Nuffnang Ads

Tuesday, January 17, 2012

Syiqin Oh Syiqin

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama, muncul kembali.   Cemburunya tengok rakan2 blogger mengemaskini blog dengan meriahnya.  Saya pula sekadar mencuri menjengok menjengah blog teman2 tanpa mengemaskini blog sendiri.  Huhuhu sedih la jugak.  Tapi tak mengapa, kepentingan kerja perlu diutamakan.  Kalau tidak, kena jeling pula dengan bos yang baik hati ini.

Sekarang dah masuk minggu ke-3 bulan Januari.  Agaknya dah terlambat kot nak cerita pasal Syiqin hari pertama menjejakkan kaki ke Tadika Twinkle Tots di seksyen 6, wangsa Maju.  Syukur tak terhingga kerana hati Syiqin terbuka untuk belajar dengan kawan2 baru.  Hari pertama, ada la rasa sedih di hati meninggalkan sikecil ini berseorangan di tadika dengan teman2 yang belum kenal mesra.  Tapi saya gagahi juga meninggalkan Syiqin dengan hati yang amat berat, dan dia saya lihat menangis teresak2.  Walaupun begitu, nasib baiklah Syiqin tak ikut berlari berkejar ke arah saya.  Kalau tidak, dengan saya sekali dengan bertunggu tangga di situ.   Petang, waktu saya mengambil Syiqin semula, muka nampak ceria.  "mama Siti" (gelaran cikgu di tadika tersebut) memberitahu saya, cuma 10 minit je menangis, lepas tu...melompat sana sini seronok bermain dengan teman2 baru.  Lega rasa hati saya.  

Sekarang dah tak susah lagi nak kejutkan Syiqin ke tadika.  


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...