Nuffnang Ads

Tuesday, January 31, 2012

Ku Syukuri Atas NikmatMu Ya Allah

Assalamualaikum.  Baru kesempatan nak membuka pintu blog ini semula.
Lama yer tak update.  Sibuk, angin MALAS pun ada, kekurangan idea pun iye jugak.

Tapi hari ini syukur alhamdulillah.  Saya berkesempatan nak mengisi ruang di blog saya sendiri.  Rindu pun ada juga kerana dah lama tak menziarah blog2 kesukaan saya.  Mostly banyak blog yang menjadi kegemaran.  Nak "singgah" pun ada masa2nya jugak kan.

Hari ini juga saya ingin berkongsi kegembiraan dan rasa kesyukuran kerana selama 8 tahun saya bernikah dengan en suami, baru inilah kali pertama saya dengar bekas isteri en suami ingin berjumpa dengan saya memohon maaf di atas ketelanjuran perbuatannya terhadap saya dahulu.  Hmmmmm...agak sukar nak percaya tapi inilah berkat kesabaran saya harungi kehidupan berumahtangga bersama en suami, akhirnya ALLAH mendengar doa dan suara hati saya (ketika saya menaip inipun terasa sayu dan kerdilnya dirinya di hadapanMu, ya ALLAH).

Biarlah apapun sekali yang 'dia' telah lakukan, hasutan dan apa jua untuk merenggangkan hubungan saya dan anak2nya, namun saya telah lama maafkan 'dia' dan setiap kali berdoa mohon diberi petunjuk agar saya tidak lupa diri, tidak angkoh, tidak sombong diri, sentiasa merendah diri, muhasabah diri dan memaafkan sesama sendiri.  Saya akan sentiasa belajar dari kesilapan dan mohon juga 'dia' maafkan saya sekiranya saya terkasar bahasa serta perbuatan.

Mudah2an kali ini, hidup saya bersama en suami dan anak2 akan lebih tenang dan bahagia mengharungi kehidupan ini dengan kesyukuran dan keimanan.

ALLAH itu maha besar dan mengetahui segala2nya.  
Subhanaallah!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...