Nuffnang Ads

Wednesday, July 11, 2012

Demam, Sakit Sendi dan Pinggang, Tapi Urusan Belum Lagi Selesai

Assalamualaikum.
Wahhhhh panjang beno tajuk di atas hehehehe.  Terlebih sudah!

Maksud tajuk di atas, yeah seperti sedia maklum, urusan pindah barang2 ke tempat baru sudah selesai tapi cuma barang2 yang kecil2 dan ringan2 saja yang masih berlonggok lagi di rumah sewa lama.   Rasa macam tak percaya pulak, punya la banyak barang2 yang terkumpul sejak menetap di Mawar Sari Apartment.  Bila dibelek2, ada setengah barang terbeli tanpa kegunaan - memang satu pembaziran dan perbuatan yang tak boleh dimaafkan huhuhuhu.  Sekarang lebih berhati2 bila nak membeli - bila perlu sangat akan kegunaan baru membeli.  Kalau tidak pakai saja apa yang ada sampai betul2 lasak kan.  Tak perlu nak bermegah2 dengan barang2 baru yang belum pasti diguna atau tidak...ingatan untuk diri sendiri! Toing!!!!!

Badan masih ada lagi sisa kepenatan.  Lenguh, sakit pinggang yang ditahan dan badan seram sejuk macam nak demam tapi tidak dilayan sangat segala kesakitan dan lenguh2 itu.  Kalau tidak lemau pulak badan ni kan.  Buat tak tahu jer....elok la nanti badan ku ini.  Barang2 masih lagi bersepah di sana sini di tempat baru. Tak apa, saya akan buat sedikit demi sedikit.  Mana yang larat dan terdaya oleh badan dan kudrat, akan saya buat.  Tak sempat, saya tangguh dulu bila ada kelapangan akan diteruskan.  Senang kan gitu, tak perlu nak crack my head fikir yang berat2 sangat.  Usia dah tua macam ni, nak rasa tenang saja...malas nak fikir yang tak berkenaan.  Cuma minta doa pada Allah supaya sentiasa dipermudahkan segala urusan, insyaallah.

Dalam tengah mengemas2 ni, cari punya cari....mana tong beras!!! Hmmmmm sah samada remover terlupa nak angkat atau misplace kat mana2.   Memang nak kena beli tong beras baru la nampak gayanya kan.  

Ok, tak nak fikir panjang2....mata pun rasa berat saja nih, tapi perlu selesaikan beberapa perkara lain.
Sampai kita jumpa lagi ya.  Wassalam.

4 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Kak Zuwaidah cayanggg selamat berpindah kerumah baru..:)) waduhhh kepenatan sangat nampaknya.. tak berehatlah ya kak.. pstt.. rumah sha ada xtra tong beras! toinggg hhee

zuwaidah said...

Hi Sha....kak zu tengok pun sha pun busy ya amat!!! Ke sana sini...
Hah! Tong beras ada extra lagi yek...hehehhehehehe leh lerrr post kat sini hehehehehe

Jun said...

selamat berkemas...kak jun memang dah tobat beli barang (lepas tu tak digunakan). Kumpul habuk....kalau dicongak, berapa banyak...kan? yg dibazirkan...

zuwaidah said...

Kak Jun, terima kasih post ke timeline saya hehehehehhehe.
Dah selesai urusan mengemas, touch up sana sini sikit2. Ye, betul saya pun sama lah...bila tengok di kedai bukan main lagi membeli. Balik rumah, simpan sampai berhabuk..bila nak pindah baru nampak....ooooo barang ni belum pakai lagi. Last2 sedekah kat orang je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...