Nuffnang Ads

Tuesday, October 25, 2011

Blog Walking Lagi

Assalamualaikum.

Sudah tengahari ya, baru boleh menjengah sekejap cuma di blog sendiri.  Hari2 lepas memang tak ada apa2 yang menarik untuk diupdatekan, cuma sekadar blogwalking di blog teman2.

Tengahari ni, skip lagi lunch.  Saya memilih makanan ringan saja (bukan tidbits) seperti bihun sup, laksa atau makanan bergoreng seperti goreng pisang, keledek, sukon dsbnya.  Saya cuma memilih nasi sebagai hidangan di sebelah pagi, tengahari ringan sedikit, malam pula kadang2 makan, kadang2 tidak.  Tak pula terasa lapar pun.  Nak kata diet tidak jugak, berat badan saya rasa dah ok kot (50 kg, ok la tu)

Hari ni saya blogwalking di blog ABBY ABADI.  Mesti ramai yang tahu kan siapa Abby Abadi.  Sayu je baca blog dia, walaupun kadang2 di celah2 updatenya itu, terselit jenaka.  Mungkin untuk menceriakan hati yang gundah gulana.  Saya faham bagaimana perasaan hati ibu ini kerana saya juga pernah menghadapi situasi yang sama tapi tak serupa kes seperti dia.  Sekarang ni, syukur alhamdulillah hidup saya bahagia bersama en suami tercinta.  Jodoh pertemuan di antara ibu tunggal dan bapa tunggal sekarang ini telah berlanjutan sehingga ke 7 tahun.  Mesti ramai yang terkejut kan apabila membaca kenyataan ini.  Tak perlu saya bercerita kisah lama, biar tersimpan kemas dalam ingatan walaupun pahit, tapi manisnya tetap ada juga.

Perasan tak kenapa umur saya yang lanjut ni, ada anak kecil seusia 4 tahun.  Saya pun kadang2 rimas bila orang bertanya, "anak berapa orang" saya jawab, "2".  "Yang sulong berapa tahun, eh yang ini bongsu sekali ke".  "Sulong, 20 tahun, iye yang ini bongsu sekali".  "Eh jarak jauhnya antara sulong dan bongsu".  Disebabkan malas nak menjawab lebih lanjut, saya cuma cakap macam ni je "iye susah nak dapat, tiba2 Allah Ta'ala nak beri rezeki, syukur alhamdulillah".  Habih, full stop.  Tiada lagi pertanyaan lanjut.  Tak kan saya nak bercerita kisah lama saya, buat apa kan buka buku lama, lagi pun untuk menghormati bekas suami yang telahpun kembali ke rahmatullah.  Kalau bekas suami ada sekalipun, yang pasti itu ler jawaban yang saya berikan selama ini.  Malas nak bercerita lanjut, buat apa kan!

Itu lah, kadang2 bila kita berada di tempat orang yang senasib dan pernah senasib dengan saya dan juga Abby, mesti tahu betapa pedihnya nak mengharungi hidup sorang2.  Orang boleh mencemuh apa saja ikut sedap mulut dan kata hati mereka, tapi mereka tak pernah rasa apa yang kami pernah dan sedang rasakan.

Apa pun, macam Abby kata, kita perlu maafkan diri sendiri, kemudian sentiasa memaafkan orang lain dan sentiasa menjadi seorang yang pemaaf.

Itu lah yang sebaik2nya.  Sesungguhnya yang lemah dan buruk itu dari kita sendiri, yang baik itu datang dari ALLAH SWT.

Ikhlas dari hati saya.

6 comments:

PinKy MoMMa said...

tak semua orang mampu tabah seperti itu..manusia memang suka bertanya kan kak zu..kadang kadang rimas..

kalau nak jawab no komen kang..dia kata kite bajet retis hakhakhak..

Unknown said...

betul tu.... sentiasa maafkan sesiapa saja...

join blogwalking jugak

*SiRibenMerah said...

wow.. akak g blog abby.. nk terjah jugak la...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Allah sayang Kak Zuwaidah...

Izza - Jiejah said...

betul kak zu
kita kene memaafkan org baru hidup kita aman . dulu bila saya clash ngan XYZ rasa mcm dendam kesumat hahaha poyo jek . bila satu masa sy tersedar memaafkan itu lebih mulia , maka saya maafkan dia .. Alhamdulillah senang hati lepas tu , jodoh pun tiba² dtg ecehhhh hahahaha .

zuwaidah said...

pinkymomma - dulu2 masa masih baru jadi Ms J, memang biasa cakap no comment bila kawan2 tanya mcm2...rimas lorrrrrrrrrr....lama2 senyap sunyi tak bertanya hahahahha

azam - yaaaa kena sentiasa memaafkan kalau tidak tak senang duduk pulak kan, walaupun hati sakit, itu sementara saja.

siribenmerah - jom join blog dia...

sari - terima kasih, mudah2an kita semua sentiasa ingat dan dekat pada Allah walau senang, susah, sihat, sakit mcm mana sekalipun.

jiejah - ya betul tu. sentiasa jadi seorang yg pemaaf baru hidup lebih aman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...