Nuffnang Ads

Saturday, June 16, 2012

Dalam Dilemma

Assalamualaikum.  Pagi sabtu, amat jarang sekali membuka blog sendiri apatah lagi untuk mengupdate blog ini.  Mesti pelik kan.  Sesudah subuh tadi, terus je mengemas rumah, sapu habuk yang setiap hari rajin singgah di apartment ini.   Hmmmmm kalau tak disapu makin seronoklaaaa habuk2 ni berterbangan sana sini.  Al maklum apartment yang betul2 menghadap DUKE highway ini memang tak pernah sunyi dari deruman kenderaan yang lalu lalang setiap hari tak kira siang ataupun tengah malam.

Ini bukan nak mengkisahkan highway pulak.  Saya sebenarnya dalam dilema sedikit.  Minggu lepas tuan rumah apartment ini menyampaikan hasrat nak menaikkan sewa apartment ini.  Agak mahal dan tak berpatutan dengan harga yang nak dinaikkan.  Apartment ini tuan rumah cuma sediakan sofa, katil dua tingkat, katil kelamin dan perabot yang lain. Semuanya basic.  Kebanyakan perabot kami sendiri masa berpindah ke apartment ni dulu, banyak kami sedekahkan pada saudara di sebelah suami saya.  Kami cuma ambil katil kelamin, almari pakaian dan peti sejuk. Meja makan kami beli sendiri memandangkan meja makan yang tuan rumah sediakan alahai bukan nak mengutuk, tapi meja yang selalu warong makan guna tu.  Hmmmmmm bukannya kami ni kebendaan sangat, tapi tu laaaaa kalau nak sewakan pada orang lain, biar ikhlas.  Samada dibiarkan kosong terus atau disediakan perabot yang basic tak perlu mahal tapi berbaloi.

Kami banyak menggunakan duit kami dahulu untuk memasang grill (bayangkan grill tidak dipasang di tingkat atas ni, rasa ngeri pulak bila pandang ke bawah, lagipun merbahaya pada kanak2).  Begitu juga kipas angin kami pasang di ruang makan dan bilik tengah.  Memandangkan kami menjaga apartment ini dengan baik dan dalam keadaan bersih, tuan rumah berura2 menaikkan harga.  Saya sendiri tidak berpuas hati sebab contohnya almari dapur yang disediakan dulu cuma bertahan seminggu je bila kami gunakan.  Kaki almari reput dan patah.  Patutpun tengok dilapiknya kaki almari itu dengan bata.  Yang kelakarnya, di bawah katil disimpan 3 bekas talipon (phone booth).  Mulanya rasa pelik tapi tak berani nak buang sebab dah dipesan jangan diubah sembarangan.  Bila dah lama sangat dan asyik mengumpulkan habok tebal, en suami kata elok buang atau suruh saja tuan rumah tu ambil dan simpan di rumahnya.  Water filter pun entah berapa biji yang disimpan di apartment ni tapi satu pun tak boleh dipakai.  Itu pun kami buang sebab memang tak berbaloi simpan pun. 

Sejak pada hari tuan rumah menyuarakan hasrat untuk menaikkan sewa unit apartment ni, kami terus mencari2 apartment lain untuk disewa.  Rasa sayang juga nak tinggalkan apartment lama ni, sebab dah rasa selesa sangat.   Jiran sebelah menyebelah pun baik,  Lokasi pun sesuai sangat, nak ke tempat kerja dan tadika syiqin memang banyak cabang jalan yang boleh kami pilih.   Nak elak sesak jalan, boleh ikut jalan di belakang.  Nak balik kampung, DUKE highway kan depan mata, dekat sangat, tak perlu lagi meredah MRR2 seperti dulu.  

Kenapa saya tak tinggal rumah sendiri di Semenyih.  Pertama, agak jauh dari tempat kerja (rumah ni saya beli masa saya masih single lagi, tanpa kenderaan sendiri pulak tu).  Jadi sampai sekarang terus disewakan pada orang lain saja daripada dibiarkan kosong,  Mungkin apabila bersara nanti, baru saya akan berpindah semula ke rumah sendiri.


7 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum.. betullah kalau dah nak naikkan sewa dengan harga yang mahal lebih baik cari aptment yang lainkan... memanglah kita sayang nak tinggalkan tempat tinggal yang cukup strategik lokasinya dan juga jiran juga baik.. kalau sha pun akan buat keputusan yang sama... 1 aprtment naik sewa ada banyak lagi aptment terbaik di luar sana heehe.. tapi jawablah nak meninjau satu2 rumah tu kan.. tak pe jangan dilema lagi yaa.. sha dah biasa dengan kes macam ni.. dulu laa beberapa tahun yang lalu...:))

Unknown said...

Salam Zu...

Kesiannya kak Jun rasa dekat Zu. Kenapa nak dinaikkan sewa pula. Tak boleh slowtalk ke dengan tuan rumah tu. Memang kalau dah selesa kita rasa ralat nak pindah/berubah tempat. Tapi kalau tuan rumah tak bagi alasan munasabah....Zu kena buat solat istikharah. Mesti ada hikmah di sebalik kejadian. Insyaallah, mungkin ada rumah/kediaman yang sesuai dengan citarasa Zu sekeluarga dengan harga berpatutan. Kak Jun dulupun pernah menyewa juga, kontrak 1 + 1. Kita jaga elok sebab becadang nak sewa lama. Tapi selepas setahun, cina tuan rumah tu terus nak jual rumah dia, kelam kabut cari rumah. memang terasa hati sangat dengan tuan rumah macam tu. Zu cuba rangka plan A, plan B dan plan C. Mesti ada yang serasi. Take care my dear adik.

zuwaidah said...

Wassalam Cik Shahriah
Memang betul pun, mahal harga yang nak dinaikkan. Saya dah pun check salah satu unit di apartment yang sama, dengan harga yang nak dinaikkan tu ada built in kabinet, aircond, kipas (dah ada), gril (kita pasang sendiri huhuhu). Tapi tidak pada unit yang kita sewa skrg. Sedih ler..tapi nak buat mcm mana. Reda je cari rumah lain.

Salam Kak Jun
Tu laaaaa memang ralat sangat. Rumah tu kita jaga mcm rumah sendiri. Sebelum ni pun saya pernah sewa di Pandan Indah, punnnn saya buat yg sama jugak. Bila pindah keluar pun, saya bersih dan cuci dulu rumah tu sebelum serah kunci. Tuan rumah memang suka sangat, dia kata jarang tenant yg buat mcm ni bila dia sewakan. Tak pa la kak jun, saya pun tengah cari lagi nih. Ikutkan citarasa suami juga, kalau dia kata ok, ok lah bagi saya sebab dia yg bayar sewa segalanya hihihihi. Tapi kalau ikutkan kata budak syiqin tu, memang parahlah poket duit ayah dia hihihi

makcikkantin said...

nak berpindah ni cukup leceh kan.....tapi nak buat mcm mana....dah dpt rumah lain?

wahida said...

alahai...mmg dlm dilema lah mcm ni...
tapi kalau saya, pindah je lah, byk lagi rumah sewa yg berbaloi rasanya...

Dhea Ahmad said...

akak sayang...bila nk update cerita baru......:)

zuwaidah said...

Makcikkantin
tu laaaa memang leceh ni nak pindah randah. malas beno nak mengemas sebenar2nya hihihihi...ada sapa nak bantu kaaaa

Wahida
Memang nak pindah ni wahida...tengah round cari apartment yang sesuai.

Nadia
Haaaaaaaa baru nak update nih...sesi angin malas! Asyik tengok iklan mudah je sekarang ni, tengok apartment sana sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...