Nuffnang Ads

Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Demam yang tak kebah

Assalamualaikum!
Entry penutup bulan Oktober 2012.  Begitu lama tuan tanah tak berkunjung di tanah yang usang ini.   Dek kerana tuntutan kerja yang tak pernah henti dan lebih2 lagi tuan tanah ini sendiri agak kurang sihat sejak kebelakangan ini.  Musim raya qurban, bagaikan berjanji kami sekeluarga ditimpa demam selsema dan batuk.  Cukup lengkap bukan.  Bermula dengan syiqin.  Beli Kool Fever tak juga kebah demam syiqin.  Mengelabah cari klinik serata pekan Jitra, semuanya tutup dek kerana cuti hari raya Qurban.  Mana nak cari lagi ni, terus sms kakak di taman seberang, tanya kalau2 ada klinik lain yang "baik hati" buka di hari raya.  Kakak kata cuba ke hospital unit kecemasan, kat situ memang boleh.  Eh biar betul, boleh ke.  Memang betul laaaa....ramainya orang yang sakit demam.  Tak tahu pulak, kalau sakit demam macam ni boleh ke unit kecemasan.   Lega sangat dapat jumpa doktor.  Tapi agak terkejut panas syiqin hingga cecah 40 darjah.  Tak pernah lagi demam sekuat itu.  Dapat lima jenis ubat dengan percuma.  Alhamdulillah. (Buat masa sekarang ni pun, syiqin, ayah dan tuan tanah masih lagi belum betul2 sembuh dari demam)  

Keesokan harinya pula, ayah syiqin pula demam, memang teruk kali ni.  Tidur terbaring seharian, makan pun tak lalu.  Ku paksa juga dia makan walau sesuap bubur nasi, lepas tu minum ubat dan dibungkus badan dengan selimut agar berpeloh badan dan kebah.  Ingatkan tuan tanah tak terkena jangkitan, rupa2nya tempoh mahu pulang ke hutan konkrit, mula rasa tidak sedap badan.  Sudah dua hari MC, tapi masih tak berapa sihat lagi.  Gagahi diri kerja hari ini, kalau tak tahan, half day ler nampak gayanya.  Risaukan syiqin, badan masih lagi terasa panas.

Maaf ye kawan2 tak dapat nak menziarah blog buat sementara waktu ni.  Insyaallah, sihat nanti dan bila kelapangan, akan singgah blog2 kesayangan saya ini ya.

Monday, August 27, 2012

Isnin Yang Suram

Assalamualaikum!
Salam Aidil Fitri kepada semua teman2 blogger sekelian.  Masih lagi dalam mood raya walaupun raya tahun ini disambut dengan cukup sederhana sekali.

Tahun ini pertama kalinya saya bertolak balik kampung pada pagi hari raya.  Tidak seperti tahun sebelumnya, pagi raya memang dinantikan untuk mengucup tangan suami dan ayah bonda dan keluarga.  Tapi tahun ini, pagi raya terasa lain sekali walaupun suami dan anak berada di sisi.  Lepas sembahyang raya, bersiap2 terus membelah lebuhraya DUKE yang tidak sibuk seperti selalu.  Lancar saja perjalanan pulang ke Kedah.  Seronok sangat!  Sempat lagi singgah di Ipoh rumah kakak ipar.  Hidangan bihun sup, lemang dan rendang pedas cukup buat kami mengalas perut dalam perjalanan pulang ke kampung.

Kami selamat tiba di kampung lewat jam 5 petang.  Kebetulan ayah dan bonda ada di rumah, begitu jugak kakak ke tiga dan anak2nya.  Faizal dan sepupu rapatnya entah ke mana merayau.  Biasalah anak bujang, mana mahu nak beraya bersama.   Mesti berkonvoi sakan dengan teman2 sebaya.

Raya ni, tak ke mana sangat pun.  Lebih kepada singgah beraya di rumah kakak yang keempat dan abang sulong.  Abang kedua pun ada balik beraya di kampung.  Seronok berkumpul beramai2.  Hajat hati nak beraya di Perlis pun tak jadi.  Selebihnya kami cuma beraya di kawasan berdekatan saja.

Hari Khamis, kami dah bersiap untuk pulang ke hutan kota.  Terasa cepat sangat masa berlalu.  Sedih nak meninggalkan ayah dan bonda, lebih2 lagi bila bonda menangis apabila ku pelok cium mohon maaf.

Isnin - sunyinya ofis hari ini.  Masing2 masih lagi dalam mood hari raya.


Friday, August 17, 2012

Ramadan Akan Dirindui, Syawal Dinanti

Assalamualaikum.

Masuk hari yang ke 28 berpuasa dan mudah2an dapat melengkapkan genap sebulan.  Setakat ini belum lagi "bercuti" alhamdulillah!  Sepanjang Ramadan, urusan berpuasa dipermudahkan oleh ALLAH SWT.  Syukur pada Ya Rabb!

Hari ini memang tak boleh nak update banyak pun, ni pun pinjam computer di meja lain.  Google chrome di computer sendiri entah hilang ke mana.  Internet explorer pulak buat hal...berjam2 menunggu untuk keluar satu2 perkataan.  Membosankan, lebih baik saya lunasi segala kerja2 sebelum bercuti raya seminggu.

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tidak berapa hari saja lagi, saya dengan rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin.  Mana tahu sepanjang berblogging dan blogwalking, ada komen2 atau tulisan saya menguris hati teman2 sekelian.  Yang buruk, kelemahan dan kelalaian itu hanyalah dari diri saya sendiri, dan yang baik mulia itu adalah dari ALLAH SWT.

Salam Aidil Fitri, semoga perjalanan balik ke destinasi dipermudahkan dan selamat kembali bertugas nanti ya, Insyaallah.

Tak sabar nak makan ketupat palas Bonda Aishah.  Terbaekkk....anak ini pandai makan saja hihihi

Sapa nak duit raya, angkat tangan tinggi2

Raya untuk kanak2 riang rupanya walaupun ada yang tak cukup sebulan berpuasa.  Kita orang tua ni  dah lama merasai kemeriahan , bagi peluang pula pada mereka kan.


Thursday, November 10, 2011

Assalamualaikum!
Sudah beberapa hari tidak update blog, baru saja balik dari Kedah bercuti raya sakan di sana.   Memang rasa macam tak puas nak bermanja2 dengan keluarga terutama sekali mak dan ayah.

Raya Haji tempoh hari tak meriah sangat makanan, tapi agak berlainan hehehehe...bukan air tangan saya, masakan seenak rasa dari kakak ku yang memang cekap memasak.  Saya cuma membalut ketupat palas, itupun masih terkial2 jugak, ada kala menjadi cantik, adakala menjadi ketupat yang entah apa2.  Ok saja, lebih baik dari duduk bersenang lenang tidak berbuat apa2 kan.

Nasi tomato bersama ayam masak merah, acar timun

Kek Dam Red Velvet dari Ida Bakery (Bukit Keramat) dan Kek Oren dari cousin sendiri

Ini Kek Karamel dari Ida Bakery (Bukit Keramat) sedappppp!!!

Aiseyman.....en suami punya ler sedap sampai lupa mak mertua di depan yeeee

Mak saya....senyum jeeeee

Ini ayah saya....macam biasa saya nak menempek juga lah kan hehehehe

Hari raya pertama memang tak bergerak mana sangat pun, cuma melawat tok (loghat kedah panggil tok untuk nenek, dan wan untuk datuk) di Tunjang, sekali harung lah beraya sekali dengan maksu sekeluarga.  Boss @ cousin saya pun ada juga ketika itu.  Hidangan laksa dan nasi arab menyambut kedatangan kami semua, apa lagi...terus duduk menghadap, diam seketika ralit menikmati rasa enak tak terhingga.

Nenek yang agak keuzuran berehat di bilik saja, kasihan nenek.

Sesi menziarah berlanjutan ke rumah abang sulong (opss gambar memang lupa nak ambil).  Dek kerana sedap dan leka menjamah ketupat pulut hitam, dan bersembang2  hingga tidak sedar maghrib sudah menghampiri.  Solat dahulu di rumah abang dan acara ziarah diteruskan lagi.

Kali ini abang dan keluarga ikut kami sekali berkunjung ke rumah Pakcik di Kangar, Perlis.  Seronok....ada barbeque!! Hidangan daging bakar, ayam bakar dan segala jenis air asam disediakan.   Saya ratah saja, berulang kali menambah...alamak! Mesti bertambah kilo lepas raya nanti....hmmmmmm

Dah agak jam 11 malam baru tahu nak beredar hehehehehe.  En suami pun dah kuyu, mata pun dah jadi macam mata GARFIELD, heheehehehe

Esok akan bersambung lagi acara kunjung mengunjung.   

Friday, November 4, 2011

Hujan Rahmat

Assalamualaikum, salam pagi Jumaat.

Dingin sungguh pagi ni, hujan turun lebat mencurah2 di awal pagi.  Waktu saya bangun jam 5.30 pagi, hujan sudah mulai turun dan terus lebat sehingga jam 7.30pagi.   Pagi ni, awal sikit sampai di pejabat, dalam jam 7.35pagi dah punch kad.  Kenapa awal?  En suami ada appointment di Mindef, so terpaksa ikut timing dia, kalau tidak appointment akan dibatalkan.  Iye, kalau ada appointment dengan tentera, WAJIB punctual.  Sementelah en suami pun bekas pegawai tentera, jadi dispilin itu tetap kekal sampai bila2.  Saya pun dah terikut dengan etika en suami, tapi kadang2 tu ada juga langgar pantang larang hehehehehehe biasa ler saya ni orang awam!!

Di pejabat, kayuh pelan2 buat kerja walau dalam kepala ni, rasa macam2 nak buat.  Kerja2 saya dah pun update sampai hari Selasa (saya extend satu hari cuti).  Rasa lega takut kalau2 dalam masa cuti, ada benda yang tak settle lagi kan.

Buat semua teman yang sudi singgah di blog saya ini, saya ucapkan selamat hari Raya Aidil Adha, semoga ceria selalu bersama keluarga tersayang.  Dan juga berhati2 ketika pulang ke kampung halaman dan selamat sampai ke destinasi masing2.

Nota: Kejap lagi nak gi ambil 3 biji kek tempahan dari Kak Ida Bakery di Bukit Keramat.

Tuesday, September 6, 2011

Kerja, Kerja dan Kerja.....SELAMAT BERKERJA HEHEHEHEHE

Selasa, 6hb September 2011.   

Hari pertama bekerja dalam bulan September setelah seminggu lebih pulang ke kampung nun jauh di utara.   Rata2 saya perhatikan sebaik sahaja lepas sembahyang Jumaat (ini cerita bulan ramadan akhir minggu puasa), ramai yang berpusu2 pulang ke kampung halaman masing2.  Jalan raya penoh sesak dengan kereta berduyun2 berbaris di lebuhraya.   Saya malas nak berebut2 balik ke kampung, udah ler sesak berpanjangan di lebuhraya, letih satu hal.   Jadi keputusannya, pulang ke kampung apabila jalanraya sudah mulai lengang dengan deretan kereta2.

Raya tahun ini pun ala kadar saja.  Kebiasaan, menu wajib adalah lontong disajikan dengan kuah lodeh (tanpa tempe versi utara nih), ketupat palas berserta rendang ayam yang enak.  Kuih2 raya itu cuma hiasan meja sahaja kerana yang berkunjung pun semua mencari ketupat palas dan lontong saja.  Kuih raya ini cuma laku di hujung Syawal, iye tak?!!

Hmmmmmmmm kalau nak bercerita pasal raya di kampung, memang panjang cerita.   Saya pun offline waktu di kampung, tak senang nak membuka laptop untuk mengupdate blog saya ni, yang paling pasti kalau saya on saja laptop, tukang pengacau mesti ada je jalan nak menggunakan laptop juga.  Hish hish hish!!!! Lebih baik saya betul2 cuti dan bersantai seadanya.

Hari ni masuk kerja pun, bos tak ada (sebab semalam saya cuti, dia berkerja).  Agaknya dia jumpa client la kot.   Ofis sunyi sepi, walaupun di kiri kanan saya ada 2 lagi hamba Allah yang begitu concentrate check status mereka di FB.  Hish hish hish...masing2 curi tulang yeeeee.. idak ler....saya pun dah mengupdate kerja2 saya disebelah pagi.  Petang ni, rasa macam tak ada apa sangat, buka blog, update dan check senarai2 blog yang kebanyakannya dah 6 bulan atau setahun lebih yang tidak diupdate, saya remove buat sementara.  Blog saya ini dah semakin berat, jadi saya tengok yang tidak diupdate dalam purata 6 bulan ke atas akan saya remove terlebih dahulu, (jangan marah yaaaaa....)



Saturday, September 3, 2011

Kembali Update.....Masih Mood Raya dan Cuti Lagi

Assalamualaikum semua teman2 sekelian.   Rindu rasanya nak kembali beraktif berblogging, tapi almaklumlah mood cuti raya masih lagi bersarang dalam diri saya ini...ini pun bersiaran langsung dari Persiaran Kulim Perdana, Kulim Hi Tech.  Sebenarnya beraya di rumah kakak saya, dah tengok anak buah tengah online ni, kesempatan saya untuk membuka blog dan check apa yang patut.

Jam dah menunjukkan pukul 7.00 petang.   Selepas maghrib la kot, kami akan bertolak ke Pulau Pinang, saja nak makan angin.   Dah lama benar tak menjejakkan kaki ke sana.  Ada laaaa dalam 15 tahun la kot...hahahaha  lama kan.   Harus sesat jalan nanti, dan yang pasti jadi jakun kejap kat pulau nanti hehehehehe.   En suami teringin nak makan nasi kandar, tapi dah makan nasi ayam hasil air tangan kakak ni, rasanya tak termakanlah kot nasi kandar tu.   Saya cuma teringin nak jengok kejap island ni, di samping tu nak merasa semula naik feri balik seberang.  Mesti jakunnnnnnn nih.. lagi lah bawa syiqin sekali.   Anak bujang saya tak ikut, biasalah budak muda mana nak berkepit dengan mak dia lagi.  Asyik2 dengan kawan2...hmmmmm rasa terkilan gak nak beraya dengan dia bersama2.  Itupun kejap je dia nak ikut, lepas tu nak lepak dengan kawan2 dia lah.   Tak apa lah...adat anak muda sekarang.

Hajat nak balik ke KL esok, tapi memandangkan kawan en suami yang dah lama tak ketemu berbelas tahun yang akan berkunjung ke Jitra esok, maka kami tunda balik ke KL pagi Isnin.   Lagipun hari Selasa baru mula berkerja.   Take my sweet time lah nak balik nanti.  Opssss jangan lupa lak nak singgah ke Pekan Rabu, nak beli sedikit ikan pekasam buah tangan untuk Opah (pangasuh syiqin).  Opah memang suka benar dengan ikan pekasam nih.

Ok, nanti saja saya bercerita panjang mengenai raya pada tahun ni.
Sampai ketemu lagi yaaaaa...
Psstttttttttt..... jangan makan banyak sangat yeeeeee.  Jaga pemakanan di bulan Syawal ini, tahu lerrrr dah bukan bulan puasa kan. 

Thursday, August 25, 2011

Ramadan Hampir Ke Penghujung

The blessed Ramadan is coming to an end.  Insyaallah, dapat melunaskan puasa dengan sempurna dan bacaan Al-Quran pun dah hampir nak khatam.  Alhamdulillah, moga tertunai hajat yang satu ini.

Di pejabat ini pun, dah semakin sunyi.  Memang sunyi pun, staff pun cuma ada 6 orang, 3 perempuan memang "penghuni" tetap di ofis ni, yang lelaki wajib keluar ofis untuk ke tapak projek.  Masing2 dengan mood nak balik kampung dan berhari raya dengan keluarga dan sanak saudara.

Tahun ini, kawan2 (yang berkahwin) giliran balik kampung sendiri atau sebelah suami/isteri?   Saya tiap2 tahun mesti balik ke kampung saya, sebab en suami pun tak ada kampung (dia mengaku orang KL la konon hehehe).  Sebenarnya kedua orang tua (yakni mertua saya) telahpun kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lepas.  Adik beradik pun masing2 balik berhari raya di keluarga mertua masing2.

Saya pun tak nak membebel panjang, nanti jadi kes merapu pula kan hehehehhehe

Dengan ini saya ingin mengucapkan


kepada semua kawan2 yang sudi berkenalan dengan saya di blog picisan ini

dan

BERHATI2 DI JALAN RAYA....dalam kemeriahan menyambut hari raya dan balik ke kampung, pandu dengan cermat, jiwa sekeluarga terselamat.  Ingat pada orang yang tersayang yaaaa!!!

dan yang paling syukur sangat, saya sepejabat dapat

v
v
v
v
v
v
v
v


Bonus Hari Raya!!  

Setiap tahun Boss yang baik hati mesti bagi bonus untuk setiap pekerja (jangan tak percaya, bonus dua kali dan juga kenaikan gaji).  Opssssss...sori yek, kerja kosong tak ada kat sini heheheheehehe

Ok, saya berundur diri dulu yaaaaa....selamat berblogging dan jika ada kesempatan akan blogwalking di ruman teman2 yaaaa!!!

Tuesday, August 23, 2011

Di Waktu Kita Bergembira Menyambut Hari Lebaran, Jangan Pula Lupa........

Jangan pula kita lupa pada 

Fakir Miskin jangan kita abaikan, sudahkah membayar zakat fitrah.  Ingat tanggungjawab kita!

Dan juga hari raya tahun ni, kita juga akan menyambut

Photo dari Mr Google
Tahun ni en suami bercadang nak pasang bendera seperti tahun2 sudah.  Semangat en suami dalam menyambut hari kemerdekaan almaklumlah bekas tentera yang biasa menentang komunis zaman 70an dulu.  Ayah saya pula bekas pasukan polis hutan pun dah biasa menentang komunis zaman 60an, ketika itu memang hebat tentangan komunis terhadap pemerintahan kerajaan baru Malaysia.

Syukur alhamdulillah, kerana Malaysia kini lebih aman, tiada peperangan seperti negara2 lain.  Yang tak bestnya, sekarang ni perang politik...haaaaaaaaaaa yang itu saya malas nak komen kat blog ini.  Karang tak pasal2 pulak kan.

Thursday, August 11, 2011

Iklan Raya Yang Paling Saya Suka

Bila tiba musim hari raya, pelbagai iklan raya yang akan kita tonton di kaca TV.
Saya paling suka dengan iklan raya seperti iklan dari syarikat Petronas, Telekom, TNB dan sebagainya.

Tapi yang paling saya suka adalah iklan seperti di bawah ini:





Iklan di atas banyak memberi pengajaran dan keinsafan pada kita semua.


Monday, August 8, 2011

Lagu Raya Yang Paling Saya Minat Sampai Bila Bila...

Baru tengahari buka, terbaca blog MAK DARA.
Terus nak join

Cara penyertaan senang je

1) Tempek entry tajuk LAGU RAYA YANG PALING SAYA MINAT SAMPAI BILA-BILA

2) Tempek header Mak Dara - siap

3) Tajuk lagu yang diminati
Hishhhhhhhhhhh banyak ler pulak, tapi lagu lama2 laaaa..nostalgia.  Salah satu lagu ini


Teringat betapa meriahnya hari raya dahulu berbanding sekarang.  Suka dengan acara tukar juadah hari raya, persiapan hari raya cara kampung dan sebagainya.  Lagipun suara dan nyanyian Tan Sri P Ramlee ni tak jemu mendengarnya sampai bila2.

Ok sapa2 yg nak join, yuk ramai2


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...