Alhamdulilah, ketemu pada hari Isnin ini. Dua hari blog aku sunyi dari sebarang entry, Satruday and Sunday is FAMILY DAY. No blogging, no facebook, no internet dan sebagainya.
Aktiviti Saturday, tengok wayang
Syiqin suka benar tengok citer nih, first time dia tak tidur langsung dalam panggong wayang |
Selesai agenda pertama pada hari tersebut, kita orang lepak2 di wonder park
tempat permainan kanak2 riang dan juga orang dewasa riang hehehehehe.
Agak lama juga di situ, setelah puas baru nak beredar untuk mengisi perut.
Oh food court baru di Wangsa Walk baru saja dibuka, not bad. Banyak juga pilihan tapi agak mahal sikit. Mungkin sewa di situ agak mahal, maka terpaksalah para peniaga menaikkan sikit harga makanan.
Tapi environmentnya sangat2 selesa, bersih dan disediakan juga untuk mereka yang merokok ditempatkan diluar kawasan food court.
Dan Sunday pula, tengahari setelah selesai semua pekerjaan di rumah, kami keluar menjamu selera di food court taman setiawangsa. (hahahahhaha pemalasnya aku nih).
Lepak lagi di Aeon Setiawangsa, sampai lah ke petang jam 6.00 petang baru balik ke rumah.
Puasnya syiqin bermain2 di wonder park (sekali lagi!!!), aku dah mengantuk sangat terus aku minta izin suami nak mencuci mata di tingkat 1 tersebut. Oh ada sale! patut orang ramai, kebetulan pulak last day for sale.
Hmmmmmmmmm tak ada la pulak aku nak beli apa2 pun.
Oh ya, semalam pun en suami dah belanjakan aku cermin mata yang ku hilangkan 2 minggu lepas.
Cermin mata ini cuma dipakai untuk menonton TV dan bersiar2 sahaja. Di ofis memang aku tak pakai pun walaupun penglihatan jarak dekat sudah semakin kabur, tapi masih boleh lagi aku menaip dan membuat kerja2 pejabat. Selalunya pretend aku boleh baca dan nampak apa yang bos aku suruh buat.
Malam, biasa saja tengok Konsert AF9, adakala aku tengok adakala aku tertidur jugak.
Part Hazama perform (last song) aku tertidur lak ehehehhehe tak pa, tengok ulangan pun ok lagi tu.
Ok, nak update keja lagi, dah masuk 2.15petang dah nih.
13 comments:
kak Jun pun rabun. Teruk sangat. Dulu pakai contct lens...tapi bila terkoyak selaput mata hitam tu sbb lens kering sangatl...tak berani dah nak pakai benda tu. Pakai spek jer. Memang leceh tapi, nak buat macam mana? Susah pulak nak blogwalking :-))
hehe sama lar kite kak, saya pun rabun gak tp kat ofis malas nak pakai spec, pura2 nampak je lar :D
tp wajib tgk siaran ulangan hazama perform yg last tu :D
hehehe...weekend jadi milik sepenuhnya anak2 dan suami kan kan
x habis lagi ke berjalan kak zu?hehe..jauh berjalan luas pandangan.. :)
ibu dan isteri yg baik.. :) xkn stiap hr nk luang masa dgn aktiviti sosial kn kak,so hujung mggu la hr yg plg sesuai utk family.part malas nk masak tu xpe la..bkn selalu kn?haha.seskli suami kne jgk bg bini rht,blnje mkn la..hihi. :D
beshnyerrr hidup!! huhuhuhuh..
kak jun, terima kasih sudi komen kat sini...bangga dan rasa rendah diri kak sudi komen di blog saya. akak, saya tak berapa suka pakai lens walaupun teringin juga sbb mata saya pun cepat kering (dulu biasa pakai tapi jam 5 mula rasa pedih). terpaksa guna spec saja la nampak gayanya.
cik jari tembam
sama je kita nih....buat keje pura2 nampak (bos pun tahu dahhhh)
opssss nak tgk ulangan lagi ke...kak zu wajib kena perli dgn suami ni kalau tgk ulangan lagi...
risa...yaaaaaaaaaaa betullllll weekend utk anak2 dan en suami.
mrs yie...udah en suami ajak jalan...kita ikut je laaaa..syok la jugak sekali sekala, kalau selalu, rasanya penat la kot
abang stalker...hahahahhaha jarang sangat masak di rumah. bila angin rajin bertandang, masak la kak zu, tapi en suami komplen pulak kata kekenyangan sangat, asyik berulang ke dapur je dia. hahahhahahah serba salah pulak
cik ida, yeahhhhhhhhhhhh suka suka
nak gak tengok kungfu panda! huhuhu...
Post a Comment