarang ini dah tua2, terpaksa jaga kesihatan, kesegaran badan agar boleh terus sihat cergas seperti dulu.
Ok, saya pun nak sambung semula kerja. Selesai menampal sticker di atas kotak biskut2 raya yang akan diagihkan pada para pelanggan syarikat, Isnin nanti saya akan aturkan pengagihan tersebut. Nak sambung menaip BQ, banyak lagi ni. Tadi pun terpaksa berhenti sekejap kerana mata terasa agak letih sikit merenung terus ke PC ini.
Sampai jumpa lagi, wassalam
Thursday, August 18, 2011
Perlu Diselesaikan
Sahur pagi tadi cuma semug teh o panas dan jangan terkejut makan kuih samperit pagi2 buta tadi. Dah habih kuih samperit yang sepatutnya dibawa pulang ke kampung untuk raya. Tak apa, kerana leka rangup dan sedapnya kuih samperit itu, maka perlu beli sekali lagi. Nak buat sendiri? Hmmmmmmmmm....bila tahun la boleh buat sendiri ni, dek angin MALAS yang sentiasa bersarang dalam tubuh badan ni. Kalau main masak2 lauk pauk, ok saja, sebab yang itu makan setiap hari. Kalau kuih muih nih, selalu en tong sampah yang kenyang.
Pagi ni di pejabat, saya nak langsaikan semua kerja2 yang tertunggak. Nak menaip BQ, Claim Project dan lain2 urusan berkaitan hari raya untuk boss. Yang ini perlu diselesaikan dengan kadar segera, supaya bila cuti raya nanti, tidak perlu saya memikirkan lagi.
Hmmmmmmmmmm..ok concentrate nak buat kerja yaaa...masuk di sini nak mengupdatekan blog yang serba ringkas ini.
Bila lapang, saya akan berblog walking rumah teman2 saya pula.
Tuesday, August 16, 2011
Jom! Gandakan Akaun Pelaburan Akhirat..
Dijanjikan amalan berganda di bulan Ramadhan Mubarak ini.... Berapa gandaan??
Gandaan yang sebenarnya hanya Allah s.w.t. yang lebih mengetahuinya... Namun dari nas-nas dinyatakan...
Dan dari congakkan matematik yang sempoi... Untuk membaca al-Quran...
Jika kita congak dengan akal manusia yang terhad ini, pahala membaca satu (1) huruf al-Quran adalah:
a) Satu huruf hari biasa = 1 x 10 kebaikan = 10 kebaikan
b) Satu huruf dibaca dalam Ramadhan = 10 kebaikan x 70 amalan fardu = 700 kebaikan amalan fardhu. Dalam al-Quran berapa surah? Berapa ayat? Berapa huruf????
c) Satu huruf dibaca pada malam Lailatul Qadar = 700 kebaikan amalan fardhu x 1000 bulan = 700,000 bulan kebaikan amalan fardhu... Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!...
Lebih lanjut boleh rujuk disini Jom Heboh! Baca al-Quran ... Jom! Gandakan Akaun Pelaburan Akhirat.. Tawaran Khas RAMADHAN...
Beruntunglah bagi mereka yang sedang memecut sebermula 1 Ramadhan, TAHNIAH! untuk anda.... bagi yang masih terconggak-conggak nak mengali pahala, jangan bertangguh lagi.... RUGI TAU KALAU TAK REBUT PELUANG DI DEPAN KITA SEKARANG.... Jom bangkit semua, PESTA SEDANG HANGAT SKARANG NI...
KEMPEN! KHAS UNTUK KAUM HAWA!.... Jagalah AURAT... Semoga Ramadhan ini suatu platform untuk kita berhijrah... dari berpakaian umpama telanjang... Berpakaian yang menampakkan bentuk tubuh... kepada pakaian mengikut sunnah yang sebenarnya. Daripada pakaian yang membungkus aurat kepada pakaian yang menutup aurat...errrada bezanya membungkus dengan menutup...kan ker gitu.
Jika kita lihat mutakhir ini banyak fesyen jubah, fesyen pakaian muslimah, atau T-Shirt, seluar dan sebagainya umpama membungkus badan dan menampakkan dengan jelas bentuk siku, bentuk lengan, bentuk badan puan-puan/cik-cik yang mengiurkan itu. Tutuplah dengan sempurna semoga laknat Allah s.w.t. tidak berlaku kepada kita lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.
Sama-samalah kita memperbanyakkan memohon keampunan dari Allah s.w.t. semasa ruang dan peluang diberikan kepada kita yang lemah ini lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini.
kredit: mry & tok wan (facebook)
Gandaan yang sebenarnya hanya Allah s.w.t. yang lebih mengetahuinya... Namun dari nas-nas dinyatakan...
Dan dari congakkan matematik yang sempoi... Untuk membaca al-Quran...
Jika kita congak dengan akal manusia yang terhad ini, pahala membaca satu (1) huruf al-Quran adalah:
a) Satu huruf hari biasa = 1 x 10 kebaikan = 10 kebaikan
b) Satu huruf dibaca dalam Ramadhan = 10 kebaikan x 70 amalan fardu = 700 kebaikan amalan fardhu. Dalam al-Quran berapa surah? Berapa ayat? Berapa huruf????
c) Satu huruf dibaca pada malam Lailatul Qadar = 700 kebaikan amalan fardhu x 1000 bulan = 700,000 bulan kebaikan amalan fardhu... Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!...
Lebih lanjut boleh rujuk disini Jom Heboh! Baca al-Quran ... Jom! Gandakan Akaun Pelaburan Akhirat.. Tawaran Khas RAMADHAN...
Beruntunglah bagi mereka yang sedang memecut sebermula 1 Ramadhan, TAHNIAH! untuk anda.... bagi yang masih terconggak-conggak nak mengali pahala, jangan bertangguh lagi.... RUGI TAU KALAU TAK REBUT PELUANG DI DEPAN KITA SEKARANG.... Jom bangkit semua, PESTA SEDANG HANGAT SKARANG NI...
KEMPEN! KHAS UNTUK KAUM HAWA!.... Jagalah AURAT... Semoga Ramadhan ini suatu platform untuk kita berhijrah... dari berpakaian umpama telanjang... Berpakaian yang menampakkan bentuk tubuh... kepada pakaian mengikut sunnah yang sebenarnya. Daripada pakaian yang membungkus aurat kepada pakaian yang menutup aurat...errrada bezanya membungkus dengan menutup...kan ker gitu.
Jika kita lihat mutakhir ini banyak fesyen jubah, fesyen pakaian muslimah, atau T-Shirt, seluar dan sebagainya umpama membungkus badan dan menampakkan dengan jelas bentuk siku, bentuk lengan, bentuk badan puan-puan/cik-cik yang mengiurkan itu. Tutuplah dengan sempurna semoga laknat Allah s.w.t. tidak berlaku kepada kita lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.
Sama-samalah kita memperbanyakkan memohon keampunan dari Allah s.w.t. semasa ruang dan peluang diberikan kepada kita yang lemah ini lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini.
kredit: mry & tok wan (facebook)
Monday, August 15, 2011
Yang Wajib Saya Selesaikan
Hmmmm pejam celik pejam celik, hari ni dah hari ke-15 berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu, niat di hati nak mengkhatam Al-Quran sebelum Syawal menyusul, harap2 niat saya ini akan termakbul.
Minggu depan, kira minggu terakhir bekerja. Ramai dah mood raya ni. Di pejabat ni pun, berkumandang lagu2 raya serta bacaan ayat2 suci AlQuran dimainkan. Ambil mood sikit, semakin rancak bekerja.
Seperti tahun2 lepas, saya jenis beli kuih raya je, buatnya entah bila la yek. Hehehehehe, dasar pemalas! Malasnya mak sorang2 nak buat biskut raya, lebih baik mak duduk layan syiqin sambil membaca Al-Quran. Target satu malam mesti habihkan satu surah, insyaallah. Sementelah dah 6 hari tak boleh berpuasa (terasa ruginya kena "ponteng" puasa, tapi bersyukur kerana inilah kelebihan yang ALLAH kurniakan pada setiap wanita), maka pulun lah saya membaca Al Quran. Dah la tahun lepas tak sempat nak mengkhatam, sedih rasanya. Kalau tidak, selalunya 15 Ramadan, dah hampir khatam dah. Moga2, ALLAH mempermudahkan urusan pembacaan saya ini nanti.
Thursday, August 11, 2011
Iklan Raya Yang Paling Saya Suka
Bila tiba musim hari raya, pelbagai iklan raya yang akan kita tonton di kaca TV.
Saya paling suka dengan iklan raya seperti iklan dari syarikat Petronas, Telekom, TNB dan sebagainya.
Tapi yang paling saya suka adalah iklan seperti di bawah ini:
Iklan di atas banyak memberi pengajaran dan keinsafan pada kita semua.
Bangun!!!!
Jam 4.15pagi dah terbangun, tu pun nasib baik dikejutkan dengan alarm handphone. Kalau tidak, tak bangun sahur la pagi ni. Hmmmmm masih awal lagi, baring kejap sambil goyang2 kaki, bukan apa takut terlajak tidur lak hehehehhe.
Jam 4.30pagi, bingkas bangun menyediakan sahur untuk pagi tadi. Ahhhh.... cuma ada lebihan lauk semalam yang dibeli di bazar ramadan, ayam masak merah dan nasi beriani. Ok lah tu, cukup untuk en suami nak bersahur nanti. Saya??? cuma makan roti kismis manis berserta teh o panas. Hmmmm alhamdulillah. Syukur untuk rezeki pagi ini.
Berkemas dengan segera sebab waktu azan suboh dah masuk. Kebiasaannya, selepas solat suboh, membaca AlQuran, harap2 dapat saya khatam sebelum tempoh ramadan berakhir.
Jam 8 pagi, wajib punch card di pejabat. Waktu pejabat diawalkan selaras dengan bulan Ramadan, pulang jam 4.30petang. Ni pun dah terasa mengantuk ni sebab bangun terlalu awal, aircond di pejabat ni boleh tahan juga sejuknya. Aduhhhhhhhhhh..dah terbayang bantal bucuk di rumah, mata semakin kuyuuuuuu...
Tuesday, August 9, 2011
Lemau Hari Ni
Hari ni terlewat sudah mengupdate blog.
Pagi2 tepat jam 8 pagi dah tercongok depan ofis. Ada sorang member yang lagi awal dari saya huhuhu. Ingatkan saya yang paling awal heheheheh...tak pe, rumah dia pun dekat je, 5 minit jalan kaki je.
Pagi2 memang aktif buat kerja pejabat sambil mendengar lagu2 raya. Bagi memberi semangat berkerja konon! Panggilan talipon macam tahu2 je di bulan puasa ni, tak sesibuk mana pun, Projek pun agak slow, tapi projek akan datang masih lagi di KIV, belum tahu bila akan mula. Saya lah yang agak gabra nanti, mana nak dapatkan polisi insuran, senarai pekerja (itu leh ushar supervisor tolongkan hahahaha), eh idak ler banyak sangat pun kerja saya. Cuma part nak type claim projek je. Hahahahaha...itu bisa diatur, boleh type dari sekarang, tak payah tunggu projek habih baru start nak key in claim. Sekarang juga bisa saya type iye Pak!!
Adohhhhh merapu merapan dah nih. Gara2 bulan puasa ni, badan terasa lemau sikit nak bergerak, asyik melekat je di kerusi ni, nak gi google cara2 exercise bulan puasa. Entah apa2 entry yang saya update dah nih.
Ok zasssssssssssss dulu!!
Nota: Tahniah pada Ben Ashaari, Ujang, Yana dan sapa2 yang telah dimurahkan rezeki mendapat perkhabaran yang mengembirakan. Bakal menjadi ibu dan ayah, moga mereka dipermudahkan dan dirahmati ALLAH. Dan juga buat Elia siJejari Runcing, moga lebih tabah hati dan sabar menghadapi dugaan ALLAH kerana ALLAH masih menyayangi dirimu itu.
Monday, August 8, 2011
Lagu Raya Yang Paling Saya Minat Sampai Bila Bila...
Baru tengahari buka, terbaca blog MAK DARA.
Terus nak join
Cara penyertaan senang je
1) Tempek entry tajuk LAGU RAYA YANG PALING SAYA MINAT SAMPAI BILA-BILA
2) Tempek header Mak Dara - siap
3) Tajuk lagu yang diminati
Hishhhhhhhhhhh banyak ler pulak, tapi lagu lama2 laaaa..nostalgia. Salah satu lagu ini
Teringat betapa meriahnya hari raya dahulu berbanding sekarang. Suka dengan acara tukar juadah hari raya, persiapan hari raya cara kampung dan sebagainya. Lagipun suara dan nyanyian Tan Sri P Ramlee ni tak jemu mendengarnya sampai bila2.
Ok sapa2 yg nak join, yuk ramai2
Thursday, August 4, 2011
Fadhilat Untuk Isteri Cerdik dan Solehah (MUST READ)
Untuk perkongsian kita semua!
Credit untuk TOK WAN (dari facebook)
Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab atau peranan isteri terhadap suami.
Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-
1. Memberi atau membuat segelas air untuk suami.
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun.
2. Menyedia atau memasak makanan yang mengenyangkan suami.
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah.
3. Perkhidmatan yang diberi pada suami.
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus.
4. Menghamilkan benih suami.
Fadhilat : mendapat pahala syahid.
5. Isteri mandi Junub dengan suami.
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin.
6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak.
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yang soleh atau orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.
7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan.
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah.
8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!
Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-
1. Memberi atau membuat segelas air untuk suami.
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun.
2. Menyedia atau memasak makanan yang mengenyangkan suami.
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah.
3. Perkhidmatan yang diberi pada suami.
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus.
4. Menghamilkan benih suami.
Fadhilat : mendapat pahala syahid.
5. Isteri mandi Junub dengan suami.
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin.
6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak.
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yang soleh atau orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.
7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan.
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah.
8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!
Ya Allah, daku mohon agar dipermudahkan urusan dengan izinMu.
Wednesday, August 3, 2011
Masuk Dapur - Sori Gambar Memang tak Ada Hehehehehe
Pelik laaaa...setiap kali masuk Ramadan je, saya rajin lak belek2 buku masakan. Padahal, bulan2 biasa pandang pun tidak buku masakan tu...banyak lak jadi simpanan dalam peti. Itu tak termasuk lagi resipi2 yang diprint cetak dari internet dan juga dari bloggers yang pakar dalam masakan.
Semalam, dengan penuh bersemangat, waktu rehat dalam masa setengah jam itu, saya bergegas ke pasaraya Jusco. Cuma 10 minit berjalan kaki, kira exercise sikit la tu...asyik terperap saja di ofis berair-con, tak molek jugak untuk kesihatan kan.
Sampai di Jusco, terus saya menapak ke bahagian makanan, beli serba sedikit sayur, ayam, dan lain2 untuk dimasak pada petang semalam. Macam lipas kudong je membeli belah, dalam masa 20 minit dah sampai ke pejabat semula.
Balik dari pejabat jam 5.00 petang, terus bergegas ke dapur, Opss!!! tak solat asar lagi, ok jap!!! Bersiang apa yang patut, lepas tu terus solat dulu. Kemudian acara main masak2 pun bermula. Eleh bukan terror sangat pun memasak, tapi disebabkan dah lama tak masak, seronok juga sekali sekala memasak ni.
Rasa puas hati tengok en suami dan syiqin pulun nyaaaaaaaaaa tambah nasi, bukan masak special pun, biasa2 saja. Tapi amat berpuas hati lah.
Betul la kata orang2 tua, nak ikat perut suami dan anak2 harus dari airtangan isteri dan ibunya sendiri.
Alhamdulillah, dipermudahkan segalanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)




