Nuffnang Ads

Tuesday, December 20, 2011

Aktiviti Musim Cuti Sekolah

Assalamualaikum!
Sekarang ni musim cuti sekolah.  Mesti banyak aktiviti yang disediakan oleh kaum ibubapa kepada kanak2 riang di rumah.  Mengisi masa lapang yang terluang dengan aktiviti2 cergas dan berfaedah.

Macam saya ni, anak bujang dengan aktiviti sendiri.  Lagipun dia sedang menjalani praktikal yang memang menjadi kemestian bagi semester akhir.  Anak dara kecik saya ni, memang cuti semedang hehehehehe, aktiviti seharian kalau hari bekerja, tinggal lah dia dengan pengasuhnya.  Kasihan lak saya tengok, dulu2 masa saya kecik, mak yang jaga.  Ini bila anak saya lak, saya hantar rumah pengasuh.  Terasa kasihan sangat kan.  Entah bila boleh saya dapat jaga dengan sepenuh masa, kalau laaaaaaaa kewangan saya stabil...hmmmmm sekarang juga saya berhenti kerja dan duduk di rumah saja.  Tak apalah....dah ketentuan Allah, nak bagi rezeki lebih kat saya, jadi saya perlu bekerja.  Dapat juga menampung apa yang perlu, di samping meringankan beban suami kan.

Oh ya, sebenarnya nak update aktiviti kami anak beranak melawat Zoo Negara (yg last dulu masa anak dara baru 2 tahun).  Mulut anak dara ni asyik menyebut je nak ke zoo, bukannya jauh pun, 10 minit memandu dah sampai.

Masamnya muka, iye laaaa...terpaksa jalan kaki.  Dulu kecik boleh la nak berdukong. Sekarang sorry ye cik adik manis.  Ada kaki jalan sendiri yeee.

Dah namanya anak ayah.  Terpaksalah ayahnya dukong...Siap bagi mak dia flying kiss lagi..perli la tuuuuu

Ini dah sesi tak larat nak round dah nih.  Terus naik tram and balik.  Petang sampai rumah, pengsan terus hehehehhee

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...