Nuffnang Ads

Showing posts with label Anak ku. Show all posts
Showing posts with label Anak ku. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Assamualaikum.

1/3/2013 - Sibuk dengan urusan anak bujang yang akan berangkat ke UiTM Dungun melanjutkan pelajaran di sana nanti.  Saya mengambil cuti hari tu untuk bershopping sedikit barang2 yang perlu dibawa ke sana nanti.  Keperluan anak bujang ni tak ler sebanyak mana pun, serba ringkas, kain baju satu beg, kasut formal sepasang, selipar sepasang, kasut sports, toiletries! Dah cukup, katanya.  Haishhhh...saya paksa bawa seterika dan dua biji bantal.  Tilam Faizal kata tak payah...biasanya tilam yang tidur atas dia.  Pelik punya budak nih.

2/3/2013 - Bertolaklah kami ke negeri Penyu.  Penoh jugak laaaa satu kereta.  Letih perjalanan jauh ni, tapi pabila melihat ombak memukul pantai dari jauh...wahhhhhh hati berbunga2 riang.  Sukanyaa!!!!  Dah sampai di homestay, satu kejutan!!!  Kita sebagai penyewa lak yang kena mengemas homestay, bukannya tuan rumah.  Adoi!!! Tak ikhlas lah tuan rumah nih.  Mungkin salah kita jugak ler sebab tak check dulu keadaan homestay tu.  Patutnya duduk dulu baru bayar, boleh gitu.

Petang sikit, baru bersiar2 sekitar di UiTM Dungun.  Dekat saja dengan penginapan homestay.  Cantiknya!
Ralit jugak la duduk santai di tepi pantai ni.  Lepas tu terus ke rumah sewa Faizal.  Betul2 rumah kampung, lupa lak nak ambil gambar.  Dah capai kata sepakat, budak2 ni semua setuju je nak sewa di rumah kampung tu, cuma untuk tidur saja.  Mostly banyak dihabihkan di kampus nanti.  Nasib baik lah semuanya dari kolej yang sama dulu, jadi satu kepala lah semuanya.  Mak ayah dah tak perlu risau lagi dah.

Hari2 seterusnya kami sekeluarga banyak bersiar2 di sekitar pekan Dungun.  Biasalaaaa kita ni jarang jumpa laut, asyik ambik gambar laut, ombak, pantai saja hehehehe.

Mendung namun cantik berkaca air laut

Dari jauh nampak air hijau kebiruan.  Cantik sungguh.

Yang wajib mesti ada model dua orang ni.

Disuruh makan, masih lagi tersengih2 bersms...hmmmm dengan sapa tuuu

Ini lah buah hati dan pengarang jantung saya...anak bujang, Faizal dan  si kecik ni ...dah tahu kannnn

Monday, February 25, 2013

Selamat Hari Jadi Syiqin

Assalamualaikum!

Tak terasa masa cepat betul berlalu!  Ketika tahun 2006 sekitar bulan June apabila dikhabarkan oleh doktor yang mengatakan saya mengandung lagi (waktu itu umur dalam 42 tahun rasanya), saya amat terkejut namun bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.

Siapa sangka, usia begini masih lagi mengandung.  Ingatkan dah tutup kedai!!  En suami lah yang paling gembira sekali.  Dijaga saya macam budak kecil saja, apa saja nak makan semua dicarikan.  Sebut je nak ke mana, nak beli apa, makan apa, ditunaikan dengan besar hati.  Almaklumlah, teringin sangat nak anak kecil.  Kadang2 malu gak, umur macam ni patutnya menyambut menantu huhuhu.   Tapi alhamdulillah, rezeki Allah dah bagi, jangan sekali ditolak ke tepi.

Tarikh 25 Februari 2007, lahirlah anak perempuan, yang saya sangkakan akan lahir seorang anak lelaki.  Kerana lasaknya dalam perut, tak boleh nak cakap lagi.  Setiap detik, bergerak aktif kiri kanan berpusing dalam perut.  Seronok! Teruja!

Gambar masa masih dalam pantang tak ada.  Cuma yang ini ketika berusia 3 bulan lebih rasanya.  Saya pun dah ingat2 lupa.  Rupa persis macam Amoi, mata sepet, suka ketawa.  Pantang dihalakan kamera, pandai pulak dia berposing dan ketawa gembira.  Sejak itu, kami selalu panggil amoi saja.



Masa ni belum dapat lesen berjalan...dah pandai meniarap saja...tapi lasak.

Ketika usia satu tahun...suka sangat dengan buaian.  Dah pandai nak itu ini

Dah semakin besar, rambut pun semakin kerinting

Dah pandai bergaya...kadang2 memeningkan kepala.  Pakaian dah pandai pilih sendiri.  Apa yang saya pilih semua tak kena di mata dia.

Mudah2an jadi anak yang solehah..pandai mengaji dan hormati orang tua2.

Mak Ayah sayang syiqin dunia akhirat




Monday, February 4, 2013

Memang Tak ada Kerja


Apa cerita lak nih....Hmmmmm inilah keja budak amoi sorang ni kalau berjalan jer mesti buat perangai.
Entah ayah sedar ke tak ni sama amoi pelok kaki ayah.  Nasib baik emak dia tak join sekali....huhuhu pengsan terus!!!

Gambar diambil ketika cuti2 Hari Wilayah dan berhujung minggu di Melaka.  Muzium Gabenor bersebelahan dengan A Famosa...nyamannya berada di atas bukit tu.  Terasa singkat pula percutian kali ni, masih tak jemu2 nak berkunjung ke Melaka lagi.  Sampai satu ketika saya pernah syorkan pada en suami, kita settle down di Melaka saja lah...terasa seronok pula di sini.  

Ini pula mood tengah happy....

P/S:  Kadang2 terfikir juga nak bersara awal...bekerja pun sekarang sudah separuh jiwa, dah rasa tak seronok lagi macam muda2 dulu.  Kena cari alternatif nak buat apa semasa bersara nanti...any idea


Thursday, September 27, 2012

Gores dan Menang..Tak Tergamak La Pulak

Assalamualaikum.
Dah tiga bulan menetap di tanah ini, lantai 15 pintu 7.
Jiran yang kenal cuma sebelah rumah, ramah mesra sepasang suami isteri.  Yang lain tak pernah nampak langsung, agaknya keluar seawal pagi, pulang sesudah terbenam matahari.   Jiran bertentang dapur selalu saja diintai, tapi senyum ramah mesra tak pernah disambut.  Hmmmm apa boleh buat, kadang kala terserempak di pintu lif, senyum menguntum tanpa balasan.  Tak apalah...janji kita murah senyuman.  Kadang2 mulut ringan saja bersembang, tapi sepatah tanya sepatah dijawab.  Mati akal juga lah.

Yang tak tahan dan masih lagi dalam tahap kesabaran bab parkir kereta.  Kami jadi mangsa.  Kereta terhimpit dan terpaksa memberi ruang pada mereka yang memangkir kereta tanpa memikirkan kepentingan jiran yang lain.  Buktinya seperti ini:

Cube perhatikan kereta yang diparking ni...sebelah kanan nampak lapang dan luas.  Manakala bahagian pemandu pula betul2 di atas line kuning seperti gambar di bawah.
Kan...atas line kuning...Habih tu kereta sebelah lagi terpaksa  adjust parking dan himpit pula kotak parking kereta saya.....Sakit jiwa betul
Rasa macam nak gores2 je kereta tu...tapi itu bukan sifat kami suami isteri.  Saya jadi penyejuk hati en suami.  Tak apa lah, bila kita terserempak nanti, kita cakap elok2, jangan sampai jiran terguris hati.

Sementara masih panas dari oven nih, ini saja nak tayang pagi2 tadi hantar syiqin outing ke Shah Alam.  Gambar2 ni di Tadika tadi.  Seronok tengok kanak2 riang ni menunggu giliran naik bas.

Comelnya budak2 ni
Ok berbaris semua.  Masa untuk berangkat!
Besok dah Jumaat.   Cepatnya masa berlalu.  Farewell September, Welcome October!!

Tuesday, May 22, 2012

Cerita Semalam Yang Dinukilan Kelmarin dan Selamat Hari Lahir Faizal!

Assalamualaikum semua!

Jam sudah menunjukkan 12.30tengahari.  Matahari tinggi menegak, bahang terik terasa.  Hari ini office meeting, sangat santai dan ringkas.  Amat lega sekali, semua perbincangan straight to the point, tak ada meleret2.  Nak ambil minutes pun senang.

Cerita semalam!
20 May 2012

Hari kelahiran anak sulong @ Mohamad Faizal yang sudah menginjak usia 21 tahun.  Kata orang usia 21 tahun kunci kebebasan.  Tak ada maknanya!  Mana mungkin diberi kebebasan, seharusnya ada batas2 yang masih perlu diterapkan.  Apa lagi anak jantan!  Perlu sudah tahu tanggungjawab sebagai anak, hamba ALLAH.  Tidak lupa tanggungjawab untuk menghabiskan 4 bulan lagi pegajian dalam bidang tourism.  Itu wajib disempurnakan dengan mendapat segulung Diploma dalam genggaman.  Selepas itu, kata Faizal, minat untuk menceburi bidang ketenteraan dalam Tentera Laut akan diusahakan pula.  Saya amat bangga dengan anak lelaki saya ini, semangat kental.  Tidak mudah putus asa, Cuma perlu diberi kata2 perangsang untuk menaikkan semangat.  Dalam pada itu, Faizal berusaha keras untuk menurunkan berat badan dengan berjogging dan senam di gymnasium.  Moga mendapat berat ideal yang dicita2kan.  Perlu turun berat badan kan… nanti nak masuk tentera tak lulus pulak.

Apapun, mak doakan semoga Faizal sentiasa dirahmati ALLAH.  Jadikan AlQuran itu panduan dan pegangan hidup.  Jangan lupa solat dan bersedekah selalu ya. 

Ini my anak Bujang...kena kuruskan lagi badan dan muka tu. waduhhhhh!!!!!!
Lagi cerita semalam!
Awal pagi dah bergegas menghantar Syiqin ke Tadika Twinkle Tots.  Acara sukan tahunan tadika diadakan di K Klub Taman Melawati.  Memang seronok tengok kanak2 riang ini.  Macam2 gelagat!  Syiqin dan kawan2 menaiki bas ke K Klub, manakala ibu bapa akan terus ke kelab tersebut.  Memandangkan pagi masih awal, kami bersarapan dahulu di Wangsa Melawati.   Nasi lemak kukus bersama sotong kering sambal menjadi pilihan.   Ada pelbagai lagi pilihan, sambal kerang, sambal udang, sambal ikan bilis dan kentang tapi yang menjadi pilihan kebanyakan pelanggan adalah ayam kampung.  Harga memang agak mahal jugak tapi alhamdulillah rezeki pagi.   Cukuplah makan ringan saja kan.

Acara sukan bermula tepat jam 9.30pagi.  Dimulai dengan acara larian obor (sangat comel), peserta dari Rumah Merah, Biru dan Hijau berarak masuk dengan tema Balik Kampung.  Tidak lupa juga dengan bacaan ikrar para peserta (heheheehe tidak boleh pertikai sapa menang sapa kalah….kelas gitu).  Sangat seronok tengok gelagat kanak2 riang ni, ada buat hal sendiri, ada yang bersungguh2 participate dan ada yang menangis, hehehehehe kelakar betul.   Acara ibubapa pun ada juga, tapi saya tak masuk ler sebab dah ada wakil dari  Rumah Merah.  Keputusan berpihak pada rumah Biru, Rumah Merah dapat terakhir sekali.  Ok lah syiqin, ini kan suka2 saja kan.  Bangga sungguh tunjuk medal yang dia dapat hehehehehe.   Jam 12.30 tengahari selesai semua, ada sedikit jamuan ringan diadakan. 


Di bawah ini pelbagai reaksi dan gelagat kanak2 riang ini:


Bersiap2 untuk acara perbarisan
I am here Mak! Smile!!!

Opsss gambar kurang memuaskan.  Acara bermula

Persembahan dari kanak2 Twinkle Tots.  Sangat2 comel

Dengan tema  Balik Kampung...tu dia kayuh jangan tak kayuh.  Syiqin dlm berkain coklat belang.

Upacara membaca ikrar hehehehehe...so tak dak sapa boleh pertikaikan menang dan kalah.  Semua dapat hadiah hehehehe

Sempat lagi tersengih while waiting for berlari berkejaran hehehehehe

Bak kata Kak Jun @Cupcakekekasih...Go Go Girl!!!

Yesssss!!!! Dapat hadiah walaupun dapat nombor terakhir.  Boleh kan gitu!!!

Tak kisah ler kalah atau menang, janji Teacher bagi hadiah wokey!!!!

Thank you teacher

Yeeeeehuuuuuuu

Dengan rakan rapat, Ainon, sebaya tapi Syiqin tinggi lagi!!!!

Dengan bangganya menayang medal larian tercorot muahahahahha



Friday, May 4, 2012

Assalamualaikum.
Pagi terasa dingin, bangun pagi nak bersiram pun mengigil jugak.  Kesudahannya ambil wuduk dulu, solat!  Baru terasa tenang dan segar.  Setiap pagi, beginilah saya.  Mesti saya nak awal, lepas solat subuh terus terkocoh2 mengemas rumah serba ringkas, masak air untuk minuman susu untuk syiqin dan air teh panas untuk en suami.  Dah rutin!

Walaupun bangun awal, saya juga yang paling akhir bersiap untuk ke pejabat.  BIasa lah, kena siapkan comel2 untuk syiqin ke tadika.  Untuk en suami mesti nampak segak hehehehe.  Saya pulak ambil masa 15 minit atau paling lambat 25 minit untuk bersiap itu ini.

Setiap kali hantar syiqin ke tadika, dia mesti happy mencerita itu ini.  Atau kalau tidak pun, dia akan membaca buku bagaikan sudah pandai mengeja lagaknya.  Suka sangat.

Bila balik tadika, mesti tanya dia, breakfast dan lunch makan apa, hari ni belajar apa.   Dalam 2 minggu ni, teacher tadika maklumkan bahawa semua kanak2 riang ni berlatih untuk acara sukan tahunan tadika yang bakal diadakan pada 20/5/2012 di Kelab Melawati.  Mesti seronok kan, tak dapat saya bayangkan macamana nanti syiqin take part dalam sukan.  Bila sampai masa nanti, saya akan updatekan.

P/S:  Tengok atas, memang tak ada tajuk kan!!!!!


Thursday, December 29, 2011

Dah Sampai Masa

Assalamualaikum!
Semalam tak update apa pun, padahal free sesangat.  Tapi tu laaaa...terajin baca buku cerita lak semalam.  Ofis pun slow je bila boss tak ada, tapi kerja didahulukan, selepas petang ambil lah bahan bacaan daripada tak buat apa2 kan.

Pagi ni, sesi mendaftar Syiqin ke tadika.  Mula2 ke tadika muslimah, tapi dah penoh.  Yang menarik kat situ, mengajar akademik dan juga solat serta agama.  Mungkin rezeki tak ada, pengambilan cuma 30 orang saja.  Cikgu kata tak boleh ambil ramai, sebab nak berikan tumpuan sepenohnya.  Tak apa, mungkin tahun berikutnya boleh la kot hantar Syiqin ke tadika.

Lepas tu round lagi kat area yang sama, jumpa satu tadika lagi.  
Tadika Twinkle Tots, di section 6, Wangsa Maju.  Memang sesuai lah kalau di situ tempatnya, along the way to my office jugak.  Kalau ayah Syiqin outstation pun, senang saya nak mengambilnya nanti bila pulang ke rumah.  Perbincangan dengan Mama Siti, the owner of Tadika Twinkle Tots berlanjutan hampir sejam.  Yang banyak bertanya itu ini, ayah Syiqin lah.  Saya tak sempat nak mencelah pun.

Antara yang menarik di tadika tersebut:
- Computer activities
- Music and Movement
- Birthday and educational outing (3x a year)
- Visits by the Fire department, Police, Hospitals,Nestle,Dumex and Disney at the center
- Iqra' and Fardhu Ain (every Monday, Tuesday and Wednesday)
- 'Summer' Camp (12 years and below)
- Language Camp ( for pre-school )
- Telematch
- Concert and Graduation day
- Taekwando (yang ini depends to parents nak enroll anak2 masuk atau tidak)

Tengok Syiqin pun dah excited nih.  Esok akan dihantar ke tadika untuk familirisation.  Next week nanti iaitu 4 January 2012, akan dihantar betul2 ke tadika.  Saya harap dan berdoa agar Syiqin dapat menyesuaikan diri dan belajar dengan sempurna di tadika ini.

Thursday, October 27, 2011

Aktiviti Deepavali

Assalamualaikum.

Pagi ni terlewat sikit bangun suboh, jam 6.30pagi baru terjaga.  Agak kalut juga, mengambil wudhuk dan solat subuh.  Terus saja mandi pagi dan bersiap2 untuk kerja.  Sementara menunggu en suami turun bawa barang2 ke kereta, saya mengemas rumah ala kadar.

Bercerita pasal mengemas rumah, semalam cuti deepavali saya mengambil kesempatan mengemas barang2 permainan Syiqin.  Ya Allah, macam nak pengsan tengok mainan dia.  Penoh satu beg besar dan ditambah satu lagi kotak plastic besar.  Saya longgokkan semua mainan itu dan pilih mana yang elok saja.   Yang "loose" atau cacat sana sini, saya masukkan ke dalam plastik besar untuk dijadikan makanan en tong sampah.  Anak2 patong BARBIE pun banyak juga, itu pun Syiqin merengek nak beli lagi.  Bila dilonggokkan semua tu depan mata dia, baru dia perasan mainan dia memang terlebih sudah!  Terus diam tak minta lagi. 

Buku2 pun saya asingkan dan kemas di almari, supaya senang Syiqin nak mengambilnya nanti.  Yang saya jadi naik "hantu" bila main tak pandai nak simpan atau kemas, serupa juga dengan buku.  Janji bukan main lagi lah nak simpan dan kemas sendiri, tapi bila dia dah jemu, mak dia jugalaaaaaa yang jadi mangsa nak mengemas.  Penat la macam ni.  Kadang2 saya pura2 ambil mainan dia dan pura2 nak buang ke dalam tong sampah.   Panik sekejap, tak pun buat drama air mata duyong, menangis minta simpati.   Hishhhh tak kan la mak sampai hati nak buang mainan Syiqin kan!!!!

Saya dah cakap dengan en suami tak perlu lagi beli mainan untuk Syiqin.  Cukupla apa yang ada, kalau korang tengok, sure pengsan!!!!

Itu ler kerja saya semalam, penat juga mengemas mainan dia, kalau mengemas rumah lain cerita, saya suka!

Saturday, April 23, 2011

Aduhhhhhhhhhhhh Buat lagi Dahhhhh

Seawal 4 pagi sudah bangun.  Nak tahu kenapa???
Anak kesayangan ni, Syiqin, kencing lagi laaaaaaa.....
Aduhhhhh nak mendobi tilam lagi nih....huhuhuhu
Terus bangun, bersihkan tilam dan sembur dengan anti bacteria FEBREZE.
Tak boleh jemur di luar, tinggal di apartment mana ada tempat nak jemur di luar.
Ruang balkoni pun almaklum semua kalau tinggal apartment, ciputttttt saja space dia.
Last2 buka kipas bagi kering (waktu menaip ni pun dah cukup kering, tak ada bau lagi hehehehehehe)

Memang ada hikmah la bangun awal pagi2 ni.
Boleh solat suboh awal (kalau tidak cuti2 mcm ni, dekat 6.45 baru bangun).
Dan aku sudah pun menjemur baju yang baru saja dibasuh oleh En Samsung (washing machine laaaa).
Dan sekarang ni sedang menunggu en suami membuat urutan di kerusi OSIM tu, 
aku update dulu blog ni.  Kejap lagi nak menggosok baju pulak untuk satu minggu.
Selalunya bila saja kemeja en suami kering je, aku terus gosok.
Malas beno nak tunggu banyak helai, nanti penyakit MALAS aku menyerang.

Ok, en suami pun dah sudah urutan tu...aku nak sambung iron baju....
Terlebih rajin pulak mak hari ni...
Ahad hari aku cuti berblog...ni pun masuk jap je.
Tak sempat pun nak blogwalking.

Nota: semalam dah settle hantar baju untuk tempahan.  tailor kata hujung bulan 5 tak ambik tempahan dah takut tak sempat untuk hari raya.  nasib baikkkkk...kalau tidak tahun depan lerrrr aku tempah baju.  Jenis malas nak pakai baju kurong kecuali hari Jumaat je, sementelah aku keje di ofis kontraktor ni, kena lasak sikit. Kebiasaan hari biasa aku berblouse simple dan seluar panjang.


Friday, February 25, 2011

Genap 4 Tahun



Alhamdulilla, syukur ke hadrat ILLAHI kerana hari ini genap tahun ke 4 buat SITI NURUL ASYIQIN menyambut hari kelahirannya. Mak sentiasa berdoa semoga syiqin dirahmati ALLAH selalu, menjadi anak yang solehah, cerdik, sihat ceria dan membahagiakan ibubapa hendaknya.

Monday, January 11, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah....melentur biarlah dari rebungnya. Sejak kebelakangan ini, syiqin sudah mula menunjukkan minat nak bersembahyang. Biarpun masih lagi berapa pandai, tapi minat tu ada. Syukur sangat kepada Allah...mudah2an anak2ku ini menjadi muslimin dan muslimah yang solehah.

Tengok saja gelagat syiqin memakai telekong. Rambut tu usah dikatalah...asyik terkeluar saja...telekung besar dari tuannya sendiri hehehehehhehe.

Amboiiii...sempat lagi posing tuuu...tersengih dengan mata sebaris


Sesi membetulkan telekong dan rambut

Monday, December 14, 2009

Eh tak malu laaaaaa

Panas sikit sejak kebelakangan ni. Asal lepas mandi je...tak nak pakai baju. Pakai seluar pendek je. Ini saja ambil candid ragam syiqin tak berbaju sambil main bola


Layan Kartun

Amboiiiiiiiiiiiiii....kerling mata juga masa mak dia nak ambil gambar. Ni pun gaya spontan dia masa tengah layan kartun....hehehehhehehe bukan main lagi menghadap Tom & Jerry. Memang tak pernah miss, baik tengok CD atau Cartoon Network.

Sekarang ni, kalau pagi2 syiqin dah pandai buka TV sendiri. Cepat2 tukar channel lain, jgn bagi dia nampak Tom & Jerry, kalau tidak mak lambat pi keja la syiqin oiiiiiii.



Wednesday, December 9, 2009

Dah Besar Anak Mak

Entry kali ini khas untuk mencerita secara ringkas anak terunaku yang semakin membesar. Nama Muhamad Faizal, ringkas saja Faizal. Sekarang sudah berusia 18tahun dan menuntut di Kolej Politech Mara Alor Setar dalam bidang Diploma Pelancongan.

Faizal seorang anak yang baik, rajin dan mudah mendengar kata. Kalau marahpun tidak akan menjawab atau memberontak. Bila diingatkan kembali, kasihan pulak bila dia kena marah. Tapi apapun percayalah marah seorang ibu ada sebabnya, bukan saja2 nak marah kan....mak tetap sayang Faizal.

Bila usia makin meningkat, banyak perubahan yang berlaku. Aku pun sekarang dah kurang marah tak macam dulu2 (mungkin usia muda dulu banyak sangat difikirkan), tapi sekarang relax saja. Tengok si Faizal ni, sejak dah memasuki alam remaja, masyaallah jerawat penuh di muka. Rasa nak picit2 jerawatnya, tapi selalu dia lari dulu kalau mak dia ni mula nak pegang hidungnya hehehheheehe

Sebagai ibu, aku sentiasa berdoa agar Faizal berjaya dalam hidupnya dunia dan akhirat.






Thursday, June 18, 2009

Update Blog



Dah lama tak mengupdate kat sini dah penoh sawang nih....tudung pun buat slow2 saja....masa tak mengizinkan, mana nak melayan budak kecik nih....kejap2 kacau mak dia jahit tudung.
ada saja dia nak pegang, gunting lah, jarum lah...takut kang terjahit jari tu...
sejak dah pandai upload guna photoscape dan photofunia ni, hari2 asyik tukar gambar sana sini heheheheheheehe syok juga.
Kain tudung jersey printed dah order...tak banyak pun...permintaan dari seorang sahabat untuk menjahit 3 helai tudungnya belum lagi dapat ku cari kain jersey yang berkenan di hati. Sahabatku...sabar yeeee...kalau rasa nak urgent juga terpaksa ler deme cari kain tu..biar teman ambil upah jahit jeeee....aiseyyyyy bab menjahit pun satu hal...bercinta nak habih satu tudung hehehehehheheeh sabo je laaaaa

Thursday, February 26, 2009

Birthday Girl

Semalam (25/2/2009) birthday syiqin yg ke dua tahun. Cepatnya budak ni membesar, syok tengok. Mak ayah ambil cuti khas untuk syiqin, bawa jalan2 kat IKEA dan Curve. Kek tak beli pun, beli saja walnut brownies...habihhhhh. Kalau kek sebijik memang tak habih makan pun. Tak pe, budak ni kecik lagi, asalkan dia happy ok.
So layan, aktiviti birthday girl semalam
Tu dia rambutttttt
Panjat jangan tak panjat

Bestnya hari ni mak dan ayah bawa syiqin jalan2
main kat children playground pulak
yehaaaaaaaaaaaaaaaaa

Naik tren bees pulak, ni pun di IKEA

Kes kena dera dgn syiqin
hehehheheehe naik patung gajah ni di Curve
atas permintaan birthday girl
aku tak kuasaaaaa...tukang ambil gambor jeeee

Ni salah satu showroom kids bedroom
cantikkkkk...rambang mata
mulala berangan2 nak mcm ni mcm tu

Showroom kitchen di IKEA
nak ambik takut nanti kena marah
hehehehhehe curi2 laaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...