Nuffnang Ads

Friday, November 4, 2011

Hujan Rahmat

Assalamualaikum, salam pagi Jumaat.

Dingin sungguh pagi ni, hujan turun lebat mencurah2 di awal pagi.  Waktu saya bangun jam 5.30 pagi, hujan sudah mulai turun dan terus lebat sehingga jam 7.30pagi.   Pagi ni, awal sikit sampai di pejabat, dalam jam 7.35pagi dah punch kad.  Kenapa awal?  En suami ada appointment di Mindef, so terpaksa ikut timing dia, kalau tidak appointment akan dibatalkan.  Iye, kalau ada appointment dengan tentera, WAJIB punctual.  Sementelah en suami pun bekas pegawai tentera, jadi dispilin itu tetap kekal sampai bila2.  Saya pun dah terikut dengan etika en suami, tapi kadang2 tu ada juga langgar pantang larang hehehehehehe biasa ler saya ni orang awam!!

Di pejabat, kayuh pelan2 buat kerja walau dalam kepala ni, rasa macam2 nak buat.  Kerja2 saya dah pun update sampai hari Selasa (saya extend satu hari cuti).  Rasa lega takut kalau2 dalam masa cuti, ada benda yang tak settle lagi kan.

Buat semua teman yang sudi singgah di blog saya ini, saya ucapkan selamat hari Raya Aidil Adha, semoga ceria selalu bersama keluarga tersayang.  Dan juga berhati2 ketika pulang ke kampung halaman dan selamat sampai ke destinasi masing2.

Nota: Kejap lagi nak gi ambil 3 biji kek tempahan dari Kak Ida Bakery di Bukit Keramat.

6 comments:

Unknown said...

alhamdulillah dgn rahmatNYA

....selamat bercuti

Isteri Encek Bard said...

sekarang musim hujan kan kak... Selamat Hari Raya kak

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

selamat hary raya haji
wahhh siap dah tempah cake ni...mesti meriah ekkk

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Semoga selamat sampai kak zu, salam aidiladha

Oh Oeya said...

Salam Aidiladha untuk Kak Zu sekeluarga :)

Wah! 3 biji kek.. Kek cekelet ker Kak Zu heheh ;-)

wahida said...

salam aidiladha...

masih bercuti lagi ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...