Nuffnang Ads

Thursday, December 10, 2009

Kunjungan ke Rumah Sahabat

Gambar2 di bawah ni sudah lama nak diupload tapi dek kerana kesibukan kerja, baru hari ini dapat aku tunaikan. Jangan tak percaya, semua ini adalah gambar sewaktu hari raya puasa lalu....hish hish hishhhhhh lama tuuuuuu....dah nak masuk Christmas nih...tak kisah la kan. Tak sambut Christmas pun.....lantak lerrrrr.

Ini kunjungan aku bersama keluarga dan anak sedara ke Perlis Indera Kayangan. Ingat entry aku yang baru lalu, sahabatku Yati dan Rahmah Jan.

Sudah lama tidak ketemu rindu rasanya tak terkata. Bila berjumpa, memang cerita tak habih2 sampai budak2 ini terlena di sofa. Syiqin biasalah....sampai rumah Rahmah Jan, dah pengsan dulu lagi dah. Yang lain makan dan makan sampai setengah balang habih licin. Ye lahhhhh...mak dia sembang pot pet pot pet tak ingat dunia.
Seronokkkkk......sampai ke petang baru kami semua balik ke Jitra, apa pun Rahmah Jan dan Yati, terima kasih kerana sudi melayan sahabatmu ini. Harap2 kita dapat berjumpa lagi di masa hadapan.

Ini di rumah Rahmah Jan, tengok tu Faizal sampai duduk bersila di lantai
yang tiga orang lagi tu anak sedara ku, Mukhriz, Lily dan Tinie.
Seronok ikut maksu yaaaaa......
Gatal tangan nak ambil gambar ruang tamu rumah Rahmah Jan.
Tertarik dengan dekorasi yang kebanyakan dari English Style
Vantage pun ada youuuuuuuu

Tengok ni, Syiqin tidur tak sempat nak beraya dengan Makcik Rahmah
Ini la tuan rumah, Rahmah Jan.
Ini pulak kunjungan kami di rumah Norhayati.
Amboiiiii..bulatnya Yati...orang senang hati la katakan.
3 sahabat - Yati, aku dan Rahmah Jan
Harap2 tahun hadapan aku dapat berkunjung lagi bukan sahaja rumah Yati dan Rahmah Jan, juga teman2 yang lain. Rindu pada kenangan lalu.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...