Nuffnang Ads

Thursday, February 2, 2012

Siaran Langsung Dari Zennith

Assalamualaikum!  Salam sejahtera semua.
Bersiaran langsung dari bumi Kuantan pula.   Sejuknya malam ni, kat luar sana, angin bertiup agak kuat jugak.  Memang terasa sejuk, ditambah dengan aircond di bilik penginapan di The Zennith Hotel.

Wah! Malam ni update blog sambil menikmati malam di bandar Kuantan.  Jam dah hampir 11 malam, bandar Kuantan pun dah makin sepi.  Kereta pun tak banyak macam Kuala Lumpur.  Hotel yang berdekatan dengan East Coast Mall ini pun agak sepi dari sebarang aktiviti.   En suami dah lama berdengkor tu..hehehehehe letih gamaknya.   Iye lah, semalam cuma sempat tidur 4 jam saja, itu pun selepas suboh dia tidor.  Entah apa dia buat di ruang tamu semalam, penoh bersepah di meja makan dengan kertas2 pejabat.   Saya terbangun pun tengok dia sibuk lagi di meja tersebut.  Tu yang pengsan awal malam ni.  Tinggal saya berteman budak syiqin ni, tak reti2 nak tidur.  Konon nak teman mak dia la...padahal tengah tunggu giliran ni nak guna laptop.  Budak zaman sekarang, benda lain dah tak pandang, beli buku sekejap je dia pandang.  Lepas tu, handphone kita, laptop kita juga yang sedap dirembat.

Oklah...macam tak ada tujuan lak update blog ni.  Orang lain update betapa indahnya bahasa dan alunan kata2, saya ni main belasah aje.  Hehehehehe....tak pe la...memang tahu pun blog ni bukan orang serbu masuk berduyun membaca.  Saya ni cuma syok2 sendiri nak blog untuk tatapan sendiri, tapi syukur ada juga yang sudi bertandang di sini ya.

Selamat malam semua.  Insyaallah kalau sempat, malam esok saya update lagi.  Esok entah ke mana pula kaki nak melangkah di bandar Kuantan nih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...