Nuffnang Ads

Showing posts with label Aktiviti Lepas Kerja. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Lepas Kerja. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Hari ini Half Day

Kelam kabut buat keje hari ni, mana nak siap paperwork boss suruh semalam, mana nak update blog (hahahahah wajib tuuuu).  Dalam kelam kabut pun sempat gak singgah blog kawan2.  Iye lah esok kan sabtu ahad, FAMILY DAY untuk aku.  Laptop digantung hehehehehehehe

Oh yaaaa...aku ambil half day hari ni sebabnya

Yaaaaaaaaa...aku akan berdating dengan room mate aku dulu masa di ITM
Che Rose Stone..haaaaa baru sampai dari Perth Australia.
Orang Penang dah lama berhijrah ke Australia sebaik tamat pelajaran dulu.
Hmmmmmmmmmm kira-kira 23 tahun sudah dia menetap di sana dan kami saling berhubungan sampai ke hari ini.  Alhamdulillah.
Kejap lagi nak ke Double Tree Hilton tempat penginapan Che Rose ni dan kami akan pusing ke KLCC saja lah.  Bukan dia tak biasa kat sini tapi dah terbang jauh sekali sekala balik ke Malaysia, aku nak pelok kawan aku ni puas2, sembang puas2, tangkap gambar puas2. Huhuhuhu perangai jadi macam budak2 balik hahahhahaha.  Tak pe, aku diberi masa dari jam 1 tengahari sampai 6 petang sahaja...Kalau tidak aku akan ditukar menjadi ???? Ceh macam cinderalla hilang kasut la pulak...aku dah tua laaaaaa.

Ok nak sambung sikit lagi keja, nak pukul 1, I will be off.
(tibe2 cakap omputih hahahahaha)

Wednesday, May 11, 2011

Jalan2 Tengok Wayang

Yaaaaa baru boleh masuk nak update blog.
Sebelah pagi, harus ku bereskan semua kerja2 di ofis dulu.
Tu ler pesan bos, dia kata buat kerja yg dia suruh buat, lepas tu nak buat apa pun tak apa. 
Janji update dia selalu.  Hmmmmmmmm mana nak cari bos yang sooooooooo flexible mcm ni.
(haippppp jangan take advantage ok cik secretary)

Opsss....semalam lepas balik kerja, saja singgah di Wangsa Walk.
Asal saja2 suka nak jalan2 setelah lama tak ke sana.
Alih2 en suami kata jom kita pi tengok wayang, lama dah tak tengok wayang nih.
Aku kata ok saja.   Mula nak tengok FAST & FURIOUS 5 tu...tapi full house laaaaa.
Habih nak tengok citer apa yek.
Hahahaahaha..gatal lak aku gi suruh en suami beli tiket citer seram SERU.

Masuk panggung, hishhhh biar betul...tak kan kami 3 je (aku, syiqin dan en suami)
Mula naik seram ni, biar betul!!!  Dalam 2 minit nak start, baru masuk 2, 3 couple.
Panggung tak penoh pun, adalah dalam 4 couple je (termasuk aku) yang tengok citer seram bulu roma nih hahahhahaha....mula2 je seram.
Syiqin sampai tutup mata lah tengok citer nih, siap sembunyi muka dia dlm tudung aku...
hehehheheh nasib baik mak syiqin pakai tudung yek..leh jugak buat aci menyorok kat situ.
Jangan ayah dia tumpang nyorok sama dah lerrrr...grrrrrrrrrrrrrrrrr

Friday, May 6, 2011

Oh Durian Udah lah Berbunge

Wahhhhhhhhhh..rata2 tempat dah berbau deriannnn!!!!!
Sedapnya bauuuuu....menyucuk hidung dan mengoda keimanan ni!

Abangggggggg...jom kita makan derian lak.  Beli dalam 2, 3 bijik ke.
Abang kata, baik makan je terus kat situ daripada bawa balik.
Kat situ senang nak tahu elok tak elok isi derian tuuuu.
Ok, kita ikut jeeeeeee.

Balik ofis (bukan semalam yaaa), dapat satu warong derian yang baik punya.
Tepi jalan je, dekat dengan Sri Rampai.
Yaaaaaa.....acara pilih durian dan makan2 bermula.

Wallaaaaa.....isinya kuning, tebal dan sedap sekali
Sedap nihhhh....3 biji sekali makan! Bukan 3 ulas wokeyyyy
Tak sangka, syiqin pun suka durian yeeeeee
Hmmmmmm....rasa nak makan lagi.   Durian aku suka, tapi tempoyak??? Aku tak suka!!!!

Aik! Dah Tidor????

Balik dari keje semalam, terus ambil Syiqin di rumah Opah (pengasuh syiqin).
Ayah dia dah lewat balik, aku pun bawa syiqin catwalk ke Jusco Section 1.
Sukanya diaaaaaaa....iya lah boleh gi main di wonder park di tingkat 1 Jusco.
Syiqin ni kalau boleh tiap2 hari nak singgah situ, 
tapi mana boleh kannnnnnnnnn....mak bukan chap duit hari2.   Kopak ler nak oiiiii!!!!

Mungkin dah agak jemu kot, Syiqin terus je lari keluar dari Wonder Park.
Tanya nak makan apa!  Amboi! laju je cakap nak makan kek di Secret Resipe.
Adeyyyyy.....upgrade nampak.  Selalu McD atau KFC.  Sekarang dah tak pandang.
Huhuhuhu...susah budak sorang nih.
Ok, dah duduk, order Choc Mud Cake and Banana Choc Cake (sorang satu...huhuhuhu mak dia pun tamakkkkk!!!!!).  Lepas tu order Vanilla and Strawberry Milkshake.
Yang ni kelakar sikit, dah kenyang ini lah hasilnya:

hahahaha...bukan main lagi makan choc cake tuuuuu
Huwaaaaaaaaaaa nampak lobang idungggggg
Haaaaaaaa...yang ini mak syiqin punya...tapi syiqin pun tumpang sekaki
Dah kenyang yekkkkk...eh mak syiqin belum habih lagi...tapi syiqin??

Lerrrrrrrrrrrrrr.....dah tidor rupenya...cepat2 telepon ayah dia suruh cepat sikit..tak larat nak angkat nihhh
Dalam pukul 11.30malam, syiqin jaga semula...wahhhhhhhhhh dah segar balik.
Ahhhhhhhh...bagi ayah dia lak mengasuh dia....tiap2 malam aku jadi burung hantu...biar malam tadi ayah dia lak berjaga temankan syiqin main2.   Bila lagi kan....hehehehhehhhe

Tuesday, March 22, 2011

Surviving the Cut - Ranger School - Part 1

mental dan fizikal mesti kuat untuk menjadi penembak hendap yang terbaik.  Watch on DISCOVERY CHANNEL every MONDAY at 10.00pm

Friday, March 18, 2011

Rango | OFFICIAL trailer US (2011)

Semalam balik dari keje, syiqin ajak gi WANGSA WALK.  Terus ajak gi tengok wayang....cerita karton, best jugak citer ni.  RANGO - pelakon utama JOHNNY DEPP..favourite actor aku tuuu..hehehehehe

Tak yah citer panjang2, just layan je trailer movie nih.

Monday, December 14, 2009

Simple Dinner

Bukan pandai masak pun, saja2 nak tempek kat sini. Jumaat lepas, dah jemu agaknya makan nasi, cik abang suruh goreng cucur ikan bilis dan cempedak sekali. Senang jeeeee....dlm 30 minit siap digoreng.

Inilah hasilnya "dinner" kami pada malam itu. Habis licinnnnnn!!!!!!


Thursday, July 9, 2009

Naili's Place Ampang

Hari Isnin lepas, lepas gi transfer duit rumah di RHB saja pusing-pusing di area Ampang Point. Makanya tersinggah la pulak kat Naili's Place ni haaaaa.....dok tak dok terorder la pulak cucur ikan bilis dengan ABC. Padahal cucur ikan bilis tu kat rumah pun boleh buat, tapi memandangkan cik abang ni nak merasa sangat air tangan tukang masak kat situ, terpaksa la teman ikut aje hehehehheeh (eh terkeluar la pulak loghat perak nih hehehehhehe)

Syiqin suka beno sebab boleh tengok air pancut kat situ, rasa cantik juga deco kat situ. Abang syiqin tak dapat nak join, further study di Kolej Mara di Alor Setar. Tak pe, adik syiqin tunggu cuti semester nanti boleh kita jalan2 sekali...

Sedap jugak la cucur ikan bilis nih....kenyang jugak...banyak lak tu...rasa tak terhabih..tapi nengok2 licin






Thursday, July 2, 2009

Lepas Balik Keja

Petang semalam, lepas balik keja, husband tolong hantar kawannya (seorang komandan) di kem kementah...sabtu ni anaknya nak kawin di dewan Kem Wardieburn.

Penoh barang dalam kereta ku....kami masuk melalui kem desa tun hussein onn...shortcut sikit daripada lalu ke area keramat time balik keja...harus sangkut dalam jem.

Sempat lagi aku ambil gambar, saja syok2 nak post dalam blog nih...so sapa2 yang tak biasa masuk kem ni...jamu mata....tengok rumah2 tentera sekarang tak macam dulu2. Sekarang lagi hebat dan cantik belaka. Rumah semi D untuk pegawai tentera berpangkat tinggi sikit (tak sure pangkat apa...malas nak tanya banyak) Yang aku suka tempat perhentian teksi atau bas, cute sangat dengan bumbungnya mengikut topi tentera dsbnya.




Wednesday, July 1, 2009

Santai Lagi

Semalam lepas balik keja, rasa awal lagi nak balik rumah, terus ke JJ AU2 Setiawangsa. Sambil ambil angin di kawasan riadah di situ, syiqin memang suka tengok air pancuran di situ...dah pesan kat dia jangan sampai basah kuyup.

Nanti dia ingat ada chance nak mandi pulak kat situ. Lepas tu, kita orang gi makan nasi lemak antarabangsa di JJ. Dah ada franchise nasi lemak antarabangsa nih...tapi comment sikit...sambal tak berapa pedas, siap tulis comment lagi heheehehehe...nak bagi improve kan...so tak salah letak comment.

So layan lah...tengok gambar2 nih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...