Nuffnang Ads

Wednesday, July 18, 2012

Minggu Sunyi Sepi

Assalamualaikum.
Nampak sangat kan blog ni diupdate seminggu sekali hihihihi.  Mood berblogging adakala turun naik macam air pasang surut di pantai timur.

Urusan pindah randah sudahpun selesai, alhamdulillah.  Bab kemas mengemas seisi rumah mengambil masa dalam 2 minggu jugak lah, sebab yang tukang mengemasnya hanyalah saya seorang saja.  Orang lelaki ditugaskan mengangkat barang2 berat, sesudah itu selesai!!  Boleh senang2 goyang kaki dan badan.  Yang nak memunggah, menyelongkar segala isi kotak saya seorang saja lah.  Memang terasa sangat letih, tapi selalu berfikir secara positif.  Lama2 luak jugak lah kerja saya tu.  Kalau ikutkan hati, mati!  Nak menangis pun ada, tapi alaaaaaa apa sangatlah kalau setakat nak punggah2 dan susun semula kan.   Bak kata Kak Gee (wartawan) "Kita yang buat dia" hehehehehehe.....dan bila terkenangkan kisah Kak Jun @cupcakekekasih yang "kehilangan" bibik baru2 ni dan boleh tangani masalah, bertambah lagi semangat nak menghabihkan kerja2.  Sekarang...fuhhhhhhhhhhh puas hati tengok barang2 dah tersusun atur rapi. Tapi masih lagi dalam musim menyesuaikan diri.  Kadang2 tersasul gak dengan susunatur barang2 sebab dah terbiasa dengan keadaan rumah sewa lama hihihihi.

Ni bab dapur lak nih....en suami dah terbeli dapur elektrik.  Mak aihhhhh...saya ni jenis orang lama, mana laaaa nak pandai guna dapur canggih nih.  Dok biasa dan selesa dengan dapur gas.  First time nak guna dapur elektrik, siap kena baca manual dan instruction sekali...huhuhu...nampak sangat tak pandai kan.  Sekarang kena rajin2 buat practical di dapur tu hihihi.  Hari2 mengintai blog masakan, tapi tak jugak pandai2 masak...ya amponnnnn!!!!!   Tapi ingat motto "By practise make you perfect".  Yeahhhhhh jangan berserabutkan fikiran.....masak ni mudah, antara nak dengan tak nak je kan.  Hmmmm memang terkena pada diri sendiri huhuhuhu.

Ok, dah merepek sakan dah nih.  Saya ciao dulu.
Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...