Nuffnang Ads

Thursday, May 10, 2012

SALE dan Selamat Hari Lahir Sayang

Assalamualaikum.

Pagi nan cerah.  Walaupun baru jam 10 pagi, sudah terasa bahang sang mentari pagi.  Pagi ni, ada sekatan depan Balai Polis Wangsa Maju, fikirkan apa tadi.  Rupa-rupanya AEON Member Day hari ini.  Yang pasti kawasan mesti sesak, saya tak sanggup nak berhimpit2 waktu begini.  Rasa rimas dan tak selesa kalau nak membeli keperluan.  Lagi lah kalau nak beratur panjang masa membayar nanti.   Ya ampun!!! Dalam usia sebegini, malas dah nak “memeriahkan” suasana “Sale” ni.  Zaman muda belia remaja, memang pantang dengar ada SALE, wajib singgah hehehehe.  Sekarang dah tak upaya lagi dah nak bersesak2 sekali dengan tangan berjinjing dengan hasil rembatan.  Mak dah tak sanggup!!!


 Dari pengalaman saya yang satu ketika dulu agak boros jugak, kadang2 terpengaruh membeli barang yang bukan menjadi keperluan.  Ya, mungkin ketika itu, komitmen tak banyak.  Hasilnya, barang yang dibeli biar begitu saja, last2 rosak atau berhabuk.  Sekarang saya lebih banyak tumpukan beli keperluan untuk anak2.  Untuk diri sendiri, contohnya pakaian boleh recycle baju lama2 (nasib “KILO” tak naik sangat), atau beli saja yang murah tapi cantik.  Nak guna kad kredit pun kena minta izin dulu dari en suami, kalau tidak terasa bersalah jugak lah.  Bukan apa, takut kena bebel beli yang bukan2.

Tapi kalau bab makanan, memang saya tak berkira langsung.  Makan itu kan keperluan hidup.  Bila bercakap pasal makan, terus perut ini terasa lapar.  Macam tahu2 pulak dia kan.  Tekak ni teringin pulak nak makan Nasi Arab.  Yang selalu makan di Platinum Walk, ada dua kedai nasi Arab berdekatan.  Nak ajak en suami pergi petang nih lah.   

Ohhhh lupa, hari ini hari lahir en suami.   Saya dah in advance beri sebuah buku kepada en suami.   Tak ada mahal pemberian yang diberi, hanya sebuah doa dari ketulusan hati agar en suami sentiasa dirahmati ALLAH dan dipermudahkan segala urusan.  Dan moga menjadi ketua keluarga yang adil, bertanggungjawab dan menjadi pembimbing buat keluarga. 

Pemberian hadiah yang tak seberapa tapi nilainya tidak terkata.




2 comments:

Ida Firdausi said...

la.. samelah kak. bab makan sangat tak berkira tapi kalau bab nak beli benda-benda baru kena fikir dua tiga kali.. :)

zuwaidah said...

Ida Firdausi - makan tetap makan...yang peliknya bila time dpt bonus je...beria2 nak beli itu ini, dah sampai kedai depan mata ni...belek punya belek....tak jadi beli. Boleh pulak kata membazir hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...