Nuffnang Ads

Friday, December 16, 2011

Count Down

Assalamualaikum!
Sudah jam 12.15pagi.  Apa saya buat di waktu ini, patutnya beradu tidur di sisi suami.  Entah!  mata pula tidak mengantuk langsung.  Pasti esok pagi mesti kena buat kerja sambil berdiri ni, untuk mengelakkan tidur di meja kerja hehehehehehe.

Cepat kan, hari ni dah pun Jumaat.  Ada lagi 2 minggu bagi tahun 2011 berlabuh, dan kedatangan 2012 dinantikan dengan pelbagai lagi agenda yang ALLAH telah tentukan.  Kita ni manusia yang bisa memberi segala keazaman namun belum pasti dapat ditunaikan dengan sepenohnya.  Ada yang berazam bagai, belum tentu dapat melunaskan dengan sempurna.  Apapun bagus juga berazam, setidak2nya ada initiatif untuk memajukan diri masing2.

Saya pula, tak ada la azam yang bukan2.  Cuma harapan dan doa, menjadi insan yang lebih baik dari semalam, dan lebih baik pada masa akan datang.  Cuba memperbaiki diri dan kelemahan yang sentiasa ada, menjadi seorang yang lebih pemaaf pada diri sendiri dan semua orang di sekeliling saya.  Yang penting sekali, tingkatkan lagi amal ibadat serta dekatkan diri dengan ALLAH.  Dan of course, jadi isteri yang sentiasa mentaati suami, dan ibu yang sentiasa menceriakan serta memberi kasih sayang pada anak2.

Nota: nak blogwalking di rumah pun, langsung tak nampak apa bila buka blog nih.   Di ofis, tak sempat lak nak buka minggu nih, almaklum hujung tahun banyak benda yang nak kena update nih.  Rindunyaaaaaaaa!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...