Nuffnang Ads

Showing posts with label Akademi Fantasia 9. Show all posts
Showing posts with label Akademi Fantasia 9. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Hazama Juara AF9

Rata2 hari ni blogwalking kebanyakan blog menceritakan perihal budak Juara baru ni. hehehehehehe sapa lagi kalau bukan Hazama Ahmad Azmi.

Alhamdulillah, bak kata kakak ipar Hazama, Syafrina Shafie, memang itu idaman dan cita-cita Hazama.  Masa di tempat kerja dulu, kebetulan kalau dia on duty memang terdengarlah suara nyanyian Hazama di staff cafeteria.  Terhibur dengan gelagat dia.  Yang paling tak lupa, masa persembahan department Staff Party.  Hebuh, kecoh, terhibur dibuat Hazama and the geng, menyanyikan lagu Gosok (Kumpulan Spider).
Hazama ni memang berpotensi tinggi, dan mudah2an karier dan perjalanan seninya akan berkembang seperti artis2 yang berjaya dan bertahan sehingga hari ini.

Dengan ibu Hazama, Kak Hasmah.  Gembira dapat bertemu semula dgn Kak Hasmah sebab masing2 dah berhenti kerja dan membawa haluan sendiri tup2 berjumpa semula di Aeon Setiawangsa

Thursday, May 19, 2011

Aku Kenal Dia, Tapi Dia Tak Kenal Aku Hehehehehehe

Lepas keje semalam, syiqin lak merengek2 sampai mengalirkan airmata nak jugak2 pegi ke AEON AU2 Setiawangsa, nak main di Smart Wonder.  Apa la yang seronok sangat tu, selain nak menghabihkan duit ayah dia hehehehehehhe.

Sampai di AEON, terus ke tingkat atas.
Aku tengok ramai beno orang kat Rumah Kaca AF.  Apa yang menarik sangat tu...intai dan intai lagi.
Hah????!!! tengok sapa dia.

Dato Siti Nurhaliza ada di Rumah Kaca!!! Patutpun orang berduyun2 kat situ
Opsss menyorok lak
Haaaaaaaaaa dah nampak...itu pun aku zoom sikit dgn camera ciput aku nih...tak jelas sangat
Dan lagi...tengah bagi sesi persembahan pada Fina dan pelajar lain
Wartawan siap sedia untuk menemuramah
Berposing kejap
Temubual dengan wartawan
Dan lagi
Lepas tu masa nak Dato Siti nak keluar dari Rumah Kaca, punyalah orang berlari ke arah dia.
Nampak panik gak Dato Siti tapi masih maintain cool.
Body guard bawa Dato Sit terus ke lift.
Aku boleh tengok dari jauh je laaaaa....kesempatan nak bersalam ke atau bergambar memang tak ada harapan hahahahhahaha...En Suami kata "abang kawin dengan artis lah, nanti Yang leh tengok artis hari2".
Hmmmmmmmmm dipersilakan kalau mampu tanggung 2 rumahtangga hehehehehehe.
(Ini bukan doa seorang isteri huhuhuhu, kang masin mulut)

Lepas tu nak keluar balik, hujan punya la lebat sangat.  Ingat nak dinner kat warong je tapi dah hujan patah balik masuk Jusco.  Jadi satu keje la pulak kan.

Kami dinner di Restoran Sakura.  Seperti biasa, aku order Grilled Chicken Chop with Blackpepper Sauce and for en suami dia nak cuba Bihun Goreng Siamese Style (spicy sangat).
Drinks pulak aku order Milkshake Vanilla and air suam for en suami hehehehehhee
Garangnya syiqin...sementara menunggu Grilled Chicken Chop..mesti share dengan omak dia hehehehehe
Tertarik dengan deco di Restoran Kristal
Bihun Goreng Siamese Style...tengok taugeh dia aku dah suka
Grilled Chicken Chop dia memang sedap...recommended to try
Itu jeeeee.....ok nak sambung buat keje

Monday, April 18, 2011

Operasi Penyingkiran

Ini saja2 nak cerita berkenaan minggu konsert ke 2 Akademi Fantasia.

Sedia maklum, 2 pelajar wanita dah tersingkir iaitu:

Tersingkir pada Konsert Pertama
dan juga 
Eka - tersingkir pada konsert ke-2
Nampak gayanya pelajar lelaki hebat2 lah kan...agaknya ramai peminat perempuan yang mengundi pelajar lelaki tak berhenti2 nih.   Aku???? hehehehehe sekadar tengok di TV je...tak pernah lagi lah aku nak mengundi sejak AF ini bermula (AF1 - AF9).  Tapi tak leh cakap gak kan..mana tahu jari ni gatal lak nak mengundi..hishhhhhhhh kalah budak2 muda pulak.

Yang bestnya, ada operasi penyingkiran lak.  Hmmmm ini baru betul, biar pelajar2 AF betul2 berjuang untuk belajar menyanyi dengan cara yang betul. Bukan setakat masuk nak glamour saja kan.
Yang aku suka lah kalau calon2 yang diperkenalkan pada konsert ke 2 tempoh hari dapat masuk ke Akademi Fantasia, memang betul2 power suara mereka.  Yang aku suka lah

Hazama.  Dia dulu bekas staff Parkroyal (kerja sekali dulu)..memang suara dia best.  Harap2 dia dapat masuk
Sorang lagi adik Aida - Fina...sedap betul suara dia...mature and power.
Tunggu je Konsert minggu ke 3.

Thursday, April 7, 2011

Konsert Pertama AKADEMI FANTASIA

Lagu tugasan telahpun diserahkan kepada kesemua 12 pelajar AF.
Ini lagu-lagu yang akan dipersembahkan pada minggu pertama ini
Sabtu, 9 April 2011

Pelajar2 Lelaki
Afif (Cinta Kristal - Rahim Maarof)
Amir - (Just The Way You Are - Bruno Mars)
Azri - (Bukan untuk DiMengerti - Judika)
Erul - (Ganas - KRU)
Kay - (Menyesal - 6ixth Sense)
Raqib - (Yang - Waliband)
Pelajar2 Wanita

Aida - (Teringin - Shima)
Eka - Kau Bisu (Alyah)
Laika - (Ku Bahagia - Melly Goeslaw)
Lena (Lagu Utk Kuala Lumpur - Tom)
Miza (Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak)
Nera (Aku Legih Tahu - Mila)
Tunggu dan lihat persembahan mereka nanti.
Nak tengok secara langsung???  Ada juga en suami tanya, nak tengok keeee.
Hishhhhh tak pernah2 dia ajak aku tengok konsert.
Tengoklah keadaan macamana...tak confirm lagi ye en abang.

Tengahari tadi sempat lunch di AEON Jusco Au2, makan pizza je.
Itu pun tak habih, tapau balik.  Kenyang walaupun order satu pizza.
hehehehheheh jimat dinner malam ni (sejuk?? sedap ke nak makan)


Pelajar2 sedang berlatih menari
Masing2 concentrate, tak pandang kiri kanan dah
Digital signage, canggih
Nampak Nera dan Kay menari bersama


Monday, April 4, 2011

Demam

Aku mula demam
v
v
Demam apa?
v
v

Hahahahaha kan dah kata demam tadi.

Lebih-lebih lagi bila kemunculan semula
v
v
v
sebagai pengacara mantoppppp....3 musim yang lalu, aku dah tak berapa nak seronok tengok AF sebab Paknil tak ada huhuhuhu

Dan yang lebih menarik lagi aku akan melekat tengok AF kerana
v
v
v
Amy Search jadi Pengetua.   Mesti best kali AF9 yang merupakan AF kali terakhir.

Ini adalah aturcara pada Tirai Pembukaan Konsert AF 9 yang diadakan di ruang parking AEON Jusco Setiawangsa AU2
Ini rumah kaca yang merupakan tempat latihan pelajar AF9 di dalam AEON Jusco Setiawangsa sepanjang musim AF9 ini. So sapa2 nak tengok dia orang berlatih, boleh datang sini yeee...Leh juga tengok pengetua dan cikgu2
Dari sudut yang berlainan
Sempat lagi ambil gambar keluarga pelajar, tapi blur la pulak gambar ni.  Tengah pasang banner
Sempat gak la aku tengok konsert slot bekas2 pelajar AF

Mawi World
Hafiz - budak rambut kerinting kembang
Stacy - showmanship yang meletop
Shahir
Tapi, sebelum Tirai Konsert bermula, aku dan en somi bergegas pulang. 
Tak puas nak tengok konsert sebab ramainya umatttttttttt...berhimpit2, 
yang risau takut syiqin kepanasan.  Risau lak bila ajak balik, dia tak nak balik.
Nasib baik pujuk elok2, dia kata nak balik lah..mengantok.
8.30malam, kami cepat2 kami keluar dari kawasan Jusco, kereta dah bersesak.
Kereta kami park di luar saja, dah tahu dah nanti mesti susah nak keluar.
Nasib ada polis traffic kawal kesesakan.

5 minit drive saja dah sampai rumah...Fuhhhh legaaaaaa....leh santai2 tengok konsert di rumah saja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...