Nuffnang Ads

Showing posts with label Perayaan. Show all posts
Showing posts with label Perayaan. Show all posts

Friday, February 8, 2013

Tahun Cobra... Selamat Tahun Baru Cina

Assalamualaikum!
Esok cuti lagi....4 hari jugak laaa ofis tutup.  Hmmmm.....mahu pulang ke kampung ke tak nih?  
Rasa memang nak balik jugak-jugak.  Dah lama benar tak balik, rindu laaaaa.

Pastinya esok mesti bertolak awal pagi, bagi mengelakkan traffic jam.
Malam ni mesti pack baju siap2 dalam beg, tak mau last minit macam selalu.
Suka yeeeee nak jalan2 kan.  Yang penat, yang tension EN SUAMI laaaaaa...tekan brek, tekan minyak, tukar gear...aduhhhhh mesti lengoh kaki, lengoh badan.  Tak paaaa, co-pilot yang tak pandai drive ni (tiap2 tahun re-new driving lesen saja) boleh urut2 lengan tuuuu bagi hilang stress.  

Pada kawan2 yang menyambut Tahun Baru Cina, saya ucapkan
GONG XI FAT CHAI
Tahun ni tahun ULAR kan!  

Tuesday, March 8, 2011

Wanita

Sempena HARI WANITA pada hari ini,
ditujukan kepada semua WANITA di luar sana
 





 
 Wanita....
Kau umpama pelita hidup
Wanita dari sebutanmu
Mengingatkanku kepada ibuku

Seorang ibu tua
Yg akan ku kenang budi
Sehingga
Ke akhir hayat ku
 
Wanita
Darimu ku kenal erti percintaan
Di mana diriku dan perasaan
Ini di kecewakan oleh
Seseorang
Wanita
Walaupun terdapat celaan
Dan buruk
Terhadapmu tapi bagi tiada
Wanita tiada lah diriku.....
 
(pencarian: google)

Monday, September 6, 2010

Salam Aidil Fitri

Buat semua teman-teman, saudara mara serta mereka yang mengenali diri saya tak kira di mana jua berada, kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN andai diri ini banyak melakukan kesilapan pada kalian semua.

Moga2 Raya ini akan memberi lebih bermakna pada kita semua. Pada mereka yang akan pulang bercuti beraya di kampung, semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Tuesday, November 24, 2009

Balik Raya

Disebabkan computer di ofis rosak (masuk workshop lagi) terpaksa la guna computer yang satu ni, nak upload gambar pun tak boleh sebab kebanyakan gambar semua ada dalam computer yang rosak tu....harap2 tak hilang la gambar tu, memang sayang sangat.

Esok bermulalah perjalanan balik aku sekeluarga ke kampung di Kedah. Harap2 tak banjir, takut juga kalau banjir nanti tak boleh masuk kawasan. Perjalanan kali ni dengan menaiki bas. Kadang kala seronok bertukar angin pulak. Dah lama tak naik bas, asyik berkereta saja. Kelebihannya relax sikit bila naik bas, tak payah laki ku pusing stering ke sana sini.

Mudah2an pada mereka yang juga akan memulakan perjalanan pulang ke kampung, semoga semuanya selamat sampai ke destinasi masing2.

SELAMAT HARI RAYA HAJI....SEMUGA KITA BERJUMPA LAGI

Saturday, September 12, 2009

Ramadan Hampir ke Penghujung

Diam tak diam dah hampir penghujung Ramadan. Sedih pula Ramadan dah nak meninggalkan kita. Saya paling seronok bulan Ramadan, biasanya pukul 3 pagi mesti dah bangun, sembahyang dan membaca Al Quran sementara menanti waktu bersahur. Harapan dan doa walaupun Ramadan akan berlalu, kebiasaan yang saya lalui ini akan dapat diteruskan di bulan yang lain, insyaallah.

Persiapan raya pun cuma untuk anak-anak, kerana mereka yang paling seronok bila raya menjelang. Mak budak ni biasa saja, baju raya memang ada, takut tak pakai pulak. Biasa pagi raya sibuk di dapur saja, berpakaian baju kurung yang ringkas, bila nak berjalan baru pakai yang cantik sikit hehehhehehehhe

Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat2 saya di alam maya ini seandainya sepanjang saya mengunjungi "rumah-rumah" teman sekalian ada memberi comment yang menyinggung perasaan. Saya cuma insan biasa tak lepas dari membuat kesalahan tanpa disedari.

Pada yang nak balik kampung, selamat menuju ke destinasi, bergembira bersama kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Dalam pada itu, harus diingatkan jaga pemakanan dan kesihatan pada musim perayaan ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Thursday, May 7, 2009

SEMPENA HARI IBU

Petikan dari email yang diterima sempena HARI IBU

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku..... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku..... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga..... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari...... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada...... ..... MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur
lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.
Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar"
pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu
S E L A M A T H A R I I B U

Sunday, January 25, 2009

Chinese New Year Eve!!! Eh! Eh! macam aku pulak nak menyambut raya cina hehehehhhehe....
Pagi2 dah bangun, buat simple breakfast, bread, scrabble egg, half boiled and a pot of hot tea. Sekali sekala makan breakfast org putih hehehehhehehe...kalau mak ada, mesti dia kata aku ni malas....Lepas breakfast, kemas rumah jap, sapu sampah. Rumah ni hari2 kena sapu dek kerana dekat sangat dengan highway DUKE. Kalau tak sapu sehari, mesti nampak habuk2 berterbangan. Sejak highway ni dibuka, mudah sangat nak ke tempat keje, shortcut saja, no traffic jam. 5 minit dah sampai. Malam2 pulak terang benderang highway ni, tidur pun buka jendela luas2 bagi udara malam masuk....best sejuk saja.

OK, sepatutnya aku dah bertolak ke seremban pagi ni, tapi dek kerana sibuk memotong kain, prepare kain awning lagi....terlewat sikitlah aku ke sana..tak peeeee..bukan jauh pun. Nanti kalau dah siap semua, senang aku dan kak wawa terus jahit saja...tak payah tunggu potong2 kain lagi dah....hehehehhehehe hopefully tudung yg org tempah samada persendirian atau borong boleh siap mengikut waktu. Alhamdulillah rezekiiiiii...aminnnn

Semalam dpt berita yang mengejutkan. Kak Ju, my ofismate masa di Parkroyal KL dulu sms katanya Chief Steward Jaafar baru saja meninggal dunia akibat sakit paru2. Innalillahhiwainnahilairajiunnnn......moga2 arwah ditempatkan berserta org2 yg beriman dan beramal soleh. Teringat dulu masa keje di hotel tu, Pak Jaafar ni walaupun dah berusia...tapi galaknya mcm org muda...siap suka mengusik lagi tuu...aku dan santhy (my ex boss) kadang2 menjadi mangsa gurauan dia.....apa2pun ini adalah ketentuan Illahi. Aku siap sms Santhy lagi right after I spoke to Kak Ju. Dia pun terkejut besar. Pastu siap ler dia update, bos dia mcm ni kat Sheraton Subang, Danny has been promoted to Dir F&B di Crown Plaza, hehehehehhhe nanti boleh aku buat2 tersesat kat sana nanti...Angie is too busy with her latest job. Lama tak jumpa dia org nih. Masa kat Parkroyal dulu, best friend aku, Kak Ju, Santhy, Angie, Danny, Karina, we will contact each other. Yang lain tu, tenggelam timbul macam sabut. Tapi still contact jugak once a while. Lagi sorang minah nih, lupa pulak nama dia...aku selalu panggil memey (bukan memey norman hakim.....hishhh tak kuasa aku)...Ini amoi laaa..anak millionaire tapi very humble person. Dulu keje di Starbuck Cafe di Shanghai (her own cafe) sekarang ni entah di mana dia...Oooooooooooooo baru aku ingat namanya Ph'ng Li Kheng.....best orangnya.

Nanti aku upload lagi gambar buat tatapan semua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...