Nuffnang Ads

Tuesday, June 26, 2012

Kotak Katik Packing

Assalamualaikum!
Salam sejahtera dan terima kasih buat teman2 yang sudi singgah di blog yang sekejap update sekejap tidak. Bagai musim laut pasang surut, tapi orangnya tetap maintain gitu hehehehe.

Minggu ni minggu mencari kotak.  Minggu yang berserabut buat diri saya, nak memunggah, mengemas dan membuang apa yang tidak patut disimpan.  Arghhhhhhhh.....bingung rasa dibuatnya.  Tak tahu mana satu nak mula.  Dulu2 senang saja, sebab barang pun tak banyak sangat.  Sekarang bila dah ada budak syiqin ini, yang paling banyak barang mainan.   Rasa macam nak tinggal je barang mainan dia tu di rumah yang disewa sekarang ini.  Macam tak patut pulak kan.  Nanti bila dia teringat, mesti tercari2 pulak, soooooo apa nak jawab nanti.   Ini bab barang mainan anak, barang peribadi ayah dia masyallah!!!! Lagi sakit mata menengoknya, segala file2, kertas kerja, dan entah apa2 lagi yang tidak pernah disentuh langsung pun ada dalam koleksi.  Kalau ikut hati, nak buang saja.  Tapi memandangkan en suami kata semuanya penting, aduhai.....terpaksa juga lah bawa pindah bersama.  Rasanya perlu dirancang di mana perlu disimpan barang2 tersebut biar tersusun kemas agar tidak menyakitkan mataku yang rabun ini huhuhuhu.

Rumah sewa baru belum dicuci lagi, kunci pun belum dapat lagi.  Alamak! Nampak gayanya terpaksa leburkan satu atau dua hari cuti untuk mencuci, mengemas dan sebagainya.  Hujung minggu ini pula laaaaaa syiqin attend annual summer camp yang dianjurkan oleh tadika.   Saya wajib nak ikut dari belakang, first time lah katakan berpisah dengan budak syiqin ni.  Risau pulak kan.   Teacher tadika kata parents memang tak dibenarkan bermalam bersama tapi bolehlah tidur di hotel berdekatan kalau ada apa2 nanti berlaku senang je nak terpa pergi.  

Ni kisah perabut pulak.  Perabot juga ada setengah perlu dibeli memandangkan perabot di rumah sewa dan akan bakal ditinggalkan nanti adalah milik tuan punya tanah.  Tak paaaaa....kita beli yang berpatutan saja.  Jangan berlebih2 sangat.  Semalam singgah satu kedai yang menjual perabot2 secondhand hotel.  Ada yang OK ada juga yang tak boleh dipakai langsung.  Nanti lah kalau ada yang berkenan di hati, nak rembat juga barang sebiji dua.

Ini update untuk minggu ini,  Sibuk sikit minggu ni nak mengemas segalanya.  Harap2 dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang baik agar segalanya berjalan lancar.  Amin.

Jumpa lagi. Wassalam.

P/S:  Insyaallah, akan diupdate makan kenduri anak sahabat di Singgahsana, dan juga annual summer camp tadika syiqin.

3 comments:

wahida said...

wah...tadika pun dah ada summer camp ye sekarang ni...hebat betul...

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum... wahhhhhhh busy nampaknya... tak pe.. setiap permulaan pasti akan ada akhirnya... tapi jawablah nak mengemaskan barang2 masuk kotak.. Kalau sha dulu.. turunkan dulu apa yang tergantung kat dinding masuk dulu dalam kotak.. lepas tu kain baju huaaaaaaaaaaaa... panjang kalau nak di tulis tapi memang memenatkan.. bila dah masuk rumah baru bestnya... :)) selamat berpindah yaa.. tq kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.. cayanggg dia..

zuwaidah said...

Wahida
Syok kan....dulu2 kita tak merasa. Tapi sekarang kanak2 riang memang beruntung.

Cik Shahriah
Wasalam...busy bercampur malas jugak nih. Itu ler ingat, nak packing dulu gambar2, buku2 dan pinggan mangkok (hishhhh nampak sangat malas masak kan hehehhehe). Mula2 nak cuci rumah sewa tu, then masuk sikit2 barang yang boleh diangkut dlm kereta. Yg berat2 boleh encik lori tolongkan.
TQ sudi jugak masterchef singgah dan tinggal jejak. Sayang banyak2 muahhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...