Nuffnang Ads
Showing posts with label Cuti2 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti2 Malaysia. Show all posts
Friday, September 7, 2012
Hutan Melintang! Kami dah Hilang Arah!
Ini sambung lagi cerita...huhuhuhu
2 September 2012
Sebaik saja breakfast di coffee house di Level 4, terus salin pakaian (syiqin saja) dan aktiviti berenang pulak. Hmmmmm tak jemu2 nak mandi kolam budak nih. Badan dah makin hitam legam, adehhhhh nanti makin gelap gulita la anak dara kenit sorang nih.
Tengahari, check out dan terus ke rumah anak sedara di Simpang Pulai (lokasinya kurang pasti). Makan2 lagi. Hari tu saya rasa tak berapa nak makan, asyik sendawa tak berhenti2. Entah silap makan apa, sampai sendawa rasa macam nak termuntah saja. Untuk menghilangkan rasa sendawa tu, tertidur la kejap. Lebih kurang jam 5 petang, bersiap2 pula nak ke Hutan Melintang rumah anak sedara seorang nih. Tak sampai hati lak nak menolak ajakan Umi, kita redah je ke Hutan Melintang. Itupun kita follow kereta dia orang dari belakang, kalau tidak memang tak sampai lah kan. Perjalanan mengambil masa sejam lebih jugaklah. Elok sampai, azan maghrib dah. Terus sembahyang jamak. Tepat jam 9, keluar dinner dan kami terus pulang ke KL.
Pengembaraan pun bermula. Dari Hutan Melintang, sepatutnya apabila nampak signage arah ke Pekan Sabak Bernam, patutnya dah belok ke jalan tersebut. Disebabkan malam, dan ditambah dengan keletihan dan mengantuk pun iye jugak, en suami dah terus saja ke jalan lain. Dia kata nampak signage Rawang. Ingat dah dekat sangat dah la kan. Rupa2nya kami dah sesat masuk ke kawasan hutan kelapa sawit. Mula2nya ingat ok je. Dah lepas dari UNISEL, kereta pun tak banyak, lama2nya makin kurang. Selisih sebuah dua je kereta, bila toleh ke belakang, memang gelap gelita. Kiri kanan ladang kelapa sawit. En suami kata kita dah sesat. Nak patah balik dah jauh sangat. Saya kata mesti ada jalan keluar. Kita tawakal saja, ikut saja signage. Jam dah menunjukkan 12.30tengahmalam. Nampak bulan samar2 dilindungi awan hitam. Huhuhu betul2 macam citer seram pulak kan. Saya tak henti2 baca ayatul Kursi minta dijauhi dari segala yang tidak diingini. Nak google map pun tak dapat, sebab coverage memang betul2 hilang. Nak Tanya orang, mana ada orang. Kalau Nampak orang pun, betul ke orang tuu di tengah malam cam ni dan di tengah hutan gini? Huhuhuhu….peloh wei!! Dari jauh, nampak signage PLUS, timbul rasa lega sangat, tapi ada laaa dalam 30km lagi nak sampai ke Tol. Aduhhhh….gerunnya sebab signal minyak dah merah.
Saya masa tu membayangkan kalau laaaa ada sapa2 yang tahan kereta atau ikut belakang kereta, tak boleh nak bayangkan di tengah2 hutan kelapa sawit kalau ada apa2 yang terjadi. Bila saja hampir dengan tol Bukit Tagar, saya baru perasan ada satu landrover menunggu di tepi jalan dalam keadaan gelap, bila nampak kereta kami lepas je, landrover tersebut terus ikut dari belakang. Saya suruh en suami pecut laju sikit bagi memastikan tidak ada apa2 yang berlaku. Nasib baik lepas dari toll, landrover tu seakan2 berpatah balik. Pelik kan. Tapi syukur Alhamdulillah, tak terjadi apa2 sepanjang perjalanan gelap malam tersebut. Kalau tayar pancit, atau minyak habih, memang kami tawakal tidur saja dalam kereta di tengah hutan kelapa sawit tu.
Esoknya saya terus ambik emergency, letih sangat. Bayangkan sampai di KL jam 2.30 pagi!!
Sambungan Sungkai - Ipoh....Ada lagi Sambungan
Assalamualaikum!
Last entry hari tu, menceritakan keseronokan bercuti di Hot Spring Felda Residence di Sungkai Ipoh.
Kali ni, kesinambungan cerita minggu lalu (macam nak buat novel lak kan heheheehe…asah bakat!!)
1 September 2012
Sebaik check out dari chalet Hot Spring, perut terasa lapar walaupun pagi2 dah makan heavy breakfast. Okay juga buffet breakfast, ada varieties. Saya selalunya kalau stay di hotel, breakfast Cuma toasted bread plus butter, baked bean (kat rumah boleh buat tapi tak buat pun!!), segelas air oren dan teh. Itu je, lagipun kenyang jugak kan. Malas nak makan nasi lemak, roti canai segalanya. Opsss lupa, selalunya ambil congee dengan condiments. Itu dah cukup mengenyangkan.
Berbalik pada tujuan nak lunch di Sungkai, saya cadangkan pada en suami, “kita cari je along the way, mesti ada warong masakan kampong”. En suami meniyakan. Memang betul, lepas sikit keluar menuju jalan besar ke Sungkai, Nampak satu warong di tepi jalan. Bersih, kemas dan teratur. Intai dulu lauk2 yang dihidangkan. Panas2 lagi bermakna baru masak lah ni. Okay, saya setuju saja nak makan di situ. Ambil nasi, ikan goring tilapia seketui, sambal ikan bilis petai dan ulam2an. Ringkas gitu. Syiqin nasi dan ayam goring. En suami standardlah, kalau tak ada kari ikan tak sah. Murah jugak dalam RM13 gitu termasuk air minuman. Alhamdulillah.
Perjalanan diteruskan. Syiqin ni biasalah masuk kereta je dan kena aircond…terus lelap di ribaan saya. Senang betul. Sampai di Ipoh, mencari2 pulak hotel mana nak booking. Bukannya expert sangat pun Bandar Ipoh ni. Pusing punya pusing, Nampak satu hotel. Kinta WaterFront Hotel, hmmmm tengok dari luar, not bad jugak kan. Rupa2nya hotel baru. Apa lagi, just check in and keep our luggage dalam bilik. Terus je keluar nak ke rumah Kak Long di Tambun. Lepak2 di situ sebelum ke Chemor, berjumpa kawan lama masa kerja di hotel dulu. Sembang sampai ke maghrib, baru tahu nak balik heheheheh. Sebelum balik, dapat buah tangan dari kawan lama saya ni, buah Kuinin. Hmmmmmm harum sungguh. Tak sabar nak makan nih, tapi belum masak secukupnya. Tunggu balik KL baru boleh kupas dan makan.
Malam memang lepak terus di bilik, letihnyaaaaa!!! Esok ada lagi agenda yang perlu dipenuhi.
Tuesday, September 4, 2012
KUL - Sungkai - Ipoh - Hutan Melintang - Hilanggggg Arah
Assalamualaikum.
Semoga teman2 blogger sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.
Cuti hujung minggu sambutan Kemerdekaan dipenuhi dengan berjalan2 jauh nun di Felda Residensi Sg Klah, Sungkai. Memang tak dirancang langsung nak ke situ, tapi tu la last minit tiba2 tergoda dengan cerita teman ofis nih, terus tanya en suami. Bila dapat green lite, bilik terus dibooking untuk semalam sahaja. Orang kata, saja nak try macamana bestnya stay di Hot Spring Felda.
Kebetulan hari tu kan Jumaat, so lepas saja selesai tonton perarakan Kemerdekaan di TV, terus bertolak ke Sungkai. En suami kata kali ni biar adventure sikit, ikut jalan lama. Sebelum tu, singgah dulu di rumah adik ipar di Bukit Beruntong. Dah lama tak bersua muka walaupun tinggal dekat saja.
Perjalanan ke Hot Spring Felda memang mengasyikkan dengan pandangan kiri kanan kampung2 dan pekan kecil. Seronok juga sekali sekala ikut jalan lama kan, kalau highway memang jalan terus saja dah sampai.
Sampai di Hot Spring lebih kurang jam 4 petang, terus check in dan tukar pakaian. Agenda pertama ke Hot Pool, pertama kali merasai kehangatan di kolam ini. Memang mulanya tak tahan sangat, tapi bila dah lama terasa sedap je kaki berendam lama2. Saya tak berani nak berendam terus, malu pulak kalau basah seluruh badan walaupun berseluar panjang dan t-shirt longgar. Yang seronoknya bila di Mountain Spring Cool (kata pekerja resort air mengalir terus dari gunung...entah iye entah tidak). Yang pastinya, mestila kanak2 riang yang menjerit2 suka ketika di pool ini.
Ini lokasi map untuk keseluruhan resort. Senang bagi yang pertama kali ke sini
Tak larat jalan, boleh sewa basikal dengan kadar berpatutan. Tapi elok ler berjalan, exercise badan kan. Jauh perjalanan, sihat badan!
Bilik deluxe yang luas, selesa!
Redup mata memandang, cantik di hadapan lobby dan chalet.
Yang ini sapa yang berminat nak rendam air panas, boleh berendam sepuas2 hati. Sedap jeee...mula2 cecah kaki terasa panas, tapi bila lama2 ok jer. Dibuka sampai 11 malam. Ada berani ke.... di tengah hutan macam ni nak rendam sorang2!!
Yang ini kolam air terus dari gunung (itu kata petugas di kolam tersebut...kalau bohong dia, bohong la saya kan!!!) Memang seronok untuk kanak2 riang, bukan dia orang je, orang2 tua pun apa kurangnya.
Di situ juga ada air panas berperingkat mencecah 40 - 45 darjah C. Kawasan untuk merebus telur juga ada disediakan, tapi sangat panas kalau nak berendam kaki. Sapa yang tahan boleh saja, cuma takut bila diangkat kaki tu tinggal tulang pulak (terlebih masak sudah hihihi). Lupa lak nak ambik gambar kawasan rebus telor ni.
Ini apa hal pulak nih. Kes merajuk sebab si ayah nak berendam di kolam panas, si anak nak bermain di mountain pool...so macamana tuuu...last2 si ibu mengalah temankan si anak comel ni bermain di mountain pool, tinggalkan si suami yang nak bermanja gak sekali sekala si isteri menemani. Huhuhuu
Cerita dari Sungkai - Ipoh - Hutan Melintang tu akan disambung nanti. Cewahhh...macam drama bersiri lak hihihi.
Wednesday, August 29, 2012
Raya, Merdeka dan Long Weekend
Assalamualaiikum!!
Masih lagi dalam mood raya yee!! Sama ler kita kan, tapi saya tak ler beria sangat nak beraya tahun ini. Tak tau pasai apa tah! Tapi kan seronok tengok gelagat kanak2 riang beraya dari satu rumah ke satu rumah. Kutip tol lah katakan hihihi....
Hujung minggu ni mesti ramai yang buat rumah terbuka. Mesti ramai yang dapat jemputan sana sini, dan pastinya sessi "lebarkan pinggang" hihhi. Hujung minggu ini juga lah, sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 55 tahun. Alhamdulillah, masih lagi aman makmur walaupun peperangan politik semakin hebat di Malaysia. Tak paaaa....biaq pi kat depa nak berpolitik, yang tak reti pasal politik dok diam2. Jangan jadi pak turut dah la kan. Kita ambik yang baik2 jadikan iktibar dan teladan.
Teruja betul lah saya tengok blog kawan2 cerita pasal raya, kuih raya, ketupat rendang dan ziarah menziarahi nih. Suka sangat blogwalking dari satu rumah ke satu rumah. Saya tak ada apa sangat yang menarik nak diceritakan, biasa2 saja.
Yeah hujung minggu ni nak bermalam di Felda Residence Sungkai atau lebih dikenali dengan Hot spring Sungkai. Booked bilik satu malam dulu, kalau seronok boleh extend lagi. Deposit pun dah dibayar. Tunggu apa lagi. Esok malam nak packing barang. Nak beli jajan sama lah, senang boleh kunyah2 dalam bilik nanti.
Selamat Hari Merdeka,
Selamat Ziarah Menziarahi rumah terbuka,
dan
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta.
Wassalam
Thursday, February 2, 2012
Siaran Langsung Dari Zennith
Assalamualaikum! Salam sejahtera semua.
Bersiaran langsung dari bumi Kuantan pula. Sejuknya malam ni, kat luar sana, angin bertiup agak kuat jugak. Memang terasa sejuk, ditambah dengan aircond di bilik penginapan di The Zennith Hotel.
Wah! Malam ni update blog sambil menikmati malam di bandar Kuantan. Jam dah hampir 11 malam, bandar Kuantan pun dah makin sepi. Kereta pun tak banyak macam Kuala Lumpur. Hotel yang berdekatan dengan East Coast Mall ini pun agak sepi dari sebarang aktiviti. En suami dah lama berdengkor tu..hehehehehe letih gamaknya. Iye lah, semalam cuma sempat tidur 4 jam saja, itu pun selepas suboh dia tidor. Entah apa dia buat di ruang tamu semalam, penoh bersepah di meja makan dengan kertas2 pejabat. Saya terbangun pun tengok dia sibuk lagi di meja tersebut. Tu yang pengsan awal malam ni. Tinggal saya berteman budak syiqin ni, tak reti2 nak tidur. Konon nak teman mak dia la...padahal tengah tunggu giliran ni nak guna laptop. Budak zaman sekarang, benda lain dah tak pandang, beli buku sekejap je dia pandang. Lepas tu, handphone kita, laptop kita juga yang sedap dirembat.
Oklah...macam tak ada tujuan lak update blog ni. Orang lain update betapa indahnya bahasa dan alunan kata2, saya ni main belasah aje. Hehehehehe....tak pe la...memang tahu pun blog ni bukan orang serbu masuk berduyun membaca. Saya ni cuma syok2 sendiri nak blog untuk tatapan sendiri, tapi syukur ada juga yang sudi bertandang di sini ya.
Selamat malam semua. Insyaallah kalau sempat, malam esok saya update lagi. Esok entah ke mana pula kaki nak melangkah di bandar Kuantan nih.
Friday, January 8, 2010
Ganu Kiteeeee (Part 2)
Ini cerita hari ke dua dan ketiga.
Hari Kedua - cuma sempat berjalan2 ke Pasar Payang dan Bazar Warisan...itu pun hujan lebatnyaaaa...memang tak selesa nak berjalan pun. Jalan sesak menuju ke Pasar Payang. Di sini memang tak sempat nak ambil apa2 gambar pun, orang sesak sangat. Terpaksa tunggu hujan reda sedikit dan terus melintas menuju ke Bazar Warisan. Di situ tidak ada apa2 yang dibeli, cuma window shopping saja. Nak beli kain batik pun aku ni bukan minat sangat. Takut beli kain, tahun depan baru aku buat baju. Memang tidak sesuaiiiii...membazir duit saja nanti.
.jpg)
.jpg)
Nampak tak mcm passport tu, cuma RM10 utk dewasa tiket masuk ke Taman Monumen atau Taman Tamdun Islam. Siap chop lagi tuuuu...mcm nak naik flight pulak hehehhehehehehhe
Di Taman Tamadun Islam (TTI) memaparkan 21 buah monument Islam dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated. Aku catatkan yang mana ingat sahaja....dah terlupa dah punya la excited bergambar.
Yang monumen biru tu ada Kul Sharif Mosque di Kazan, Rusia.
.jpg)
Di hadapan Masjidil Al Haram, sangat cantik dan besar. Di tingkat bawah ada mini panggung wayang menayangkan dokumentari sejarah Kaabah dan Masjidil Al Haram itu sendiri.
.jpg)
.jpg)
Sebelah kiri, Masjid Samarra, Iraq dan sebelah kanan pula, Kubbah ASs Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin. Di masjid ini menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu ALLAH
Gambaran batu suci di atas Gunung Moriah.
Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan
Ini adalah semasa depart keluar dari taman tersebut, password boleh digunakan lagi sekiranya anda berkunjung ke sini lagi. Insyallah!!!
Hari Kedua - cuma sempat berjalan2 ke Pasar Payang dan Bazar Warisan...itu pun hujan lebatnyaaaa...memang tak selesa nak berjalan pun. Jalan sesak menuju ke Pasar Payang. Di sini memang tak sempat nak ambil apa2 gambar pun, orang sesak sangat. Terpaksa tunggu hujan reda sedikit dan terus melintas menuju ke Bazar Warisan. Di situ tidak ada apa2 yang dibeli, cuma window shopping saja. Nak beli kain batik pun aku ni bukan minat sangat. Takut beli kain, tahun depan baru aku buat baju. Memang tidak sesuaiiiii...membazir duit saja nanti.
Ini sebenarnya di D'Benteng, tempat menjamu selera di Taman Monumen
.jpg)
.jpg)
Nampak tak mcm passport tu, cuma RM10 utk dewasa tiket masuk ke Taman Monumen atau Taman Tamdun Islam. Siap chop lagi tuuuu...mcm nak naik flight pulak hehehhehehehehhe
Di Taman Tamadun Islam (TTI) memaparkan 21 buah monument Islam dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated. Aku catatkan yang mana ingat sahaja....dah terlupa dah punya la excited bergambar.Yang monumen biru tu ada Kul Sharif Mosque di Kazan, Rusia.
Sebelah masjid Rusia tu terlupa pulak.
.jpg)
Di hadapan Masjidil Al Haram, sangat cantik dan besar. Di tingkat bawah ada mini panggung wayang menayangkan dokumentari sejarah Kaabah dan Masjidil Al Haram itu sendiri.
.jpg)
.jpg)
Sebelah kiri, Masjid Samarra, Iraq dan sebelah kanan pula, Kubbah ASs Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin. Di masjid ini menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu ALLAH
Gambaran batu suci di atas Gunung Moriah.
Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan
Ini adalah semasa depart keluar dari taman tersebut, password boleh digunakan lagi sekiranya anda berkunjung ke sini lagi. Insyallah!!!Pekena dulu nasi beriani kambing dan ayam. Laparnyaaaa setelah berjalan pusing keliling TTI. Di taman tu sebenarnya ada perkhidmatan shuttle tapi saja je kami nak jalan kaki, puas hati sikit. Sampaikan syiqin tertidur kat stroller tuuu
Persekitaran di Taman Tamadun Islam.
Ganu Kiteeeee (Part 1)
Salam untuk semua. Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Salam Tahun Baru 2010. Semua tahun baru ini akan memberi lebih keberkatan kepada kita semua. Aku pun tak pernah nak berazam bagai, cuma yang selalu diharapkan aku sentiasa tidak lupa menunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri, ibu, anak dan hambaNya dengan lebih ikhlas, tulus dan penuh kasihsayang. Amin.....
Dalam orang sibuk2 menyambut tahun baru, aku cuma menyaksikan percikan bunga api di jendela rumah je dengan syiqin (hehehehehehe patut ler malam tu dia tak tidur, macam tahu2 je nak tengok bunga api). Tak pernah lagi nak rasa suasana berhimpit2 di bukit bintang atau mana2 tempat yang menyambut meriah tahun baru, aku rasa sama saja. Malas nak bersesak dengan orang ramai. Mungkin juga faktor usia.....eh choppppppppp nanti dulu....zaman muda dulu pun mana adaaaaaaaa....sambut tahun baru bagai nak rakkkk.
Esoknya 1/1/10, aku, en suami dan syiqin bertolak ke Terengganu...entah mimpi apa en suami nak bercuti ke sana pula. Padahal baru minggu sebelumnya kami dah bercuti puas di Melaka. Alhamdulillah, rezeki kami kali ni berjalan sana sini.
Perjalanan ke Terengganu rasanya tersangatlah panjang masanya. Apa tidaknya, en suami suka2 nak ikut jalan lama, nak hilangkan mengantuk dan kadang2 pula menggunakan lebuhraya. Tapi bagi aku, ikut jalan lama lagi seronok, boleh juga tengok2 kampung dan bandar kecil di sepanjang perjalanan. Sangat sukaaaaaa. Dari Kuantan sehinggalah ke Kuala Terengganu, hujan menemani kami tiga beranak. Sangat sejuk... Tiba di Hotel Ri-Yaz Heritage & Spa Kuala Terengganu jam 4 petang. Sangatlah cantik persekitaran hotel tersebut (boleh jenguk ke laman web ni http://www.ri-yazheritage.com). Sempat mengambil beberapa keping foto diabadikan di sini, (bukannya satu hari ambil gambar2 ini, tetapi ada juga di ambil pada hari terakhir kami menginap di hotel ini)
Gambar Lobby yang sangat cantik bagiku sebab open space
Ini pula Verandah, coffee house. Memang sunyi tak ada orang sebab kebanyakan dah check out, cuti sekolah dah habih laaaaaaa....kita je baru nak check in kat sini
Cewahhhhhh...cik mek syiqin ni bersiar2 lagi kat lobi. Bangunan sebelah tu adalah bilik2 seminar, gymnasium, Sembunyi Spa dan restoranGambaran di chalet penginapan, satu chalet ada 4 buah bilik
Kami ditempatkan di tingkat atas di blok 14...nun terceruk jugak .......scaryyyy laaaa sebab orang pun dah banyak yang check out.
Yang ini adalah Royal Suite, memang cantik sesuai untuk pasangan berbulan madu, besar weiiiii tak berani nak duduk kat situWednesday, December 30, 2009
Kampung Morten, Melaka
Lepas waktu maghrib, kami bertolak pula ke Kg Morten. Memang sunyi sepi, sebab dah malam. Semua pintu ditutup rapat cuma ada terserempak satu famili tengah bersembang2 di luar. Ajak lagi kita orang singgah kat rumah dia orang, punyala peramah orang Melaka ni. Kami cuma menyatakan Insyaallah...saja je nak jalan2 tengok2 kampung ni. Malam tu angin dingin sejuk. Seronoknya berjalan2 tak terasa berpeloh langsung (atau aku yang memang kurang berpeloh hehehehehhhe).
Disebabkan tak puas malam tu berjalan sebab bila ambil gambar saja, nampak malap semacam je. Memang tak reti aku nak setting kamera aku ni ke mode malam. Buta IT la katakan. Esok tu pegi lagi. Kali ni memang puas hati, siap berposing dengan tuan rumah sekali. Yang menariknya hiasan dalaman rumah yang dikunjungi memang menyimpan barang2 lama yang tak boleh didapati sekarang ni.
Jom jamu mata...nak tulis satu persatu...penat la weiiiii
.jpg)
Ini rumah yang banyak menyimpan khazanah lama. Scroll kat bawah tengok barang2 lama tersebut
Katil besi tembaga....cantik lagi laaaa...dihias indah macam katil pengantin, meja solek juga sangat antik
Pinggan mangkuk lama, baju pengantin tuan rumah masih lagi disimpan dengan baik.
.jpg)
Oven butterfly - mak aku pun ada dulu.
Disebabkan tak puas malam tu berjalan sebab bila ambil gambar saja, nampak malap semacam je. Memang tak reti aku nak setting kamera aku ni ke mode malam. Buta IT la katakan. Esok tu pegi lagi. Kali ni memang puas hati, siap berposing dengan tuan rumah sekali. Yang menariknya hiasan dalaman rumah yang dikunjungi memang menyimpan barang2 lama yang tak boleh didapati sekarang ni.
Jom jamu mata...nak tulis satu persatu...penat la weiiiii
.jpg)
Ini rumah yang banyak menyimpan khazanah lama. Scroll kat bawah tengok barang2 lama tersebut
Katil besi tembaga....cantik lagi laaaa...dihias indah macam katil pengantin, meja solek juga sangat antikPinggan mangkuk lama, baju pengantin tuan rumah masih lagi disimpan dengan baik.
Sebelah tu pulak, dapur yang penuh dengan barang2 dapur lama
Tengoklah nih...geramnya koleksi lama ni. Rasanya kalau peminat barang antik mesti tak lepas peluang untuk memilikinya
Tengoklah nih...geramnya koleksi lama ni. Rasanya kalau peminat barang antik mesti tak lepas peluang untuk memilikinya
.jpg)
Oven butterfly - mak aku pun ada dulu.Jonker Street
Fuhhhhh...memang penat!!! Tengah panas lit2 (org utara kata)...lepas turun dari Melaka Cruise terus "catwalk" lagi ke Jonker Street...adoiiiiii panas laaaaaa mak oiiii. Sebelum tu, isi minyak dulu...bukan minyak kereta...perut daaaaaaaaaa.
Pakcik food court tu kata, kat Jonker Street tak ada Malay food court, yang ada memang kaw2 chinese food. Sampai kat sana...orang punya la ramai masyaallah. Nak jalan pun berhimpit...nasib baik ler bawa syiqin ni dengan trolley, kalau suruh dia berjalan ada lah dua tiga tapak, pas tu suruh dukung. Mak aihhhhh...tak larat la nak dukung dah nih.
Ini ler gambar yang tak seberapa di ambil. Tup2 bateri habih!!!! Padan muka, tak sempat nak berposing kat area tu.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Bateri dah habih....apa lagi menapak balik ke Hotel laaaa. Lagipun masa tu syiqin pun dah mula mengantuk, mak dia punnnnnn....Kaki pun rasa sakit2 dah nih.
Pakcik food court tu kata, kat Jonker Street tak ada Malay food court, yang ada memang kaw2 chinese food. Sampai kat sana...orang punya la ramai masyaallah. Nak jalan pun berhimpit...nasib baik ler bawa syiqin ni dengan trolley, kalau suruh dia berjalan ada lah dua tiga tapak, pas tu suruh dukung. Mak aihhhhh...tak larat la nak dukung dah nih.
Ini ler gambar yang tak seberapa di ambil. Tup2 bateri habih!!!! Padan muka, tak sempat nak berposing kat area tu.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Bateri dah habih....apa lagi menapak balik ke Hotel laaaa. Lagipun masa tu syiqin pun dah mula mengantuk, mak dia punnnnnn....Kaki pun rasa sakit2 dah nih.
Dalam perjalanan nak balik ke hotel, sempat lagi tu singgah ke Thai Wade (massage). Urut seluruh badan (dry massage) cuma Rm38 sahaja. Suami urut kaki saja. Memang sedap betul Thai massage nih, sakit pun iye. Memang dah lama tak mengurut ni. Habih mengurut terus balik hotel dan pengsannnnnnn.
Ok, malam nanti nak round ke Kg Morten dulu...bateri kamera kena charge dulu.
Melaka Cruise
Setelah penat berjalan di Flor De La Mar, kami terus pula menuju ke Melaka Cruise. Ingin menyusur sungai Melaka, macam little Venice pulak rasanya.
Harga tiket murah saja, dewasa RM10 dan kanak2 RM5 (2thn hingga 12thn). Masih lagi awal, orang pun tak ramai lagi, jadi terus saja menaiki bot, tidak perlu beratur panjang2. Pemandu pelancong menerangkan serba sedikit pemulaan wujudnya Melaka Cruise ini. Di sepanjang perjalanan, sempat lagi mengambil gambar bangunan2 lama yang masih lagi kekal dengan keasliannya. Menurut pemandu pelancong tersebut, bangunan yang di sepanjang sungai itu akan dicat semula dan dilukis 'mural' yang mengambarkan sejarah negeri Melaka. Semua ini adalah di bawah tangunggan kerajaan Melaka sepenuhnya. Tak banyak gambar yang diambil, sebab sesi Q&A sedang berlangsung sepanjang perjalanan cruise ini yang mengambil masa 45 minit.
Harga tiket murah saja, dewasa RM10 dan kanak2 RM5 (2thn hingga 12thn). Masih lagi awal, orang pun tak ramai lagi, jadi terus saja menaiki bot, tidak perlu beratur panjang2. Pemandu pelancong menerangkan serba sedikit pemulaan wujudnya Melaka Cruise ini. Di sepanjang perjalanan, sempat lagi mengambil gambar bangunan2 lama yang masih lagi kekal dengan keasliannya. Menurut pemandu pelancong tersebut, bangunan yang di sepanjang sungai itu akan dicat semula dan dilukis 'mural' yang mengambarkan sejarah negeri Melaka. Semua ini adalah di bawah tangunggan kerajaan Melaka sepenuhnya. Tak banyak gambar yang diambil, sebab sesi Q&A sedang berlangsung sepanjang perjalanan cruise ini yang mengambil masa 45 minit.
Sebelah kiri, tiket yang dibeli. Kanan, siapa lagi kalau bukan suamiku
Ini sebahagian bangunan di sepanjang sungai ini yang masih lagi kekal kebersihan serta hasil senibinanya.
Visit to Malacca (Part 3)
Perjalanan menerokai sekitar Bandar Melaka diteruskan lagi pada 26 Disember 2009. Pagi2 lagi sudah sedar dan bingkas bangun menunaikan solat suboh. Selesai terus saja mandi dan bersiap2 untuk sarapan pagi, sementara menunggu sikecil ini bangun dari tidur, aku mengemas bilik dahulu. Mana2 baju yang sudah dipakai, dimasukkan ke dalam beg plastik laundry. Baju sikecil dan ayahnya yang perlu dipakai pada hari itu diletakkan kemas di atas katil. Setelah sikecil bangun, terus mandikan dan bersiap2 untuk turun ke bawah bersarapan di warong yang hanya di belakang hotel saja.
Lihat gambar yang aku ambil bersama sikecil ini adalah di lorong belakang hotel. Bersih kan, nak sarapan pun selesa apabila kebersihan warong dan juga lorong terjaga.
Pagi itu, kami berjalan kaki menuju ke arah Flor De La Mar, kapal yang mempamirkan kisah sejarah Melaka. Kami juga singgah mengambil gambar Lokomotif yang disumbangkan oleh KTM. Lihat saja gambar yang diambil....
.jpg)
.jpg)
Setelah itu, terus saja ke Muzium Samudera...memang excited sangat. Tak habis2 berposing apabila sampai di sini...en suami pun nampaknya suka berposing di Flor De La Mar.
Ini di dalam Kapal Flor De La Mar, sebelah kiri ada tugu Panglima Awang, manakala di sebelah kanan pula ada peti besi yang masih lagi disimpan dalam keadaan yang baik sekali
Atasnya pula adalah gambar Alfonso DAlburqu....(eh...lupa la mcmmana nak eja nama ni)
Yang dibawah ini adalah gambar2 pedagang yang datang ke pelabuhan melaka
Lihat gambar yang aku ambil bersama sikecil ini adalah di lorong belakang hotel. Bersih kan, nak sarapan pun selesa apabila kebersihan warong dan juga lorong terjaga.
Pagi itu, kami berjalan kaki menuju ke arah Flor De La Mar, kapal yang mempamirkan kisah sejarah Melaka. Kami juga singgah mengambil gambar Lokomotif yang disumbangkan oleh KTM. Lihat saja gambar yang diambil....
.jpg)
.jpg)
Setelah itu, terus saja ke Muzium Samudera...memang excited sangat. Tak habis2 berposing apabila sampai di sini...en suami pun nampaknya suka berposing di Flor De La Mar.
Ini di dalam Kapal Flor De La Mar, sebelah kiri ada tugu Panglima Awang, manakala di sebelah kanan pula ada peti besi yang masih lagi disimpan dalam keadaan yang baik sekali
Atasnya pula adalah gambar Alfonso DAlburqu....(eh...lupa la mcmmana nak eja nama ni)Yang dibawah ini adalah gambar2 pedagang yang datang ke pelabuhan melaka
Subscribe to:
Posts (Atom)







.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)