Nuffnang Ads

Friday, March 2, 2012

Tok Fatimah

Assalamualaikum.

Sudah lama tak ketemu ya.  Terlalu banyak bebanan kerja dan urusan peribadi yang perlu diuruskan dengan teratur.  Kerja2 di pejabat biasa saja, tak pernah surut2, tapi tepat jam 6 petang wajib punch out dan balik!!!  Wooooo...tanda seruan tu...macam tegas je.

Sabtu, 25 Februari 2012

Sabtu lepas, ketika santai di rumah sambil menghabihkan kerja mewarna di kanvas tiba2 sms masuk.  Sms dari Kak Kiah "Salam, tok dah tak berapa ok, harap dapat pulang".  Terkejut saya, memang dah sedia maklum, tok (panggilan nenek bagi org kedah) memang tak sihat.  Penglihatan dah semakin kabur dan pendengaran pun semakin kurang.   Ketika saya berjumpa dengan tok dulu, tok masih lagi boleh duduk2 santai di ruang tamu rumah maksu saya.  Boleh lagi ketawa, bersembang2 dan makan2 dengan anak cucu.  Lepas tu lama jugak lah saya tak pulang ke Kedah.  Cepat2 saya kemas pakaian dalam bagasi besar, mana tahu berkunjung lama sedikit.  Petang tu, kami tiga beranak pulang menyusur lebuhraya Utara Selatan menuju ke Utara.  Sampai di sana kampung pun dah hampir jam 11.30malam.  Saya bertanyakan khabar tok, kakak kata tok dah tidor.  Saya maklumkan yang kami akan menziarah pada keesokkan hari sahaja memandangkan hari pun dah jauh malam.

Ahad, 26 Februari 2012

Sebelah pagi, saya dan keluarga berkunjung ke rumah ibu saudara (panggilan Cu Tunjang atau Cu Nab).  Sedih saya tengok tok, dah kurus benar, cuma terbaring lesu di atas katil.  Makan minum kencing berak semuanya diuruskan oleh mak adik beradik.  Cucu2 juga tidak ketinggalan memainkan peranan menguruskan tok yang semakin uzur.  Saya memang tak boleh melihat wajah tok, sedihhhhh sangat. (lari ke bilik sebelah dan menangis, tak sanggup nak menangis depan saudara yang lain).  Tok pun dah tak berapa kenal dah anak cucunya.  Bila ditanya sekarang tok di mana, dia kata tunggu anak datang ambil.  Sedih saya mendengarnya. Masing2 duduk berhampiran dan membaca Yassin, moga2 dipermudahkan segala urusan dengan keizinan ALLAH SWT.

Selasa, 28 Februari 2012

Berkemas2 untuk pulang ke Kota Lumpur.  Semua beg pakaian dan keperluan lain telah siap dimasukkan ke kereta.  En suami pula terus ke Pekan Jitra untuk membeli bateri charger handphone.  Adoiiiii masa ni lah dia pi beli, semalam free dia tak teringat pulak.  Dalam masa tu juga, Cu Tunjang telephone mengatakan tok tenat.  Apa lagi, kelam kabut saya.  Mana semua pakaian dah dimasukkan ke dalam kereta.  Saya sambar je pakaian kurung lama kakak saya di almari.  Sarung je, jangan fikir nak cantik kan.  Mak dah mengelabah takut tak sempat berjumpa dengan tok.  Saya berkali2 telephone en suami, namun gagal sebab handphone batteri off.  Bila dah dapat contact, terus suruh en suami pulang dengan segera.  Ya Allah, macam2 terjadi pagi tu, mak tak senang duduk, saya suruh mak bertenang.  Ayah masih cool lagi.

Tiba di Tunjang, Cu Tunjang memaklumkan keadaan tok dah kembali stabil.  Kami menarik nafas lega, Cu kata pagi tadi pernafasan tok terhenti seketika, itu yang membuatkan dia panik seketika.

Saya dan en suami extend sehari lagi di Jitra, keesokan pagi baru bertolak ke Kota Lumpur.  Sebelum pulang pun, kami singgah lagi menziarah nenek, cucu memohon ampun dan maaf andai kata cucu banyak melakukan kesalahan pada tok dulu.

Moga dipermudahkan segala urusan dengan keizinan Allah SWT

3 comments:

kakngah said...

alhamdulillah.. semua anak cucu sepakat jaga tok..

*SiRibenMerah said...

sayu baca...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedihnya, harap Tok cepat sembuh. Doakan yg terbaik utk Tok, Aminnn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...