Nuffnang Ads

Monday, August 27, 2012

Isnin Yang Suram

Assalamualaikum!
Salam Aidil Fitri kepada semua teman2 blogger sekelian.  Masih lagi dalam mood raya walaupun raya tahun ini disambut dengan cukup sederhana sekali.

Tahun ini pertama kalinya saya bertolak balik kampung pada pagi hari raya.  Tidak seperti tahun sebelumnya, pagi raya memang dinantikan untuk mengucup tangan suami dan ayah bonda dan keluarga.  Tapi tahun ini, pagi raya terasa lain sekali walaupun suami dan anak berada di sisi.  Lepas sembahyang raya, bersiap2 terus membelah lebuhraya DUKE yang tidak sibuk seperti selalu.  Lancar saja perjalanan pulang ke Kedah.  Seronok sangat!  Sempat lagi singgah di Ipoh rumah kakak ipar.  Hidangan bihun sup, lemang dan rendang pedas cukup buat kami mengalas perut dalam perjalanan pulang ke kampung.

Kami selamat tiba di kampung lewat jam 5 petang.  Kebetulan ayah dan bonda ada di rumah, begitu jugak kakak ke tiga dan anak2nya.  Faizal dan sepupu rapatnya entah ke mana merayau.  Biasalah anak bujang, mana mahu nak beraya bersama.   Mesti berkonvoi sakan dengan teman2 sebaya.

Raya ni, tak ke mana sangat pun.  Lebih kepada singgah beraya di rumah kakak yang keempat dan abang sulong.  Abang kedua pun ada balik beraya di kampung.  Seronok berkumpul beramai2.  Hajat hati nak beraya di Perlis pun tak jadi.  Selebihnya kami cuma beraya di kawasan berdekatan saja.

Hari Khamis, kami dah bersiap untuk pulang ke hutan kota.  Terasa cepat sangat masa berlalu.  Sedih nak meninggalkan ayah dan bonda, lebih2 lagi bila bonda menangis apabila ku pelok cium mohon maaf.

Isnin - sunyinya ofis hari ini.  Masing2 masih lagi dalam mood hari raya.


1 comment:

Cho Zila said...

syahdu membacanyer... mengingatkan emak di kampung ....
hrai raya memang waktu yang dinantikan untuk berkumpul sekeluarga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...