Nuffnang Ads

Showing posts with label Keluargaku. Show all posts
Showing posts with label Keluargaku. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Dua Hari Lepas

Isnin, 26 September

Bekerja separuh hati saja, entah kenapa.  Saya gagahi juga diri untuk menceriakan suasana hari bekerja, kebanyakan orang kata Monday Blues.  Tak de maknanya bagi saya.  Tengah sibuk2 buat kerja, en suami call ajak ke RHB untuk mengeluarkan sedikit tunai untuk projek kecilan yang dijalankannya.  Tiba di RHB Taman Permata, pegawai bertugas memberitahu perlu mengemukakan passbook sekiranya ingin mengeluarkan secara tunai.  Aduhhhh...macamana nih.  Passbook saya MIA entah mana saya letakkan di rumah.  Kalau cari mesti tak jumpa, kalau saja2 je, elok je dia muncul menjelma.  Pegawai bank mengesyorkan membuat passbook baru, aduhhhh lagi satu masalah la pulak.  Dulu saya buka di cawangan jalan bukit bintang.   Perlu ke sana keeeee....bergegas saya dengan en suami ke jalan bukit bintang.  Saya terus call boss, "Boss, saya terpaksa ke RHB bukit bintang ada masalah sikit di taman permata nih".  Boss okay saja.

Sampai di jalan bukit bintang pun dah jam 2 petang, ambil nombor giliran dan perlu menunggu sekurang2nya 11 orang lagi.   Aduhhhhh...setiap seorang bukannya sekejap urusan, lama lak tuuuu.  Tak peeee...sabarlah duhai hati, sabarlah duhai sang suami. Jangan laaaaa buat hal di tengah orang ramai ini...bawa bersabar yee bang.

Selesai urusan pengambilan wang dan buat passbook baru, terus saya pulang dan ambil syiqin di rumah pengasuh.  Jam pun dah menunjukkan 6.15 petang.  Bayangkan urusan pembankan tadi yang mengambil masa setengah hari bekerja saya.

27hb September

Tengahari setelah solat zuhur, terima panggilan dan juga sms dari adik ipar (bekas).  Terkejut saya membaca sms yang memaklumkan ibu mertua sedang nazak di KPJ Medical Centre di Shah Alam.  Menangis saya ketika itu juga, berdoa moga saya sempat berjumpa dengan ibu mertua walaupun saya pernah berpisah hidup dengan anak lelakinya dahulu (sekarang bekas suami sudah kembali ke rahmatullah).  Saya terus telephone en suami menyatakan hasrat saya untuk berjumpa kali terakhir dengan ibu mertua saya itu.  Alhamdulillah, en suami bersetuju untuk pergi bersama2.  Masa untuk sampai ke sana terasa begitu lama, terasa ingin saja saya terbang laju terus ke hospital.

Sesampai di hospital, bergegas saya ke bilik no. 502.  Sayu hati saya melihat ibu mertua saya yang sudah begitu uzur, kurus dan tidak mampu berkata2 apa lagi.  Beliau mengalami stroke dan ketika ini, kaki sudah tidak mampu bergerak.  Saya terus memohon ampun dan maaf di atas kesalahan saya dahulu ketika menjadi menantunya.  Alhamdulillah, walaupun tidak mampu berkata apa2, ibu mertua menganggukkan kepalanya.  Adik2 ipar, anak2 buah, jiran terdekat yang sanggup datang dari Alor Setar menyaksikan detik sedih saya bersama ibu mertua.  (ohhhhhhhhh dikala saya menaip entry ini pun, sudah bergenang air mata ini, janganlah tumpah lagi.  saya redha dengan ketentuan Ilahi).  Namun dalam masa yang sama, memohon agar ibu mertua pulih seperti sediakala.

Thursday, September 22, 2011

Semoga Tok Cepat Sembuh

Boss masuk ofis tadi dapat perkabaran yang atok admitted di Kedah Medical Centre.
Jangan keliru kenapa boss pulak yang bagitahu atok saya admitted hospital.  Kerana boss saya merangkap sepupu saya juga.

Moga2 tok cepat sembuh ya.  Nanti saya akan khabarkan kepada semua yang terdekat, agaknya mereka pun dah tahu juga.

Ini lah wajah tok saya (panggilan tok bagi orang utara)

Tok saya, namanya Fatimah

Friday, July 1, 2011

Selamat Ulang Tahun Untuk Diri Sendiri

Syukur alhamdulillah.  Genap 47 tahun aku bernafas di bumi Allah.  Terima kasih ALLAH mengizinkan hambamu ini menumpang teduh, mengecapi kebahagiaan bersama suami dan anak2 tersayang, memberi rezeki yang tak pernah putus2.  Terima kasih juga ya ALLAH kerana kurniakan kesihatan yang baik pada usia sebegini.  Moga2 aku akan terus dapat berbakti kepada kedua orang tua ku, suamiku, anak2ku, kaum keluarga dan mereka yang memerlukan secebis keikhlasan dari ku.

Amin.

Nota: Korang jangan terkejut tengok umur akak KERTU ni yaaa hahaahaahha

Friday, February 25, 2011

Genap 4 Tahun



Alhamdulilla, syukur ke hadrat ILLAHI kerana hari ini genap tahun ke 4 buat SITI NURUL ASYIQIN menyambut hari kelahirannya. Mak sentiasa berdoa semoga syiqin dirahmati ALLAH selalu, menjadi anak yang solehah, cerdik, sihat ceria dan membahagiakan ibubapa hendaknya.

Monday, January 11, 2010

SELAMAT HARI LAHIR KAK AH

Hari ini hari ulangtahun kakak ku yang ke ......biarla rahsia antara kami saja. Dari KL, aku cuma sempat bagi sebiji kek blueberry cheese sahaja, nasib baik dapat google blogger kek di Kulim. Alhamdulillah hajatku tercapai. Gambar kek tak ada lagi, nanti tuan blog akan emailkan kepada aku nanti. Sapa2 di sekitar utara terutama di Kulim, kedah bolehlah visit blog ini http://raqynarafiqin.blogspot.com

Ku doakan kesejahteraan untuk buat kakak ku Zaharah, semoga berkekalan bahagia ke anak cucu (anak2 semuanya berjaya, alhamdulillah), kesihatan yang sejahtera, murah rezeki, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Adik sayangggggggggggggg kakak!!!!



Alhamdulillah

Alhamdulillah....melentur biarlah dari rebungnya. Sejak kebelakangan ini, syiqin sudah mula menunjukkan minat nak bersembahyang. Biarpun masih lagi berapa pandai, tapi minat tu ada. Syukur sangat kepada Allah...mudah2an anak2ku ini menjadi muslimin dan muslimah yang solehah.

Tengok saja gelagat syiqin memakai telekong. Rambut tu usah dikatalah...asyik terkeluar saja...telekung besar dari tuannya sendiri hehehehehhehe.

Amboiiii...sempat lagi posing tuuu...tersengih dengan mata sebaris


Sesi membetulkan telekong dan rambut

Monday, December 14, 2009

Eh tak malu laaaaaa

Panas sikit sejak kebelakangan ni. Asal lepas mandi je...tak nak pakai baju. Pakai seluar pendek je. Ini saja ambil candid ragam syiqin tak berbaju sambil main bola


Layan Kartun

Amboiiiiiiiiiiiiii....kerling mata juga masa mak dia nak ambil gambar. Ni pun gaya spontan dia masa tengah layan kartun....hehehehhehehe bukan main lagi menghadap Tom & Jerry. Memang tak pernah miss, baik tengok CD atau Cartoon Network.

Sekarang ni, kalau pagi2 syiqin dah pandai buka TV sendiri. Cepat2 tukar channel lain, jgn bagi dia nampak Tom & Jerry, kalau tidak mak lambat pi keja la syiqin oiiiiiii.



Wednesday, December 9, 2009

Kenangan Itu Manis

Ketika menziarah abang sulong semasa cuti raya haji dulu, aku terpandang sekeping gambar lama di almari bukunya...lalu ku tanya, "abang, ada lagi ke gambar yang lain". Lalu dibawa keluar selonggok gambar2 lama yang masih kemas disimpannya.

Aku pilih beberapa keping gambar untuk ku abadikan di blog ku ini, gambar asal ku pulangkan semula kepada abangku. Inilah beberapa keping gambar buat tatapan semua. Betapa pantas masa berlalu, gambar2 ini semua di zaman kami adik beradik menempuh alam remaja.

Kalau tak salah, gambar ini diambil tahun 1976 (memandangkan kalendar di belakang tu menunjukkan tahun 1997 masih belum dirasmikan lagi kalendar itu). Aku pada ketika itu berusia 12tahun (yang bongsu sekali), abang sulong berdiri disebelah kanan (zubir), kakak no. 3 (zaharah), kakak no. 4 (zakiah) dan abang no. 2 (zahir)
Ini pula, gambar kami sekeluarga. Entah tak ingat tahun berapa, tapi kami semua dapat berkumpul untuk sama-sama mengabadikan kenangan manis ini. memandangkan ayah ku dulu berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan, jadi tugas tidak menentu masa. Dulu2 polis hutan dan tentera kan banyak masuk hutan menjaga ketenteraman negara. Kadang2 tiga empat bulan tak berjumpa ayah. Sekarang ayah dah pencen
Ini pulak gambar kami sekeluarga di Kampung Jitra, ayah dah pencen dan balik menetap di Jitra. Gambar ini menunjukkan keluarga bertambah, abang no. 2 dah mendirikan rumahtangga, dan kakak no. 4 baru saja melangsungkan perkahwinan. Tengok mak aku, sukanya diaaaaaaaaaaaaa....ada menantu baru.
Aku masa tu baru habih tingkatan 5 kot (yang hujung sekali rambut pendek)
Yang ini pulak, tiga beradik yang masih bujang trang tang tang
Hehehehehehehe saja je ambil gambar mcm nih, abang no. 2 dan kakak no. 4 langkah bendul dulu,
jadi yang sulong dan kakak no. 3, solo lagi masa tu, aku tolak sebelah laaaaa.
Kalau mak sebut bab kawin...eeeeeeeeeeeee geli la masa tuuuuu hehehehehheheheh
Ini potret ayah ku ketika berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan Batalion Ke 4
bertempat di Kem PPH Sungai Petani
12 tahun kami menetap di situ, sekarang ini dah jadi Lagenda Heights
Saat itu aku rasa yang paling manis sekali, seronok tinggal di kem itu, ramai kawan
bersekolah dari tadika sampai menengah. Semuanya di Sungai Petani.
Memang tak dapat dilupakan.
Ini gambar kami sekeluarga di studio Sungai Petani.
Perasan tak kakak no. 3 tak ikut serta dalam photo ini
aku pun tak ingat kenapa.
Ini photo pun di Kem Polis Hutan, aku tak ingat tahun bila
tengok ayah masih dalam uniform, nak gi keja kalau tak salah aku laaaaaa
Ini pula gambar masa aku kecil lagi, yang tangan selok beg tangan mak aku tu.
Gambar ini diambil di Ipoh, tak ingat laaaaaaa
aku kecik lagiiiiiii

Dah Besar Anak Mak

Entry kali ini khas untuk mencerita secara ringkas anak terunaku yang semakin membesar. Nama Muhamad Faizal, ringkas saja Faizal. Sekarang sudah berusia 18tahun dan menuntut di Kolej Politech Mara Alor Setar dalam bidang Diploma Pelancongan.

Faizal seorang anak yang baik, rajin dan mudah mendengar kata. Kalau marahpun tidak akan menjawab atau memberontak. Bila diingatkan kembali, kasihan pulak bila dia kena marah. Tapi apapun percayalah marah seorang ibu ada sebabnya, bukan saja2 nak marah kan....mak tetap sayang Faizal.

Bila usia makin meningkat, banyak perubahan yang berlaku. Aku pun sekarang dah kurang marah tak macam dulu2 (mungkin usia muda dulu banyak sangat difikirkan), tapi sekarang relax saja. Tengok si Faizal ni, sejak dah memasuki alam remaja, masyaallah jerawat penuh di muka. Rasa nak picit2 jerawatnya, tapi selalu dia lari dulu kalau mak dia ni mula nak pegang hidungnya hehehheheehe

Sebagai ibu, aku sentiasa berdoa agar Faizal berjaya dalam hidupnya dunia dan akhirat.






Thursday, June 18, 2009

Update Blog



Dah lama tak mengupdate kat sini dah penoh sawang nih....tudung pun buat slow2 saja....masa tak mengizinkan, mana nak melayan budak kecik nih....kejap2 kacau mak dia jahit tudung.
ada saja dia nak pegang, gunting lah, jarum lah...takut kang terjahit jari tu...
sejak dah pandai upload guna photoscape dan photofunia ni, hari2 asyik tukar gambar sana sini heheheheheheehe syok juga.
Kain tudung jersey printed dah order...tak banyak pun...permintaan dari seorang sahabat untuk menjahit 3 helai tudungnya belum lagi dapat ku cari kain jersey yang berkenan di hati. Sahabatku...sabar yeeee...kalau rasa nak urgent juga terpaksa ler deme cari kain tu..biar teman ambil upah jahit jeeee....aiseyyyyy bab menjahit pun satu hal...bercinta nak habih satu tudung hehehehehheheeh sabo je laaaaa

Thursday, February 26, 2009

Birthday Girl

Semalam (25/2/2009) birthday syiqin yg ke dua tahun. Cepatnya budak ni membesar, syok tengok. Mak ayah ambil cuti khas untuk syiqin, bawa jalan2 kat IKEA dan Curve. Kek tak beli pun, beli saja walnut brownies...habihhhhh. Kalau kek sebijik memang tak habih makan pun. Tak pe, budak ni kecik lagi, asalkan dia happy ok.
So layan, aktiviti birthday girl semalam
Tu dia rambutttttt
Panjat jangan tak panjat

Bestnya hari ni mak dan ayah bawa syiqin jalan2
main kat children playground pulak
yehaaaaaaaaaaaaaaaaa

Naik tren bees pulak, ni pun di IKEA

Kes kena dera dgn syiqin
hehehheheehe naik patung gajah ni di Curve
atas permintaan birthday girl
aku tak kuasaaaaa...tukang ambil gambor jeeee

Ni salah satu showroom kids bedroom
cantikkkkk...rambang mata
mulala berangan2 nak mcm ni mcm tu

Showroom kitchen di IKEA
nak ambik takut nanti kena marah
hehehehhehe curi2 laaaaa

Saturday, January 10, 2009

Perjalanan Terakhir

Salam semua, kali ni menceritakan saat yang paling sedih dalam hidup aku. January, 7. Seperti biasa pagi bergegas ke tempat keje. Pagi tu terasa teramat sibuk sangat, tapi alhamdulillah semua keja dapat dibereskan dengan mudah dan teratur. Apa yang bos suruh buat, aku segerakan seperti terasa esok aku tidak dapat datang ke tempat keja.

Jam 11.30pagi, terima panggilan dari suami menyatakan ayah mertua sudah nazak. Bergegas aku mengemas meja dan terus punch out. Sambil lalu memaklumkan kepada ofismate menyatakan hal sebenarnya. Terus ku ke rumah opah yang menjaga syiqin, sementara menunggu suami datang, bersembang sekejap dengan opah. Balik rumah terus mengemas pakaian untuk bekalan sampai hujung minggu. Dalam perjalanan, masing2 diam membisu seribu bahasa, dalam hati berkata semoga perjalanan kami selamat sampai ke destinasi. Singgah di Nilai untuk makan tengahari, almaklum nanti sampai di rumah adik ipar mesti sampai pukul 2 petang.

Selepas selesai makan, meneruskan perjalanan ke Lukut, Port Dickson di mana ayah mertua berada. Seperti memberi petanda buruk, dalam perjalanan ke Lukut (lebih kurang 15 minit lagi nak sampai ke sana) tiba2 tayar kereta pancit dengan tiba2. Walhal tayar kereta tu baru saja ditukar, hati aku berdetik seketika. Ya Allah, semoga kami sempat bertemu ayah dan memohon maaf di atas dosa2 anak menantu ini. Mujur PLUS Peronda kebetulan lalu di situ, dan memberi bantuan menukarkan tayar. Suami ada menelefon abangnya untuk segera menuju ke tempat kami berada, setelah setengah jam kemudian, semuanya beres, kami meneruskan perjalanan. Di pertengahan jalan, bertemu dengan abang ipar di persimpangan Spring Hill dan terus ke Lukut.

Sesampai di rumah Lukut, tidak membuang masa terus bertemu ayah mertua dan teresak2 menangis memohon segala kesalahan yang ada. Aku tanpa membuang masa terus mengambil air sembahyang dan menunaikan solat Zohor dan berdoa pada Allah jika inilah suratan dariNya, permudahkan urusan ayah mertuaku ini. Selesai solat, membaca surah Yasin di sisi ayah mertua, bersama birasku, Kak Wawa. Saat yang paling hiba pabila Kak Wawa berkata, "Ayah, jika ayah nak pergi, pergi lah dengan tenang hati, kami anak2 di sini akan sentiasa mendoakan ayah. Jangan risaukan kami semua". Aku menangis tersedu2 di sisi suami, suami nampak tabah sekali. Tepat jam 4.20petang, ayah mertua menghembuskan nafas terakhir, suasana begitu pilu sekali. Saat itu, air mataku mengalir dan berdoa semoga arwah bersemadi berserta org2 yang beriman.

Urusan pengkebumian diuruskan dengan segara. Jenazah dikebumikan pada malam itu juga, semua anak menantu menguruskan dengan baik sekali.

Semoga roh arwah ayah mertua bersemadi dengan aman. Alfatihah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...