Nuffnang Ads

Thursday, October 27, 2011

Aktiviti Deepavali

Assalamualaikum.

Pagi ni terlewat sikit bangun suboh, jam 6.30pagi baru terjaga.  Agak kalut juga, mengambil wudhuk dan solat subuh.  Terus saja mandi pagi dan bersiap2 untuk kerja.  Sementara menunggu en suami turun bawa barang2 ke kereta, saya mengemas rumah ala kadar.

Bercerita pasal mengemas rumah, semalam cuti deepavali saya mengambil kesempatan mengemas barang2 permainan Syiqin.  Ya Allah, macam nak pengsan tengok mainan dia.  Penoh satu beg besar dan ditambah satu lagi kotak plastic besar.  Saya longgokkan semua mainan itu dan pilih mana yang elok saja.   Yang "loose" atau cacat sana sini, saya masukkan ke dalam plastik besar untuk dijadikan makanan en tong sampah.  Anak2 patong BARBIE pun banyak juga, itu pun Syiqin merengek nak beli lagi.  Bila dilonggokkan semua tu depan mata dia, baru dia perasan mainan dia memang terlebih sudah!  Terus diam tak minta lagi. 

Buku2 pun saya asingkan dan kemas di almari, supaya senang Syiqin nak mengambilnya nanti.  Yang saya jadi naik "hantu" bila main tak pandai nak simpan atau kemas, serupa juga dengan buku.  Janji bukan main lagi lah nak simpan dan kemas sendiri, tapi bila dia dah jemu, mak dia jugalaaaaaa yang jadi mangsa nak mengemas.  Penat la macam ni.  Kadang2 saya pura2 ambil mainan dia dan pura2 nak buang ke dalam tong sampah.   Panik sekejap, tak pun buat drama air mata duyong, menangis minta simpati.   Hishhhh tak kan la mak sampai hati nak buang mainan Syiqin kan!!!!

Saya dah cakap dengan en suami tak perlu lagi beli mainan untuk Syiqin.  Cukupla apa yang ada, kalau korang tengok, sure pengsan!!!!

Itu ler kerja saya semalam, penat juga mengemas mainan dia, kalau mengemas rumah lain cerita, saya suka!

7 comments:

TiTi said...

hehe sama lar macam anak buah saya, tp yg peliknya bila time besday diorg mintak keychain je, tp hari-hari yang takde ocassion mcm diorg mintak! semalam cuti rasa macam hari ni ahad, susah nak bangun pagi! :D

PinKy MoMMa said...

kak zu..abg long punyer pun pengsan nak kemas huhu..kemas masa time pindah nanti lar jawabnyer..buang buang huhu..

Oh Oeya said...

Semalam hari makan Oeya.. Adik-beradik menginap di rumah.. meriah :)

wahida said...

mmg kalau tgk barang mainan anak2 sebenarnya bykkan...tak sedar dah byk sampai cenggitu sekali...


salam kenal..terus follow sini...

zuwaidah said...

titi - tu la budak2 skrg amat bertuah ada mcm2 mainan...zaman kak zu dulu nak anak patong, buat sendiri je dgn kertas keras, baju anak patong pun serupa, buat dgn kertas dan colour biar cantik....eeeeeeeee jimat tuuuuu

pinky momma - byk dah dibuang, yg mainan lelaki pun ada gak yg dia berkenan, tu pun kak zu asingkan dan bagi pada jiran.

oh oeya - amboiiiii syoknya lepaking dgn adik beradik!!!! sesi makan lak tuuuuu

wahida - time nak beli dulu, tak fikir pun, asyik ingat kasihan, pasal kasihan la tu dah bertimbun. skrg no more mainan. kalau buku, ok jeeee. thnks follow di sini.

Sari Yusa Ibrahim said...

aish!! Blehlah ni geng ngan Yaya. Sy dah lama tak audit brg mainan dia sbb semua dh msuk kotak besar letak atas almari, mmg tak bawa turun lagi dah.. Barbie dia aje yg masih ada. Mainan2 tu kalu nak dibuang pun tak smpi hati, sbb duit kita jugak yg kluar. Skrg ni pening dok kemas buku2 dia jer, tak pernahnya reti nak susun balik, haru satu bilik..

kakngah said...

stended la mainan anak2 terlebih sudah.. lepastu, pandai main tak pandai kemas. bila ckp.. seklai jekla diorang kemas. lepas tu berkali2 tak kemas kehkehkeh!!!
aku pun selalu buang mana mainan yg dah cacat tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...