Nuffnang Ads

Tuesday, November 1, 2011

Dah Ada Tapi Nak Lagi

Assalamualaikum.
Sudah tengahari pun, baru nak menjengah masuk kejap di sini.

Semalam lepas balik kerja, saya dan en suami ke Jusco Wangsa Maju dek kerana pujukan syiqin nak ke situ.  Bukan nak beli apa pun, cuma dah agak lama tak shopping complex ni, saya pun turutkan saja kehendak syiqin.

Sambil jalan2 dan pandang kiri kanan, tersinggah di Summit Store yang menjual pelbagai kasut dan beg tangan.  Mula2 saja tengok2, alih2 terberkenan lak satu beg tangan tu, cantiknyaaaaa!  Dalam hati (syaitan dah menggoda tu) bestnya kalau dapat beli beg ni.  Saja je tanya en suami, "Cantik tak", dia kata "Cantik, nak ke?" Pucuk dicita ulam mendatang, terus tersengih dan angguk kepala saja.  Dia kata, "Ok ambil lah satu, memang cantik pun"  Hehehehehehe suka mak kalau cam ni selalu kan.   

Saya memang suka beli beg tangan, tapi belum ada lagi yang berjenama hebat sebab tak berkemampuan pun hehehehehe.  Selalunya memang berangan benar nak memiliki satu yang berjenama, tapi bila ada duit, terasa sayang lak nak beli, terasa macam membazir lak.  Kebiasaan selalu macam tu, bila tak ada duit, tergedik2 nak beli tapi bila duit dalam genggaman, sayang pulak nak melabur.  Baru terasa rugi kalau saya membazir duit kan!

Nota: Udah tengahari, nak gi makan dulu.  Tapi tak tahu nak makan apa, sebab pagi tadi dah pekena Laksa Johor, terasa kenyang lagi.  Hmmmm mana nak ku harung kaki ni melangkah.  Duduk di ofis je, tak sihat sangat, wajib berjalan jugak nih.

5 comments:

Unknown said...

duit lebih xpe...hehehe

berjimat. perlu ke tak ni???

Oh Oeya said...

Cewahhh! Pancing mengena ya Kak Zu.. Suker ler tu..
Uuuiii.. laksa Johor.. nyumm! nyumm! Kalau psl makan takde yg tak sedap Oeya ni hik3 :D

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

masa kat mesia dulu 1st handbag yg kira branded ialah hanbag guess dpt masa anniversary yg ke 3 then biler dah lives in japan baru la merasa nak pakai coach...if x mesia jgn harap la nk beli mahal giler

idafirdausi said...

eeeeeeeee.. beshnyer ada handbag baru.. yang lama tu hantar kat JB je ye.. :)

zuwaidah said...

cik ida - hehehehehehe yg lama tetap dlm simpanan

ladychenta - syoknya boleh rembat coach...saya teringin punya lah lama nak coach. tapi tak tercapai lagi huhuhu

oh oeya - hehehehe pancing mengena kannnn..apa lagi

azam - kdg2 perlu juga manjakan diri utk diri sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...