Nuffnang Ads

Showing posts with label Aktiviti Hari Minggu. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Hari Minggu. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Memang Tak ada Kerja


Apa cerita lak nih....Hmmmmm inilah keja budak amoi sorang ni kalau berjalan jer mesti buat perangai.
Entah ayah sedar ke tak ni sama amoi pelok kaki ayah.  Nasib baik emak dia tak join sekali....huhuhu pengsan terus!!!

Gambar diambil ketika cuti2 Hari Wilayah dan berhujung minggu di Melaka.  Muzium Gabenor bersebelahan dengan A Famosa...nyamannya berada di atas bukit tu.  Terasa singkat pula percutian kali ni, masih tak jemu2 nak berkunjung ke Melaka lagi.  Sampai satu ketika saya pernah syorkan pada en suami, kita settle down di Melaka saja lah...terasa seronok pula di sini.  

Ini pula mood tengah happy....

P/S:  Kadang2 terfikir juga nak bersara awal...bekerja pun sekarang sudah separuh jiwa, dah rasa tak seronok lagi macam muda2 dulu.  Kena cari alternatif nak buat apa semasa bersara nanti...any idea


Friday, January 11, 2013

Aku Ingin Bercerita

Assalamualaikum.

Sebelas hari sudah berlalu dalam bulan Januari 2013.  Syukur alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kesempatan daku menumpang di bumiMu dan menghirup udara yang Kau pinjamkan.

Pagi ini tergerak hati nak membaca blog Kak Jun Roslan (blog diarikasih).
Terkedu sekejap bila membaca entry "Di Bawah Langit Madihah".
Kalau tak silap dari pandangan saya, itu senior saya masa di UiTM Arau dulu.
Suriati Shuib!  Ya memang tak salah lagi.  Kami pernah kerja bersama di Pelangi Beach Resort Langkawi
dan kemudian sejabatan lagi dengan suaminya, Azhar Mohammad di Pens Travelodge, Kangar 
(sekarang dikenali sebagai Putra Palace).

Ya Allah, dunia ini kecil betul. Pi mai pi mai jumpa balik.  Tak sangka Kak Jun pun mengenali Suriati.
Gembira campur terharu bila Puan Suriati ini berhijrah dengan suami ke tanah Madinah kerana suami mendapat tawaran Pengurus Besar di sebuah hotel terkenal di sana.   Moga urusan mereka sekeluarga di sana dipermudahkan dan sentiasa dirahmati Allah.

Ahad, 6 Januari 2013

Setelah dua tahun migrate di negara orang putih, rakan saya ini, Nida Hassan pulang bercuti hampir dua bulan di Malaysia.  Berkesempatan bertemu kembali, lokasi yang dipilih Chili's di KLCC.  Tempat paling senang untuk saya pergi tanpa perlu minta bantuan suami untuk hantar saya ke sana.  Saya ni fobia sikit nak drive sendiri...ada kisah di sebalik cerita fobia ini.  Mudah saja bagi saya dengan menaiki Putra LRT, terus sampai ke destinasi.

Memang terlerai rindu selama ini.   Tak sangka kami dapat berjumpa semula, cerita panjang berjela sampai tak ingat orang keliling kami.  

Nida Hassan, kini telah menjadi sebahagian Aussie.  Menetap di Melbourne, mengikut suami migrate di tanah Kangaroo. Moga kamu bahagia di sana, Nida.  Aku doakan kebahagiaan kamu.
Cerita panjang.....dulu kami bertiga pernah bergelar Miss J...tapi sekarang  hidup bahagia di samping suami dan keluarga tersayang.  Kisah silam, kita lupakan, mulakan hidup baru dengan semangat baru.

Sahabat saya, Zanariah. Sekarang bekerja di Pullman Putrajaya.  Kami bertiga dulu pernah sebumbong
di Parkroyal Kuala Lumpur.
Anak bujang Nida Hassan sudah besar panjang...tinggi pulak tu..Ammar Syami.
Di sana sudah Grade 11 (Form 5 kalau di Malaysia)

Ini yang saya order...Club Sandwiches...berkongsi empat..tak habih.  Full sangat.
Beef steak yang enak dan menyelerakan.  Habih Ammar sorang makan...no sharing okay!
Caesar salad (big portion) bagi orang diet hihihihi
Yang ni (lupa lak menu ni apa)...Zana pun tak habih makan...
Dark choc cake topping with vanilla ice cream.  Licin...sharing untuk semua...sikit2 lama2 tinggal plate saja 

Misi seterusnya

Dua buku ni dalam TUNGGU GILIRAN untuk dibaca

Aku Bercerita...sudah pasti dari penulis kegemaran saya





Tuesday, September 4, 2012

KUL - Sungkai - Ipoh - Hutan Melintang - Hilanggggg Arah

Assalamualaikum. Semoga teman2 blogger sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Cuti hujung minggu sambutan Kemerdekaan dipenuhi dengan berjalan2 jauh nun di Felda Residensi Sg Klah, Sungkai. Memang tak dirancang langsung nak ke situ, tapi tu la last minit tiba2 tergoda dengan cerita teman ofis nih, terus tanya en suami. Bila dapat green lite, bilik terus dibooking untuk semalam sahaja. Orang kata, saja nak try macamana bestnya stay di Hot Spring Felda. Kebetulan hari tu kan Jumaat, so lepas saja selesai tonton perarakan Kemerdekaan di TV, terus bertolak ke Sungkai. En suami kata kali ni biar adventure sikit, ikut jalan lama. Sebelum tu, singgah dulu di rumah adik ipar di Bukit Beruntong. Dah lama tak bersua muka walaupun tinggal dekat saja. Perjalanan ke Hot Spring Felda memang mengasyikkan dengan pandangan kiri kanan kampung2 dan pekan kecil. Seronok juga sekali sekala ikut jalan lama kan, kalau highway memang jalan terus saja dah sampai. Sampai di Hot Spring lebih kurang jam 4 petang, terus check in dan tukar pakaian. Agenda pertama ke Hot Pool, pertama kali merasai kehangatan di kolam ini. Memang mulanya tak tahan sangat, tapi bila dah lama terasa sedap je kaki berendam lama2. Saya tak berani nak berendam terus, malu pulak kalau basah seluruh badan walaupun berseluar panjang dan t-shirt longgar. Yang seronoknya bila di Mountain Spring Cool (kata pekerja resort air mengalir terus dari gunung...entah iye entah tidak). Yang pastinya, mestila kanak2 riang yang menjerit2 suka ketika di pool ini.
Ini lokasi map untuk keseluruhan resort. Senang bagi yang pertama kali ke sini
Tak larat jalan, boleh sewa basikal dengan kadar berpatutan. Tapi elok ler berjalan, exercise badan kan. Jauh perjalanan, sihat badan!
Bilik deluxe yang luas, selesa!
Redup mata memandang, cantik di hadapan lobby dan chalet.
Yang ini sapa yang berminat nak rendam air panas, boleh berendam sepuas2 hati. Sedap jeee...mula2 cecah kaki terasa panas, tapi bila lama2 ok jer. Dibuka sampai 11 malam. Ada berani ke.... di tengah hutan macam ni nak rendam sorang2!!
Yang ini kolam air terus dari gunung (itu kata petugas di kolam tersebut...kalau bohong dia, bohong la saya kan!!!) Memang seronok untuk kanak2 riang, bukan dia orang je, orang2 tua pun apa kurangnya. Di situ juga ada air panas berperingkat mencecah 40 - 45 darjah C. Kawasan untuk merebus telur juga ada disediakan, tapi sangat panas kalau nak berendam kaki. Sapa yang tahan boleh saja, cuma takut bila diangkat kaki tu tinggal tulang pulak (terlebih masak sudah hihihi). Lupa lak nak ambik gambar kawasan rebus telor ni.
Ini apa hal pulak nih. Kes merajuk sebab si ayah nak berendam di kolam panas, si anak nak bermain di mountain pool...so macamana tuuu...last2 si ibu mengalah temankan si anak comel ni bermain di mountain pool, tinggalkan si suami yang nak bermanja gak sekali sekala si isteri menemani. Huhuhuu Cerita dari Sungkai - Ipoh - Hutan Melintang tu akan disambung nanti. Cewahhh...macam drama bersiri lak hihihi.

Monday, June 4, 2012

Pameran Kesultanan Perak KLCC


Assalamualaikum.

4 Jun 2012.  Lihat pada blog yang lalu dah seminggu ye tak update blog tapi sempat lagi BW hihihihi sebab tak perlu nak mengerah otak berfikir apa yang patut ditulis.  Kalau setakat tinggalkan comment ok jeeee.  Ini laaaaa baru nak update sikit.  Banyak photo yang diambil, nak update je kureng sikit lately nih.

Sabtu lepas, awal pagi sesudah sarapan pagi merangkap makan tengahari sekali, kami tiga beranak terus je menapak ke KLCC.  Bukan nak shopping sakan pun, Cuma nak memenuhi cik siti payong nak melawat Petrosains.  Sekarang ni kalau nak kemana-mana, lebih selesa menaiki Putra atau LRT kecuali tempat yang memang tak ada kemudahan seperti yang disebutkan tadi.  Rasa rilex sangat, tak perlu bersesak2 di tengah jalanraya.
Boleh dikatakan exercise jugaklah berjalan2 ni hihihi (saya memang kurang berpeloh, kurang lemak daaaaa)

Mula2 berhenti di Ampang Park dulu, singgah di Citibank dulu.  Dari situ, kami terus berjalan menyusuri ditengah remang panas.  Siap berspecky lagi dua beranak nih!  Cer tengok!!!

Panas tuuuuu.....saya terbelakang sikit.  Take my sweet time
Memang panas betul sekarang ni, tapi at least exercise jugak kan.  Biar penat tapi seronok!

Wajib berposing dulu yaaa
Amboi bukan main lagi dua beranak ni berposing.   Kita ni ambil gambar dia orang je la kan.

Berdiri megah KLCC
Jangan tak posing hihihi...clearance sale lak tuuuu
Tujuan asal nak ke Petrosains dulu, tapi tiba2 mata tertangkap satu pameran yang sedang diadakan.  Wajib singgah!

Gambar blur lak....Ke Pameran Kesultanan Perak bermula 26/4/2012 hingga  hujung bulan Jun 2012

Turutan Sultan / Raja yang bertakhta sebagai Yang Dipertuan Agong
Pameran yang diadakan secara percuma berlangsung dari 26/4/2012 hingga 30/6/2012.  Setiap pelawat wajib meletakkan beg atau strollers di tempat simpan barang kerana pernah terjadi kecurian barang2 pameran di situ.

Dewan pameran
Sejarah kesultanan Perak ini menarik sekali untuk generasi lama dan baru.  Saya pun baru tahu salasiah kesultanan Perak, amat ralit sekali membaca dari satu petak ke satu petak yang lain.  Sampaikan cik syiqin dah penat menunggu mak ayah meneliti sejarah ini.


Cop mohor yang pernah digunakan oleh sultan Perak
Kitab lama juga dipamerkan
Rancangan nak ke Petrosains tergendala disebabkan syiqin dah pun letih dan tertidur.

Wajib tidur di ribaan mak

Syiqin dah bangun, pujuk makan chocolate cake dan  honey comb gold rush drink di Dome
Dan pujuk syiqin tengok Snow White and the Huntsman di Wangsa Walk TGV

 Begitulah alkisahnya ceritera aktiviti hujung minggu.  

Tuesday, December 27, 2011

Pilih Punya Pilih Punya Pilih....Padan Muka!

Assalamualaikum!
Bestnya 2, 3 hari lepas sebab tak perlu pergi kerja hehehehe (dasar pemalas!!)
Memang la best, pagi2 tak perlu berebut2 ke bilik air untuk mandikan syiqin.  Nak mandi pukul 10 pagi pun boleh, mak tak marah ye syiqin.

Ahad lepas, saya, en suami, syiqin berserta anak sedara sebelah suami jalan2 di sekitar masjid india.  Kebetulan ada sale di Jakel, apa lagi...saya dan anak sedara redah dalam kesesakan orang ramai di Jakel.

Biasala kalau sale saja, memang kaum hawa la yang paling menonjolkan.  "Waiting Area" for orang lelaki di bahagian luar kedai...bersusun orang lelaki tunggu kaum hawa bershopping bagai tak ingat dunia huhuhu termasuk ler saya (hahahaha kantoi!!)

Sana sini kedengaran jualan Happy Hour.  Pandai Jakel memainkan strategi jualan.  Happy Hour memanjang...siap ada 20 minit lagi kak untuk bahagian sini nak menghabihkan stok.   Lepas tu ada lagi, "tak ada masa tambahan".  Saya cakap macam main bola la pulak, "kad merah tak ada ke".  Jurujual sekadar tersenyum.  Saya memang rambang mata laaaa kalau bab membeli kain ni dan memang tak pandai pilih pun.  Saya jenis tengok kain yang orang lain try on di badan mereka, kalau nampak cantik dan berkenan di hati, saya terus ambil saja.

Yang nak jadi kelakar sangat nih, punya la nak pilih lagi kain (jenis tamak ler nih), saya tersadung kain yang bersepah di lantai dan jatuh.  Heran, sapa pun tak sedar saya jatuh kecuali anak sedara saya tu.  Hahahahahaha kami gelak sampai sakit perut, mujur jatuh atas kain, tak rasa sakit pun.  Saya bisik kat anak sedara, "mujur kamu tak jatuh,". Kenapa saya kata begitu, dia mengandung 3 bulan. syukur sangat, kalau tidak jenoh saya nak menjawab kat suami dia dan suami saya juga.

Dah puas, saya singgap kejap di Ariani, tapi tak berani nak beli.  Harga still mahal, tak mampu ler.  Cukuplah sekadar beli yang murah, sesuai la dengan saya hehehehe.  Kalau mahal pun, orang tak percaya lak saya beli di Ariani huhuhuhu.

Balik rumah, penat sangat.  Malam memang tidor awal laaaa...

Tuesday, December 20, 2011

Aktiviti Musim Cuti Sekolah

Assalamualaikum!
Sekarang ni musim cuti sekolah.  Mesti banyak aktiviti yang disediakan oleh kaum ibubapa kepada kanak2 riang di rumah.  Mengisi masa lapang yang terluang dengan aktiviti2 cergas dan berfaedah.

Macam saya ni, anak bujang dengan aktiviti sendiri.  Lagipun dia sedang menjalani praktikal yang memang menjadi kemestian bagi semester akhir.  Anak dara kecik saya ni, memang cuti semedang hehehehehe, aktiviti seharian kalau hari bekerja, tinggal lah dia dengan pengasuhnya.  Kasihan lak saya tengok, dulu2 masa saya kecik, mak yang jaga.  Ini bila anak saya lak, saya hantar rumah pengasuh.  Terasa kasihan sangat kan.  Entah bila boleh saya dapat jaga dengan sepenuh masa, kalau laaaaaaaa kewangan saya stabil...hmmmmm sekarang juga saya berhenti kerja dan duduk di rumah saja.  Tak apalah....dah ketentuan Allah, nak bagi rezeki lebih kat saya, jadi saya perlu bekerja.  Dapat juga menampung apa yang perlu, di samping meringankan beban suami kan.

Oh ya, sebenarnya nak update aktiviti kami anak beranak melawat Zoo Negara (yg last dulu masa anak dara baru 2 tahun).  Mulut anak dara ni asyik menyebut je nak ke zoo, bukannya jauh pun, 10 minit memandu dah sampai.

Masamnya muka, iye laaaa...terpaksa jalan kaki.  Dulu kecik boleh la nak berdukong. Sekarang sorry ye cik adik manis.  Ada kaki jalan sendiri yeee.

Dah namanya anak ayah.  Terpaksalah ayahnya dukong...Siap bagi mak dia flying kiss lagi..perli la tuuuuu

Ini dah sesi tak larat nak round dah nih.  Terus naik tram and balik.  Petang sampai rumah, pengsan terus hehehehhee

Monday, December 19, 2011

Terikat Sudah Ikatan Janji

Assalamualaikum!

Tengahari ni nampak mendong, tanda hujan akan turun tak lama lagi.  Patutlah terasa sejuk tambahan dengan suhu aircond yang mencecah 24 darjah.   Memang beku dibuatnya.  Tambahan pulak saya yang kurus melidi nih, terasa sangat sejuk.  Mujur aircond boleh bukan jenis centralized, kalau tidak pengsan!!!

Hujung minggu lalu, saya dan en suami berkesempatan menghadiri majlis pertunangan anak sedara en suami di Port Dickson.  Pihak perempuan tinggal berdekatan saja, di Bandar Nilai Spring.  Jadi perjalanan cuma mengambil masa 5 minit saja.  Yang meriahnya, rombongan pihak lelaki punyala ramai...macam rombongan majlis kawin rasanya hehehehehe.  Terkejut pihak perempuan menerima kedatangan rombongan lelaki dengan hampir 10 buah kereta kesemuanya.

Saya paparkan sebahagian gambar saja, malas nak upload kesemuanya sekali.  Lagipun banyak tak dapat diambil dengan baik.

Sebahagian rombongan "Cik Kiah".  Saya memang tak ada dalam gambar ni, tukang ambil gambar saja hehehehehe

Ketika di rumah pihak perempuan

Nak juga interframe gambar biras saya ni. Kak Hawa, pakar masak dan juga menjahit.  Pejam mata pun semua jadi hehehehehehe

Perbincangan dimulakan.  Termeteri sudah perjanjian selama 1 1/2 tahun.  Boleh ke menunggu lama nih hehehehhehe jangan2 1/2 tahun je pas tu kawin.  Tunggu lama buat apa kan.

Bakal ibu mertua menyarungkan cincin pada bakal menantunya.

Selesai sudah, acara makan ler.   Sedap sebab perut tengah lapar kan masa tu.  Lebih kurang jam 4 petang, kami semua beransur pulang.

Hari Ahad, memang betul2 hari kami bersantai di rumah.  Tak larat nak jalan mana2 dah.  Syiqin pun nak duduk rumah saja, kerja dia cuma tonton movie karton.  Lega lah en suami tak payah nak pusing stering lagi hehehehhee.  Saya cuma masak ala kadar saja, dalam tak sedap pun, licin seperiuk nasi, alhamdulillah.

Monday, November 21, 2011

Hari Ini Kau Datang Riang

Assalamualaikum!
Tepat jam 2.00petang, saya melangkah masuk ke blog saya ini.  Waktu ini, saya belum menjamah apa2 lagi untuk makan tengahari, masih terasa kenyang sarapan pagi nasi lemak telor sambal.  Cuma minum saja yang dilebihkan, amalan baik kan hehehehehe.  Dah tua2 ni, kena amalkan minum air yang banyak, kalau tidak kulit terasa kering sangat.  Dah la duduk dalam aircond dari jam 9 - 6 petang.  Memang tak sihat kan!!!

Rasa mahu beli goreng pisang saja menggantikan nasi berlauk.  Macam jemu la pulak tengahari makan nasi, tengahari makan nasi.

Sedap makan panas2, mahu lagi kalau pisang yang rangup...bancuh kopi O panas atau teh O, fuhhhhhh tak terkata apa dah.

Hari tu, punya la teringin nak makan lain dari yang lain, ajak en suami lunch di 
Liki Liki Restoran, Danau Kota, Setapak.  Bersebelahan dengan KL Festival (baru saja dibuka).   Masakan Thai asli, memang sedap!!  Saya order Mee Celop, en suami pula nasi campur lah.  Saya memang peminat makanan Thai/Kelantan.

Semalam, memang tak ke mana2 pun.  Dari pagi, en suami dah melekat depan TV tengok boxing dan gusti.  Alaaaaa...biasalah, hari Ahad hari dia bersantai.  Saya dari pagi2 lagi dah siapkan sarapan untuk en suami dan anak,  biar kenyang perut senang hati kan.  Saya ala kadar je sarapan.  Tak le heavy sangat pun.

Dah petang sangat, baru nak ajak jalan keluar.  Saya dah malas dah, kalau nak keluar saya suruh je bawa syiqin turun main buaian di bawah, tapi syiqin kata tak pe, duduk di rumah saja.   Saya tengah beroperasi mengemas barang mainan syiqin (lagi!!!!).

Tengok ler banyak sangat anak patong Barbie dan seangkatan...pening!


Soft toys lagi!..Tuan punya toys beposing nak tayang la tuuuu

Suka yeeeee...yang penat nak mengemas, mak lerrrr!!! Tapi kadang2 ada mood juga syiqin rajin mengemas (cara dia lerrrr)

Ok, nak keluar makan angin jap.  Lengoh asyik duduk je nih.  Dari pagi tadi, menyiapkan supporting dokumen untuk tender submission.  Walaupun tender govt. akan disubmit minggu hadapan, saya suka prepare awal, tak suka last minit.  Yang lain QS dan Project manager akan selesaikan.

Nota:  Perasan tak tajuk di atas tak ada kena mengena dengan cerita hari ini hehehehehehe

Monday, October 31, 2011

Adoi Lengoh Kaki, Sakit Pinggang

Assalamualaikum.
Sudah jam 2.10petang, baru nak boleh update blog.

Dua hari berhujung minggu dengan cara paling santai.  Lepak di rumah saja.  Semalam saya terlebih rajin melakukan aktiviti menyeterika semua pakaian kerja en suami.  Bayangkan dari pagi sampai ke 3 petang baru selesai seterika semua pakaian.  


Dalam sibuk iron baju, saya ambil semua pakaian kotor lalu dihumban ke dalam washing machine.  Nah, senang gitu, biar saja en washing machine melakukan tugasannya.  Sedang saya suka2 iron baju, (tipu!!! mana boleh suka kalau kaki lengoh, sakit pinggang lak tu) sambil menonton tv.  En suami pun hairan tengok saya terlebih rajin mengiron semua pakaiannya.  Sebenarnya sepatutnya saya perlu melakukan rutin tersebut setiap hujung minggu, tapi dek kerana angin MALAS (heheeheh memang betul pun) saya tunda dan tunda sampai bertimbun2 sampai saya sendiri tak sanggup nak tengok.  

Minggu ni pula mesti sibuk kan nak siapkan beg pakaian lagi nak pulang ke kampung.  Hahahaha balik lagi ke kampung raya Qurban ni.   Jumaat ni, lepas sembahyang Jumaat, saya dan keluarga akan bertolak balik Kedah.   Sendiri suka2 nak balik half day, sedangkan saya belum maklumkan lagi pada bos saya (tak pe kan bos, bos pun nak balik Kedah jugak kan, kita kan sekampung!!!)

Oh ya, (bukan OH OEYA heheheheeh), berbalik pada cerita laundry tadi, saya teringin sekali mempunyai bilik laundry seperti ini, 

Cantik kan, kemas je, sambil membasuh, sambil iron baju di bilik yang memang dikhaskan untuk kerja2 laundry

Nota: Alih2 pagi ni, en suami hulor duit, dia kata penghargaan isteri menggosok pakaian suami dengan penoh kasih sayang.   Alhamdulillah..syukor!  Saya buat dengan ikhlas bang, tak pernah terfikir nak dapat upah mcm nih.


Monday, October 17, 2011

Aktiviti Hujung MInggu

Sabtu lalu, awal pagi sesudah suboh dan mengaji, saya seperti biasa melakukan rutin menyediakan breakfast dan mengemas rumah.   Breakfast pun ringan saja, sebab kami suami isteri bercadang untuk "morning walk" di taman tasik.   Dengan dua biji telor setengah masak setiap seorang dan secangkir kopi O panas sudah cukup untuk alas perut.  Untuk Syiqin, saya telah sediakan nugget goreng garing berserta sausage ayam.  Susu coklat telahpun dibancoh panas2.  Hmmmmmm memang ringan sarapan pada hari itu.  Kalau berat sangat, takut kami tiga beranak tersadai di rumah saja la kan.

Terus saja ke Taman Tasik Permaisuri Cheras.  Dah lama benar tak sana sejak berpindah ke daerah Keramat (chewahhhhhhhhh), jarang2 sekali dapat ke taman tasik permaisuri ini.   Syiqin begitu teruja dengan kawasan permainan kanak2 riang.  Memang luas kan kawasan permainan kanak2 ni, bukan setakat kanak2 riang saja, ibu bapa pun turut serta sekali bermain dan meluangkan bermain bersama2 anak2.

Memang berbaloi dari jam 10.00 pagi sampai ke 12.00 tengahari menghabiskan masa di situ.  Tak terasa panas pun, kerana kawasan di situ penoh dengan pohon2 rendang, redup dan sejuk kawasan tu.  Nanti next week nak pegi lagi lah.   Dah tengahari kan, so balik terus dan singgah makan tengahari.  Hahahahaha....gantung periuk lagi.  Tapi balik, masak jugak yang ringan2 untuk dinner malam nanti.

Ahad pula, kami bertukar tempat pula ke Taman Tasik Keramat (berdekatan dengan stesen putra Jelatek).  Saya biarkan syiqin berlari sana sini, tak perlu risau kerana tempat permainan selamat dan saya pun turut berjalan2 keliling tasik tu,  Keluar juga peloh nih, badan pun terasa ringan.  Saya malas nak berlari, selalunya tak sampai 5 minit dah mengah.  Hmmmmmm itu tandanya dah TUA hahahahha...tapi nak jugak keluarkan peloh, berjalan2 pun sudah memadai.  

Ok, minggu depan harus difikirkan kemana pula nak berjalan2 nih  samada Taman Tasik Perdana atau Taman Tasik Titiwangsa. 

Monday, September 26, 2011

Sibuk Sana Sini

Wow...dah masuk empat hari saya tak update blog.  Macam biasa jawapannya...sibukkkk!!!! hehehehehe

Okay, saya nak bercerita aktiviti weekend lepas.  Sabtu, saya dan keluarga berkunjung ke rumah abang saya di Putra Heights.  Majlis makan2 untuk famili saja, merangkap open house jugak la kot.  Agak terlewat sikit sampai, sebab sebelah pagi en suami keluar ke bandar untuk mencari material untuk bisnes kecil2an nya.   Saya dan syiqin menunggu di rumah dengan sabar.  Nak ikut sekali malas la pulak kan, almaklum tunggu angin syiqin ni jugak, bukan boleh dipaksa celik mata terus mandi.  Tapi wajar diajar juga nanti sebab tahun depan dah nak daftar tadika.  

Berbalik pada kunjungan saya di Putra Heights, lebih kurang jam 2 lebih jugak lah baru sampai di sana.  Cousin saya dah mula nak bertolak pulang, nasib sempat berbual sebentar.  Tinggal lah beberapa kenalan sahabat dan saudara yang masih lagi menikmati hidangan pada hari tersebut.  Hmmmmm...ada nasi beriani, ayam masak merah, acar rampai, daging kambing goreng (saya tak gemar pun daging kambing, tapi pelik lamb chop makan pulak hehehehehe), dalca campur.  Kuih raya kita tolak ketepi, tak ada selera lagi nak menjamah kuih raya hehehehehe.

Lama jugak kami di rumah abang, sambil mengunyah tak berhenti sambil menonton perlawanan rugby NZ vs France.  Syok juga walau pun tak faham peraturannya.

Balik dalam jam 8malam, itupun setelah pujuk syiqin sekali lagi mandi agar segar sepanjang perjalanan pulang.  Bukan apa, saya takut dia tertidur masa balik nanti.  Kalau dah mandi, boleh saja saya tukar pakaian tidurnya.

Hari Ahad, ada open house di Danau Kota, Setapak.  Selepas pagi, saya terajin pulak "spring cleaning" dapur.  Habih saya sental lantai yang berminyak dan bertompok2 (punyala malas sampai lantai jadi cam gitu).  Tengahari bersiap pulak ke open house.  Dapur macam tongkang pecah, tak pe, balik nanti biar saya bereskan semuanya.

Fuhhhhhhhhh legaaaaaaa sesangat bila dapur dah bersih sikit, mana2 barang2 yang tak digunakan lagi, saya buang saja.  Sekarang ni, terbit pulak nak memasak pula.  Bukan tak pernah masak, tapi kadang - kadang (ala2 versi P Ramlee) hehehehe.  

Thursday, September 15, 2011

1 Malaysia / Hari Kemerdekaan / Rumah Terbuka / Majlis Kenduri Kawin

Khamis, 15 September 2011

Alhamdulillah, hari ini dah rasa sihat semula.  Walaupun suara serak2 sedikit, badan dah terasa segar.  Semalam dah mula bekerja, tapi terasa belum cukup pulih sepenuhnya.   Kepala terasa pusing sebab minum ubat batuk sewaktu bersahur.  Oh ya, semalam saya dah mula puasa enam.  Rasanya tak terlambat lagi kot nak menunaikan puasa enam ni, almaklum minggu lepas sedang syok berpuasa enam, datang seru bulanan.  Dan minggu ni, bila nak mula berpuasa, demam pulak.  Jadi saya tunda pada hari semalam.   Alhamdulillah, sempurna satu hari berpuasa semalam.  Hari ini hari kedua, mudah2an dapat menunaikan sampai hari ke enam nanti, insyaallah.

Pagi tadi, sibuk ke bank untuk urusan pembankan.  Alhamdulillah, selesai tanpa banyak karenah atau halangan.  Kemudian teman en suami pula ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju untuk mengambil ubat.  Iyelah, mana lagi nak ambil ubat kalau bekas tentera sepertinya, senang berurusan di situ saja.  Lagi pun dekat saja dengan ofis saya.  Awal2 lagi saya dah maklumkan kepada bos saya, takut nanti dicarinya secretary tua nya ini hehehehehe.

Esok cuti umum, 1 MALAYSIA (16 September).  Pastinya ramai yang akan ke Dataran merderka untuk sama2 menyaksikan serta menhayati 1 Malaysia dan juga Hari kemerdekaan yang akan disambut di situ nanti.  Dan pastinya rumah terbuka hari raya pasti diadakan di hujung minggu.  Saya pun sudah nak menyusun agenda nak berkunjung ke rumah terbuka kawan2 dan juga majlis kenduri kawin.

Semoga semuanya bergembira di hujung minggu ini nanti.

Monday, July 25, 2011

Hari Minggu Yang Lalu

Wah, sekejap je dah hari Isnin.  Hari bagi kebanyakan orang kata Monday Blues.  Apa2 je lah kan.  Ya, hari minggu lalu, Sabtu, setelah selesai semua pekerjaan di rumah (basuh baju, kemas rumah, lipat baju, main masak2 hehehehehe) saya, en suami dan syiqin terus ke Wangsa Walk nak menonton wayang.   

Haaaaaaaa..orang lain rasanya dah tengok, tapi saya ketinggalan zaman sikit.  Hehehehehe tak apa lah, saja seronok2 nak bawa syiqin ni gi tengok wayang.  


Masa wayang dah start nih (kita orang masuk betul2 masa wayang bermula, paling awal sekali show pagi tu), elok dalam 5 minit tengah syok tengok, syiqin lak buat hal.   Nak beli twisties lah, padahal saya dah bawa bekal makanan untuk dia.  Ok, fine! Malas nak cakap banyak, en suami bawa dia keluar gi beli dulu.

Dalam setengah jam pulak, dia nak gi washroom lak, nak basuh tangan konon.   Saya pula terpaksa mengalah bawa gi toilet, kalau tidak, sure mulut syiqin pot pet pot pet dalam panggung tu.  Bagi mengelak "perang mulut", cepat2 bawa dia gi toilet.  Hai!!!! macam2 la budak ni, tak duduk diam langsung.  Kalau tidak, elok je dia tengok wayang.  Kali ni je dia buat perangai.

Ahad, iaitu semalam, kita orang jalan2 ke Jalan Tunku Abdul Rahman.  Saja nak cuci mata, sambil2 nak shopping baju raya untuk syiqin.  Ok, dapatlah baju kurong sepasang, dan baju2 yang lain.  Yang peningnya, syiqin lak nak pilih sendiri baju yang nak dibeli.  Kalau pilih yang cantik ok la jugak, tapi yang tak berkenan tu dia suka sangat yang dress ada ropol2....hishhhhhhhhh rasa menyemak mata lak tengok.  Itu pun bila saya kata tak cantik, tak payah beli, dia dah buat perangai.   Air mata tu cepat je bergenang, memang style dia kalau protest.   Dahhhhh...ayah dia tak sampai hati lak...suruh ambik gak baju yang syiqin berkenan tu.

Dah habih shopping, terus balik sebab petang semalam pun cuaca macam nak hujan, mendung semacam.  Daripada sangkut di area tu, cepat2 kami sekeluarga balik.
Alhamdulillah, selamat sampai.  Syiqin pun dah letih benar, jauh gak dia berjalan, kasihan la pulak kan.  Dalam kereta, tertidur pulak.  

Tu jeeee nak kaborkan.  Mak ayah syiqin tak apa, kalau tak siap baju yang ditempah, pakai je baju kurong yang ada.  Apa susahnya, hari raya pertama pun asyik di dapur je.  Tak payah nak melaram sakan!!!

Monday, July 11, 2011

Aku Pun Bersih Gak!!!

Haaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Semputttt!!!!
Bukan pasal aku gi join perarakan yang tak berfaedah tu BERSIH 2.0. (kasi kuning sikit kan hehehehhe).  Tapi dah kena "perintah berkurung", tak boleh gi mana2 hujung minggu tu, aku pun dengan penoh semangat waja memBERSIHkan rumah, dalam erti kata habih semua habuk2 aku BERSIHkan.
Kipas angin pun aku BERSIH sekali, lampu2 yang bersawang dan berhabuk pun siap aku BERSIHkan.

Ohhhhhhh rasa lega sangat rumah dah kemas, sedap mata memandang.  Angin segar masuk bertiup nyaman masuk ke rumah, diserikan lagi dengan haruman Ambi Pur.

Dah masak ala kadar, lepak2 depan TV tengok perkembangan perhimpunan BERSIH 2.0.
Memang kalau diperhatikan banyak keburukan dari kebaikan.

Antaranya membuat perhimpunan haram tanpa kelulusan permit.  Semua yang anjur ni orang cerdik pandai, bukan jenis sekolah takat darjah enam je.  Tapi dah jenis ketegaq (loghat utara nih), konon nak tegak keadilan untuk rakyat padahal untuk kepentingan diri sendiri saja.  Siap ada laungan REFORMASI.   Kantoi!!!!

Lagi satu, nak "mengamuk" tak tentu hala, tak tentu pasal, lain kali tolong sangat2 buat la kat hutan ka, atau di luar kawasan tumpuan orang ramai.  Ni pi buat kat kawasan masjid india, jalan tuanku abdul rahman, sogo, perhentian pudu, kawasan bukit bintang.  Kan tempat cam gitu, tumpuan orang ramai especially di hujung minggu,  aku yang nak gi jalan2 kat area tu pun dah tak jadi.  Urusan terbengkalai kejap.  Yang kasihan peniaga2 di situ yang kerugian beratus ribu ringgit setiap peniaga.  Kasihan betul, pasar malam yang jadi tumpuan ramai di jalan Tunku Abdul Rahman pun sepi tak ada orang yang berani yang berkunjung.

Ni yang kena tahanan mengamuk sakan masa perhimpunan haram tu pun, dah la kena tangkap tak pe la jugak.  Dah tu bagi layanan baek punya.  Siap bagi makan lagi, persiapan untuk sembahyang (surau), pemeriksaan kesihatan lagi.  Haaaaaaaaaa..memang hebat kan.  Makan free lak tu...sedap lagi tu.  Ala buffet wei!!   Kalau kena kat negara lain, aku rasa depa mesti sumbat tahanan ni macam ikan sardin, makanan bubur nasi tawar...haaaaaaaaaa...tak fikir lagi tu.   Yang malu nih...bawa anak2 kecik yang tak tau apa2 nih.  Mak bapak ni jenis tak berakal, dia orang ni kalau bawa anak2 kecik orang lain tak boleh buat apa2 ke.  Konon nak jadikan budak2 tu sebagai benteng pertahanan.

Hishhhhhhhhhhhhh...aku geram memang geram nih, bab politikus nih aku memang tak minat.
Tapi kalau dah jenis suka buat huru hara keamanan negara, memang aku tak suka.

Patutnya yang kena tahanan tu, apa kata masa dalam tahanan tu suruh depa kawad keliling padang, biar askar2 bagi command pumping seratus kali.  Syok kan!

Yang paling sedih, orang MELAYU diperkotak katikkan, dipergunakan oleh bangsa lain untuk kepentingan diri masing2!   Sedarlah, PERJUANGAN KITA ORANG MELAYU BELUM LAGI SELESAI!

Tuesday, June 21, 2011

Aktiviti Cuti 4 Hari

Dah petang pun, baru boleh update blog.  Macam ler banyak keje kena buatkan hehehehehe...sebenarnya saja bersantai2 selepas menghabiskan kerja2 pejabat.  Lega rasanya.

Hmmmmm apa yang perlu diupdatekan hari ni.   Opsss...baru teringat sepanjang cuti 4 hari menjaga budak syiqin ni, inilah masa yang amat berkualiti aku dapat habiskan bersama2nya.   Amat seronok sekali, terasa macam nak berhenti kerja la pulak kan.   Tapi mana boleh!!! Nak makan apa nanti, bukan en suami tak mampu nak menyara kami anak beranak, tapi aku lebih suka berdikari.  Dengan duit gaji tak seberapa pun, dalam sesak2 boleh juga aku membantu meringankan beban en suami.  Tidak perlu aku meminta2 setiap bulan untuk membeli itu ini.   Dengan duit poket sendiri, boleh juga aku menabung, melunaskan duit ansuran pinjaman rumah, tabung ASNB, tidak lupa tabung haji dan duit bulanan untuk anak2.   Hmmmmmmm itu kan sudah dapat membantu en suami.   Bebanan en suami lagi bertambah berbanding dengan aku.   Duit ansuran bulanan kereta, kad kredit, tabung ASNB buat anak2 dan macam2 lagi.  Kalau aku sendiri memang tak tertanggung rasanya.  Kasihan kat en suami, sebab itu lah bila pengasuh nak bercuti tempoh hari, aku tawarkan diri untuk mengambil cuti bagi meluangkan masa menjaga budak syiqin.  Pada mulanya en suami nak mengambil cuti (memandangkan masa kerjanya adalah flexible) tapi aku fikir biar saja aku yang bercuti.   Cadangan diterima dengan senang hati..(senyum sampai ke telinga).   

Hari pertama bercuti, selepas mengemas rumah dan makan tengahari, terus saja aku bawa ke Jusco.  Saja lepak2 di situ sambil memerhatikan budak syiqin bermain dengan gembiranya.   Hampir maghrib baru kami pulang ke rumah.   En Suami kebetulan baru balik dari Melaka.   Hari Sabtu, ke Wangsa Walk menonton KL Gangster.   Seronok!!! Kalau boleh nak tengok lagi hehehhehehehe (cehhhh mana bolehhhhh..nanti kena berleter laaaaaaa....aku tak suka en suami berleter mengalahkan orang perempuan)

Ahad, santai saja di rumah....tapi sekejap je...panas punggong duduk di rumah saja.   Keluar lagi...mana lagi kalau tak ke Jusco (mentang2 Jusco dekat je dengan rumah tak sampai 5 minit punnnnn)

Isnin, memang aku lepak betul2 di rumah sebab aku berpuasa.   Hmmmmmmm tinggal satu hari lagi nak ganti.  Tengok lah, insyaallah esok la kot aku sambung puasa semula.   Dan insyaallah, nak sambung puasa Rejab, masih ada beberapa hari saja lagi kan. 
Mudah2an dipermudahkan.  Aminnnnnnnn!!!!!!

Monday, June 13, 2011

Akhirnya

Alhamdulilah, ketemu pada hari Isnin ini.   Dua hari blog aku sunyi dari sebarang entry, Satruday and Sunday is FAMILY DAY.  No blogging, no facebook, no internet dan sebagainya.

Aktiviti Saturday, tengok wayang
Syiqin suka benar tengok citer nih, first time dia tak tidur langsung dalam panggong wayang
Selesai agenda pertama pada hari tersebut, kita orang lepak2 di wonder park 
tempat permainan kanak2 riang dan juga orang dewasa riang hehehehehe.
Agak lama juga di situ, setelah puas baru nak beredar untuk mengisi perut.
Oh food court baru di Wangsa Walk baru saja dibuka, not bad.  Banyak juga pilihan tapi agak mahal sikit.  Mungkin sewa di situ agak mahal, maka terpaksalah para peniaga menaikkan sikit harga makanan.
Tapi environmentnya sangat2 selesa, bersih dan disediakan juga untuk mereka yang merokok ditempatkan diluar kawasan food court.

Dan Sunday pula, tengahari setelah selesai semua pekerjaan di rumah, kami keluar menjamu selera di food court taman setiawangsa. (hahahahhaha pemalasnya aku nih).
Lepak lagi di Aeon Setiawangsa, sampai lah ke petang jam 6.00 petang baru balik ke rumah.
Puasnya syiqin bermain2 di wonder park (sekali lagi!!!), aku dah mengantuk sangat terus aku minta izin suami nak mencuci mata di tingkat 1 tersebut.   Oh ada sale! patut orang ramai, kebetulan pulak last day for sale. 
Hmmmmmmmmm tak ada la pulak aku nak beli apa2 pun.
Oh ya, semalam pun en suami dah belanjakan aku cermin mata yang ku hilangkan 2 minggu lepas.
Cermin mata ini cuma dipakai untuk menonton TV dan bersiar2 sahaja.  Di ofis memang aku tak pakai pun walaupun penglihatan jarak dekat sudah semakin kabur, tapi masih boleh lagi aku menaip dan membuat kerja2 pejabat.  Selalunya pretend aku boleh baca dan nampak apa yang bos aku suruh buat.

Malam, biasa saja tengok Konsert AF9, adakala aku tengok adakala aku tertidur jugak.
Part Hazama perform (last song) aku tertidur lak ehehehhehe tak pa, tengok ulangan pun ok lagi tu.

Ok, nak update keja lagi, dah masuk 2.15petang dah nih.

Tuesday, May 24, 2011

Next Movie

Jadi kegilaan pulak...tapi yang ini sesuai untuk kanak2 riang

Mesti best kan
Sinopsis:
Po is now living his dream as The Dragon Warrior, protecting the Valley of Peace alongside his friends and fellow kung fu masters, The Furious Five. But Po's new life of awesomeness is threatened by the emergence of a formidable villain, who plans to use a secret, unstoppable weapon to conquer China and destroy kung fu. He must look to his past and uncover the secrets of his mysterious origins; only then will Po be able to unlock the strength he needs to succeed
 
Tak pe,kemudian saja aku tengok, not this week and for sure not for next week. 
Next week...hmmmmmm jeng jeng jeng
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...