Nuffnang Ads

Saturday, February 4, 2012

Duhai Hati....Kenapa tidak keruan ni

Assalamualaikum!

Jam 4.45pagi mata sudah buntang segar terbuka.  Syukur, gerak hati nak bangun awal pagi ni termakbul.  Kalau tidak 6.30pagi baru nak celik.  Sebolehnya, sebelum azan Suboh nak bangun, mandi dan bersiap sedia untuk solat, tapi pagi ni terlalu awal.  Sambil menanti waktu suboh, saya masuk dulu di sini, tengok apa yang perlu.  Hajat nak update awal, tapi tersimpang pulak blogwalking blog kawan2 di sini hehehhehehe.

Masih lagi bersiaran dari Kuantan.  Tak balik lagi, semalam en suami ada staff dinner syarikat beliau.  Penyanyi jemputan RAMLI SARIP youuuu.   Ada terjumpa di coffee house pagi semalam waktu bersarapan pagi.  Ramai peminat yang berpeluang mengambil gambar bersama, saya??? Rasa segan lak walaupun camera memang sedia ada dalam handbag saya.  Penyanyi yang saya hormati dengan lagu2 nusantara Melayu yang memang tak pernah jemu2 mendengarnya.  Sejak zaman Sweet Charity lagi dah minat dengan suara garau beliau.  Sampai saat ini, lagu2 beliau menjadi kegemaran saya.

Hari ni entah apa program yang akan saya lakukan bersama en suami dan syiqin.  Sudah jemu asyik ke East Coast Mall saja...macam tak de koje lain la pulak.  Kalau bersiar2 di pantai telok cempedak atau cherating ok jugak kan.   Tapi apa pun tunggu keputusan dari en suami saja, dia yang pulas stering ke sini sana.   Saya cuma co pilot tak bertauliah (lesen memandu memanjang renew tiap2 tahun tapi jangan disuruh memandu ke sana sini, fobia lerrr)

Ok sampai di sini dulu.   Hmmmmm tajuk di atas tu macam ada benda je nak cerita.   Tak pe lah, biar disimpan di dalam hati saja huhuhuhu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...