Assalamualaikum
Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Salam Ramadan buat teman semua. Blog sendiri yang telah lama tak berpenghuni, walaupun sekali sekala ada juga yang sudi datang bertandang. Terima kasih pada yang sudi walaupun tuan rumah hilang buat sementara waktu.
Baru saja balik dari AEON Wangsa Maju mengambil jubah2 yang di"alter" labuhnya. Seronok raya tahun ni berjubah pulak. Baju kurung dah lama tak ditempah, nak ke kedai kain pun dah malas. Senang beli terus dari kawan yang rajin berniaga. Tudung tu pakai saja apa yang ada dalam almari (iye ke, boleh percaya ke).
Di pejabat pun sudah berkira2 siapa nak cuti dulu. Tahun ni saya pecah tradisi, beraya di sebelah keluarga en suami pula. Selalunya tiap2 tahun mesti pulang ke kampung saya dulu, seminggu kemudian baru ke belah sana. Mentang2 la en suami tak ada kampung, (mak dan ayah mertua saya pun dah kembali ke rahmatullah, moga dicucuri rahmat ke atas rohnya). Saya ni jenis mengikut je, apa salahnya beraya di Seremban dulu tahun ni. Mesti best kan.
Nak update panjang2 pun tak boleh. Nanti bos panggil, ini pun update waktu rehat yang singkat.
Sampai jumpa lagi. Selamat Berpuasa semua.
Nuffnang Ads
Wednesday, July 17, 2013
Monday, March 11, 2013
Assamualaikum.
1/3/2013 - Sibuk dengan urusan anak bujang yang akan berangkat ke UiTM Dungun melanjutkan pelajaran di sana nanti. Saya mengambil cuti hari tu untuk bershopping sedikit barang2 yang perlu dibawa ke sana nanti. Keperluan anak bujang ni tak ler sebanyak mana pun, serba ringkas, kain baju satu beg, kasut formal sepasang, selipar sepasang, kasut sports, toiletries! Dah cukup, katanya. Haishhhh...saya paksa bawa seterika dan dua biji bantal. Tilam Faizal kata tak payah...biasanya tilam yang tidur atas dia. Pelik punya budak nih.
2/3/2013 - Bertolaklah kami ke negeri Penyu. Penoh jugak laaaa satu kereta. Letih perjalanan jauh ni, tapi pabila melihat ombak memukul pantai dari jauh...wahhhhhh hati berbunga2 riang. Sukanyaa!!!! Dah sampai di homestay, satu kejutan!!! Kita sebagai penyewa lak yang kena mengemas homestay, bukannya tuan rumah. Adoi!!! Tak ikhlas lah tuan rumah nih. Mungkin salah kita jugak ler sebab tak check dulu keadaan homestay tu. Patutnya duduk dulu baru bayar, boleh gitu.
Petang sikit, baru bersiar2 sekitar di UiTM Dungun. Dekat saja dengan penginapan homestay. Cantiknya!
Ralit jugak la duduk santai di tepi pantai ni. Lepas tu terus ke rumah sewa Faizal. Betul2 rumah kampung, lupa lak nak ambil gambar. Dah capai kata sepakat, budak2 ni semua setuju je nak sewa di rumah kampung tu, cuma untuk tidur saja. Mostly banyak dihabihkan di kampus nanti. Nasib baik lah semuanya dari kolej yang sama dulu, jadi satu kepala lah semuanya. Mak ayah dah tak perlu risau lagi dah.
Hari2 seterusnya kami sekeluarga banyak bersiar2 di sekitar pekan Dungun. Biasalaaaa kita ni jarang jumpa laut, asyik ambik gambar laut, ombak, pantai saja hehehehe.
Mendung namun cantik berkaca air laut |
Dari jauh nampak air hijau kebiruan. Cantik sungguh. |
Yang wajib mesti ada model dua orang ni. |
Disuruh makan, masih lagi tersengih2 bersms...hmmmm dengan sapa tuuu |
Ini lah buah hati dan pengarang jantung saya...anak bujang, Faizal dan si kecik ni ...dah tahu kannnn |
Monday, February 25, 2013
Selamat Hari Jadi Syiqin
Assalamualaikum!
Tak terasa masa cepat betul berlalu! Ketika tahun 2006 sekitar bulan June apabila dikhabarkan oleh doktor yang mengatakan saya mengandung lagi (waktu itu umur dalam 42 tahun rasanya), saya amat terkejut namun bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.
Siapa sangka, usia begini masih lagi mengandung. Ingatkan dah tutup kedai!! En suami lah yang paling gembira sekali. Dijaga saya macam budak kecil saja, apa saja nak makan semua dicarikan. Sebut je nak ke mana, nak beli apa, makan apa, ditunaikan dengan besar hati. Almaklumlah, teringin sangat nak anak kecil. Kadang2 malu gak, umur macam ni patutnya menyambut menantu huhuhu. Tapi alhamdulillah, rezeki Allah dah bagi, jangan sekali ditolak ke tepi.
Tarikh 25 Februari 2007, lahirlah anak perempuan, yang saya sangkakan akan lahir seorang anak lelaki. Kerana lasaknya dalam perut, tak boleh nak cakap lagi. Setiap detik, bergerak aktif kiri kanan berpusing dalam perut. Seronok! Teruja!
Gambar masa masih dalam pantang tak ada. Cuma yang ini ketika berusia 3 bulan lebih rasanya. Saya pun dah ingat2 lupa. Rupa persis macam Amoi, mata sepet, suka ketawa. Pantang dihalakan kamera, pandai pulak dia berposing dan ketawa gembira. Sejak itu, kami selalu panggil amoi saja.
Masa ni belum dapat lesen berjalan...dah pandai meniarap saja...tapi lasak.
Ketika usia satu tahun...suka sangat dengan buaian. Dah pandai nak itu ini
Dah semakin besar, rambut pun semakin kerinting
Dah pandai bergaya...kadang2 memeningkan kepala. Pakaian dah pandai pilih sendiri. Apa yang saya pilih semua tak kena di mata dia.
Mudah2an jadi anak yang solehah..pandai mengaji dan hormati orang tua2.
Mak Ayah sayang syiqin dunia akhirat
Friday, February 22, 2013
Cendol Pulut Santan Lebih
Sedapkan kalau dapat semangkok cendol pulut dikawankan pula dengan sepinggan laksa. Fuhhhhh....dan dan tu meleleh ayaq liuq. Tapi ingat, waktu usia menuju EMAS ni kena jaga pemakanan sikit. Sebelum penyakit mai singgah, jaga kesihatan yeeee. (ingatan untuk diri sendiri)
Semalam pi MPH Wangsa Maju, ternampak buku ni..terus saja beli. La ni kegilaan mengumpul buku keluaran Datuk Abd Jalil pulak. Pelan2 kumpul lagi dua buah buku.
Ni dia sinopsis buku cendoi ni...best laaaa.
Sinopsis:
JANGAN malu untuk bertegur sapa dengan Datuk Abd. Jalil Ali, sekiranya terserempak dengan dia dan isteri di pusat membeli-belah, pasar raya, pasar tani, pawagam, tempat lelong durian tepi jalan, di gerai atau restoran nasi kandar, di tempat letak kereta, hatta di tandas awam.
Dulu dan sekarang dia memang suka berkawan, dan tidak kedekut berkongsi idea. Katanya: “Kalau kita beri orang satu idea, mungkin dia akan beri kita dua atau tiga idea. Lagipun bagi idea pada orang bukan keluar modal, cuma keluar air liur!”
Lebih tiga dekad melalui perjalanan kewartawanan yang panjang lagi berliku – dari pemberita cabuk kini menjadi Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf – dia telah menyaksikan, dan mencatat seribu satu karenah manusia, dari peringkat tertinggi seperti pemimpin politik dan tokoh-tokoh korporat, hingga rakyat biasa, termasuk pemandu teksi, tukang bekam, bomoh tangkap hantu pocong, penggali kubur dan tukang bakar mayat di jirat Cina.
Pengalaman hari-hari ditulis secara santai dan lucu, tetapi penuh sindiran sosial. Katanya: “Ini cerita orang biasa, kena tulis dengan cakap mudah. Bahasa tinggi-tinggi pun tidak guna kalau dia orang tidak faham.”
Instagram, InstaWeather, InstaPlace
Assalamualaikum!
Mula2 buka akaun ni
Kemudian ada lagi yang canggih
Instagram!! Itupun setelah ada Galaxy Note ni, kawan satu ofis yang bagitahu. Berjangkit la pula kan dengan benda ni.
Kemudian insta place pulak (ini contoh image dari google ya!) Ni lagi syok.
Then, nampak pulak insta weather (ini contoh image dari google ya!) Daku dah jadi perak sangat!!!
Yang ini sendiri punya....best jugak kan.
Yeah....my home sweet home...simple saja
Friday, February 8, 2013
Tahun Cobra... Selamat Tahun Baru Cina
Assalamualaikum!
Esok cuti lagi....4 hari jugak laaa ofis tutup. Hmmmm.....mahu pulang ke kampung ke tak nih?
Rasa memang nak balik jugak-jugak. Dah lama benar tak balik, rindu laaaaa.
Pastinya esok mesti bertolak awal pagi, bagi mengelakkan traffic jam.
Malam ni mesti pack baju siap2 dalam beg, tak mau last minit macam selalu.
Suka yeeeee nak jalan2 kan. Yang penat, yang tension EN SUAMI laaaaaa...tekan brek, tekan minyak, tukar gear...aduhhhhh mesti lengoh kaki, lengoh badan. Tak paaaa, co-pilot yang tak pandai drive ni (tiap2 tahun re-new driving lesen saja) boleh urut2 lengan tuuuu bagi hilang stress.
Pada kawan2 yang menyambut Tahun Baru Cina, saya ucapkan
GONG XI FAT CHAI
Tahun ni tahun ULAR kan!
Monday, February 4, 2013
Memang Tak ada Kerja
Apa cerita lak nih....Hmmmmm inilah keja budak amoi sorang ni kalau berjalan jer mesti buat perangai.
Entah ayah sedar ke tak ni sama amoi pelok kaki ayah. Nasib baik emak dia tak join sekali....huhuhu pengsan terus!!!
Gambar diambil ketika cuti2 Hari Wilayah dan berhujung minggu di Melaka. Muzium Gabenor bersebelahan dengan A Famosa...nyamannya berada di atas bukit tu. Terasa singkat pula percutian kali ni, masih tak jemu2 nak berkunjung ke Melaka lagi. Sampai satu ketika saya pernah syorkan pada en suami, kita settle down di Melaka saja lah...terasa seronok pula di sini.
Ini pula mood tengah happy....
P/S: Kadang2 terfikir juga nak bersara awal...bekerja pun sekarang sudah separuh jiwa, dah rasa tak seronok lagi macam muda2 dulu. Kena cari alternatif nak buat apa semasa bersara nanti...any idea
Friday, January 18, 2013
Dulu Dulu Kan....(Part 2)
Assalamualaikum!
Dulu Dulu Kan....
Teringat ketika mengaji quran di rumah Ustaz Idris. Kami budak2 perempuan kalau boleh nak mengelak sangat kalau ustaz ni mengajar. Selalunya kalau turn ustaz ni mengajar budak2 perempuan, dia selalu suruh baca muqadam atau quran di meja tulis. Yang tak bestnya, ustaz ni gatal sikit, kaki dia menguis kaki kita orang! Selalu kalau giliran saya, saya selalu duduk mengiring atau senget sikit, takut ustaz kuis kaki di bawah meja. Serik sangat, sorang pun tak mengadu pada mak bapak. Bila ustazah mengajar, rasa lega sangat walaupun ustazah tu garang. Lepas habih khatam quran, saya tukar kelas agama ke surau Kem pula. Memang lain dari yang lain lah. Di situ saya juga belajar nasyid, first time masuk pertandingan nasyid di Sg Petani. Dapat lah sorang RM20. Hihihi kira banyak la waktu tu. Tambah2 masa tu budak lagi...wowwwww RM20 kira banyak tuu!!!
Di Kem Polis Hutan, tiap2 hujung minggu mesti ada wayang. Wayang ni selalu diadakan di Dewan Besar, tepi padang kawad. Kalau nak tahu, wayang apa waktu tu, tengok je di notis board di jalan utama. Hahahaha...masa tu lepas waktu solat isyak, masing2 dah bawa tikar nak "book" tempat duduk paling selesa sekali. Ada jugak yang dah "book" awal2 hampar tikar di tempat yang kira First Class. Sambil tu bawa bekal air minum dan jajan sekali, best sangat waktu. Wayang free la katakan. Yang bawa anak kecil, siap bawa bantal lagi.
Itu nostalgia yang tak dapat dilupakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)