Nuffnang Ads

Monday, October 31, 2011

Adoi Lengoh Kaki, Sakit Pinggang

Assalamualaikum.
Sudah jam 2.10petang, baru nak boleh update blog.

Dua hari berhujung minggu dengan cara paling santai.  Lepak di rumah saja.  Semalam saya terlebih rajin melakukan aktiviti menyeterika semua pakaian kerja en suami.  Bayangkan dari pagi sampai ke 3 petang baru selesai seterika semua pakaian.  


Dalam sibuk iron baju, saya ambil semua pakaian kotor lalu dihumban ke dalam washing machine.  Nah, senang gitu, biar saja en washing machine melakukan tugasannya.  Sedang saya suka2 iron baju, (tipu!!! mana boleh suka kalau kaki lengoh, sakit pinggang lak tu) sambil menonton tv.  En suami pun hairan tengok saya terlebih rajin mengiron semua pakaiannya.  Sebenarnya sepatutnya saya perlu melakukan rutin tersebut setiap hujung minggu, tapi dek kerana angin MALAS (heheeheh memang betul pun) saya tunda dan tunda sampai bertimbun2 sampai saya sendiri tak sanggup nak tengok.  

Minggu ni pula mesti sibuk kan nak siapkan beg pakaian lagi nak pulang ke kampung.  Hahahaha balik lagi ke kampung raya Qurban ni.   Jumaat ni, lepas sembahyang Jumaat, saya dan keluarga akan bertolak balik Kedah.   Sendiri suka2 nak balik half day, sedangkan saya belum maklumkan lagi pada bos saya (tak pe kan bos, bos pun nak balik Kedah jugak kan, kita kan sekampung!!!)

Oh ya, (bukan OH OEYA heheheheeh), berbalik pada cerita laundry tadi, saya teringin sekali mempunyai bilik laundry seperti ini, 

Cantik kan, kemas je, sambil membasuh, sambil iron baju di bilik yang memang dikhaskan untuk kerja2 laundry

Nota: Alih2 pagi ni, en suami hulor duit, dia kata penghargaan isteri menggosok pakaian suami dengan penoh kasih sayang.   Alhamdulillah..syukor!  Saya buat dengan ikhlas bang, tak pernah terfikir nak dapat upah mcm nih.


4 comments:

Unknown said...

basuh ok je....lipat ok je.....saterika....xnakkkkkkk

PinKy MoMMa said...

huhu encit papa tak bagi upah wit wit pun kat ai ;p

sakit pinggang kan lipat baju ni kak zu huhu..nak nak musim tengkujuh ni ;p

wahida said...

saya lak keje iron baju ni serah kat hubby...hehe...

best kan kalau dpt tempat laundry mcm ni...

zuwaidah said...

azam - memang nak iron baju tu yg adoiyaiiiiii fikir gak tuuu

pinky momma - lipat baju yg tak berapa suka, tapi wajib lipat gak kalau tidak bertimbun atas katil. tak suka tak suka tak suka

wahida - syoknya hubby leh tolong iron.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...