Nuffnang Ads

Wednesday, November 2, 2011

Bersiap Sedia Untuk Banjir

Assalamualaikum.
Kebiasaan tengahari baru boleh update.  Ini pun terasa lapang sikit, sebab banyak kerja yang dah luak (loghat utara).

Jumaat ini, selepas Friday prayer, saya dan keluarga akan bertolak balik ke kampung (Kedah Jelapang Padi).  Nak berhari raya haji di sana pulak, mula2 cadang memang nak beraya di sini saja, tapi rasa macam tak seronok la pulak.  Tak ada siapa pun kat area ni.  Lagipun cuti hujung minggu ini panjang kan dari Sabtu hingga Isnin, saya lajak ambik cuti satu hari lagi.  Mak saya suka benar dengar saya nak balik, dan saya pun dah tempah 3 biji kek dari Kak Ida Bakery (promote blog kak ida ini lalalallaa)

Tujuan kedua nak balik ke kampung, adalah saya nak menolong mak ayah mengangkut barang2 di tingkat bawah ke bahagian atas untuk persediaan banjir.  Semenjak dua menjak nih, banjir besar selalu melanda kawasan kampung.  Kasihan kat mak ayah dan juga jiran2 di sekeliling bila banjir berlaku.  Bayangkan rumah dah la tenggelam dilanda banjir, perabot rumah, kereta, peralatan elektrik terendam dalam 2, 3 hari (kadang2 seminggu) sementara banjir nak surut.  Banyak kerugian yang dialami.  Tak kan setiap kali banjir, setiap kali nak bertukar ganti perabot, perkakas elektrik dan sebagainya.   Aduhhhhh..kasihannya.  Sebab itu saya telah cadangkan pada mak ayah agar mengangkut barang2 yang jarang digunakan dan disimpan di tingkat atas.  Mak kata buat lah apa yang patut, dah tak larat nak fikir apa dah.

Saya tengah bersemangat ni nak tolong mak, sebab saya dah pernah mengharungi banjir bersama mak ayah dulu pertama kali banjir besar melanda di kampung (sekitar lewat 1990an).  Selepas 5 tahun kemudian, berlaku lagi banjir besar di Kedah dan kemudian berlaku lagi selepas 5 tahun kemudian.  

Harap2 kali ni, dipermudahkan dengan izin Allah.

7 comments:

*SiRibenMerah said...

saya pon nak balik kedah jumaat neh.. ready nk sambut banjir jugak.. tak pikir hal raya pon... huhuhu

azam said...

mintak² supaya jgn jadi banjir besar

Oh Oeya said...

Kejadian banjir ni memang merunsingkan kan Kak Zu.. lagi nak sambut raya.. aduh..

PinKy MoMMa said...

kesiannyer..harap harap tak lar teruk sangat keadaan nyer..

caiyok kak zu ;)

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak Zuwaidah, kampung kat Kedah ke??? Alkisahhhhhhh.. my husband pun dtg dari sana juga..

wahida said...

semoga niat tu dipermudahkan ye sis..
mmg kesian dgn mangsa banjir...harap kerajaan boleh buat sesuatu...

zuwaidah said...

wahida - terima kasih. itu perlu kerajaan buat sesuatu (apa yg boleh dia orang bantu lah kan).

Sari yusa - yezzaaaaa..kampung kedah. Aiseyman..en suami org kedah gak keee hehehehhee

pinky momma - perlu bantu mak ayah nih, kasihan lak kat dia org. dah tua2 cam ni, anak2 lak masing2 jauh. sekali banjir, menderu balik anak2 yg mana sempat tolong.

oh oeya - tu la kasihan kalau time nak raya, banjir. Subhanaallah

azam - harap2 mcm tu la kan.

siribenmerah - jom balik sekali. kedah kat mana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...