Nuffnang Ads

Friday, August 10, 2012

Hari Ke Dua Puloh Satu

Assalamualaikum!
Setiap sepuloh hari update blog yeah!  Rupanya di bulan puasa ini, ku sangkakan boleh relax sikit, rupanya kerja beratur cantik sajaaa untuk diselesaikan dengan jayanya.  Patut pun tak sempat nak update blog, tapi blogwalking wajib hehehehehehe.

Raya pun semakin mampir...hmmmm kedengaran sana sini lagu2 raya berkumandang baik di shopping complex, corong radio dan juga pejabat sendiri muahahaha.  Tapi idak lah beria sangat pun nak beraya.  Dah usia senja begini, tak berapa nak bershopping raya lagi rasanya.  Cuma untuk budak syiqin dan abang faizal saja yang diuruskan segala keperluan raya.  Untuk diri sendiri, jangan tak percaya.  Pakai baju kurung yang selalu pakai ke tempat kerja.  Okay la tu kan daripada tak ada langsung.  Bukan selalu pun pakai baju kurung ke pejabat.  Biasa pakai blouse dengan seluar panjang, hari Jumaat atau kadang2 teringin baru pakai baju kurung heheheheh.

Kuih raya pun jenis tunjuk saja, tak ada nak buat2 sendiri.  Tapi seronok kan kalau dapat buat sendiri, teruja sangat tengok blog2 masakan tunjuk bermacam2 jenis biskut dan kek.  Ini pun saya beli jugaklah dua tiga jenis, nanti kot2 sapa2 datang rumah tak lah meja makan kosong saja kan.  Buat masa ni, tak ada plan apa2 nak buat rumah terbuka.  Memang tahun ini paling sederhana persiapan.  Takut nanti terlalu boros, saya gigit jari lak lepas raya huhuhuhu.  Duit simpan untuk keperluan lain.

Oh ya...saya sekeluarga akan pulang pada pagi raya pertama.  Kebiasaannya saya akan pulang sehari atau dua hari lebih awal, tapi kali ini tidak.  En suami pun tak larat nak berebut2 di tengah jalanraya, saya ikut saja  lah.  Tak perlu nak bertengkar2 kan.  Mak ayah kat kampung dah sedia maklum perkara ini.  Jadi tak ada masalah sangat kan.  Biasa saya sekeluarga bersantai2 saja balik kampung. Insyallah, akan jumpa sekelian ahli keluarga nanti.

Ohhhhh..orang lelaki dah balik sembahyang jumaat ni.  Sambung kerja.  Nak pi solat dulu.  Jam 4.30petang dah berebut nak balik!  Jumpa lagi.  Wassalam

1 comment:

yantisa said...

SELAMAT HARI RAYA maksu ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...