Nuffnang Ads

Monday, May 7, 2012

Janji Tak Sudah


Assalamualaikum!

Tak ada apa yang menarik sangat nak diupdatekan.   Biasa2 aje aktiviti hujung minggu lalu.
Sabtu dan Ahad, punyalah bercita-cita nak meredah PWTC sempena pameran buku 2012, tapi asyik tak menjadi saja.  Memang sangat frust dibuatnya.  En suami dah ada plan lain, urusan sendirian berhad.  Merajok saya dibuatnya.  Kesudahannya, saya selesaikan dulu kerja-kerja rumah dan lepak depan TV.  Tak ke mana pun hari Sabtu lepas.  Pagi Ahad pun gitu jugak, janji nak ke PWTC, last2 dia lepak depan TV pulak nak tengok BOXING!  Malas saya nak membebel, saya pun lepak sama sambil baca novel RAMLEE AWANG MURSHID (sesi ulang semula hehehehee).   Angan2 nak beli novel terbaru RAM – SUNAN MUSAFIR, t-shirt SUNAN MUSAFIR dah pun sampai ke tangan saya Jumaat lepas.  Dalam hati, kalau saya pakai t-shirt ni masa ke PWTC mesti best kan.  Last2 tak jadi jugak huhuhuhu.   Tak apa lah, beli di kedai buku saja lah yek.

Ini antara novel RAMLEE AWANG MURSHID yang menjadi koleksi saya.  Saya mula suka dengan koleksi RAM ini apabila saya mula membaca 9 NYAWA. 



Ceritanya memang best, saya kalau baca novel mesti saya akan bayangkan saya merupakan salah satu watak dalam novel  tersebut, dalam ertikata menghayati jalan cerita novel itu. Hmmmmm….berangan tak sudah!  Sejak itu, saya telah membuat koleksi sedikit demi sedikit novel2 karya RAM.  Satu pun tak ketinggalan, kalau di kedai buku habis, saya tempah melalui online MPH. 

Sekarang ni, tunggu SUNAN MUSAFIR berada di pasaran kedai buku.  Memang tak sabar. 

2 comments:

azam said...

kat rumah saya pun ada...tapi tak pernah sentuh baca..hehehe

zuwaidah said...

azam - aisehhhh awat tak baca...rugi laaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...