Nuffnang Ads

Showing posts with label SahabatKu. Show all posts
Showing posts with label SahabatKu. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Aku Ingin Bercerita

Assalamualaikum.

Sebelas hari sudah berlalu dalam bulan Januari 2013.  Syukur alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kesempatan daku menumpang di bumiMu dan menghirup udara yang Kau pinjamkan.

Pagi ini tergerak hati nak membaca blog Kak Jun Roslan (blog diarikasih).
Terkedu sekejap bila membaca entry "Di Bawah Langit Madihah".
Kalau tak silap dari pandangan saya, itu senior saya masa di UiTM Arau dulu.
Suriati Shuib!  Ya memang tak salah lagi.  Kami pernah kerja bersama di Pelangi Beach Resort Langkawi
dan kemudian sejabatan lagi dengan suaminya, Azhar Mohammad di Pens Travelodge, Kangar 
(sekarang dikenali sebagai Putra Palace).

Ya Allah, dunia ini kecil betul. Pi mai pi mai jumpa balik.  Tak sangka Kak Jun pun mengenali Suriati.
Gembira campur terharu bila Puan Suriati ini berhijrah dengan suami ke tanah Madinah kerana suami mendapat tawaran Pengurus Besar di sebuah hotel terkenal di sana.   Moga urusan mereka sekeluarga di sana dipermudahkan dan sentiasa dirahmati Allah.

Ahad, 6 Januari 2013

Setelah dua tahun migrate di negara orang putih, rakan saya ini, Nida Hassan pulang bercuti hampir dua bulan di Malaysia.  Berkesempatan bertemu kembali, lokasi yang dipilih Chili's di KLCC.  Tempat paling senang untuk saya pergi tanpa perlu minta bantuan suami untuk hantar saya ke sana.  Saya ni fobia sikit nak drive sendiri...ada kisah di sebalik cerita fobia ini.  Mudah saja bagi saya dengan menaiki Putra LRT, terus sampai ke destinasi.

Memang terlerai rindu selama ini.   Tak sangka kami dapat berjumpa semula, cerita panjang berjela sampai tak ingat orang keliling kami.  

Nida Hassan, kini telah menjadi sebahagian Aussie.  Menetap di Melbourne, mengikut suami migrate di tanah Kangaroo. Moga kamu bahagia di sana, Nida.  Aku doakan kebahagiaan kamu.
Cerita panjang.....dulu kami bertiga pernah bergelar Miss J...tapi sekarang  hidup bahagia di samping suami dan keluarga tersayang.  Kisah silam, kita lupakan, mulakan hidup baru dengan semangat baru.

Sahabat saya, Zanariah. Sekarang bekerja di Pullman Putrajaya.  Kami bertiga dulu pernah sebumbong
di Parkroyal Kuala Lumpur.
Anak bujang Nida Hassan sudah besar panjang...tinggi pulak tu..Ammar Syami.
Di sana sudah Grade 11 (Form 5 kalau di Malaysia)

Ini yang saya order...Club Sandwiches...berkongsi empat..tak habih.  Full sangat.
Beef steak yang enak dan menyelerakan.  Habih Ammar sorang makan...no sharing okay!
Caesar salad (big portion) bagi orang diet hihihihi
Yang ni (lupa lak menu ni apa)...Zana pun tak habih makan...
Dark choc cake topping with vanilla ice cream.  Licin...sharing untuk semua...sikit2 lama2 tinggal plate saja 

Misi seterusnya

Dua buku ni dalam TUNGGU GILIRAN untuk dibaca

Aku Bercerita...sudah pasti dari penulis kegemaran saya





Tuesday, July 19, 2011

My Free Time Today

Salam tengahari.   Hari ni boss tak masuk keje, saya mengambil peluang mengemaskini kerja-kerja yang tertangguh semalam.   Bukan kerana asyik berblogging / BW saja, tapi kerja yang sepatutnya selesai tertangguh kerana orang yang perlu saya hubungi tidak dapat dihubungi terus atau senang cerita MIA (tiada di tempat kerja).  Maka pagi tadi, secepat mungkin membuat panggilan yang sepatutnya dan alhamdulillah, beres.  Suka benar dikhabarkan kepada boss hari ni, payment dah masuk.  Lega hati boss walaupun tak sihat, at least dapat perkhabaran yang melegakan jiwa raganya hehehehhehe (saya tak bodek bos almaklum cousin sendiri pun!!)

Tepat jam 12 tengahari, keluar awal sikit nak lunch together with my old friend masa di Parkroyal KL dulu.  Seronoknya dating dengan Kak Jumaliah nih.  Kami terus ke Papa John's di AEON Jusco Seksyen 1.
Sambil berborak2 cerita kisah lama, kami berdua order Chicken Super Papa's set meal dengan harga cuma RM28.90 sahaja untuk 2 orang.   Dari restoran tu tak busy (waktu tu belum lagi pekerja pejabat keluar) sampai pukul 2 petang, kami masih makan dan borak lagi.  Hmmmmm macam tak orang keliling saja.


Di Papa John's ada promotion set lunch, harga memang reasonable


Rasanya kalau makan macam ni pun, dah kenyang kan.  Promotion dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 12.00pm hingga 3.00pm sahaja.  Weekends boleh cuba set menu yang saya dah cuba tadi.  Tak larat nak habih pun, tapi dek kerana bersembang sambil mengunyah...tup tup dah habih...tambah lagi tu 2 scoops of ice icream, dasyat perut hari ni.

Ok, nanti sambung lagi.

Tuesday, June 28, 2011

Dalam Gembira, Ada Duka

Dah masuk 4 hari tak update blog.
Hari ni alhamdulillah, kerja2 dapat dibereskan mengikut priority sedikit-sedikit sudah kulangsaikan.

Tajuk di atas pun bagai teka teki.
Yaaaa....berita gembira yang diperolehi, semestinya secretary dulu yang mendapat tahu khabar gumbira ini.
Nak tahu???? Rezeki alhamdulillah.  Kenaikan gaji dan elaun akan berkuatkuasa pada 1hb Julai.  Ehem, ehem, boss @ sepupu aku ni macam tahu2 je birthday aku tu.   Syukur, syukur, syukur.  Tak terduga dapat kenaikan gaji dan elaun.  Memang sapa2 yang kerja kat sini, bertuah lorrrrrrrrr!!!  Jap2 dapat gaji baru, jap2 dapat bonus lah, jap2 dapat bonus hari raya lah.   Sapa yang tak nak kan.  Tapi tu la, setengah pekerja masih tak rasa bahawasanya amat beruntung dapat kerja di syarikat ini dan semestinya boss yang baik hati (hehehehehe kena puji sepupu sendiri kannnnnn!!!).


Namun demikian, dalam bergumbira ini, daku mendapat perkhabaran daripada seorang sahabat lama UiTM.
Ya, kawan satu course di suatu masa dahulu baru saja kehilangan suami tercinta akibat kanser usus.
Suboh tadi, handphone berbunyi menunjukkan SMS.  Tertanya2 gerangan siapa yang mengirim SMS awal suboh ni.  Dalam hati berdebar juga.   Pabila membaca SMS yang dikirim oleh sahabat, perasaan sedih dan sayu di hati.  Perasaan simpati terus menular ke lubok hati.
Terus mengambil air sembahyang, solat suboh serta sedekahkan Al Fatihah dan surah Yassin kepada arwah, semoga dicucuri rahmat ke atas roh serta ditempatkan berserta orang-orang yang beriman.
Semoga, sahabatku ini, ROZIANI ISMAIL serta anak-anak tabah menghadapi dugaan ini.  Kerana dia memang seorang yang kuat dan sabar menghadapi kehidupan ini bersama anak-anak.

Amin.......

Friday, May 20, 2011

Hari ini Half Day

Kelam kabut buat keje hari ni, mana nak siap paperwork boss suruh semalam, mana nak update blog (hahahahah wajib tuuuu).  Dalam kelam kabut pun sempat gak singgah blog kawan2.  Iye lah esok kan sabtu ahad, FAMILY DAY untuk aku.  Laptop digantung hehehehehehehe

Oh yaaaa...aku ambil half day hari ni sebabnya

Yaaaaaaaaa...aku akan berdating dengan room mate aku dulu masa di ITM
Che Rose Stone..haaaaa baru sampai dari Perth Australia.
Orang Penang dah lama berhijrah ke Australia sebaik tamat pelajaran dulu.
Hmmmmmmmmmm kira-kira 23 tahun sudah dia menetap di sana dan kami saling berhubungan sampai ke hari ini.  Alhamdulillah.
Kejap lagi nak ke Double Tree Hilton tempat penginapan Che Rose ni dan kami akan pusing ke KLCC saja lah.  Bukan dia tak biasa kat sini tapi dah terbang jauh sekali sekala balik ke Malaysia, aku nak pelok kawan aku ni puas2, sembang puas2, tangkap gambar puas2. Huhuhuhu perangai jadi macam budak2 balik hahahhahaha.  Tak pe, aku diberi masa dari jam 1 tengahari sampai 6 petang sahaja...Kalau tidak aku akan ditukar menjadi ???? Ceh macam cinderalla hilang kasut la pulak...aku dah tua laaaaaa.

Ok nak sambung sikit lagi keja, nak pukul 1, I will be off.
(tibe2 cakap omputih hahahahaha)

Tuesday, August 3, 2010

Kenangan Mengusik Jiwa


Eh betul ke nih, terasa macam mimpi setelah hampir 20 tahun berpisah, grup DSS 1984-1987 UiTM Arau, Perlis berkumpul sekali lagi di Restoran Nyonya Kitchen pada 24 Julai 2010. Aku cukup resah, excited juga apabila hari yang dinanti semakin hampir....resah kalau-kalau aku ini terlupa nama dan rupa kawan2 yg sekian lama tidak ketemu. Ini lah kali pertama aku join gathering seumpama ini (sebelum ini pun kawan2 sudah pun beberapa kali menganjurkan perjumpaan ini). Peluang yang sediada (almaklum aku sudah menetap di KL ni) tidak harus ku biarkan begitu saja, lain lah kalau aku nun jauh di utara keeee atau selatan, aku pastikan aku 'free' untuk perjumpaan ini.

Yang pastinya kami berbual panjang, bertanya khabar keluarga, perkembangan masing2. Ada yang masih lagi jadi setiausaha tapi pastinya bertaraf tinggi heheheheeh bukan macam aku nih. Ada juga sudah mempunyai perniagaan sendiri, surirumah tangga sepenuh masa, guru dan sebagainya. Ok, since aku dah ambil gambar kawan2 satu persatu, aku perkenalkan kawan2 yang hadir pada hari tersebut.
Aishah, masih tak berubah mukanya...muda lagi. Organiser yg arrange pertemuan ini

Yang ini pulak, Amrawati....organiser bahagian tempat makan

Noor Aisyah - photographer..rajinnya ambil gambar pelbagai pose

Shimmy - jangan sedih2 lagi yaaaa..insyaallah panjang umur kita jumpa lagi ya

Kak Tie (Siti Zaleha) - nampak tenang sahaja dan muka masih tidak berubah

Kami semua panggil Adik, tapi nama sebenar Fauziah Adham

Mama vogue nih, Fadzlina atau Fuzz...kalau ada cabutan bertuah SAPA LEBIH BERGAYA
mesti Fuzz yang dapat no. 1


Yang ni pulak, kita semua panggil Cik Su, wei komeeeee...udah pandai buat bisness yek

Bangunnnnnnnnnnnnn....selamat pagi Cikgu Halimatus Saadiah

Ehem ehem.....ini dah jadi taukeh Zhulian...Atehhhhhhhh @ Salina Nordin

Zanita Murad, merangkap agen insuran

Amrawati sekali lagi berposing

Ni pulak Putri Lili, psssttt kami suka panggil Shake jeeee

Ini pulak Rosmarduwati atau Ati.

Ok, tak puas berposing lagi...meh posing sekali lagi

Amboi....cik su, kalau senyum A1

3 serangkai...

Wei...korang sembang apa tu shimmy, aishah...sampai aku ambil gambar pun tak perasan

Serious ni Fuzz....apa tuuuu....ooooo kertas pembentangan untuk gathering akan datang

Ini ler baru nampak rupe aku, dengan Ati hehehehehehe

Say CHEESEEEEEE

Hang esah, kalau bab makan..........

Letih ke kome bersembang tu


Ini lah semua yang hadir pada hari tu, walaupun batch kami kesemuanya ada lebih 60 orang tapi cuma 14 orang saja yang dapat menghadirkan diri. Yang lain tinggal jauh dan ada yang terpaksa last minit cancel. Insyaallah, akan datang panjang umur, kita jumpa lagi ya di MELAKA

Thursday, December 10, 2009

Kunjungan ke Rumah Sahabat

Gambar2 di bawah ni sudah lama nak diupload tapi dek kerana kesibukan kerja, baru hari ini dapat aku tunaikan. Jangan tak percaya, semua ini adalah gambar sewaktu hari raya puasa lalu....hish hish hishhhhhh lama tuuuuuu....dah nak masuk Christmas nih...tak kisah la kan. Tak sambut Christmas pun.....lantak lerrrrr.

Ini kunjungan aku bersama keluarga dan anak sedara ke Perlis Indera Kayangan. Ingat entry aku yang baru lalu, sahabatku Yati dan Rahmah Jan.

Sudah lama tidak ketemu rindu rasanya tak terkata. Bila berjumpa, memang cerita tak habih2 sampai budak2 ini terlena di sofa. Syiqin biasalah....sampai rumah Rahmah Jan, dah pengsan dulu lagi dah. Yang lain makan dan makan sampai setengah balang habih licin. Ye lahhhhh...mak dia sembang pot pet pot pet tak ingat dunia.
Seronokkkkk......sampai ke petang baru kami semua balik ke Jitra, apa pun Rahmah Jan dan Yati, terima kasih kerana sudi melayan sahabatmu ini. Harap2 kita dapat berjumpa lagi di masa hadapan.

Ini di rumah Rahmah Jan, tengok tu Faizal sampai duduk bersila di lantai
yang tiga orang lagi tu anak sedara ku, Mukhriz, Lily dan Tinie.
Seronok ikut maksu yaaaaa......
Gatal tangan nak ambil gambar ruang tamu rumah Rahmah Jan.
Tertarik dengan dekorasi yang kebanyakan dari English Style
Vantage pun ada youuuuuuuu

Tengok ni, Syiqin tidur tak sempat nak beraya dengan Makcik Rahmah
Ini la tuan rumah, Rahmah Jan.
Ini pulak kunjungan kami di rumah Norhayati.
Amboiiiii..bulatnya Yati...orang senang hati la katakan.
3 sahabat - Yati, aku dan Rahmah Jan
Harap2 tahun hadapan aku dapat berkunjung lagi bukan sahaja rumah Yati dan Rahmah Jan, juga teman2 yang lain. Rindu pada kenangan lalu.......

Cinta Itu

Entry kali ini ditujukan khas buat sahabatku nun jauh di utara, Perlis Indera Kayangan. Norhayati namanya. Dulu sama2 bekerja denganku di sebuah hotel di Kangar, Perlis.

Yang menariknya tentang dia adalah Yati (panggilan ringkas) seorang wanita yang kuat, cekal dan mempunyai jati diri yang tinggi. Dari kegagalan perkahwinan pertama, dia bangkit semula demi dua anak yang masih kecil pada ketika itu. Yati pandai menyembunyikan kesedihan dan kesusahan dirinya, wajahnya selalu riang dan tersenyum, dia memang petah berbicara dan kerana itu lah dia kini berjaya di dalam bidang perniagaan.

Pertemuannya dengan suaminya (Othman) ini amatlah unik. Boleh anda lihat di bawah gambar ini, suaminya adalah dari golongan OKU namun itu tidak menjadi penhalang cinta mereka berdua. Hari perkahwinan mereka khabarnya amat meriah dengan kehadiran beribu jemputan yang turut hadir termasuklah pihak media. Kisah mereka pernah disiarkan dalam surat khabar dan juga majalah.

Setiap kali pulang ke Kedah, aku mesti mencari peluang untuk berjumpa Yati dan tidak ketinggalan Rahmah Jan. Kedua2nya sahabat baik yang tidak akan aku lupa seumur sehidup. Dan tidak lupa juga Kak Noraini yang sentiasa menolongku tatkala aku susah dahulu. (kak ani, nanti kita jumpa yaaaa...rindu sangat)








Monday, January 5, 2009

Jumpa Kawan Lama












Ni pulak gambar kawan masa ITM dulu...sampai sekarang masih contact. Che Roselina ni tiap2 tahun mesti fly from Perth back to Malaysia jumpa kawan2 dan sanak sedara dia di sini.. rindu betul kat dia....masa di ITM dulu kami berdua roommate memang rapat sangat. Bila jumpa mesti citer balik zaman kenakalan kami di ITM dulu...hehehhehhehehe syok giler....boleh hari tu (2/1/2009) haku sendiri declare keje half day...cakap kat bos aku nak jumpa kawan dari Perth, nasib bos aku ni memang baik hati....dah siap keje, terus angkat beg dan ke Parkroyal Kuala Lumpur, tempat penginapan kawan aku nih....

Lunch makan di Lot 10, lepas tu terus kayuh kaki ke Pavilion, jamu mata sambil tu apa yg berkenan beli....aku dalam diam tu tertarik hati lak nak beli makeup kat Faceshop...hehehhehehehe dah lama tak makeup since resign dari Parkroyal dulu...kalau tidak makeup boleh tahan jugak aku nih...

Sempat lagi telephone cik abang, cakap aku memang lambat hari ni (boleh dlm tak sedar tu, aku balik kul 10.30malam)...nasibbbbbbbbbbbbbbbbbb laki aku ni tak marah...janji bagitahu jeeeee....anak aku syiqin ok kalau ayah dia bawa gi jalan2...budak teruna sorang tu, tak kisah dahhhhh org dah besar panjangggg










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...