Nuffnang Ads

Saturday, January 7, 2012

Blog Dinihari

Salam pagi Sabtu.
Jam baru pukul 12.15tengah malam, mata pulak tak mengantuk.  Elok update blog yang semakin hari semakin kurang isi kandongnya.  Bila time sibuk2, banyak pula idea yang dicurahkan, tapi apakan daya.  Ingatkan leh diluahkan semula, tiba2 bila depan laptop ni, tercegat tak tertulis apa2, huhuhu.

Semenjak anak daraku mula ke tadika, rutin pagi juga sudah berubah.  Dahulu boleh saja saya berlengah2 ke pejabat, tapi sekarang jam 4.45pagi mata tiba2 pandai lak celik.  Loceng alarm memang disediakan disebelah bantal, tapi elok jeeeee mata ni buntang waktu itu.  Jadi terbaliklah....tuan punya jam loceng yang kejutkan loceng yek hehehehhee.   Elok ler tu bangun awal pagi, sihat badan, cergas minda.  Jam 8 pagi dah bertolak dari rumah ke tadika dahulu, kemudian baru masuk pejabat.

Petang tadi, Syiqin dengan bangganya tunjuk beg sekolah baru, topi baru dan 2 pasang uniform merah putih.   Comel laaaa uniform tu, skirt merah paras lutut serta T-shirt merah putih.  Siap mencoba lagi, apa lagi ambil gambar lah.  Pantang nampak camera, siap posing lagi syiqin nih.

Ketika ini, dua beranak sudah lena beradu enak bermimpi sang puteri dan putera raja.  Saya juga yang terkebil2 tak tahu nak buat apa.  Kejap lagi la kot baru masuk beradu.

Esok dah bercadang nak morning walk di Taman Tasik Permaisuri, seronok di situ sebab padang permainan kanak2 luas dan pelbagai.  Harap2 kali ni menjadi, selalu hangat tahi ayam saja.

Ok, selamat malam semua.  Moga jumpa lagi.  Terasa sesuai jugak kalau update dini pagi seperti ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...