Nuffnang Ads

Wednesday, July 4, 2012

Seronoknya Bibik

Assalamualaikum.
Petang nan redup, nak kata nak hujan, tak hujan pun.  Panas pun tak terasa sangat.  Memang sedang2 elok hari ini, syukur.

Dua hari bercuti kerana pulun mengemas apa yang patut.  Masih ada lagi saki baki yang belum terlunas.  Hmmmmmm kalau sorang2 saja yang nak punggah, nak mengemas, nak memilih yang mana patut dibawa atau di "let go", memang memakan masa yang panjang. Akhir2nya bila fikir semula, tak apa lah, bukan rezeki kot.  Nak bawa seluruh isi rumah sekarang ke rumah sewa yang baru memang tak akan muat kesemuanya.  Daripada dibagi kepada encik tong sampah, elok diberikan kepada mereka yang sudi.  Barang masih elok, rasa ralat nak buang.  Nampak saja cleaner di apartment ini, terus saja lambai datang ambil.   Senyum lebar cik bibik ini.  Suka yaaa...dapat barang yang diberi.   Tak apalah, rezeki kamu kan.  Bukannya saya ini kaki membazir.    

Masa mengemas dua hari lepas, baru jumpa ini, itu dan baru ingat oooooo pinggan mangkok ini memang tak pernah digunakan.  Hmmmmm tak perlu membazir, elok pakai saja.  Bekas2 kuih ada 2, 3 kotak.  Hmmmmm banyak2 pun bukan pakai.  Hulur lagi pada cik bibik.  Senyum lagi.  Esok2 raya ada satu set saja yang ada pada saya.  Rasanya cukup la kot hehehehehehe.  Memadai lah kan.  Kalau di rumah mak, memang iye...memang banyak.  Hmmmm perlu "cukai" ke dari rumah mak hehehehehe...rancangan jahat yang tak senonoh nih.

Ok, nanti saya update lagi yeeeee.  Operasi mengemas akan diteruskan malam ini.   Adohaiiiiii penat la cekkkkk!!!!!!

1 comment:

yanti isa said...

kami yang dekat sebulan pindah pun tak habis mengemas lagi ni ..selamat mengemas maksu .. jangan lasak sangat . Buat setakat yg terdaya .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...