Nuffnang Ads

Showing posts with label Realiti Hidup. Show all posts
Showing posts with label Realiti Hidup. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Akhirnya Dia Bayar Juga

Saya bukan nak memburukkan orang tapi ingin menyatakan ketidakpuasan hati saya.  
Selama ini saya rasalah saya tuan rumah yang paling bertolak ansur, mana ada tuan rumah nak boleh kata, "Iye, ok saja" bila penyewa rumah sms, "Kak, bulan ni saya tak dapat bayar sewa rumah sebab gaji tak cukup bla bla bla bla..."   Lepas tu kemudian, bayar, then dekat-dekat nak raya sms lagi, "Kak, saya bayar sewa rumah bulan depan ye, bulan ni nak pakai untuk raya".  Saya rasa kasihan kata, "ok je".  Itu semua kejadian tahun lepas dan beberapa bulan yang sudah.  Penyewa rumah saya ni, tak pernah bayar sewa rumah seperti yang termaktub (hehehehe ayat korporat ni) dalam perjanjian sewa rumah, iaitu perlu membayar sewa rumah setiap 30hb atau selewat2nya tujuh hari pada setiap minggu pertama.  Penyewa rumah saya ini boleh bayar selepas 7hb setiap bulan, kalau saya tak follow up memang dia buat dekkkkkkkkkkkkk saja.

Pada mula2 dulu, en suami selalu buat reminder pada saya.  Saya memang selalu follow up dengan penyewa rumah ini.  Selalu memberi alasan.  Sebelum nak masuk rumah, bukan main lagi, rumah nak cantik, dicat bersih, no sampah sarap (memang tak ada pun), mesti ada gril bla bla bla.  Sewa rumah pun saya dah kurangkan RM100 dari harga sewa asal.  Penyewa rumah ini pun bukan satu keluarga, terkejut saya masa saya pegi melawat awal2 dulu, rupanya mak dia pun sekali, dengan adik yang dah berkeluarga.  Bayangkan, sesak!!!  Tengok rupa rumah pun dah sedih, bersepah.

Ok, bulan ini, awal bulan lagi penyewa rumah dah sms, dia kata nak masuk duit lambat sikit sebab nak tunggu overtime suaminya.  Saya dah mula rasa cuak, tapi masih boleh bertoleransi lagi.   Masuk minggu ke dua, saya tanya lagi, dia kata, "Boleh saya masuk duit dalam Sabtu atau Ahad depan?" Saya dah mula tak sedap hati, tapi masih lagi nak menunggu apa kesudahannya nanti.   Semalam, jam 9 pagi, saya terus sms dia (malas nak cakap direct takut mulut saya terLASER nanti di bulan ramadan ini), "Saya harap puan dapat transfer duit hari ini juga.  Saya dah banyak atau terlalu bertolak ansur selama ini.  Dan mulai bulan depan, puan perlu (wajib) bayar sewa rumah mengikut seperti perjanjian sewa rumah iaitu setiap 30hb atau selewat2nya di antara 1hb hingga 7hb setiap bulan. Tidak lewat dari 7hb ya.  Sebab saya pun menyewa juga di KL ni, tapi saya selalu bayar sewa rumah tidak lewat sepertimana perjanjian sewa sebab saya hormat tuan rumah yang saya sewa dan juga hormat pada perjanjian yang saya pegang selama ini".  Eh! kasar sangat ke, lantak lah, rumah saya, saya ada HAK kan!   Lama agaknya sms tak berbalas.  Dalam tengahari tu, sedang saya menggosok pakaian, handset berbunyi menandakan ada sms masuk.  " Kak, saya dah masukkan duit".   Alhandulillah, saya cuma balas,"terima kasih"

Akhirnya, dia bayar juga!!!!!!

Thursday, July 28, 2011

Bersiaran Semula

Dah 2 hari, blog ni tak ada apa2 update.   Dengan banyaknya kerja, di samping internet connection di meja sendiri punya la slow...disebabkan cable internet telah dipasang di meja kawan seorang lagi, maka saya pulak berkorban rasa.   Tanpa meminta izin terlebih dahulu, terus dicabut kabel di meja saya, membuatkan saya terkebil2 tanpa kata2.   Haishhhhhh.....walaupun rasa sedih, tapi dengan nada sindiran boleh lagi saya berkata, "you should thanked me for that, ok".   Haishhhhhh tak faham jugak ke, leh gelak2 suka gembira lagi.   Hmmmmmmmm daripada melayan perasaan yang mungkin melarat menjadi lebih teruk (fuhhhhhhhh muhasabah diri, tenangkan perasaan ini), saya mahu buat sedikit perubahan pada workstation saya pada hari ini, memandangkan kerja2 pejabat sudah diupdate.

On and off, saya akan update lagi hari ini jika berkesempatan.

Nota:
Dendam itu Indah, Balasan Itu Pahit.
Tapi saya seorang yang bukan jenis pendendam

Thursday, April 14, 2011

Terkenang lagi pada AIDA AMEER

Petang semalam dalam 2 jam lebih jugaklah
aku masih terpaku depan PC continue membaca blog
(Realiti Sebuah Kehidupan).
 
Inilah la kali pertama aku baca satu blog sambil berlinang airmata.
Rupa2nya ada insan yang lebih susah dari aku.
Aku beruntung punya suami yang baik yang kadang-kadang
perangai suami yang tak terduga, ada angin ributnya juga.
Tapi itu semua rempah hidup alam berumahtangga, selalunya
aku mesti berSANGKA BAIK.
Jangan fikir yang bukan2 terhadap suamiku pabila dia keluar malam berjumpa kawan2nya.
Tak kan nak kongkong suami kan..orang lelaki mana suka kena QUEEN CONTROL.
Kalau suami pulang jam 3 pagi pun, aku tak kisah, janji dia pulang tengok anak isteri.
Tak perlu aku nak bersoal jawab dengan dia kalau
"peperangan" yang tak diingini berlaku.  

Apapun aku tetap bersyukur dengan pemberian ALLAH
suami baik, anak2 yang comel
dan semoga rumahtangga bahagia.
Percaturan hidup yang telah ditentukan oleh ALLAH.
Dah tua2 begini dah malas nak fikir yang bukan2.
Aku nak jalani hidup tua ku bersama suami
dan anak2 membesar dan berjaya cemerlang di mata kami berdua.

Bagi Aida, aku sentiasa berdoa agar kamu punya masa depan yang cerah.
Aku percaya 
WHAT GOES AROUND WILL COME AROUND
Percayalah TAKDIR ALLAH MENGATASI SEGALA2NYA.

Yang baik itu datang hanya dari ALLAH
Yang buruk itu juga dari aku sendiri...aminnnn

Wednesday, April 13, 2011

Aku Juga Terpanggil Untuk Menceritakannya

Sedihnya bila baca kisah realiti kehidupan
(Realiti Sebuah Kehidupan)
Bergenang airmata aku ni membaca kisah wanita muda ini mengharungi kehidupan bersama anak2 setelah ditinggalkan suami yang sepatutnya menjadi tempat tumpah kasih sayang.
Malangnya kasih beralih arah, kala isteri sarat mengandung si suami pula
dengan penoh nafsu gelora mewarnai kehidupannya sendiri 
dengan mengikat ikatan tali pertunangan dengan perempuan yang tidak bertimbang rasa.

ALLAH HU AKBAR. 
Betapa kuatnya dugaan yang Engkau berikan kepada
namun tanpa sedikit secalit kesal pun dia rasakan
malah terus bangkit dengan kuat 
berbekalkan semangat dan cahaya yang Engkau berikan.

Semoga hidup kamu dan anak2 akan terus bersinar dan menemui kebahagiaan
walaupun tanpa seorang lelaki yang bernama suami dan juga ayah buat anak2 mu.
Semoga ALLAH merahmatimu Aida dan keluarga.

Nota: Sayunya hati bila Ameer pandai meredakan kesedihan ibunya:
Petikan dari blog realiti sebuah kehiduapan
"Pernah jugak satu malam (aku ingt ayat ni smpi mati) aku nangis tak henti2 sbb sedih sgt bila kena tinggal..masa tu Firdaus demam..nak call malas la...nak kacau laki org kan,...

Aku ckp dgn Ameer..pesal babah buat kita camni..Ameer jawab “ kenapa mama nak sedih, mama kan ada Ameer, Putri, Firdaus..semua org sygkan mama, babah yg kena sedih..sbb dia Cuma ada perempuan tu jer...mama lagi cantik, lagi baik.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...