Nuffnang Ads

Friday, June 22, 2012

Pencarian Masih Belum Berakhir

Assalamualaikum!
Haaaaaaaaa.....tu diaaaaa....seminggu sekali update blog...hehehehehe macam sibuk sangat kan.  Padahal rajin pulak blogwalking rumah teman2 bloggers yang lain hihihihi.  Yeahhhhhh memang sebenarnya idea kering kontang semacam musim panas ini.  Lebih seronok dok merayau blog teman2 daripada nak update blog sendiri.  Ok la kan!

Ni acara marathon mencari apartment sesuai belum lagi berakhir.  Boleh dikatakan tiap-tiap petang lepas waktu kerja, mesti pegi view apartment baru.  Tu diaaaa...macam gi site visit saja lakunya.  Tak pa, kita kayuh pelan2, jangan terburu2.  Nanti dapat rumah yang tak senonoh baru haru biru.
Yang penting sekali, apartment mesti ada kitchen kabinet yang sesuai, dan ruang untuk jemur pakaian.  Tengahari tadi (curi2 keluar! adoi pecah rahsia) view satu apartment ni, memang cantik, bersih, view pun cantik boleh nampak KLCC gitu.  Tapi yang leceh sekali, ruang jemur pakaian tak ada.  Bermaksud kena jemur di dalam bilik setor (hmmmm mesti berbau hapak nanti pakaian) atau di ruang tamu (boleh ke gitu).  Sebab intai2 dari apartment sebelah menyebelah memang dia orang buat gitu.  Hmmmmmmm tak sesuai!! Harga sewa lak mahal!  Tak paaaaa...kita pelan2 kayuh.  Jangan terburu2, mesti ada lagi ni.

Kena banyak sabar nih.  Kasihan en suami ler, pusing stereng sana sini.   Kita ni nama saja co pilot tapi nak pegang stereng dah lama berkarat.  Eeeeeeee tak sesuai langsung jadi co pilot nih.

2 comments:

Ida Firdausi said...

hey kakak! lama tak singgah sini :)

tengah cari apartment ke? samalah kita.. semoga dapat apartment yang diimpikan ye.. cewah!

zuwaidah said...

Hi ida
Sekarang ni dah dapat. Baru bagi booking fees. Mcm kelam kabut je nak pindah, apa pun tak pack lagi nih. Malas pun ada, tapi mesti kena buat jugak. Moga angin RAJIN datang hari ni hihihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...