Nuffnang Ads

Showing posts with label Majlis Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Majlis Kahwin. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Mesra Singgahsana

Assalamualaikum!
Semoga sahabat2 sekelian dirahmati Allah, dan diberi kesejahteraan selalu hendaknya.

Ini cerita Ahad lepas.  Menghadiri kenduri kawin di Hotel Singgahsana bagaikan perjumpaan semula sahabat2 lama.  Aduh, terlerai sudah rindu yang sekian lama tidak berjumpa.  Bayangkan sejak graduation dari ITM Arau sekitar tahun 1989, baru kini bertemu kembali.  Hmmmm lebih kurang 23 tahun lah, ini kes anak dara sunti nih hehehehhehe.

Sahabat saya ini, Putri Norlaile, baru saja menyambut menantu baru (lelaki).

Tahniah.  Dia lah sahabat pertama yang menyambut menantu.  Giliran yang lain entah bila lagi.
Kami semua tak sangka, cik Putri Laile ni ketika di kampus dulu memang terkenal dengan sikap "tomboy".  Yang lucu sekali, dialah orang yang paling awal sekali menjejakkan kaki ke pelamin.   Alhamdulillah, rezeki murah.  Kami semua memang tak pernah sangka, rupa2nya si tomboyish ini masih lagi berhati romantik, punya rasa ingin dimiliki, dikasihi dan dicintai.  Kami semua tumpang gembira dan bersyukur setelah sekian lama dapat bertemu jua walaupun tak ramai kawan2 yang dapat hadir di majlis bersejarah ini.

Bayangkan kenduri kawin tempoh hari bagaikan gathering group kami.  Riuh rendah, tapi masih lagi dapat mengawal diri hehehhehe.  Mujur en suami masing2 faham dengan gelagat isteri masing2 yang bagaikan tidak peduli langsung apabila bertemu kawan2 lama.

Ini Norrizah dari course lain tapi walau baru bertemu, tapi  kemesraan cepat terjalin.  Di kampus dulu cuma berbalas senyum saja, alhamdulillah diberi peluang untuk kenal lebih rapat lagi.
Yang bestnya, setelah jumpa Norrizah, bila nampak kawan je masuk dewan terus melambai ajak semeja dengan kami hehehehhehe seronoknya.  Sesi gedik2 ambil gambar apa lagi.
Kan dah kataaaaaa.....semakin ramai kami tarik ke meja kami hehehehehe dengan mak pengantai sekali kami tarik. Mak pengantin kiri sekali (berdiri)
Tambah lagi sorang heheheheh...tapi masing2 gambar mesti  separuh je ambil kan.  Iyeeeee faham....potongan badan masing2 dah lari dari dulu heheheheheh.  Yang penting...mak2 dara still vogue youuuuu
Yang ini lagi kelakar....sempat saya tarik kawan saya  ini bila berjumpa di lobi hotel.  Kebetulan saya dah nak berangkat pulang setelah dua jam huru hara di majlis, bila nampak je Norzihan terus saya pelok dia.  Ini first time bertemu setelah 23 tahun berpisah sebaik tamat pengajian di ITM.  
Yang paling saya tak lupa sekali...hehehehehe kelakar la pulak.   Hidangan majlis kawin diadakan secara buffet.  Kebetulan dewan majlis memang betul2 di sebelah coffee house.  Bermaksud kena lalu di coffee house baru masuk ke dewan.   Kebetulan pada hari tu, ada hi team di coffee house untuk pengunjung hotel yang lain.   Saya ni punya la rabun...nak kata perak taklah perak sangat kan.   Dah lama bersembang, baru saya nak ambil hidangan di buffet line.   Tapi macam ditarik2 lah kaki saya ni terus baeeeekkkk punya melangkah ke coffee house dan ambil makanan dari buffet line di situ.  Sampai di meja, saya tengok apasal nasi saya lain daripada yang dia orang makan.  Saya makan nasi beriyani, dia orang makan nasi putih.  Lauk lebih kurang sama, tapi yang mengidam sangat tengok sedapnya dia orang makan sambal ikan bilis petey tu.  Dalam hati, "sudahhhhhhhhhhhhh....aku silap ambil makan laaaaa.  Patutpun penyambut tetamu di dewan ballroom tersengih semacam je hehehehehe"

Balik rumah, terus saya response di FB.  Kawan2 gelak habih kat sana...nasib baik mak pengantin sporting hehehehehe.

Mudah2an ada rezeki kita jumpa lagi yeeeee.  Insyaallah!





Thursday, September 22, 2011

Wow!!!

Assalamualaikum semua!  Awal pagi dah sampai di ofis, sejuk pagi ni, cuaca pun mendung.  Agaknya nak hujan, syukur nikmat ALLAH berikan.

Setiap pagi mesti check email ofis dulu, mana2 email yang penting akan diforward terus kepada boss, boleh saja dia check di Blackberrynya nanti.  Canggih kan zaman sekarang.  Boss jarang masuk pun, kerja ofis tetap berjalan.  Arahan boleh terus saja diberikan melalui telepon dan apa2 jenis surat yang perlu dikeluarkan, didraf dulu kemudian email padanya, double check then dia akan confirm samada untuk dibuat pembetulan atau terus saja dihantar kepada client.  Mudah kan gitu!

Oh ya, bukan nak bercerita pasal kerja ofis nih, tapi ketika check email, mata saya terpandang tajuk berita perkahwinan pasangan sensasi ini.  Semua orang tahu kan, Memey Suhaiza dan Norman Hakim akan melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi.

Antara yang menariknya berita di Yahoo hari ini, okay, saya copy paste saja lah.


20 Sep - Selepas menggemparkan ramai dengan pengumuman persiapan majlis perkahwinan yang dikhabarkan mencecah RM12 juta, pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang bakal diijabkabulkan 24 September ini mencipta satu lagi sejarah dalam dunia perkahwinan selebriti tempatan.
Baru-baru ini digemparkan di beberapa laman sesawang hiburan bahawa busana pengantin rekaan pereka tersohor dunia, Vera Wang yang bakal dipakai oleh Memey semasa majlis resepsi bertemakan New York di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur akan dipamerkan di Muzium Negara sejurus selepas majlis tersebut tamat.
Bukan sahaja gaun ciptaan Vera, malah sut persalinan Norman serta kasut pengantin bertatahkan mutiara tajaan Rafflesia turut akan dipamerkan yang disifatkan wajar sebagai tatapan generasi akan datang.
Tentu sahaja perkhabaran ini mengundang keterujaan pasangan bakal mempelai ini kerana ia pertama kali berlaku di Malaysia. Namun tidak kurang juga yang mengecam bukan terhadap gaun tersebut, sebaliknya mempersoalkan keistimewaan si pemakai yang tiba-tiba dijulang tinggi waima pencapaian karier seninya tidaklah segah mana juga belum pernah mengharumkan nama negara seperti mana penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza yang wajar mendapat penghormatan sedemikian. Jika dinilai dan ditimbang tara dari segi populariti dan pencapaian, gaun perkahwinan milik Siti lebih wajar dipamerkan untuk tatapan ramai.


Saya cuma berdoa pasangan ini kekal bahagia, dan semoga kehidupan ABBY ABADI dirahmati ALLAH serta dipermudahkan segala urusan dengan izin ALLAH.

Tuesday, April 26, 2011

Royal Wedding Count Down

Watch this programme on TLC Channel 707


• Charles and Di: Once Upon a Time Premieres Monday, April 25 at 9:00 pm
Relive the most-watched wedding of the 20th century—one billion people, all glued to the television on July 29, 1981, as Prince Charles married Lady Diana Spencer. This two-hour special takes viewers back to that very day, replaying the memorable romantic moments as well as fascinating, never-seen-before footage. From the quirky to the queenly, poptoid graphics on screen reveal little-known facts and behind-the-scenes trivia about what made this a fairytale wedding come true.

• Royally Astounding: 30 Defining Days of the Monarchy Premieres Tuesday, April 26 at 9:00 pm
This compelling documentary holds up a magnifying glass to 30 days in the life of the royal family over the last 30 years. How did the British Monarchy learn from the mistakes made back in 1981 to ensure the mismatch of Charles and Diana would not be repeated in 2011 with William and Kate? We count the 30 key dates—good and bad—that enabled a many-centuries-old institution to "Keep Calm and Carry On."

• Wild About Prince Harry Premieres Wednesday, April 27 at 9:00 pm
With his brother William about to tie the knot, Prince Harry, at 26, takes over the top spot on the list of the world's most eligible bachelors. This hour-long special seeks to answer the question of just how did a teen—so troubled after his mother's death—manage to transform himself into a war hero, a charity campaigner, and a royal pin-up worthy of best man status?

• Making of a Royal Wedding Premieres Thursday, April 28 at 9:00 pm
What does it take to pull off a once in a lifetime event? This hour-long special brings audiences inside some of the amazing choreography of logistics and details that go into preparing for the wedding of the century. From security to dresses, from maintenance to meals, we'll catch up with the tailors, photographers, artisans, vendors and even wedding guests as they all get ready for the Big Day.

• Extreme Royal Collections Premieres Thursday, April 28 at 10:00 pm
Meet the most avid royal collectors from around the world! In the UK, squeeze into Margaret's home where, after 30 years of non-stop collecting, she lives proudly surrounded by 10,000 plates, cups, spoons, and figurines in an amazing world of regal clutter. In Australia, rub shoulders with Janet and Philip, a couple who regularly open their doors to tour bus parties for tea and a tour of their royal bounty. And in the US, get a glimpse of the glamorous world of Pat, a high-end collector whose haul of royal collectables includes some of Princess Diana's dazzling gowns.

• Countdown to the Royal Wedding Premieres Friday, April 29 at 3:00 pm
Royal experts and beloved Say Yes to the Dress star Randy Fenoli host a round table from the UK, New York and beyond to bring viewers up to speed on everything they need to know for the big day.

• Live Royal Wedding coverage – (LIVE) Premieres Friday, April 29 at 5:00 pm
Join Clinton Kelly of What Not To Wear, Randy Fenoli of Say Yes to the Dress, and entertainment correspondent Amanda Byram, who will be bringing you the day's events in a special version of the live coverage exclusive to TLC.

Thursday, December 31, 2009

Kenduri Kahwin

Sebagai penutup di tahun 2009 ini, kali ini kisah kenduri kawin anak sedara suami di Seremban, Negeri Sembilan. Pertama kali aku melihat kenduri yang begitu meriah, apa tidaknya ada majlis berinai kecil, berarak pengantin dengan sampan kecil dan gotong royong menyediakan jamuan kenduri.

Memang meriah sungguh. Di Kedah, cuma ada gotong royong untuk jamuan kenduri. Kalau majlis berinai kecil atau berarak pengantin aku tak pernah tengok betul2 lah, aku sendiri dulu kawin pun malu nak naik pelamin hehehhehehehee.

Lauk pauk memang sedap, pelbagai. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu, dibuat secara buffet style. Kebetulan adik biras aku tu memang mengambil tempahan catering dan andaman, so memang tak ada masalah untuk membantu kakaknya dalam persediaan khemah, pelamin, fotografi, pakaian pengantin dan sebagainya.

Pengantin perempuan tersenyum manis tatkala menanti diijabkabulkan. Pasangan seorang anggota polis dan secara kebetulan memang teman persekolahan di masa remaja mereka. Kelihatan bapa pengantin perempuan (abang iparku) menyerahkan tugas mewalikan akad nikah itu kepada imam.
SiSi suami menyerahkan mas kawin kepada isteri yang tercinta
Persiapan pelamin sedang rancak dijalankan, manakala kelihatan jiran2 berdekatan berehat seketika setelah bertungkus lumus dari pagi hingga ke malam
Gambar di tengah adik pengantin perempuan sedang menyiapkan sampan untuk perarakan pengantin untuk malam itu

Bukan sepasang, tapi dua pasang pengantin diraikan pada majlis yang bersejarah itu iaitu pada 20hb Disember 2009, si abang dan si adik sama2 mendirikan rumahtangga.




Kelihatan Kak Wa dan Abang Sim bangga dan gembira menerima 2 menantu sekali gus.
Sibuk nampak mak mertua menerima panggilan tahniah bertalu2 dari sahabat2 jauh dan sedara yang tidak sempat berkunjung ke majlis yang bersejarah itu.
Ok, kita tutup tirai 2009, ada beberapa jam lagi....dan selamat melangkah ke tahun 2010. Moga2 tahun 2010 akan memberi lebih makna dalam kehidupan, lebih2 lagi dalam mempertingkatkan lagi amal ibadah.
Esok (1/1/2010) aku sekeluarga ke Terengganu....tunggu cerita selanjutnya.......







Monday, January 5, 2009

Kembali Update

















Meh kita tengok gambo2 masa wedding anak sedara lelaki ku ini.....Navy uuuuuu...muda lagi dah kawin...dulu masa kecik, mak yang jaga...dah besar rupenya budak nih...baru 23 tahun dah kawin....jodoh tuuuu....bagus jugak daripada usung anak dara org ke sana sini. Kakak ku dah dapat 2 menantu (selang 6 bulan)...tahun ni mesti dapat cucu pulak laaaa...apa2pun semoga pasangan pengantin baru ni ZAIRUL dan FARHANA berbahagia hingga ke hujung nyawa. Aminnnnn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...