Nuffnang Ads

Thursday, November 3, 2011

Kerja - Cuti - Santai

Assalamualaikum.
Macam biasa, jam menunjukkan 1.25tengahari.  Baru boleh singgah blog di sini.  Dalam hati, berkira2 nak update lebih awal, tapi biasalah asal buka computer je, dan lambakkan kerja atas meja, memang sah tak boleh punya nak update awal pagi.  Biar saya concentrate buat kerja2 dulu.

Aisey...tajuk kat atas tu macam iye2 je. Hahahaha....saya perasan la bila saya nak ambil cuti je, sure kerja berlonggok2 (bukan longgok banyak mana pun) yang perlu diselesaikan kadar ASAP.  Memang berasap! Hehehehe...saya jenis yang suka settle semua kerja saya sebelum bercuti.  Kalau tidak hati terasa bagai ada yang tak kena atau tiba2 saja teringat itu ini.  Bila dah selesai kerja dengan baik, baru hati senang nak bercuti ke mana2.  Tak perlu bimbang kot2 ofis call ke tanya itu ini.  Kalau kerja dah selesai, boleh lah bercuti dengan santai sekali.  Opss...kali tidak ye, di samping nak beraya bersama mak ayah di kampung, satu lagi tugasan yang perlu diselesaikan iaitu sesi angkut barang2 naik atas rumah.   Sesi mengeluarkan peloh serta membakar lemak2 di badan.  Saya tukang angkat pinggan mangkok dah ler, perabot2 tu biar je kaum lelaki yang kudratnya memang tak dinafikan untuk mengangkat benda2 berat.  (bangga sat aihhhh en suami ku ini)

Apa pun saya harapkan kali ini perjalanan pulang dan balik semula ke KL akan dipermudahkan serta mudah2an kampung ku serta kawasan2 yang selalu mengalami banjir akan selamat dari menghadapi musim banjir ini.   Kita manusia hanya merancang dan berusaha, persediaan untuk itu perlu ada, cuma yang menentukan cuma ALLAH SWT.  Andai kata dah ditentukan banjir juga, kita semua redha dan sabar.  Itu baru sedikit saja ujian dari ALLAH.  Apa jua masaalah, hadapi dengan tenang dan sabar.

Nota: Insyaallah, saya cuba update lagi esok seawal mungkin, sebab lepas sembahyang Jumaat, (insyaallah) akan bertolak terus ke kampung.

2 comments:

Unknown said...

:) selamat pulang beraya ye...hehehe

zuwaidah said...

azam - terima kasih. tak balik kampung keeeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...