Nuffnang Ads

Friday, October 21, 2011

Dah cukup seminggu

Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat.  Agak lama jugak tak update blog ni, dari hari Isnin cuma ada satu entry baru....lepas tu sibuk memanjang walaupun singgah kejap kat rumah ni, tapi mood nak update memang ke laut!  Malas nak update kalau idea nak menulis entah ke mana (eeeeeeeeee macam la saya ni penulis hebat sangat hahahaha)

Minggu ni memang sibuk dengan kerja pejabat.  Tengahari sure makan lambat sikit ataupun tepat jam 1 tengahari mesti keluar dengan cepat.  Kalau tunggu budak2 di ofis ni nak keluar makan bersama, macam kena letak red carpet.  Saya rasa senang je, kalau lapar, terus je angkat kaki menapak sorang2 pun tak apa, gi makan sorang.   Kadang2 terasa macam orang bodoh saja, saya tanya nak makan sekali ke, boleh buat dek saja macam saya ni bercakap dengan dinding.  Bukan sekali ni je kena, dah banyak kali.  Sampai ke satu tahap, saya dah tak sabar, terus je keluar bila pertanyaan saya tak dijawab.

Hmmmm...apa lak saya dok membebel nih.  Semalam, saya terpaksa ambil cuti emergency sebab en suami tiba2 je muntah beberapa kali.  Mesti keracunan makanan sebab malam sebelum tu, kami mencuba masakan di restoran baru Bawang Kechik di Aeon Jusco AU2.  Agaknya banyak bahan rempah kot, sampai en suami muntah habih semua.   Saya tak kena pun, sebab malam memang saya skip dinner.  Pagi semalam, pada mulanya nak kerja, en suami kata he's okay.  Sedang iron baju, tiba2 tengok dia berlari2 ke bilik air, muntah habih kesemuanya.   Saya terus tepok2 di belakang en suami supaya terasa lega sikit.  Dia kata dia ok, tapi saya kata tak apalah saya ambik cuti saja,  Kasihan lak kat dia, lagipun syiqin tengah tidur lagi tu.  En suami kata biar saja syiqin bersama dia hari tu, tapi saya kata tak payah, biar saya saja ambil cuti.  Tak pasal2 kena marah lak si syiqin kalau dia meragam nak sesuatu.

Sungguhlah...en suami tidur sepanjang hari, lunch pun kena paksa.  Nak ajak ke klinik pun tak mahu, dia kata tak apa, dia tidor mungkin lega sikit.

Saya cuma menghabihkan aktiviti cuti saya semalam bersama syiqin main masak2.  Hehehehehe...bukan masak apa pun, nasi goreng, bubur nasi (tu pun tak sentuh langsung, en suami kata tak best bubur nasi untuk orang sakit).  Saya buat goreng ayam halia, makan nasi panas2! Fuh! tambah 2 kali.

Pagi ni, en suami dah lega sikit dan dah boleh bekerja semula.  Alhamdulillah.


3 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

patutlah senyap aja, dari isnin entrinya samaaaaaaaaa jer, hehehe.. dah baik tu legalah, boleh ajak suami pulak main masak2, ngeeee

Oh Oeya said...

Kita biasanya ada simpanan 'ultracarbon charcoal' Kak Zu.. Kalau terasa mcm Encik Suami Kak Zu kita cepat2 makan 2 biji.. Tapi kalau tak kurang perlu rujuk doktor juga.. Semoga segera sembuhlah ye..
Kalau tengah tak sihat hidang apa pun rasa tak selera kan..

zuwaidah said...

sari - hehehhehehe edisi MALAS jugak tu nak update blog. kalau ajak en suami main masak2, habih laaaa dapur saya, bersepah nanti jadinya. biar saja saya sorang2 berperang di dapur.

Oh oeya - oooo ada yek ultracarbon charcoal. nanti nak simpan buat stock lah. terima kasih, sekarang dah baik pun, makan bertambah hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...