Nuffnang Ads

Monday, July 30, 2012

Hari Ke Sepuloh

Assalamualaikum!

Sekejap ye...sudah pun 10 Ramadan.  Memang tak terasa sangat kali ini berpuasa, maksudnya dari segi penat dan lapar dahaga.  Agaknya cuaca yang sedang2 elok sekarang ni, dan juga masa yang pantas berlalu.  Memang rasa macam tak cukup jam pulak bila dipendekkan waktu bekerja.  Kerja lagi bertimbun daripada hari biasa hehehehe.  Sebab itu laaaaa blog ni, mengambil masa gak nak update satu2 cerita.  Hmmmm...lagipun bila waktu lapang sikit, suka sangat berblogwalking daripada update blog sendiri hehehehhe.

10 hari berlalu, 10 hari jugalah asyik Lauk Param.  Jemu memang jemu, tapi kalau nak masak bagi saya yang tak terror masak ni, memang ambil masa jugaklah nak bersiap itu ini.  Lagipun en suami kata, beli jeeee senang.  Tak payah kelam kabut di dapur.  Tugas saya cuma tanak nasi dan sediakan minuman.  Yang lain, dah siap belaka.  Hmmmmm memang tak ada kelas langsung kan.  Hujung minggu pun serupa juga, asal teringin nak masak je, en suami kata tak payah lah (errrrr atau masakan saya yang tak sedap kot).  Lagipun kat rumah cuma kami berdua je, kecuali lah hujung minggu ada saudara datang bertandang untuk berbuka, harus ada satu hidangan air tangan sendiri.  Bila buka buku resepi, adehhhhhh teringin nak masak.  Hishhhhh...hujung minggu ni tak kira gak.  Nak jugak jugak jugak..masak sendiri.  

Setiap entry kali ni malas lak nak sertakan sekali gambar...ateyyyyy dah memang tak ada gambar kan hehehehe.

Nantilah ku jengok2 blog kawan2 yang memang pakar memasak ni.  Hishhhh segan lak aihhhh..dah tua2 macam ni, masih terkial2 lagi di dapur.  Apo nak dikato kan.

2 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

agaknya husband Kak Zu memang nak suruh Kak Zu berehat. Sama2 kerja, sama2 penat. Nanti kalau Kak Zu masak, dia kena tolong pulak, hehe..

zuwaidah said...

Tak ada maknanya dia nak tolong Sari hehehehhe....kak zu tak boleh, nanti rimas lak dia join dua kaki di dapur hehehehhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...