Nuffnang Ads

Showing posts with label Panduan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Panduan Hidup. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Lelaki Tahu, Perempuan Mahu

Saat saya berlegar2 di ruang Muka Buku tengahari tadi (waktu rehat), saya tertarik dengan nota yang dikongsi bersama oleh Pengukir Kata.

Elok untuk berkongsi untuk kita semua.


Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Sumber: Ridzuan Azmi

Tuesday, August 16, 2011

BERTAUBATLAH, BACALAH BETAPA DASYATNYA AZAB NERAKA

Sebarkanlah untuk kebaikan kita bersama - Kredit to TOKWAN (facebook)

Wahai hamba Allah, kaum Muslimin, ketahuilah sesungguhnya Allah Subhanahu wata’ala menciptakan makhluk supaya mereka mengenal Allah Subhanahu wata’ala dan menyembah-Nya dan supaya mereka takut kepada-Nya. Dan Allah Subhanahu wata’ala telah menggambarkan tentang pedihnya siksaan-Nya dan dahsyatnya api Neraka-Nya di dalam Al Quranul karim dengan pensifatan yang sedemikian banyak dan pengulangan yang beraneka ragam.

Seluruh hal tersebut Allah Subhanahu wata’ala sifatkan tentang api Neraka dan apa yang Allah Subhanahu wata’ala siapkan berupa siksaan dan kepedihan dan yang terkandung di dalamnya berupa makanan dari zaqqum, addhori’, air yang mendidih, belenggu, dan rantai yang membuat bergetar hati orang-orang beriman yang takut kepada Allah Subhanahu wata’ala yang maha perkasa lagi maha kuat.

Dan membuat bergetar hati para hamba yang menyedari dirinya bahawa dia akan berdiri di hadapan Allah Subhanahu wata’ala yang maha perkasa.

Sesungguhnya Allah Subhanahu wata’ala telah memperingatkan dari api Neraka dan demi Allah!… tidaklah Allah Subhanahu wata’ala memperingatkan kepada hamba-Nya dan membuat mereka takut kepada sesuatupun yang lebih keras dan lebih dahsyat dari api Neraka. Allah Subhanahu wata’ala berfirman,

فَأَنْذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظَّى

“Maka Kami memperingatkan kamu dengan Neraka yang menyala-nyala” (Al Lail: 14)

Dan Allah Subhanahu wata’ala berfirman,

إِنَّهَا لإحْدَى الْكُبَرِ. نَذِيرًا لِلْبَشَرِ

“Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar, sebagai ancaman bagi manusia.” (Al Muddatsir: 35)

Dan diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ad Darimi, dan Al Hakim, dari An Nu’man bin Basyir Radhiallahu’anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam berkhutbah dan berkata, ’saya peringatkan kalian dari api Neraka, saya peringatkan kalian dari api Neraka’. Andaikata seseorang berada di pasar ia akan mendengarkan suara tersebut dari tempatku ini. Dan waktu itu beliau membawa selendang yang tadinya berada di bahu kemudian jatuh di kakinya.” Menunjukkan kerasnya beliau memperingatkan hal tersebut kepada umatnya.

Allah Subhanahu wata’ala dan Rasul-Nya Shallallahu’alaihi wasallam telah menggambarkan bagaimana panasnya api Neraka, dan bagaimana golakan api Neraka, dan digambarkan bagaimana makanan dan minuman penghuninya, dan digambarkan bagaimana belenggu dan berbagai macam siksaan yang terkandung di dalamnya, dan digambarkan tentang pakaian orang-orang yang menghuninya.

Seluruh hal tersebut sebagai seruan kepada hamba Allah Subhanahu wata’ala supaya takut dan bertakwa kepada-Nya dan bersegera menuju hal-hal yang dicintai dan diredhai oleh Allah Subhanahu wata’ala.

Takutlah Kepada Allah Subhanahu wata’ala

Dan siapa yang menyaksikan, siapa yang memperhatikan tadabbur terhadap Al Quranul Karim dan sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dan memperhatikan bagaimana Sirah perjalanan hidup para ulama As Salaf, Ahlul Ilmi wal Iman dari kalangan para shahabat Radhiallahu’anhum dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, ia akan mendapatkan bagaimana rasa takut mereka kepada Neraka adalah suatu perkara yang sangat menakjubkan.

Rasa takut inilah yang membawa mereka dalam keadaan yang mulia. Dan ini menunjukkan mereka di kedudukan yang tertinggi dalam keadaan taat kepada Allah Subhanahu wata’ala dan menjauhi segala sesuatu yang makruh apalagi yang diharamkan.

Seluruh hal tersebut sebagai rasa takut kepada Allah Subhanahu wata’ala takut dari ancaman api Neraka-Nya dan apa-apa yang Allah Subhanahu wata’ala telah siapkan bagi orang-orang yang melakukan maksiat kepada-Nya. Kerana itulah orang yang takut seperti ini telah dijamin untuk mereka Surga. Di dalam firman-Nya Allah Subhanahu wata’ala mengatakan,

وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ

“Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua surga.” (Ar Rahman: 46)

Dan Allah Subhanahu wata’ala berfirman,

إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.” (Al Mulk: 12)

Berkata Abu Sulaiman Ad Darani: “Asal segala kebaikan di dunia dan di akhirat adalah takut kepada Allah Subhanahu wata’ala, tidak satu hati pun yang kosong dari rasa takut kecuali hati itu adalah hati yang rosak.”

Kerana itulah wahai hamba Allah !!… Wahai anak adam,

فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

“Peliharalah dirimu dari Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.” (Al Baqarah: 24)

Dan Allah Subhanahu wata’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah Subhanahu wata’ala terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim: 6)

Dan api Neraka itu, wahai hamba Allah !… Sebagaimana yang disifatkan di dalam firman-Nya,

لَهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ ظُلَلٌ مِنَ النَّارِ وَمِنْ تَحْتِهِمْ ظُلَلٌ ذَلِكَ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ

“Bagi mereka lapisan-lapisan dari api di atas mereka dan di bawah mereka pun lapisan-lapisan (dari api). Demikianlah Allah Subhanahu wata’ala mempertakutkan hamba-hamba-Nya dengan azab itu. Maka bertakwalah kepada-Ku hai hamba-hamba-Ku.” (Az Zumar: 16)

Memperhatikan hari ini, wahai saudaraku kaum Muslmin, adalah perkara yang sangat penting dan membuat kita sedar bagaimana pentingnya untuk berlindung dari pedihnya api Neraka. Kerana itu jadilah orang-orang yang disifatkan dalam firman-Nya,

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah Subhanahu wata’ala sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (sambil berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa Neraka. Ya Tuhan kami, sesungguhnya barang siapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.” (Ali Imran: 190-192)

Dan jadilah seperti orang-orang yang disifatkan dalam firman-Nya,

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الأرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلامًا

وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا

إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا

“Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka. Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahanam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal”. Sesungguhnya Jahanam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.” (Al Furqaan: 63-66)

Dan jadilah kaum Muslim yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wata’ala, orang yang tergolong di dalam firman-Nya,

وَالَّذِينَ هُمْ مِنْ عَذَابِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ

“Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.” (Al Ma’arij: 27)

Termasuklah dalam orang-orang yang termasuk dalam firman-Nya,

وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءَلُون.َ قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ

“Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain saling tanya-menanya. Mereka berkata: “Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa takut (akan diazab).” (At Thuur: 25-26)

Juga diriwayatkan dari Imam Bukhori dan Imam Muslim dari Anas bin Malik Radhiallahu’anhu, “Sesungguhnya kebanyakan doa nabi Shallallahu’alaihi wasallam yaitu,

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Wahai Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari Neraka”

Dan orang-orang yang senantiasa menitiskan air mata takut kepada Allah Subhanahu wata’ala dinyatakan di dalam hadis,

عَيْنَانِ لاَ تَمُسُّهُمَا النَّارُ: عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيْلِ اللهِ

“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api Neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah Subhanahu wata’ala, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah Subhanahu wata’ala.” (HR. At-Tirmidzi no. 1639, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmidzi dan Al-Misykat no. 3829)

Dan diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim dari hadits Abu Hurairah Radhiallahu’anhu,

وعن ابى هريرةرضى اللّه عنه عن النّبىّ صلّى اللّه عليه وسلّم قال : سبعةيظلّهم اللّه فى ظلّه يوم لاظلّ الاّظلّه :

Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda, “Ada tujuh orang yang akan dinaungi oleh Allah Subhanahu wata’ala dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya sendiri”, Disebutkan di antara mereka,

ورجل ذكراللّه خالياففاضت عليناه (متفق عليه)

“….Orang yang mengingati Allah Subhanahu wata’ala di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya.” (Muttafaq ‘alaih)



Rasa Takutnya Salafus Soleh Kepada Neraka

Umar bin Khatab pernah berkata, “Wahai sekalian manusia, andaikata ada yg menyeru dari langit, ‘wahai sekalian manusia, sesunguhnya kalian semua masuk Syurga kecuali satu orang’ Saya takut satu orang itu adalah saya.”

Jom! Gandakan Akaun Pelaburan Akhirat..

Dijanjikan amalan berganda di bulan Ramadhan Mubarak ini.... Berapa gandaan??

Gandaan yang sebenarnya hanya Allah s.w.t. yang lebih mengetahuinya... Namun dari nas-nas dinyatakan...

Dan dari congakkan matematik yang sempoi... Untuk membaca al-Quran...

Jika kita congak dengan akal manusia yang terhad ini, pahala membaca satu (1) huruf al-Quran adalah:

a) Satu huruf hari biasa = 1 x 10 kebaikan = 10 kebaikan

b) Satu huruf dibaca dalam Ramadhan = 10 kebaikan x 70 amalan fardu = 700 kebaikan amalan fardhu. Dalam al-Quran berapa surah? Berapa ayat? Berapa huruf????

c) Satu huruf dibaca pada malam Lailatul Qadar = 700 kebaikan amalan fardhu x 1000 bulan = 700,000 bulan kebaikan amalan fardhu... Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!...

Lebih lanjut boleh rujuk disini Jom Heboh! Baca al-Quran ... Jom! Gandakan Akaun Pelaburan Akhirat.. Tawaran Khas RAMADHAN...

Beruntunglah bagi mereka yang sedang memecut sebermula 1 Ramadhan, TAHNIAH! untuk anda.... bagi yang masih terconggak-conggak nak mengali pahala, jangan bertangguh lagi.... RUGI TAU KALAU TAK REBUT PELUANG DI DEPAN KITA SEKARANG.... Jom bangkit semua, PESTA SEDANG HANGAT SKARANG NI...

KEMPEN! KHAS UNTUK KAUM HAWA!.... Jagalah AURAT... Semoga Ramadhan ini suatu platform untuk kita berhijrah... dari berpakaian umpama telanjang... Berpakaian yang menampakkan bentuk tubuh... kepada pakaian mengikut sunnah yang sebenarnya. Daripada pakaian yang membungkus aurat kepada pakaian yang menutup aurat...errrada bezanya membungkus dengan menutup...kan ker gitu.

Jika kita lihat mutakhir ini banyak fesyen jubah, fesyen pakaian muslimah, atau T-Shirt, seluar dan sebagainya umpama membungkus badan dan menampakkan dengan jelas bentuk siku, bentuk lengan, bentuk badan puan-puan/cik-cik yang mengiurkan itu. Tutuplah dengan sempurna semoga laknat Allah s.w.t. tidak berlaku kepada kita lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.

Sama-samalah kita memperbanyakkan memohon keampunan dari Allah s.w.t. semasa ruang dan peluang diberikan kepada kita yang lemah ini lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini.
kredit: mry & tok wan (facebook)

Friday, August 12, 2011

7 Sunnah Penting


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 

Pertama: 
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. 

Kedua:   
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi. 

 Ketiga: 
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat: 
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. 

 Kelima: 
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda. 

 Keenam: 
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

 Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. 

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

Thursday, August 4, 2011

Fadhilat Untuk Isteri Cerdik dan Solehah (MUST READ)

Untuk perkongsian kita semua!
Credit untuk TOK WAN (dari facebook)


Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab atau peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-


1. Memberi atau membuat segelas air untuk suami.
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun.


2. Menyedia atau memasak makanan yang mengenyangkan suami.
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah.


3. Perkhidmatan yang diberi pada suami.
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus.


4. Menghamilkan benih suami.
Fadhilat : mendapat pahala syahid.


5. Isteri mandi Junub dengan suami.
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin.


6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak.
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yang soleh atau orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.


7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan.
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah.


8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!


Ya Allah, daku mohon agar dipermudahkan urusan dengan izinMu.

Friday, July 15, 2011

Pagi Jumaat

Salam pagi Jumaat, hujan rahmat mencurah membasahi bumi Kuala Lumpur.  Sejuk dan nyaman.  Terasa segar menghirup udara dingin di subuh hari.  Kenderaan yang lalu lalang di Lebuhraya Duke bergerak pantas menuju ke destinasi masing2. 

Sesudah subuh dan sedekah alfatihah dan bacaan yassin, terus saja mengemas pakaian Syiqin untuk dibawa ke rumah Opah (panggilan bagi pengasuh Syiqin), bergegas ke dapur menyediakan sarapan ringkasa.   Sekadar roti goreng telor dan teh o panas buat diri sendiri serta kopi tongkat ali untuk en suami.  Alhamdulillah, kenyang.  Syukur rezeki Allah bagi pada pagi ini.   Syiqin juga kubekalkan roti goreng telor.

Hari ni, sampai awal di pejabat, gelap lagi suasana.  Hujan rintik2, sejuk terasa.  Ok, masa untuk bekerja.  Happy working pada semua kawan2, ada kelapangan kita jumpa lagi di sini.

Takzirah Pagi Jumaat:
Seorang ulama, Ibrahim A-Khawas r.a memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati:
Nasihatnya berbunyi: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.  Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya.  
Kedua, mengosongkan perut daripada terlal kenyang atau berpuasa.
Ketiga, bangun (beribaat) pada waktu malam.
Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam.
Kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang soleh.

Selangkah kita mencari ALLAH, maka ALLAH akan menemuinya dengan langkah yang lebih banyak dan lebih cepat.

Thursday, July 14, 2011

Balas Budi Melalui Doa

Berbudi tidak semestinya dengan wang ringgit dan harta benda.  Tetapi berbudi boleh diberikan dalam bentuk tunjuk ajar, nasihat, pengajaran, sokongan dan membuat amalan baik.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu, maka hendaklah kamu membalasnya.  Kalau kamu tidak terdaya membalasnya, maka berdoalah selalu baginya sehinga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya kerana ALLAH sentiasa membalas kebaikan (orang yang berbuat baik) lagi mengasihi orang yang bersyukur."  (Riwayat Tabrani)

Wednesday, July 13, 2011

Istimewanya Wanita

Wanita diciptakan Allah sebaik-baik kejadian untuk menjadi pendamping lelaki.
Mengisi setiap kekosonga hati lelaki yang sah untuknya.
Wanita itu diciptakan secantik kejadian sesuai dengan fitrah hati lelaki.

Sifat lemah lembut, manja, penyayang dan semua kerenah yang ditunjukkan wanita adalah tanda kekuasaan Allah Yang Maha Besar.  Cuma ada sifat tertentu dalam diri wanita iaitu sifat keras hati dan degil, pendek akal dan kurang fikirannya, sifat terlalu emosi dan banyak helahnya yang kadang-kadang mampu menggoncang kesabaran lelaki.

Sifat-sifat ini bukan tanda kelemahan wanit, tetapi senjata yang Allah kurniakan untuknya tatkala dia memerlukannya.

(Petikan dari Buku "Indahnya Hidup Tanpa Derita - Noor Laila Aniza Zakaria)

Tuesday, July 12, 2011

Indahnya Hidup Tanpa Derita

Hobiku adalah membaca.  Salah satu buku yang menjadi kegemaran buat masa kini adalah buku yang bertajuk
INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA
tulisan Nur Laila Aniza.


Sungguh aku berterima kasih pada temanku ini, Haryanti Zakaria, yang telah menghadiahkan buku ini sempena hari jadi awal bulan ini.   Sangat asyik membacanya kerana isi kandungannya yang banyak memberi manafaat dan kisah-kisah hidup (kejadian benar dalam kehidupan seharian) yang adanya tidak terfikir oleh akal fikiranku sendiri.  Memang tidak rugi memiliki buku ini.

Nota: Ada kala ketika membaca buku ini, air mata bergenang sambil mata melirik baris2 ayat yang penoh bermakna dan terasa insaf melingkari diri.  Moga2 aku akan lebih muhasabah diri dan memperbaiki hubunganku dengan Allah, suami, anak2, ibubapa dan juga orang2 di sekelilingku.

Friday, July 8, 2011

What goes around will come around

Mendidih hati aku bile aku baca blog Aida Ameer tadi.  
(http://aidaryzal.blogspot.com/2011/07/semalam-aku-cinta-dia.html)

Haaaaaaaaa....semput!!!! Jangan salah faham yeeee....bukan sakit hati kat Aida, tapi cerita dia tu meruntun jiwa.  Dan rasa macam tak percaya bila perempuan itew dengan sombong dan angkuh tanpa menghiraukan perasaan Aida sendiri, ibu kepada 3 orang anak yang perlu memberikan nafkah setiap bulan pada anak2nya itu, mendabik dada bahawasanya dialah yang bagus dari isteri pertama dulu.

Hmmmmmmmmm perempuan, perempuan.  Hishhhh aku pun perempuan gak tapi masih mengerti perasaan perempuan, lebih2 lagi perasaan seorang isteri yang ditinggalkan suami yang cintanya beralih arah ke ribaan "perempuan" lain.  Masa tu la "perempuan" itu dengan bangganya akan berkata, hey aku pandai jaga laki kau lebih daripada kau sendiri.   Tengok setiap saat, setiap hari, setiap malam laki kau akan termimpikan akan aku sampai jadi tak keruan.  Hey hey come laaaa...itu baru lagi taw...belum tahu isi dalam semuanya boleh la "perempuan" tu cakap macam tu.  

Bila dah duduk serumah (secara nikah yang halal yaaaa), baru kau tahu isi dalam laki ko sendiri.  Jangan sekali2 cuba merendahkan keupayaan isteri orang, kalau kau sendiri belum merasainya.

Aduhai hati, aku teremo pulak hari ni.   Kalau diikutkan perasaan aku ni, mahu saja ku luahkan isi hati biar terburai segalanya.   Tapi itu dulu, dah jadi sejarah, dah masuk muzium pun!  Biarlah jadi rahsia aku sampai aku bertemu dengan Penciptaku sendiri.

Tapi aku pasti dan yakin,
WHAT GOES AROUND WILL COME AROUND.  BELIEVE IT!

Thursday, June 16, 2011

Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati.  Selain mampu mengingatkan jasa ibu kita, ia mampu menaikkan semangat kita untuk terus berusaha dalam lapangan masing2,dengan izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2 (bagi yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada membaca surat ini, insyaAllah



Baca sampia habis…..mmg menitiskan airmata….”  
 
Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.......
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai......
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia .....
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak...
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..

mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.

Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta.....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga......

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau....
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan .....
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak.....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...

di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .......
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. .....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .......
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni......
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak....
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda....
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....

anak mak yang ni dah tak betul kan .....?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Kotak Berisi Kasih

Simpanan dalam folder sudah lama, tertarik untuk berkongsi bersama.  Hayati dan renungkanlah!

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

"Untuk apa?" tanya si ayah.
"
Nak bungkus hadiah" jawab si kecil.

"Jangan dibuang-buang ya." pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, "Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah."

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah…. nanti nanti saja."

Tetapi si kecil pantang menyerah, "Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi."
"Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun."
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

"Hadiah apa ni?"
"Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang."

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
"Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu"

Si kecil menjawab, "Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah."
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
"Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!"

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi? Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSO
NG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari "fikiran" anda sendiri.
Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong………..

Tanyakan Pada Diri - Ingatlah

Salam kemesraan di hari Khamis yang dingin ini (disebabkan suhu aircond di ofis yang melampau) walaupun suhu di luar sana terasa bahangnya!

Terjumpa email yang masih lagi disimpan dengan baik.
Renung dan fikirkanlah.
Kenapa kita patut bersyukur di atas kurniaan ALLAH yang memberi segala kemudahan pada kita terutama makanan yang begitu mudah kita dapati. 
Dan bukankah mudah kita mensia2kan atau membuang makanan yang kita anggap lebih?

Apa akan jadi kalau kita seperti ini

Maut sedang menanti, burung pemangsa menunggu masa saja
Sedihnya kalau begini
Nak menyusu anak pun tiada apa yang dapat diberi...sedihnyaa
Ya Allah, kami mohon kekalkanlah nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakanlah kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Amin.

Nota:  Peringatan untuk diri sendiri!

Tuesday, May 24, 2011

Peringatan untuk Diri Sendiri

Berapa kerap aku mencium tangan dan memohon maaf dari suamiku?
Tidak perlu tunggu hari Raya baru nak memohon ampun dan maaf, 
perbuatan memohon maaf boleh dilakukan setiap hari
baik sebelum melangkah ke tempat kerja, turun dari kenderaan juga memohon maaf disamping mengucapkan terima kasih tanda kasih sayang terhadap suami yang sudi menghantar isteri ke tempat kerja.
Dan seberapa kerap aku mencium tangan dan memohon maaf dari suamiku sebelum masuk tidur?

Ahhhhhhhh...kadang2 buat dan kadang2 terlupa.
Kenapa aku tak jadikannya sebagai rutin?
Aku manusia yang tidak sempurna, lalai dan alpa dengan dunia yang sementara ini.
 

Friday, May 20, 2011

Amalan Ketika Mengambil Air Sembahyang

Assalamualaikum, salam diberi di pagi Jumaat yang mulia ini.
Hari ini nak post yang baik2 sahaja (insyaallah) yang dapat memberi manafaat pada semua dan juga peringatan pada diri sendiri.

Berikut adalah amalan yang boleh kita praktikkan semasa mengambil air sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tidak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, serikanlah mukaku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan muka ku ini"
Penjelasan: Ahli syurga mukanya berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini"
Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab2nya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini"
Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab2nya di tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di padang masyhar dengan Arasy Mu"
Penjelasan: Panas di Padang Masyhar seperti matahari berada sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini"
Penjelasan: Setiap hari mendengar orang mengumpat, menfitnah dan sebagainya.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim"
Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan: Qada dan Qadar kita di tangan Allah.

Bersyukur dan bertaubatlah selalu, semoga kita mendapat hidayah dari pengajaran ini.

Caught on cam : Bride-to-be attempts suicide Chinese bride attempts suicide

Hanya kerana seorang LELAKI dan kecewa putus perhubungan di saat akhir perkahwinan, bakal pengantin perempuan ini bertindak untuk membunuh diri.  Gambar di bawah (dari Yahoo) menceritakan detik cemas bakal pengantin diselamatkan oleh mereka yang masih lagi sempat menyelamat dan perihatin terhadapnya.

Kisah berlaku di negeri China

Detik permulaan - cuba terjun dari tingkap sebuah bangunan
Seseorang sempat berpaut leher pengantin perempuan tersebut dari terus terjunam
Orang ramai menyaksikan detik kecemasan
Sikap perihatin orang ramai yang juga sanggup bertarung nyawa menyelamatkan perempuan tersebut

Berjaya menarik masuk
Detik cemas menyelamat
Mengambil iktibar dari sini, bahawa sayangi diri sendiri dan berfikir dahulu sebelum bertindak.
Hanya ALLAH saja yang berhak ke atas kita.

Wednesday, May 18, 2011

Apabila Iman berlandaskan Nafsu Syaitan

Rasanya semua dah baca Harian Metro pagi ni.
Bekas Inspektor Polis dijumpai mati tertiarap di balkoni tingkat 5 di sebuah hotel di Kuala Lumpur
(tak pasti pulak hotel mana).  Mangsa berusia 62 tahun dipercayai menginap bersama teman wanitanya yang berusia 42 tahun.  Mangsa dipercayai terkejut apabila pintu bilik diketok oleh pihak pencegah maksiat awal pagi dan cuba melarikan diri dengan memanjat tingkap bilik di tingkat 16.  Hishhhh tinggi tu....
Akhirnya terjatuh (gamaknya tergelincir la kot) di tingkat 5.

Mati dalam keadaan yang mengaibkan dan tak sempat bertaubat.
Nauzubillah!!!! Kasihan kat anak bini di rumah, disangka bapa dan suami pergi berurusan bisness, rupa2nya melakukan perkara terkutuk dan ditemui dalam keadaan yang mengaibkan.

Mudah2an ALLAH melindungi hambaMu yang serba daif dan kekurangan.
 
MATI itu pasti, Hidup itu Insyaallah
(kata2 di petik dari novel RAM - Laksamana Sunan)

Friday, April 1, 2011

3 Jenis Sahabat Yang Harus Dijauhi

Yang Selalu Mengaibkan Kita
Kawan yang suka mengaibkan di belakang kita sendiri.
Depan mulut manis, belakang haprakkkkk
Kawan macam ni jenis hiprokit.
Memang aku tak sukaaaaaa


Merampas Pasangan Kita
Apa???? Ni lagi tak guna.
Sanggup merampas kebahagiaan kawan sendiri.
Kawan jenis ini memang talam bermuka dua.


Batu Api
Di saat kita memerlukan nasihat dan pertolongan
di saat itu jugalah dia menjadi batu api atau lebih sedap lagi mencucuk kita.
Bukan nak membantu tapi menambahkan lagi kelukaan di hati.


Entry ditype sambil menonton maharaja lawak
(Boleh tahan jugak laaaaa)

Adab Bekerja Yang Dituntut

Ini untuk peringatan diri sendiri

1) NIAT
Menghadirkan niat yang iklhlas dan anggap pekerjaan yang dilakukan sebagai ibadah.

2) JANGAN BERTANGGUH 
Kerja yang boleh disiapkan hari ini jangan ditangguhkan ke esok dan seterusnya.
Ini memudahkan bagi kedua belah pihak (majikan dan pekerja) sekiranya
ada kes kecemasan pekerja bercuti atau sebagainya.

3) BERPAGI-PAGI
Maksudnya datang awal ke pejabat atau ketika ingin berurusan setiap hari.
Bangun awal, solat dan bersiap ke tempat kerja.
Moga-moga urusan kita ini diberkati oleh ALLAH.

4) TEKUN DAN KOMITED DALAM PEKERJAAN
Sesungguhnya ALLAH menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu dan ia melakukannya dengan tekun.

5) RENDAH DIRI

6) UTAMAKAN IBADAH
Jangan menyibukan diri dengan kerja saja.   Seboleh-bolehnya (lebih afdal) terus mengerjakan solat apabila masuk waktu dan jangan melengah2kan ke saat terakhir.

7) HALAL
Semestinya!! Menjauhi dan sebolehnya menjauhi dari pekerjaan dari sumber rezeki yang tidak halal.

8) AMANAH
Amanah, jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH
yang buruk itu datang dari aku sendiri.
Moga2 kita semua dirahmati ALLAH

Monday, March 28, 2011

Cuba

Sedang mata letih merenung computer, minda juga penat memerah untuk menyelesaikan pekerjaan
apa kata tenangkan minda, redupkan pandangan mata 
untuk pandangan seperti ini:

Renung pada kalimah ALLAH ini buat beberapa saat kemudian pandang ke arah lain. Apa yang anda lihat?

Pemandangan hijau juga boleh melegakan keletihan mata.

Boleh juga merehatkan minda dengan berkunjung tempat seperti ini
v
v
v
v
v

Tetapi yang paling afdal adalah

Yang paling berkesan dan menjadi kewajipan kita semua


Membaca Al Quran juga salah satu kewajipan.
Segmen ini bukan untuk menunjuk kepandaian yang ada
sekadar berkongsi pendapat yang tidak seberapa.

Nota:  Kalau salah kabo pada kita, kalau baik war2kan kepada semua.
Yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu dari kita semua.  Amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...